cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

MUTIARA KATA HIKMAH

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Buatlah kebaikan selagi nyawa masih ada. Kehidupan di dunia hanya sementara dan amal kebaikanlah yang bakal menolongmu di akhirat kelak. Kita kesyurga dengan ihsan Allah❤️❤️

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
5 056
Suscriptores
+1624 horas
+1537 días
+55830 días
Archivo de publicaciones
Photo unavailableShow in Telegram
👍 8 3🥰 2
PERINTAH UNTUK SELALU BERBUAT BAIK Allah Taala berfirman, وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللهُ إِلَيْكَ "....dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu...." Surah Al-Qashash: 77 Allah Subhanahu memerintahkan untuk berbuat baik. Oleh Kerana itu, berbuat baiklah kepada sesama makhluk Allah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. Berbuat baiklah kepada orang lain dengan memberi sedekah sebagaimana Allah Taala telah berbuat baik kepadamu dengan memberikan harta kekayaan. واللهُ يُحِبُّ المُحْسِنِيْنَ "Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik." Surah Ali Imran: 134 Semoga Allah Subhanahu menerima segenap amal ibadah kita. ✍ditulis oleh: al Ustadz Abul Faruq Ayip Syafruddin hafizhahullah
Mostrar todo...
5👍 2🥰 1
01:17
Video unavailableShow in Telegram
5👍 2🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
17👍 4🥰 2
01:11
Video unavailableShow in Telegram
4👍 2🥰 2
Di syurga nanti orang kaya ada, orang miskin pun ada. Pengarah syarikat ada, pengemis jalanan pun ada. Orang duduk bandar ada, orang kampung pun ada. Yang ada degree boleh masuk syurga, yang tak ada degree pun boleh masuk syurga. Semua golongan ada. Apa pun kedudukan kita di dunia tetap melayakkan kita ke syurga sana. Begitu juga dalam neraka. Semua golongan yang ada dalam dunia ini boleh ada dalam neraka. Maka yang membezakan kita cuma iman dan taqwa. Baik iman kita, ke syurgalah. Jika sebaliknya, ke nerakalah. Jadi, kenapa perlu pandang rendah pada orang lain? Jangan-jangan yang kita rendahkan itu ahli syurga kerana iman dia lebih baik daripada kita. Kawan-kawan, berbaik sangka lah. Nasib kita sendiri belum tahu. Selamat pagi ya.
Mostrar todo...
9👍 4🥰 2
Photo unavailableShow in Telegram
9👍 3👌 2
Photo unavailableShow in Telegram
11👍 5🥰 2
Bila hari terbaik kita? Hari terbaik kita adalah hari di mana kita mulai dengan bangun malam, bertahajud dan bermunajat kepada Allah. Lalu paginya kita menuju ke masjid menunaikan solat subuh berjemaah. Kita bersedekah walaupun sedikit. Dan kita lalui hari tersebut dengan ikhtiar mencari nafkah. Kita niatkan ibadah melalui kerja tersebut. Solat zuhur dan asar di antaranya. Pulang dengan rasa syukur dengan berjemaah maghrib dan isyak. Dan sebelum tidur kita sempatkan diri membaca selembar dua ayat-ayat suci Al-Quran. Lalu tidur dengan tenang, puas sambil mengharapkan keampunan.
Mostrar todo...
9👍 5🥰 2
Photo unavailableShow in Telegram
👍 11 4🥰 3
Mahalnya HIDAYAH Allah kerana dengannya kita masih mampu untuk melakukan ketaatan kepadaNya.. Dengan HIDAYAH Allah orang sakit mampu ke masjid untuk jemaah, sedangkan yang sihat pun tak mampu.. Dengan HIDAYAH Allah orang miskin mampu bersedekah, sedangkan yang kaya tak semua yang mampu buat... Dengan HIDAYAH juga kita diizinkan Allah untuk buat Ibadah.. Jadi pintalah agar Allah sentiasa kurniakan HIDAYAH kepada kita.. Muhasabah diri
Mostrar todo...
👍 7 2🥰 2
01:38
Video unavailableShow in Telegram
👍 6 2🥰 2
Photo unavailableShow in Telegram
19👍 4🥰 1
00:57
Video unavailableShow in Telegram
6👍 2🥰 1
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa   عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (Sahih Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita. 2.  Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan (tanpa pengetahuannya), malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya. 3.  Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak. Sepertimana hadis Rasulullah SAW: دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ "Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500) Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita. Bangunkan Jiwa Taqwa. 23hb April 2024 14hb Syawal 1445H
Mostrar todo...
6👍 4🥰 1
02:32
Video unavailableShow in Telegram
6👍 4🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
👍 15 4🥰 3
00:34
Video unavailableShow in Telegram
👍 6🥰 3 2
Photo unavailableShow in Telegram
👍 13 3😍 2
Dalam keheningan yang meresap jiwa, Ada seorang, dengan Al-Quran di riba. Halaman-halamannya terbuka, Menyibak rahsia, memberi asa. Di sudut tenang, di bawah cahaya lembut, Dia merenung, menghayati setiap ayat. Kata-kata Ilahi, bagai mutiara terang, Menerangi hati, mengusir kegelapan pikir. Di sini, di antara ayat dan nafas, Dia menemukan kedamaian yang hakiki. Bukan sekadar membaca, tetapi meresapi, Setiap ajaran, setiap nasihat Ilahi. Al-Quran, buku kehidupan yang abadi, Panduan, pelita di tengah malam sunyi. Di taman ayat-Nya, dia berjalan, Menyusuri jalur-jalur petunjuk dan hikmah. Setiap kata, bagai embun di padang pasir, Menyejukkan, menghidupkan semangat yang layu. Di setiap halaman, ada janji dan harapan, Ada petunjuk, bagi yang mencari jawaban. Dan dalam kesunyian ini, dia menemukan, Bahwa Al-Quran adalah teman sejati, Pembimbing di setiap langkah ragu, Cahaya yang tak pernah padam, di hati yang mencari Tuhan.
Mostrar todo...
👍 4😍 3 2
02:23
Video unavailableShow in Telegram
👍 3 2🥰 2
Photo unavailableShow in Telegram
👍 13🥰 5 3
02:24
Video unavailableShow in Telegram
👍 3 2🥰 2
Ikhlas Menerima Kekecewaan, Allah Ganti dengan Kebaikan Dalam kehidupan ini, kita sering menghadapi kekecewaan. Namun, ketika kita menerima kekecewaan dengan hati yang ikhlas, Allah SWT akan menggantinya dengan beribu kebaikan. Ini adalah sunnatullah, hukum alam yang Allah tetapkan, di mana setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Allah berfirman dalam Al-Quran: _فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا_ (Asy-Syarh: 6) "Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." (QS. Asy-Syarh: 6) Ayat ini mengingatkan kita bahwa di balik setiap kesulitan dan kekecewaan, Allah telah menyiapkan kemudahan dan kebaikan. Oleh itu kita kena memahami bahwa segala sesuatu yang terjadi dalam hidup kita memiliki hikmah dan kebaikan di dalamnya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-Nya, dan apa yang kita anggap sebagai kekecewaan, bisa jadi adalah cara Allah menyelamatkan kita dari sesuatu yang buruk atau menggantinya dengan yang lebih baik. Rasulullah SAW bersabda: "Ajaiblah bagi orang beriman, segala urusannya adalah baik baginya. Jika mendapatkan kesenangan ia bersyukur maka itu baik baginya, dan jika mendapatkan kesusahan ia bersabar maka itu baik baginya." (Hadis Riwayat Muslim) Hadis ini mengajarkan kita untuk selalu memiliki sikap sabar dan syukur dalam menghadapi setiap situasi. Baik dalam kesenangan maupun kesusahan, ada kebaikan yang Allah sediakan bagi orang-orang yang beriman. Ketika kita menghadapi kekecewaan, berdoalah kepada Allah agar diberikan kekuatan, kesabaran, dan keikhlasan: _رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ_ "Robbi auzi'ni an asykura ni'mataka allati an'amta 'alayya wa 'ala walidayya wa an a'mala sholihan tardhohu wa adkhilni birohmatika fi 'ibadikas-sholihin." (Maksud: "Ya Tuhanku, anugerahilah aku kekuatan untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai, dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.") Hikmah di Balik Kekecewaan Di balik awan kelabu, Ada pelangi menanti waktu. Dalam setiap kekecewaan, Ada hikmah yang tersembunyi, Pelajaran yang Allah kirimkan, Dalam rupa yang tak disangka. Sabar dan syukur menjadi kunci, Untuk membuka pintu kebahagiaan hati. Kekecewaan bukan akhir cerita, Melainkan awal dari berkah yang tersembunyi. Allah Maha Tahu, apa yang terbaik, Bagi hamba-Nya yang sabar dan tidak lekas berputus asa. Maka, terimalah setiap ujian dengan hati terbuka, Sebab, di baliknya tersimpan ribuan kebaikan. Semoga, ini memberi motivasi dan ketenangan hati dalam menghadapi kekecewaan, dengan keyakinan bahwa Allah selalu memiliki rencana yang lebih baik untuk kita.
Mostrar todo...
👍 3🥰 3 2
01:06
Video unavailableShow in Telegram
🥰 5 4👍 2
Photo unavailableShow in Telegram
👍 9 6🥰 2
01:23
Video unavailableShow in Telegram
👍 5 4🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
4👍 3🥰 1
PANDUAN QADA SOLAT FARDHU Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat ? Tentunya, kerana kita manusia akhir zaman yang lemah imannya. Sering lalai dalam menunaikan kewajiban sebagai hamba-Nya. Mungkin kita di dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja mahupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah baligh dulu. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah betul. Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat ? Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai ketika “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah SAW sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tertidur atau terlupa. Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qada semasa niat. Qada ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”. Cara niat qada solat fardhu lima waktu: 1 - Solat Maghrib “Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala." 2 - Solat Isyak “Sahaja aku solat fardhu isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala." 3 - Solat Subuh “Sahaja aku solat fardhu subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala." 4 - Solat Zuhur “Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala." 5 - Solat Asar “Sahaja aku solat fardhu asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala." Ada orang bertanya: Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang, perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat ? Jawabnya, wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya. Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah di qada kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu mudah²han diterima Allah SWT. Selain itu ada juga orang bertanya: Jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu ( tetapi sudah buat solat taubat ) bagaimana pula ? Soal jika meninggal sebelum sempat meng’qada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah SWT. Namun jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada’ kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosa kita. Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT. Aamiin ♥️ Kredit : Mohd Ibrahim
Mostrar todo...
👍 6 5🥰 2
Photo unavailableShow in Telegram
7👍 6🥰 3
Photo unavailableShow in Telegram
👍 10 4🥰 3
Nafas kita terus berjalan seiring jalannya Waktu, setia menuntun kita ke pintu kematian... Sebenarnya dunialah yang makin kita jauhi dan liang kuburlah yang makin kita dekati. Satu hari berlalu, bererti satu hari pula berkurang umur kita. Umur kita yang tersisa di hari ini sungguh tak ternilai harganya, sebab esok hari belum tentu jadi bahagian dari diri kita. Kerana itu, jika hari berlalu tapi tiada Kebaikan dan Kebajikan yang kita lakukan maka akan keringlah batin kita. Jangan tertipu dengan usia muda, kerana syarat untuk mati tidaklah harus tua. Jangan terperdaya dengan badan sihat, kerana syarat untuk mati tidak pula harus sakit. Teruslah berbuat baik... berkata baik...! Walau tak banyak orang yang mengenalimu, tapi kebaikan dan kebajikan yang kita lakukanlah yang akan menuntun kita pada kebahagiaan, dan akan dikenang oleh mereka yang kita tinggalkan.. Semoga Bermanfaat 🙏
Mostrar todo...
👍 9 4🥰 3
00:32
Video unavailableShow in Telegram
👍 4 3🥰 2
Photo unavailableShow in Telegram
👍 9 2🥰 2
Pengawasan perlu dilakukan tanpa paksaan dan sudah tentu disertakan dengan doa untuk kebaikan dan keselamatan mereka. Oleh itu anak-anak akan berasa dihargai, dihormati, disayangi, dan sangat penting di dalam keluarga. Tambahan pula, mereka akan merasa yakin dan mempunyai personaliti yang kuat untuk sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada tingkah laku yang tidak baik. Memberikan kepercayaan kepada anak-anak dengan tanggungjawab yang lebih berat. Sewaktu usia 15- 21 tahun ini adalah sangat penting bagi kita ibu bapa untuk memberikan tanggungjawab yang lebih berat dan lebih besar supaya masa depan anak-anak boleh menjadi lincah, bebas, bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Contoh tanggungjawab yang harus diberikan pada usia ini adalah seperti meminta beliau untuk membimbing adik-beradik, memberikan kerja-kerja yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa atau menyediakan jadual aktiviti serta menguruskan kewangan sendiri. Semoga Allah SWT memberikan kita anak-anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat. "Ya Rabbku, beri­lah kepadaku dari sisi Engkau keturunan yang baik. Sesungguhnya engkau adalah Maha Mendengar Doa." (Al-Quran, Ali Imran: 38)
Mostrar todo...
👍 4 2🥰 2
01:02
Video unavailableShow in Telegram
👍 8 3🥰 2
Photo unavailableShow in Telegram
11👍 7
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Jadilah Hamba Allah Yang Bersaudara عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara." (Sahih Bukhari No: 5717) Dar Ibn Kathir Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Islam mengajar agar kita menjauhi prasangka buruk kepada orang lain 2.  Islam menyuruh agar tidak mendiamkan diri jika kemungkaran berlaku di hadapan kita (perlu dicegah atau dinasihat) 3.  Muslim dilarang mencari-cari isu atau kelemahan orang lain. 4.  Setiap kita juga dilarang saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci. 5.  Muslim dituntut agar berusaha menjaga tali persaudaraan sesama Muslim.  Menjaga persaudaraan dengan menjauhi sangka buruk, tidak mencari kelemahan orang lain, jangan berdengki, elakkan membenci, tidak membelakangkan orang lain dan bantu sahabat dengan mencegah dia daripada melakukan maksiat. Bangunkan Jiwa Taqwa. 22hb April 2024 13hb Syawal 1445H
Mostrar todo...
👍 4 3🥰 1
05:28
Video unavailableShow in Telegram
👍 3 3🥰 1😭 1
Photo unavailableShow in Telegram
👍 5 4🥰 2