fa
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

رفتن به کانال در Telegram

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
364
مشترکین
+224 ساعت
+37 روز
+230 روز
آرشیو پست ها
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔 Alhamdulillah, tahun baharu hadir sebagai lembaran baharu untuk kita semua melangkah ke hadapan dengan kejayaan dan pencapaian yang lebih baik. Setiap tahun membawa cabaran dan peluang tersendiri. Apa yang penting adalah untuk kita terus memelihara nilai kebersamaan, saling menghormati dan semangat untuk membina masa depan yang lebih sejahtera demi agama, bangsa dan negara. Saya mendoakan agar tahun 2026 membawa kesejahteraan serta kemakmuran kepada seluruh rakyat Malaysia. Selamat Tahun Baharu 2026! Semoga tahun ini membawa kebaikan kepada kita semua, insya-Allah. #TahunBaharu2026 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Ezb4xhGSu/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DS7cDiYEs86/?igsh=YWFucmZ1MWx5eHps 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2006349715986878867?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DS7cFFej5nF?xmt=AQF0oV8XeOvOFu2gZdAH-IikdrIuyw2O4lK9-h8MvXBagKa6_yJc6HpbRYHyQaICf6JTvek&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Alhamdulillah, ketika berada di Bagan Datuk tadi saya sempat meraikan dua mempelai Muhammad Amel Aliff bin Hj Nor Adzmi dan pasangannya Noor Nabilah Syahida binti Abd. Rahman. Tahniah buat Hj Nor Adzmi sekeluarga. Berkesempatan juga jumpa kawan-kawan dan warga Bagan Datuk sepanjang keberadaan saya di sana. Saya mendoakan pasangan pengantin ini sentiasa diberi kebahagiaan, keharmonian dan keberkatan hingga ke Jannah, insya-Allah. 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17GVMrSLnc/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSxHtfZkuZi/?igsh=MWc1YzV4NjFhMTkxZg== 📱X: https://x.com/i/status/2004897772001243571 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSxH3ljD1kb?xmt=AQF0SBONmu27DF-UY_UhkZSwDYhiUuVxg2-2k0S2NzQ82THPTMFfms913wlgXgLntPhscXXl&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐧𝐢𝐧𝐣𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐭𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 Seterusnya, saya terus pergi membuat lawatan ke Tapak Cadangan Pembangunan Pusat Data Bagan Datuk, hasil kerjasama strategik antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, MARA Inc, Silver Streams dan FELCRA. Pusat data ini diklasifikasikan sebagai Tier IV, menjadikannya antara pusat data terbesar dan berkapasiti tinggi di Malaysia. Ia direka untuk menyokong pembangunan digital dan ekonomi setempat dengan tahap kebolehpercayaan dan keselamatan yang tinggi. Insya-Allah, pembangunan pusat data ini bakal membawa manfaat melalui pelaburan, limpahan ekonomi serta peluang pekerjaan kepada penduduk Bagan Datuk. Fasa pertama berkapasiti 10MW dijangka siap dan mula beroperasi pada pertengahan 2027, manakala fasa kedua berkapasiti 25MW akan disiapkan pada tahun berikutnya. Menerusi lawatan ini, saya sendiri berpeluang untuk menilai dan memantau perkembangan projek-projek pembangunan yang sedang dan bakal dilaksanakan di sini. Ia penting bagi memastikan setiap projek memberi manfaat maksimum kepada rakyat dan khususnya di Bagan Datuk. #PusatDataBaganDatuk #PelaburanMampan #PeluangPekerjaan #BaganDatuk #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CmoP2Ktkg/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSw3zH0kmNl/?igsh=MW1idXR1djc1NGtkMg== 📱X: https://x.com/i/status/2004862749013410082 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSw4COxj8Yy?xmt=AQF0MbmbauxlY4Nx1K_Kmw-nGYoEQdWHg3Y2-wqiMZrnj3klIsZllhCfCil03Q2XZQtKAR0&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 (𝐑𝐓𝐁) 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤: 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 Hari ini saya meninjau perkembangan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bagan Datuk yang dirancang bagi menangani isu banjir yang kian berulang. Masalah banjir di kawasan ini dikenal pasti berpunca daripada beberapa faktor utama, antaranya taburan hujan yang tinggi, keadaan lebih 1,900 lintasan air, sistem saliran sedia ada serta faktor topografi kawasan yang menyebabkan takungan air. Untuk penyelesaian jangka panjang, RTB Bagan Datuk Fasa 1 bernilai RM87.6 juta telah dirancang dan dijadualkan bermula pada suku ketiga tahun 2026. Projek ini merangkumi kerja-kerja penambahbaikan sistem saliran di Tebuk Semani dan juga kolam takungan banjir di Sungai Balai Baroh. Dalam masa yang sama, langkah jangka pendek perlu dilaksanakan segera melalui kerjasama antara agensi berkaitan, khususnya dalam usaha menambah baik lintasan air dan parit sedia ada, sementara menunggu pelaksanaan projek berskala besar ini. Saya yakin pelaksanaan RTB Bagan Datuk dapat memberikan perlindungan banjir yang lebih berkesan serta menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat di kawasan ini. #RTBBaganDatuk #TebatanBanjir #KesejahteraanRakyat #BaganDatuk #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19Eev9sLrL/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSwuqWyEoTy/?igsh=anE1a2F2d2dhOWwz 📱X: https://x.com/i/status/2004842661455560801 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSwu4wKDw_c?xmt=AQF009ri3mobFovZshS6OGSEnE9Uo_XtYKLNySnuE12Dk0pzq8GvUIMzmiBwYptCU3vSq6E9&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝟑 𝐌𝐮𝐫𝐢𝐝 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢 𝐑𝐚𝐢𝐡 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐎𝐥𝐢𝐦𝐩𝐢𝐚𝐝 𝐑𝐨𝐛𝐨𝐭 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 Alhamdulillah. Satu pencapaian yang membanggakan! Tahniah saya ucapkan kepada tiga murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh, Kluang, Johor atas kejayaan luar biasa mereka merangkul pingat emas Kategori Idea Kreatif (Tingkatan Rendah) di Olimpiad Robot Antarabangsa Ke-27 (IRO 2025) di Gold Coast, Australia baru-baru ini. Dari desa ke pentas dunia, kejayaan ciptaan robot ‘rover’ ini membuktikan bahawa anak-anak Malaysia memiliki bakat dan potensi besar untuk bersaing di peringkat global. Satu pencapaian yang membanggakan dan wajar dijadikan inspirasi kepada generasi muda. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk anak-anak muda negara terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan. Insya-Allah. #Emas #Juara #IRO2025 #OrangAsli #JAKOA 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/14NBoAp6fCD/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSrrqa-ElX1/?igsh=N201NnczN2FqbjR4 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2004133166261620828?s=46 📱Thread https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSrsKmGj1f6?xmt=AQF0l3hU7hOojXvGjtEOFGbo74mnbtlgaHnCCovu75RmG0IFWez8aTrVK1QN1mg1JiRdhxsx&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Mudah-mudahan dirahmati olehNya jua. InsyaAllah. #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran #BaganDatuk 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSPcJKrTP/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DSojUHcEkcm/?igsh=NHJ6aXdhMWNobGdi 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1D2D5zys99/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Keluh hati saya menerima perkhabaran duka mengenai pemergian sahabat saya, Allahyarham Sharifuddin bin Abd Hamid, yang telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam. Allahyarham bukan sekadar seorang sahabat, tetapi insan yang setia menemani perjalanan ini — bersama dalam susah dan senang. Saya yakin, pemergian beliau turut dirasai dan ditangisi oleh ramai yang mengenali keperibadiannya. Saya mendoakan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian kehilangan ini. Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebaikannya, serta menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. ‎أَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ Al-Fatihah. 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17xGtbQNKy/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSn6joVEvhF/?img_index=1&igsh=NHkyc21rajJ4cTlj 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2003602086911697214?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSn6vnzExh2?xmt=AQF0N_45s8yxjQG1C7z6bWFXoEQoto_dQlTt1bhPyaQIcyAZLz2N88Ta-4LCi3IAoyeEuJk&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧 Hari ini di Putrajaya, saya telah mengadakan pertemuan bersama Datuk Abdul Halim Hamzah, KSU Kementerian Komunikasi yang baharu. Alhamdulillah, saya sempat merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan beliau serta penghargaan atas khidmat cemerlang yang telah beliau curahkan sepanjang menerajui NADMA sebelum ini. Saya seterusnya bertemu Ketua Pengarah NADMA yang baharu, Tuan Meor Ismail Meor Hakim. Perbincangan kami tertumpu kepada aspek kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cabaran perubahan iklim, selain pengukuhan keupayaan tindak balas bencana agar lebih tersusun dan berkesan. Saya juga turut menerima kunjung hormat daripada Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, dengan penegasan terhadap peranan penting APM sebagai barisan hadapan dalam menjamin keselamatan rakyat. Sesi ini disempurnakan dengan penyerahan Watikah Tauliah Ketua Pesuruhjaya APM kepada beliau. Insya-Allah, semua pertemuan hari ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan sistem penyampaian Kerajaan sentiasa bersedia, tersusun dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. #NADMA #APM #PengurusanBencana #KesiapsiagaanNegara 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1YFvYhzwK3/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSmn9iAEoLb/?img_index=4&igsh=MWgwbTdsaGt5cHh2OA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2003420389821812897?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSmn_OKjx5E?xmt=AQF0QS6B1r-xNyEuBUKUteQh31K1dk_EEdcxI7g5IoYR6WQ_kzfrH4ZQPossZE2Q2TcNfysS&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐚𝐫𝐭𝐚𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 Saya kongsikan beberapa momen indah semasa Himpunan Huffaz 2025 dan Simfoni Dakwah Nusantara yang berlangsung dengan pengisian yang menenangkan jiwa serta penuh makna. Insya-Allah, usaha memartabatkan pendidikan tahfiz dan menyuburkan kecintaan kepada al-Quran akan terus diperkukuh demi membina generasi berakhlak, berilmu dan berteraskan nilai Islam. #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran #BaganDatuk 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSPt153o4/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DSj2KhcEl2C/?igsh=d2R6NGVtaXdsZ244 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17Ema6aRAP/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐓𝐮𝐦𝐢𝐧𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐦𝐢𝐝𝐢 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐚𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 Alhamdulillah, Masjid Tuminah Hamidi hari ini dipenuhi dengan para pencinta al-Quran dari seluruh pelusuk tanah air yang berkumpul di Bagan Datuk sempena Himpunan Huffaz 2025 dan Simfoni Dakwah Nusantara. Bahagianya rasa bila melangkah masuk, disambut senyuman tulus anak-anak tahfiz dan para huffaz, dalam suasana yang terpahat indah, diiringi alunan ayat-ayat suci al-Quran dan qasidah yang mendamaikan serta menenangkan jiwa. Saya sempat berbicara seketika, menegaskan bahawa pendidikan tahfiz mesti terus diangkat dan diperkasakan. Sebentar tadi, saya turut melancarkan Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) sebagai satu ikhtiar penting untuk memperkukuh ekosistem tahfiz agar lebih tersusun, berkualiti dan terjamin masa depannya, insya-Allah. Kemudian, kemuncak kepada program hari ini sudah tentu yang paling dinantikan yakni Bicara Hati Umat bersama Ustaz Prof. Dr. Abdul Somad Batubara. Masya-Allah, terasa sekejap sahaja satu jam bersama beliau.. penuh dengan nasihat yang menyentuh hati, sederhana tetapi sangat dekat dengan realiti kehidupan seharian. Alhamdulillah, secara keseluruhannya saya sangat gembira dapat bersama para pencinta al-Quran hari ini, lebih-lebih lagi di Bagan Datuk. Saya mendoakan semua yang hadir memperoleh manfaat dan semoga kecintaan kita kepada al-Quran terus subur dalam diri, keluarga dan masyarakat. Insya-Allah. #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran #BaganDatuk 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/14V6Vg5L5sL/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DShosIhkguB/?igsh=eGlpcnpoZjN4ZnZn 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2002718297545118092?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSho5WAj6Cv?xmt=AQF0-7So6P9hRvxKMZH6BekjhhJl2_ARyGFiPfsGJcgd07006ToWbeZO9CxKXb8tnWMooD0&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐛𝐚𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 Malam 1 Rejab menandakan tinggal dua bulan sahaja lagi sebelum kita dipertemukan dengan madrasah agung Ramadhan — bulan yang sentiasa dinanti dengan penuh rindu dan harapan. Marilah kita mengambil kesempatan ini untuk mula mempersiapkan diri, memperbaiki amalan, memperbanyakkan kebajikan serta menjaga kesihatan agar kita mampu beribadah dengan lebih sempurna apabila Ramadhan tiba. Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan keberkatan pada bulan Rejab dan Sya‘ban, serta mempertemukan kita dengan Ramadhan dalam keadaan hati yang bersedia dan iman yang diperkukuh, dengan doa: “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17XceZWQEF/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSheXQukiUv/?igsh=MXh4Z29kdzZ1NzRpbg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2002695603768394112?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSheYnij938?xmt=AQF0ZaxgANaRzMNVTzCC6t_ZZt5R527neeuspjL3BjwOvE4BpoRCDnPkfnytxY9jPff_yGgw&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐌𝐮𝐚𝐟𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐤𝐤𝐚𝐥 𝐒𝐚𝐤𝐭𝐢 Saya memulakan hari ini dengan menyempurnakan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-17 Parti Makkal Sakti di Pulau Pinang. Pertemuan ini memberi ruang untuk kami menilai perjalanan perjuangan yang telah dilalui serta memperkukuh muafakat dalam menghadapi landskap politik yang sentiasa berubah. Saya percaya kekuatan sesebuah gabungan terletak pada semangat kebersamaan, kesetiaan, sikap saling menghormati serta kesediaan mencari titik persamaan. Politik yang matang menuntut keterbukaan untuk bekerjasama, berdialog dan bergerak seiring, walaupun berbeza latar dan pandangan. Insya-Allah, dengan kepimpinan yang berterusan serta sokongan akar umbi yang kukuh, saya mengharapkan agar Parti Makkal Sakti terus melangkah ke hadapan sebagai rakan politik yang bertanggungjawab dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. #MakkalSakti #BarisanNasional 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1K9CYmHbJx/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DShDONlkk3p/?igsh=MXdjMjJmaHN0bTNpaw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2002636056165036511?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DShDcQUD-Ag?xmt=AQF0pRGuHfvkbuNtXO6NX-ycj2heerRPfB_VDYk9_etkj-kXlw2KCacBxRDzNI4w6TpL31Qv&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈! 𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝐒𝐢𝐦𝐟𝐨𝐧𝐢 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 Saya menjemput orang ramai, khususnya warga Bagan Datuk dan kawasan sekitar untuk bersama-sama memeriahkan Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara yang akan berlangsung pada hari ini. Majlis ini akan diserikan dengan pengisian istimewa bersama penceramah jemputan, Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara yang insya-Allah akan menyuburkan iman serta memperteguh semangat dakwah dalam kehidupan seharian. Jemput hadir beramai-ramai: 📅 Hari ini (Ahad), 21 Disember 2025 ⏰ 11.00 pagi – 4.30 petang 📍 Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak Antara pengisian menarik yang menanti anda: ✅ Ceramah agama oleh Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara ✅ Pameran kesenian al-Quran oleh Nasyrul Quran ✅ Qasidah dan selawat oleh Kumpulan Qasidah Soutul Mustafa ✅ Eksplorasi TVET Tahfiz oleh MTVET ✅ Jualan food truck dengan pelbagai pilihan juadah ✅ Pengisian rohani yang sesuai untuk seisi keluarga Tema Pakaian •⁠ ⁠Lelaki: Baju Melayu / Jubah Putih •⁠ ⁠Wanita: Jubah Hitam Semoga kehadiran kita semua menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan Allah SWT. Insya-Allah, kita jumpa di Masjid Tuminah Hamidi! “𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛𝑖, 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎 𝐺𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑏𝑏𝑎𝑛𝑖” #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran #BaganDatuk 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1C1qN65Xov/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSgZ-rCEsIT/?igsh=ZjRtZXQ5bWk0enoz 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2002545399660491177?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSgaOHuj6Se?xmt=AQF0CWBZWBLMuxupTKbWpSUJnOo0h1ZMpBNsnv4gaI3XVtN7w2EsrfbCdEdQtiVFGbd8VTp7&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐄𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐋𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐋𝐞𝐩𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭 Alhamdulillah.. Tahniah saya ucapkan buat seluruh Kontinjen Malaysia atas kejayaan cemerlang di Sukan SEA Thailand 2025! Syukur Alhamdulillah! Malaysia menamatkan temasya ini dengan hasil kutipan 57 pingat emas, 57 perak dan 117 gangsa, berada di kedudukan ke-4 keseluruhan sekali gus mencatat rekod pungutan emas terbaik sejak 2019 serta berjaya melepasi 200 pingat. Terima kasih wira dan wirawati negara, serta setinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada para jurulatih dan barisan sokongan. Semangat juang dan pengorbanan kalian menjadi inspirasi serta kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Well done, guys! you’ve made us proud! #MalaysiaBoleh #TeamMalaysia #SukanSEAThailand2025 📱FB: https://www.facebook.com/share/1BkUVxX4T7/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSgTSWxkm3L/?igsh=Zzd2YWVqamNmbHg0 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2002531618582642849?s=46 📱Thread https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSgT28Mkr7Q?xmt=AQF0KSm-h6ZfF4zwZwse8KARz--EHckjT-fdmNM8nao7Bk1nmJREHKKxGxPmE0U8yaMSrDiD&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐙𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐬𝐤𝐢𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐦 Usai menyempurnakan program di Kampung Batu 23, saya singgah sebentar di Jalan Rizab Kusin, Tali Air 7, menziarahi Puan Miskiah Kasim dan keluarga di kediamannya di sini. Dalam pertemuan singkat ini, kami sempat berborak dan bertanya khabar. Saya amat menghargai kecekalan beliau sekeluarga serta semangat kebersamaan yang terpancar walau berdepan ujian kesihatan. Sama-sama kita doakan agar Puan Miskiah dikurniakan kesembuhan dan kekuatan oleh Allah SWT. Insya-Allah. 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17YdXR6Sa1/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSfAb_OElLJ/?img_index=3&igsh=MzZocjRkNmZ4emR2 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2002348387249893806?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSfAdUQD24e?xmt=AQF0d4kCAo1lK1CJVATtKXk44LNfOdY7NrcsxRSCX3yK99T8g42N08bt9xXaMRDGP9aWqIc&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐊𝐢𝐫𝐚𝐧𝐚: 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 Sebagai persediaan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, KKDW terus komited memperkasa desa sebagai destinasi pelancongan bernilai tinggi yang berteraskan komuniti, warisan dan keindahan alam, di samping menjana peluang ekonomi setempat secara mampan. Hari ini, saya telah menyempurnakan Majlis Pengumuman Pakej Lengkap Desa Kirana di Dataran Kampung Batu 23, Sungai Nibong, Sekinchan. Inisiatif ini meletakkan komuniti desa sebagai pemain utama dalam rantaian pelancongan, sekali gus membuka ruang peningkatan pendapatan serta kesejahteraan penduduk setempat. Sebanyak 25 Pakej Lengkap Desa Kirana telah diumumkan di seluruh negara sebagai destinasi pelancongan desa bernilai tinggi untuk pasaran domestik dan antarabangsa, dan Kampung Batu 23 yang indah ini merupakan salah satu daripadanya. Saya berharap inisiatif Desa Kirana ini tidak terhenti setakat Tahun Melawat Malaysia 2026, sebaliknya terus diperkukuh dan ditambah baik sebagai agenda jangka panjang. Insya-Allah, usaha ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan pelancongan negara yang lebih inklusif, sambil meningkatkan kualiti hidup dan daya saing kawasan perdesaan. #DesaKirana #TahunMelawatMalaysia2026 #KKDW #PejuangDESA #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17YbHcYu5B/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSeytsqEryz/?img_index=8&igsh=Nm5vcGl5OXh0eXFi 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2002318175220928750?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSeyw3ED0wn?xmt=AQF0Qsqmvs5TRgd8VrQlW205Km0hrszojGbiPGKHB3mDuUBk6nWJTHJ1kVFcf_7At9Xxe7g&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐄𝐒𝐎𝐊! 𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝐒𝐢𝐦𝐟𝐨𝐧𝐢 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 Satu hari sahaja lagi! Saya menjemput orang ramai, khususnya warga Bagan Datuk dan kawasan sekitar untuk bersama-sama memeriahkan Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. Majlis ini akan diserikan dengan pengisian istimewa bersama penceramah jemputan, Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara yang insya-Allah akan menyuburkan iman serta memperteguh semangat dakwah dalam kehidupan seharian. Jemput hadir beramai-ramai seperti ketetapan berikut: 📅 Ahad, 21 Disember 2025 ⏰ 11.00 pagi – 4.30 petang 📍 Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak Antara pengisian menarik yang menanti anda: ✅ Ceramah agama oleh Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara ✅ Pameran kesenian al-Quran oleh Nasyrul Quran ✅ Qasidah dan selawat oleh Kumpulan Qasidah Soutul Mustafa ✅ Eksplorasi TVET Tahfiz oleh MTVET ✅ Jualan food truck dengan pelbagai pilihan juadah ✅ Pengisian rohani yang sesuai untuk seisi keluarga Tema Pakaian •⁠ ⁠Lelaki: Baju Melayu / Jubah Putih •⁠ ⁠Wanita: Jubah Hitam Semoga kehadiran kita semua menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan Allah SWT. Insya-Allah, jumpa anda di sana. “𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛𝑖, 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎 𝐺𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑏𝑏𝑎𝑛𝑖” #HimpunanHuffaz2025 #SimfoniDakwahNusantara #MembinaGenerasiAlQuran #BaganDatuk 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BqzbybWbt/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSd06MEkrqf/?igsh=c3JkbHhiYmdkZGhl 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2002182368875135346?s=46&t=xnxPBqEzRbR0vA2ZZU4TMg 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSd1BEmj563?xmt=AQF05Fs2Hbh96qOajee1RFM3L5JKrnxYx-t8iQm9GhJExfxZ2hFWirkOgf-0fNfUjhA2IQA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐬𝐢𝐩 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 Malam tadi, saya meluangkan masa bersama Ahli-ahli Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dalam Majlis Makan Malam dan Penghargaan yang dianjurkan bagi menghargai usaha serta komitmen semua Ahli Yang Amat Berhormat dan Yang Berhormat Barisan Nasional. Dalam kesempatan yang ada, saya telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh wakil rakyat Barisan Nasional yang hari ini memikul amanah besar dalam pelbagai peranan dan tanggungjawab. Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat adalah amanah yang menuntut setiap keputusan dan setiap tindakan benar-benar berpaksikan kepentingan negara serta kesejahteraan masyarakat di lapangan. Alhamdulillah, Barisan Nasional sentiasa bergerak sebagai satu pasukan. Kejayaan seorang adalah kekuatan bersama dan setiap kekhilafan pula memberi kesan kepada keseluruhan wadah perjuangan ini. Justeru, prinsip kebersamaan dan disiplin perjuangan mesti terus diperkukuh, sama ada di Parlimen, Dewan Undangan Negeri mahupun di kawasan masing-masing. Kita mungkin tidak dijanjikan laluan yang mudah, namun kita dituntut untuk kekal berani, konsisten dan berprinsip. Insya-Allah, Barisan Nasional akan terus kekal relevan sebagai wadah perjuangan yang bekerja, menyantuni dan mempertahankan rakyat. #BarisanNasional #WakilRakyat #ParlimenMalaysia #DewanUndanganNegeri 📱FB: https://www.facebook.com/share/1L233CBzZz/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSduExhEoaZ/?img_index=4&igsh=MWY5ZnByZnJ4OGYyZg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2002167179933069683?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSduD91klOL?xmt=AQF0YVE04-TzBzg1PU3StTi69WmVZm8pHabZJM30u4jkL0Q4kiokB15CJDymMsXfoyi6gTo&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐏𝐨𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧 Petang tadi, saya telah menerima kunjung hormat Jawatankuasa UMNO Bahagian dan pemimpin tempatan Pontian yang sudi datang dari jauh hingga ke Kuala Lumpur. Saya menghargai kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan, apatah lagi pertemuan ini diatur sebagai ruang silaturahim dan perkongsian pandangan khususnya bersama Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan. Walaupun pertemuan berlangsung singkat, saya gembira dapat bertemu dan bertukar pandangan bersama semua yang hadir. Setiap pertemuan seperti ini sentiasa bermakna kerana mencerminkan semangat kebersamaan akar umbi untuk terus bergerak seiring dalam memperkukuh perjuangan parti. Saya mendoakan agar seluruh kepimpinan dari Pontian agar terus diberikan kekuatan serta kesatuan dalam meneruskan khidmat kepada masyarakat. Insya-Allah, semangat ini akan terus menjadi asas kepada usaha yang lebih besar dan berterusan. #Pontian #UMNOPontian #BersatuBersetiaBerkhidmat 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1K6b2vkwFd/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DScigqzEkng/?img_index=5&igsh=YWQ2d2w4OG9lOXYz 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2002001358736801826?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSciiVaj1O6?xmt=AQF0GJcgeYD-8MV2rCN35MsCQc5tQHOjYqtebtmqHau0dWgfmoKBVDy9qO_1nt4JmjuHreQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐮𝐣𝐮 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔-𝟐𝟎𝟑𝟎 Selesai menunaikan solat Jumaat, saya berpeluang untuk hadir bertemu barisan kepimpinan dan pegawai pelaksana KEMAS dari pelbagai peringkat yang telah mengikuti Bengkel Pemetaan Strategik KEMAS (BAIAH@KEMAS) di Institut Latihan KEMAS, Kuala Lumpur. Di sini, saya menyaksikan perancangan fasa dan hala tuju baharu KEMAS menjelang tempoh 2026 hingga 2030 yang bakal membawa perubahan landskap sosial melalui pendekatan yang lebih segar, tersusun dan berimpak dalam memastikan perkhidmatan kepada masyarakat terus relevan dan berkesan. Lebih penting, saya mahu sesi ini turut menjadi medan penyelarasan semula peranan dan rantaian penyampaian perkhidmatan antara Ibu Pejabat dan KEMAS Negeri, ini bagi memastikan agar pelaksanaan program di lapangan lebih terselaras, cekap dan mengelakkan pertindihan. Semoga bengkel ini akan menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa KEMAS sebagai agensi pembangunan masyarakat yang progresif, berdaya tahan dan benar-benar menyentuh denyut nadi komuniti, selaras dengan aspirasi Kerajaan dan keperluan rakyat. #KEMAS #KKDW #PejuangDESA #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/16ojKnDg6R/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DScUzGXEuBh/?img_index=7&igsh=MXB3c3EyOGdtbmtqMw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2001970944366248404?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DScU2fhD4dn?xmt=AQF0v4x_mahY6zlMTbnJBZx62IOzW7ZNwMRQmeQPbachnmxZUCVukOf4m5QPPT5A-i4JS4U&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel