fa
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

رفتن به کانال در Telegram

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
364
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+37 روز
+230 روز
آرشیو پست ها
𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 Saya telah mempengerusikan Mesyuarat High-Level Committee (HLC) Pembangunan Desa Bil. 2/2025 bagi menyelaras dasar serta pelaksanaan pembangunan desa secara holistik, bersepadu dan selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Dalam mesyuarat ini, beberapa langkah utama telah ditetapkan bagi memperkukuh pendidikan awal, membuka peluang ekonomi baharu dan memodenkan ekosistem pembangunan desa. Antara yang diberi keutamaan ialah penyelarasan pendidikan awal di kawasan FELDA, termasuk penyerapan lebih 3,200 pelajar ke pusat KEMAS yang mempunyai kurikulum standard dan tenaga pengajar bertauliah. Tumpuan turut diberikan kepada pendidikan inklusif melalui perluasan Tabika Tunas Istimewa untuk kanak-kanak autisme. Mesyuarat juga bersetuju menggerakkan pembangunan bakat belia luar bandar melalui penyelarasan program kepimpinan, sukan, kesihatan mental dan kesukarelawanan di bawah KBS. Di samping itu, kerjasama strategik KKDW-FELDA diperkukuh bagi memperluas latihan keusahawanan, pensijilan produk dan pemasaran digital untuk manfaat lebih 112,000 peneroka. Selari dengan agenda pendigitalan negara, mesyuarat turut memandatkan pembangunan Papan Pemuka Data Pembangunan Desa Nasional sebagai instrumen tadbir urus masa hadapan untuk memastikan setiap keputusan dasar dibuat secara tepat, berfokus dan berasaskan data sebenar. Insya-Allah, melalui pendekatan yang lebih teratur, inklusif dan berpaksikan data ini, kita akan terus mempercepat pembangunan desa, merapatkan jurang wilayah dan membina masa depan yang lebih makmur untuk seluruh komuniti luar bandar. #PembangunanDesa #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1EX9RYM6DL/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRMNP98km5h/?igsh=OXM2OWYwcGNrOWNp 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1990695299455848884?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRMNRs2jzy6?xmt=AQF08-ktAY8hhB7mikbglTkx-8VN7baeJxLloelStG4IUqgi0OVK7nOOm0-RnLSvK1R4SJgN&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐋𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐋𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 Pagi tadi di Kuala Lumpur, saya telah merasmikan 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐈𝐂𝐓 𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 𝐨𝐧 𝐂𝐡𝐢𝐥𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐢𝐧𝐞 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧, sekali gus membuka tirai sebuah perbincangan penting mengenai keselamatan kanak-kanak dalam dunia digital yang semakin kompleks. Dalam era di mana bahaya tidak lagi muncul di jalanan semata-mata, tetapi juga melalui skrin dan algoritma. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak ASEAN membesar dalam ruang digital yang selamat dan beretika. Semasa berucap, saya telah berkongsi realiti yang sedang kita hadapi di mana satu pertiga pengguna internet hari ini ialah kanak-kanak, dan hampir 30 kes buli siber dilaporkan setiap hari di Malaysia. Ancaman baharu seperti 𝑑𝑒𝑒𝑝𝑓𝑎𝑘𝑒, pencurian identiti digital dan eksploitasi dalam talian menuntut tindakan pantas dan terkoordinasi. Justeru, Malaysia telah mengetengahkan tiga keutamaan serantau iaitu 𝐴𝑆𝐸𝐴𝑁 𝐶ℎ𝑖𝑙𝑑-𝑃𝑟𝑜𝑡𝑒𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝐼𝑛𝑓𝑜𝑟𝑚𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 𝐸𝑥𝑐ℎ𝑎𝑛𝑔𝑒 𝑁𝑒𝑡𝑤𝑜𝑟𝑘, 𝑆ℎ𝑎𝑟𝑒𝑑 𝐷𝑖𝑔𝑖𝑡𝑎𝑙 𝐹𝑜𝑟𝑒𝑛𝑠𝑖𝑐𝑠 𝑃𝑟𝑜𝑡𝑜𝑐𝑜𝑙, serta 𝐴𝑆𝐸𝐴𝑁 𝐷𝑖𝑔𝑖𝑡𝑎𝑙 𝐺𝑢𝑎𝑟𝑑𝑖𝑎𝑛𝑠ℎ𝑖𝑝 𝐶𝑢𝑟𝑟𝑖𝑐𝑢𝑙𝑢𝑚 sebagai langkah membina ASEAN sebagai zon digital yang selamat untuk kanak-kanak. Tahniah juga saya ucapkan kepada semua pihak yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang telah bertungkus-lumus merangka Dasar Kanak-Kanak Negara dan Pelan Tindakan Kanak-Kanak 2026–2030 yang turut saya lancarkan sebentar tadi. Insya-Allah, dengan iltizam yang jelas, kerjasama serantau yang kukuh dan sokongan masyarakat, kita akan membina sebuah ekosistem digital yang lebih selamat, lebih beretika dan lebih berdaya tahan untuk anak-anak yang bakal mewarisi rantau ini. #ASEAN #MyASEAN2025 #ChildOnlineProtection #RancakkanMADANI #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/16tWQW1T3u/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRL92c7Es-j/?igsh=ZHJzOWxvenB5NGtu 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1990661500022001769?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRL-DzWD3w1?xmt=AQF0nAXtRT_PstWR164wIRu371Qfqn4AnmFWvfGXa9WK3fTFZAVHkQEKTB7XiSJVp3St8Y5a&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 Setiap hari, kita mendengar kisah kehilangan nyawa di jalan raya. Ada yang keluar mencari rezeki, ada juga yang dalam perjalanan pulang ke pangkuan keluarga. Seperti yang saya nyatakan minggu lalu, secara purata sebanyak 18 orang terkorban setiap hari di jalan raya. Angka ini menggambarkan realiti yang menyayat hati dan menuntut tindakan segera daripada kita semua. Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Kali Ke-7 bagi meneliti langkah baharu dalam menangani isu kesesakan serta kadar kemalangan yang semakin membimbangkan. Fokus utama Kerajaan kini ialah memperkukuh penguatkuasaan dan keselamatan kenderaan perdagangan melalui pelaksanaan 𝑆𝑝𝑒𝑒𝑑 𝐿𝑖𝑚𝑖𝑡𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 𝐷𝑒𝑣𝑖𝑐𝑒 (SLD) yang telah bermula secara berfasa sejak 1 Oktober 2025 serta tindakan tegas terhadap syarikat yang berulang kali membawa muatan berlebihan. Kerajaan melalui Belanjawan 2026 turut memperuntukkan sebanyak RM13 bilion bagi menaik taraf jalan persekutuan dan negeri serta RM2.5 bilion untuk kerja penyelenggaraan dan pencahayaan di kawasan berisiko tinggi. Ini termasuk pemasangan 3,000 lampu LED baharu di kawasan kemalangan utama bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, khususnya pada waktu malam. Insya-Allah, melalui gabungan dasar, penguatkuasaan dan kesedaran rakyat, kita akan membina budaya mobiliti yang baharu. Jalan yang lebih selamat, sistem yang lebih cekap dan masyarakat yang lebih bertanggungjawab di jalan raya. #KeselamatanJalanRaya #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17YeTGEdLK/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRJ0m5akiX9/?igsh=cDFzNmVzb3ljNWJu 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1990359636407374288?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRJ0v6Ej8sK?xmt=AQF0Kl8NjbZHsBI5YsNBj0urHb8tQmJPLwNoUBr-7GHXPLDZqnkrUaYvfrY_HnwW1yZL4r0&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐃𝐮𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐓𝐮𝐫𝐤𝐦𝐞𝐧𝐢𝐬𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 Saya telah menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Muhammetnyyaz Mashalov, Duta Besar Turkmenistan ke Malaysia, di Parlimen hari ini. Dalam pertemuan ini, kami membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkmenistan yang telah terjalin selama lebih tiga dekad. Antara perkara yang dibincangkan merangkumi aspek halal, sumber asli, pendidikan, TVET, pelaburan, pelancongan serta kerjasama dalam sektor teknikal dan latihan kemahiran. Turkmenistan merupakan antara rakan penting Malaysia di rantau Asia Tengah, dengan pelaburan strategik PETRONAS yang merupakan antara syarikat pelabur luar terbesar di sana. Hubungan erat ini mencerminkan keyakinan bersama terhadap potensi kerjasama yang lebih luas pada masa hadapan. Saya menghargai kunjungan mesra TYT Mashalov dan berharap hubungan baik ini akan terus berkembang demi manfaat rakyat kedua-dua negara, insya-Allah. #MalaysiaTurkmenistan #RancakkanMADANI #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1EvTZVZ4tR/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRJofe8khd7/?igsh=MWhlZ3dlN2gwM21zMw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1990333048291012718?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRJokJ0j7jP?xmt=AQF0B4l6VecyaAFj-U8AuH6CoFAR4SlEA4kaffCRALde-DswqMaxTicbDISAh9H9GOTJY-Fj&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞-𝟖𝟐: 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐏𝐚𝐝𝐮 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫 𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Saya memulakan tugas hari ini di Putrajaya dengan menghadiri Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-82 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Majlis ini menjadi platform penting untuk memperkukuh penyelarasan dasar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam hal ehwal tanah di seluruh negara. Dalam mesyuarat kali ini, KKDW telah membentangkan kertas mengenai cadangan pindaan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) yang merangkumi aspek pentadbiran, pendidikan dan hal ehwal tanah. Pindaan ini bertujuan memastikan tadbir urus tanah yang lebih teratur dan inklusif, selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk melindungi kepentingan komuniti Orang Asli tanpa menjejaskan peranan serta bidang kuasa Kerajaan Negeri. Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, kita akan terus memperkukuh dasar yang adil, telus dan berpaksikan kesejahteraan rakyat. #MajlisTanahNegara #KKDW #JAKOA #PejuangDESA #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Jwz1UUQ5s/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRJSI0eEtUy/?igsh=MWUzODA0bjlrM2VwcA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1990283824736166139?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRJSKYID9Ev?xmt=AQF0hXWgjgwV5gb2MwoCZAWmDJHobOgwEjEBjeRfKa3oMI57Z4BzdGKAdXJadXqOexNRZC0&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 & 𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐛𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Saya teruja melihat ribuan orang hadir ketika saya tiba ke Program Santuni Pekebun Kecil RISDA di SICC Kota Kinabalu petang tadi. Program ini adalah sebahagian daripada salah satu usaha Kerajaan melalui KKDW dan RISDA dalam memperjuangkan pemerkasaan ekonomi masyarakat desa Sabah. Memandangkan terdapat lebih 74,600 orang pekebun kecil di seluruh negeri Sabah yang mengusahakan hampir 75,000 lot kebun getah yang berkeluasan lebih 200 ribu hektar, saya mahu agar segala usaha digembleng bagi memastikan nilai ekonomi dan sosial mereka dapat terus dipertingkat. Melalui pelaksanaan Model Transformasi RISDA (MTR) 2026–2030, Kerajaan menyasarkan agar hasil getah pekebun kecil di Sabah dapat diurus secara berkelompok melalui pembinaan rangkaian 10 depo pengumpulan hasil menjelang 2026. Langkah ini insya-Allah akan memperkukuh ekosistem pemasaran getah negeri sekali gus membuka jalan ke arah menjadikan Malaysia kembali sebagai pengeluar getah utama dunia menjelang 2030. Justeru, RISDA akan terus memberikan komitmen padu bagi memastikan usaha komuniti pekebun kecil ini dibantu sebaiknya, termasuk melalui pelbagai program pembangunan yang dirancang khusus untuk mereka. Saya berharap agar usaha ini menjadi sebahagian daripada langkah penting dalam memperkukuh daya tahan ekonomi komuniti desa dan pekebun kecil di Sabah, sambil memastikan kemajuan serta kemakmuran negara dapat dinikmati dengan lebih saksama, insya-Allah. #RISDA #KKDW #PejuangDESA #KotaKinabalu #Sabah #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BkEfCmkPp/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRHiFrSEvsO/?img_index=8&igsh=Nng0eGM3aGY0am5v 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1990037407585169422?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRHiGzZj3_k?xmt=AQF0N_kd3WHjxZ-AQyUdekKJmv0trpC7MUk691HEOFBFonSlkqstda6jGJ8ZnQnNUssK4sKe&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐚𝐫𝐥𝐲–𝐓𝐡𝐢𝐧𝐚𝐚𝐡 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐮𝐦𝐚𝐦𝐨𝐭𝐨 𝐌𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐬 Tahniah saya ucapkan kepada beregu wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah atas kejayaan menjuarai Kumamoto Masters di Jepun sebentar tadi. Cukup hebat! Kemenangan ini bukan sekadar memberi inspirasi bahkan menggegarkan sejarah badminton negara apabila menjadi pasangan Malaysia pertama yang menjuarai kejohanan berprestij. Lebih membanggakan, ini merupakan gelaran ketiga Jelajah Dunia BWF buat mereka. Inilah bukti ketabahan, disiplin dan semangat juang mereka yang tidak pernah luntur. Pearly-Thinaah telah membuktikan bahawa Malaysia mampu berdiri megah di pentas dunia. Teruskan mengorak langkah dan teruskan memburu kejayaan yang lebih besar. Seluruh rakyat Malaysia bangga dan akan terus berdiri di belakang kalian! Tahniah, JUARA! #MalaysiaBoleh #PearlyThinaah #JuaraKumamotoMasters2025 #BWFWorldTour 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CZEZ94wGy/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRHaRn5EkV3/?igsh=ZjduMG5wM3R6MTJk 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1990020631753109560?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRHai-QDws8?xmt=AQF0CeZYzZ8lyquZtbP6revTclPZ8vgvEjNcQAOfTyrAEs8JzygG3sSH54WC9-Deai3rzcKG&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐰𝐢𝐫𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐦 𝐋𝐨𝐤 𝐊𝐚𝐰𝐢 Selesai program di Kota Belud, saya meneruskan perjalanan ke Kem Lok Kawi untuk bertemu serta menyantuni para perwira negara yang setia berkhidmat di sini. Setiap kali bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia, saya kembali menyemai rasa tentang pengorbanan besar mereka, pengorbanan yang tidak pernah mengenal lelah demi menjaga kedaulatan tanah air tercinta. Terima kasih saya ucapkan atas kesempatan yang diberikan hari ini. Pertemuan ringkas, namun cukup bermakna dan mendalam. Saya mendoakan agar seluruh warga ATM khususnya di Sabah ini sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam melaksanakan amanah yang besar ini. Percayalah, kalian semua adalah kebanggaan negara. Sampaikan salam saya kepada rakan-rakan yang lain dan juga kepada ahli keluarga masing-masing ya. #KemLokKawi #AngkatanTenteraMalaysia #PerwiraNegara #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/14MGnsQbBse/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRHMTJUEv43/?img_index=3&igsh=MW05cGw5OXkzNHg1OA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1989989546189324513?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRHMctMj4jL?xmt=AQF0vTgW1ixxk6fhpnQjg8WVB_rr0oEwWbRYfV9TlqnA9Oao3hAPgA7OSZ4Xr-E49sInz1g9&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐘𝐅𝐮𝐭𝐮𝐫𝐞𝐉𝐨𝐛𝐬 𝐆𝐚𝐥𝐚𝐱𝐲: 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 & 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Pagi tadi di Bumi Sabah, saya kembali lagi ke Kota Belud dan kali ini untuk bersama masyarakat setempat dalam Karnival LINDUNG Kerjaya MYFutureJobs@Kota Belud yang turut menawarkan lebih 2,000 kekosongan jawatan kepada para pencari kerja yang hadir. Pada majlis ini turut berlangsungnya pelancaran MYFutureJobs Galaxy oleh PERKESO, satu platform pintar yang menggunakan teknologi data untuk memadankan kemahiran rakyat dengan keperluan sebenar industri. Semasa berucap, saya telah berkongsi bahawa kadar pengangguran di Sabah kini hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding kadar nasional manakala median gaji di Sabah pula antara yang terendah di Malaysia. Angka-angka ini penting untuk kita perincikan dan melihat segala usaha untuk memastikan ia dapat ditangani sekali gus mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak muda di masa hadapan. Justeru, penganjuran karnival ini diharapkan bukan sahaja membuka pintu rezeki, tetapi membuka ruang ke arah melahirkan para belia tempatan yang berkemahiran tinggi melalui pendidikan TVET yang kini menjadi laluan utama kerjaya. #MYFutureJobs #PERKESO #MYFutureJobsGalaxy #KotaBelud #Sabah #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/14NVpKm1gAS/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRG80p-EsY4/?img_index=8&igsh=MXkxaTdhMGExNzZ4dQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1989955458501857556?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRG8zr0j9hl?xmt=AQF0H9UzPkNMwBsm1BEMDnnP0parbF_XaFUU-JQ7lajv3p84bVOBJwJHGrMz1ir571aFRSIC&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐮𝐩𝐢-𝐊𝐮𝐩𝐢 𝐅𝐌: 𝐁𝐮𝐚𝐥 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐕𝐄𝐓 Selepas bersama rakan-rakan media Sabah petang tadi, saya singgah pula ke studio Kupi-Kupi FM untuk satu sesi rakaman santai tapi bermakna. Kami berbicara tentang “TVET Pilihan Utama Kerjaya”, agenda besar Kerajaan Perpaduan untuk memastikan anak muda kita memiliki masa depan yang cerah, berkemahiran tinggi dan berdaya saing. Saya juga sempat kongsikan bahawa di seluruh negara kini terdapat 1,398 institusi TVET, termasuk 102 di Sabah. Inilah bukti bahawa ekosistem latihan kemahiran negara semakin meluas dan inklusif. Terima kasih saya ucapkan kepada kru Kupi-Kupi FM atas jemputan dan layanan yang sangat mesra. Harapan saya, semoga perbualan ini dapat membuka mata lebih ramai anak muda bahawa TVET bukanlah laluan kedua, tetapi laluan masa depan yang menjanjikan peluang dan kemajuan khususnya di Negeri Sabah. Insya-Allah. #KupiKupiFM #TVETMalaysia #KKDW #PejuangDESA #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1ADiaHzkqM/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRFHKNhkow1/?img_index=2&igsh=bm83ZTNwcXFxN2Ni 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1989696746134593965?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRFHUZNj3xH?xmt=AQF02ODFwSqCQhy29WMIYcYq2VZ-mqjfACSjPknVvkHE5uYQ2IgfxS3fErAjP5ZWi-pxaw3h&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Hari pertama PRN Sabah, saya turun padang sebagai tanda sokongan kepada semua 45 calon Barisan Nasional yang bertanding, membawa gabungan pengalaman serta 80 peratus wajah baharu yang segar, berwibawa dan bersedia memimpin Sabah ke tahap yang lebih baik. Kepada seluruh jentera BN, susun langkah dengan kemas, mantapkan gerak kerja dan pereratkan kebersamaan. Inilah masanya untuk mendampingi rakyat dan mengembalikan mandat demi masa depan Sabah yang lebih stabil, makmur dan sejahtera. Jom, kita bikin balik Sabah! #BarisanNasional #PRNSabah #BikinBalikSabah 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRE_bTqkmgE/?igsh=am1oNWJtNGkxZnps 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/17gBpwennp/ 📱YouTube: https://youtu.be/QhJLYy87osA?si=0e8roqHxUe3PJLEC 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐑𝐚𝐤𝐚𝐧-𝐑𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Di tengah kesibukan berkempen hari ini, saya meluangkan sedikit masa bersama rakan-rakan media - berkongsi pandangan, memberikan pencerahan, dan lebih penting, mendengar sendiri cerita, cabaran dan pengalaman mereka di lapangan. Saya amat menghargai peranan besar yang dimainkan oleh rakan-rakan media dalam memastikan maklumat tepat, sahih dan seimbang sampai kepada rakyat, khususnya dalam suasana PRN Sabah yang penuh dinamik dan mencabar ini. Terima kasih kepada semua rakan media yang hadir dan meluangkan masa petang tadi. Semoga urusan kalian dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, serta terus bersemangat menunaikan amanah besar ini demi kebenaran dan kesejahteraan rakyat. #MediaSabah #KKDW #Sabah #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/16WFacma8s/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRE4-bCkppI/?igsh=MWx1bDhyZGhwaW10OQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1989665604857696558?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRE5HFbj8qc?xmt=AQF0QAeQRkCYn6rZonInDFEabqUscznnYuY6qvQORJs8bz5cCR-zOX1LKqHfoXiMSg2LBxlO&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐫𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒: 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐢 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Kesempatan saya berada di Sabah, saya turut hadir meraikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana & Forum Makanan Baik dan Sihat TABIKA Pra Tahfiz KEMAS di IKM Kota Kinabalu. Program ini bukan sahaja menyuburkan jiwa dengan kalam Allah, tetapi juga membina tubuh yang sihat. Dua elemen yang saling melengkapi dalam membentuk insan seimbang. Ketika berucap, saya menzahirkan kebanggaan melihat perkembangan luar biasa KEMAS Sabah. Dalam tempoh hanya tiga tahun, KEMAS Sabah berjaya mewujudkan 731 kelas Pra Tahfiz melibatkan 8,347 kanak-kanak yang diasuh dengan asas Al-Quran sejak usia awal. Hasilnya, Laporan Penguasaan Pra Tahfiz Sabah 2025 merekodkan seramai 972 kanak-kanak berada pada Tahap 5, telah menghafal lebih 21 surah Juz ‘Amma. Ini bukan angka kecil; ini bukti keberkatan usaha yang dilaksanakan di bumi Sabah dan seluruh negara sejak tiga tahun lalu. Tentunya perkembangan ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia lahir daripada kasih, dedikasi dan iltizam para guru, penyelia dan warga KEMAS Sabah yang mendidik anak-anak ini dengan penuh amanah dan kesungguhan. Mereka bukan sekadar mengajar, tetapi turut membina jati diri ummah. Semoga KEMAS terus berperanan sebagai institusi pembangunan insan luar bandar yang mendidik minda, membentuk akhlak dan mengangkat martabat ummah untuk generasi akan datang. #MembinaGenerasiAlQuran #PraTahfizKEMAS #KEMAS #Sabah #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17c9egDzFp/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DREuUu8klLn/?img_index=5&igsh=eWU5enh5aGRiOWh0 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1989642285731254738?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DREuWBOjx-R?xmt=AQF0d6aplcfQBQyqWzjF-i3a7Acu2j0fEqCtFHP8xJ9KlPeZwhbtvetbHmSyrrY2cFZRUUmH&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Ada pada waktu dan ketika, di saat sesiapa pun memerlukan. Calon BN bagi DUN Sulaman, Dr. Shahnon Rizal, segera tampil membantu ketika calon DUN Kiulu, Encik Dusi Gingging, rebah sewaktu sesi penamaan calon di Tuaran pagi tadi. Kita doakan agar Encik Dusi Gingging segera diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya. Kredit video: TV3 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSyTvB4Hs/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DREaWGskrdf/?igsh=MTVxYzdjcWVtbW50NA== 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/19qgctZAaU/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Hari pertama PRN Sabah, saya mengambil kesempatan turun padang untuk memberikan sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional, Datuk Yakubah Khan dan Saudara Arfanshah Abdul Ghafar di Dewan Maksak Likas, Kota Kinabalu. Keyakinan dan semangat saya juga sentiasa bersama kesemua 45 calon Barisan Nasional yang bertanding pada PRN kali ini. Insya-Allah, dengan gabungan calon berpengalaman serta 80 peratus wajah baharu, Barisan Nasional tampil dengan pasukan yang segar, berwibawa dan bersedia menyumbang kepimpinan yang lebih baik untuk Negeri Sabah. Kepada seluruh jentera BN di segenap pelosok negeri, susun langkah dengan kemas, mantapkan gerak kerja dan pereratkan kebersamaan. Inilah masanya untuk kita terus mendampingi rakyat dan mengembalikan mandat bagi menerajui Sabah menuju masa depan yang lebih stabil, makmur dan sejahtera. Jom, kita bikin balik Sabah! #BarisanNasional #PRNSabah #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Baxc7qN55/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRD7HUvEtHD/?igsh=ZndkZWRsYXZibnRw 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1989529581234385334?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRD7Qp1D9J_?xmt=AQF0sloyeZZ3LNTF5iRaGL_v2HxfnFMkv5-KgYmNQht6LcWZD426JCsoXIiQ5C4cs4Ulxdw&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐞𝐬𝐚@𝐓𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧: 𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Gembira rasanya dapat bersama masyarakat Tuaran malam tadi dalam Program Sentuhan Kasih Desa@Tuaran. Suasananya cukup meriah! Penuh dengan semangat kekeluargaan dan keakraban masyarakat setempat yang hadir bersama keluarga dan rakan-rakan. Program selama dua hari ini terus membuktikan kesungguhan KKDW untuk mendekati rakyat dalam memastikan agenda pembangunan desa dilaksana secara inklusif. Ia menjadi ruang untuk kita mendengar denyut nadi masyarakat serta memperkukuh kerjasama antara komuniti dan agensi Kerajaan. Insya-Allah, dengan sokongan semua pihak dan hubungan yang erat antara Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri yang baharu nanti, saya yakin pembangunan di Sabah khususnya di Tuaran ini akan dapat digerakkan dengan lebih teratur, cekap dan seimbang. Yang penting, semangat kerjasama ini mesti diteruskan demi rakyat. Bersama-sama, kita akan “Bikin Balik Sabah”! Bukan hanya dengan kata-kata, tetapi dengan hasil yang dapat dirasai oleh setiap keluarga, setiap kampung dan setiap anak muda di negeri ini. Insya-Allah. #SentuhanKasihDesaTuaran #KKDW #PejuangDESA #Tuaran #Sabah #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1DYcz7GpEv/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRDpvjBksbE/?igsh=MWZiNzloaXk0YnVsZA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1989491371535954157?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRDp7nBEqCz?xmt=AQF0F6lz7vGoUUqOK-u_ZxJUNGcI6Fl1Fcxs89xzFGvEvLrC3l00GnAHnlfeO9Uf70FrhBlI&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈! 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐄𝐒𝐀@𝐓𝐔𝐀𝐑𝐀𝐍 Ayuh orang Tuaran! Jom beramai-ramai meriahkan 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐞𝐬𝐚@𝐓𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧 anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐥𝐚, 𝐓𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡. 📅 14 November 2025 (Jumaat) ⏰ 9.00 pagi – 11.00 malam 📅 15 November 2025 (Sabtu) ⏰ 9.00 pagi – 10.00 malam Tunggu apa lagi? Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk sertai pelbagai aktiviti yang akan dibawakan khas untuk orang Tuaran! Ada macam-macam aktiviti bah! 🔺 Jualan Usahawan Tempatan, 🔺 Pertandingan Busana Etnik 🔺 Pertandingan Memanah 🔺 Pertandingan e-Sukan 🔺 Pertandingan busana 🔺 Pemeriksaan Kesihatan Cabutan bertuah dengan hadiah menarik juga menanti anda! Masuk adalah percuma! #KKDW #MalaysiaMadani #TaatSetia #PejuangDesa #MADANIBekerja #SentuhanKasihDesa 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Fwp3PcEZ3/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRBBc9iEmFs/?img_index=1&igsh=NG96ODJxNTlnZ3Vs 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1989121559718686876?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRBBhL4ErwZ?xmt=AQF0n8fNNObOpJ9YNXjQRhYgdaNVkuMGlrxhwPa8fukut6MsfTiThIQQENSEnO7YVDqUsBs&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐑𝐨𝐚𝐝 𝐒𝐚𝐟𝐞𝐭𝐲 𝐂𝐨𝐧𝐠𝐫𝐞𝐬𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟓 Keselamatan jalan raya bukan sekadar tanggungjawab Kerajaan, tetapi amanah bersama. Setiap nyawa amat berharga dan setiap tindakan kita hari ini boleh menyelamatkan masa depan. Semoga kongres ini menjadi titik tolak ke arah budaya jalan raya yang lebih selamat dan berhemah untuk semua. #RoadSafetyCongress2025 #TransportExpoAsia2025 #FutureOnTheMove #RancakkanMADANI 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSy7L6TqB/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DQ_4rXKkm2y/?igsh=NTE5aTF4OXl3aXR3 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/14PkDxVbFEp/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐡𝐚𝐥𝐮𝐬𝐢, 𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐤𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 Petang tadi di Putrajaya, saya telah hadir ke Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negara Bilangan 2 Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang memberi tumpuan kepada hala tuju serta penyelarasan projek-projek pembangunan yang melangkaui Rancangan Malaysia Ke-11, termasuk garis panduan baharu berkaitan perlindungan utiliti, pengalihan utiliti serta keperluan mengoptimumkan pelaksanaan projek. Saya menyambut baik saranan YAB Perdana Menteri agar semua pihak mengutamakan penggunaan sumber, produk dan peralatan tempatan dalam projek pembangunan negara. Pendekatan ini bukan sahaja mengoptimumkan perbelanjaan, malah penjimatan yang terhasil boleh disalurkan semula untuk memperkukuh kemudahan asas serta infrastruktur yang benar-benar diperlukan rakyat. Insya-Allah, dengan penyelarasan yang lebih tuntas dan disiplin pelaksanaan yang lebih ketat, usaha pembangunan negara akan terus memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. #PembangunanNegara #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Bmw1tshcc/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQ_vBN-khXM/?igsh=aDh4cXBxMzV3YTBh 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1988939996988944747?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQ_vDyJEuuQ?xmt=AQF0AAau1Yc3Q2-Q4H1EoySsXDlyiUXJ1HcHafW9I8B2xaPpUgOblJjSmIDHoKiqOR5Pu5JT&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟 Tahun 2025 terus menjadi saksi kebangkitan sukan negara apabila atlet Malaysia telah mencipta detik bersejarah di pentas antarabangsa. Kejayaan muncul juara dunia badminton, prestasi cemerlang e-sukan dan pencapaian atlet pelbagai disiplin memperlihatkan tahap daya saing Malaysia yang semakin menyerlah. Inilah semangat yang menggerakkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memberi perhatian lebih serius kepada pembangunan sukan secara inklusif. Selari dengan itu, hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) Bil. 2/2025, yang menumpukan perbincangan kepada persiapan negara menjelang Sukan SEA dan Sukan Para 2025, di samping menilai prestasi atlet serta memperkukuh strategi daya saing dan pencapaian pingat dalam acara sukan serantau dan antarabangsa. Dalam mesyuarat ini, kami telah meluluskan Program Ujian Kecergasan Nasional OKU sebagai mekanisme rasmi saringan kecergasan bagi calon OKU dalam sektor awam. Ini merupakan sebuah langkah signifikan dalam memperkukuh prinsip kesamarataan peluang dan pembangunan insan tanpa diskriminasi. JKPS juga bersetuju menubuhkan Pusat Kecemerlangan Sukan Orang Asli melalui kerjasama MSN dan KPM, dengan SMK RPS Betau, Kuala Lipis diiktiraf sebagai pusat latihan utama bagi mencungkil dan membangunkan bakat atlet Orang Asli yang berpotensi ke peringkat tertinggi. Insya-Allah, melalui usaha bersepadu Kerajaan bersama semua pihak dalam ekosistem sukan negara, Malaysia akan terus melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia, memperkukuh industri sukan tanah air serta menghasilkan masyarakat yang sihat, aktif dan bersatu melalui kekuatan sukan. #EkosistemSukanNegara #MalaysiaBoleh #RancakkanMADANI #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BtkH1viis/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQ_QIzgkpXi/?igsh=bTllc3J6aHN5bXRn 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1988872051525136386?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQ_QKizkqLc?xmt=AQF0b54IsOVqgsFbszImyfwzZVN8iHDiFEcr5lVEr1hTkmF-q24X-VHVKDHGZYmIm8l-sPg&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel