cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

MUTIARA KATA HIKMAH

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Buatlah kebaikan selagi nyawa masih ada. Kehidupan di dunia hanya sementara dan amal kebaikanlah yang bakal menolongmu di akhirat kelak. Kita kesyurga dengan ihsan Allah❤️❤️

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
5 357
Suscriptores
+1624 horas
+1887 días
+70030 días
Archivo de publicaciones
Saidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara-cara untuk melayan anak:- 1. Kelompok pertama 7 tahun (umur 0-7 tahun), melayan anak sebagai raja. 2. Kelompok kedua 7 tahun (umur 8-14 tahun), melayan anak sebagai tawanan. 3. Kelompok ketiga 7 tahun (umur 15-21 tahun), melayan anak sebagai sahabat. ► ANAK SEBAGAI RAJA (umur 0-7 tahun) Melayan anak di bawah umur 7 tahun dengan sepenuh hati dan ikhlas adalah perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan. Banyak perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari akan berubah mempunyai kesan positif kepada pembangunan tingkah laku anak tersebut, sebagai contoh:- Jika kita segera menyahut dan mendekati dia ketika dia memanggil kita walaupun ketika kita sibuk, maka dia juga akan segera bertindak balas dan terus pergi kepada kita sewaktu kita memanggilnya. Di saat kita tidak jemu menggosok belakang badannya sehingga dia tidur, dan tidak mustahil apabila dia mengurut atau mengusap punggung apabila kita letih atau sakit. Di saat kita berusaha keras menahan emosi pada masa dia telah membuat kesilapan yang besar dalam apa jua bentuk, kita dapat lihat pada masa akan datang dia juga akan bersabar apabila adik-beradik atau rakan-rakannya membuat kesilapan kepadanya. Oleh itu, apabila kita sentiasa berusaha sepenuh hati untuk menggembirakan anak-anak yang belum berusia tujuh tahun, Insya-Allah, dia akan membesar menjadi seorang yang menyeronokkan, penyayang dan bertanggungjawab kerana jika kita suka dan melayan mereka sebagai raja, maka dia akan suka dan melayan kita sebagai raja dan ratu. ► ANAK SEBAGAI TAWANAN (umur 8-14 tahun) Kedudukan tawanan perang dalam Islam adalah sangatlah dihormati. Dia akan mendapat hak dengan kadar tertentu, tetapi  juga dikenakan berbagai larangan dan tanggungjawab. Usia 8-14 tahun adalah umur yang sesuai untuk anak-anak diberikan hak, tanggungjawab dan kewajipan tertentu. Rasulullah SAW mula mengajar anak untuk solat wajib pada usia 7 tahun dan membolehkan kita untuk memukul anak itu (atau mengukum dengan hukuman yang sepatutnya) apabila anak itu berusia 10 tahun jika anak itu tetap meninggalkan solat. Oleh kerana itu, umur 8-14 tahun adalah waktu yang sesuai dan tepat untuk anak-anak diperkenalkan dan diajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan hukum hakam agama, sama ada yang diwajibkan atau dilarang, seperti :- 1. Menunaikan solat wajib lima kali sehari. 2. Memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat. 3. Menjaga pergaulan dengan berlawanan jenis. 4. Membaca Al-Quran. 5. Membantu kerja-kerja rumah yang mudah dilakukan praktikal dengan usia anak. 6. Menerapkan disiplin dalam aktiviti harian. Penghargaan dan Hukuman (hadiah/ganjaran/pujian dan hukuman/teguran) yang sesuai diberikan pada usia 7 tahun kedua ini kerana anak-anak sudah dapat dapat memahami erti tanggungjawab dan sesuatu perbuatan. Walau bagaimanapun, layanan terhadap setiap anak mestilah berbeza kerana setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang berbeza (kerana setiap anak mempunyai keunikan tersendiri). ► ANAK SEBAGAI SAHABAT (umur 15-21 tahun) Umur 15 tahun adalah usia umum untuk anak-anak melangkah memasuki usia akil baligh. Sebagai ibu bapa kita harus meletakkan diri kita sebagai sahabat dan memberi contoh yang baik seperti yang diajar oleh Saidina Ali bin Abi Thalib. Ini adalah masa yang baik untuk bercakap dari hati ke hati dengan dia, menjelaskan bahawa dia adalah seorang remaja yang sudah meningkat dewasa. Perlu diberitahu tentang perubahan fizikal. Selain itu dia juga akan mengalami perubahan mental, rohani, sosial, budaya dan alam sekitar,sehingga mungkin akan ada banyak masalah yang akan dihadapi. Paling penting untuk kita para ibu bapa bahawa kita harus membina kesedaran dalam diri anak-anak kita bahawa umur selepas akil baligh baligh ini dia sudah mempunyai buku amalannyanya sendiri yang mana dia sendiri yang akan dihadapkan dan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak. Anak-anak selepas akil baligh seharusnya diberi lebih ruang supaya mereka tidak merasa terkekang namun masih tetap di dalam pengawasan ibu bapa.
Mostrar todo...
👍 6 4🥰 1
01:20
Video unavailableShow in Telegram
👍 2 2🥰 2
Photo unavailableShow in Telegram
👍 7 2🥰 2
Allah hantar dalam hidup kita insan-insan yang menyakit kita supaya kita belajar lembut hati untuk memaafkan, tak kira besar mana masalah orang buat pada kita, kita kena belajar terima hakikat. Jangan kita fikir doa laknat & berharap kafarah daripada Allah atas orang yang bersalah dengan kita, mungkin kita sendiri yang banyak salah dengan Allah tapi kita tak sedar, mungkin seburuk- buruk manusia hadir harini sebab salah lampau kita dulu dengan orang lain. Allahuakbar🥹 Allah uji kita dengan keburukan keluarga kita sendiri, suami kita, isteri kita, anak-anak & adik beradik kita sendiri, atau sahabat kita sendiri. Yang tentu menyakitkan. Allah hantar ujian macam ni kadang kita ada buat silap dalam hidup kita dengan Allah, Allah akan terima taubat kita bila kita mampu maafkan orang lain. اسمحوا يسمح لك Artinya: "Maafkanlah, nescaya kamu akan dimaafkan oleh Allah.” (HR: AT Thabrani) الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ “Orang-orang yang bertakwa yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang (selalu) menahan amarahnya, serta (mudah) memaafkan (kesalahan) orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali ‘Imran: 3:134) Allah tarbiah hati kita, supaya kita jadi lembut hati & memaafkan orang lain, inshaAllah dekat akhirat kelak kita akan merasa keampunan daripada Allah. Allah ‌‌‎سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang.” (Surah an-Nuur, ayat 22) Wallahua’lam
Mostrar todo...
👍 4 2🥰 2
00:50
Video unavailableShow in Telegram
👍 6 2🥰 2
Photo unavailableShow in Telegram
15👍 7🥰 2
01:04
Video unavailableShow in Telegram
4👍 2🥰 1
1) Nabi Ibrahim memastikan diri sendiri dan anak yang dikurniakan jauh dari pengaruh buruk kepada akidah. Di dalam kisah yang digambarkan dalam al-Quran, antara perkara dominan yang menyebabkan akidah terpesong di zaman Nabi Ibrahim adalah Al-Asnam iaitu berhala. Jadi, oleh kerana itulah Nabi Ibrahim berdoa : {وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ} “dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala” (Ibrahim : 35) Itu zaman Nabi Ibrahim, kalau zaman kita, bukan berhala yang dominan, tetapi paling dominan di zaman kita yang merosakkan akidah anak² adalah wang dan hiburan sosial media. . 2) Mengutamakan kualiti solat diri dan juga kualiti solat anak Bagaimana beratnya perhatian Nabi Ibrahim terhadap solat kita dapat lihat cara baginda berdoa iaitu : رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Ibrahim : 40) Permohonan doa agar dijadikan ‘orang yang mendirikan solat’ dan turut disertakan bersama ‘zuriat’ yang dilafaz oleh Nabi Ibrahim dalam doa baginda tersebut melambangkan beliau sangat mengambil berat terhadap perihal kualiti solat anaknya. Perkataan ‘mendirikan solat’ juga menunjukkan permintaan yang sangat besar dan penting kerana bukan semua manusia boleh memelihara solat. . 3) Menanam Tawakkal yang hakiki ke dalam hati anak sehingga anak tak takut walau apapun akan terjadi pada dirinya. Bayangkan apabila Nabi Ibrahim sebut kepada anak kesayangannya bahawa anaknya perlu disembelih, terus anaknya membalas : يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ “…Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar” (As-Soffat : 102) Respon agung seperti itu tidak akan terkeluar jika ibubapa tidak pernah tanamkan Allah ke dalam hati anak-anak. Lafaz hebat itu juga tidak mungkin akan terkeluar jika ibubapa asyik merungut dan tidak bersyukur. Anak seperti Nabi Ismail tidak mustahil dapat dilahirkan jika ibubapa sentiasa menanamkan tauhid yang kukuh ke dalam diri anak-anak.
Mostrar todo...
👍 3 3🥰 1
01:13
Video unavailableShow in Telegram
5👍 3🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
👍 16 3🥰 2
00:32
Video unavailableShow in Telegram
6👍 3😍 2
INDAHNYA ATURAN ALLAH Allah telah susun cantik sangat jalan hidup kita. Penuh dengan ujian dan warna warni kehidupan yang menjadikan pengalaman hidup kita hari ini sangat sangat mahal. Tiada istilah dalam hidup kita yang namanya kebetulan. Itulah takdir yang diizinkan tuhan. Bezanya bagaimana kita mahu lalui dan tempuhi setiap saat yang berlalu dengan penuh rasa kehambaan atau sebaliknya. Beruntunglah kita sekiranya hari ini kita ada ilmu untuk belajar syukur, belajar sabar, belajar hargai orang sekeliling dan paling bermakna adalah setiap hari kita belajar bagaimana untuk tingkatkan hubungan kita dengan Allah taala. MasyaAllah tabarakAllah. Betapa mahalnya rezeki ilmu jika kita mengetahui dan tahu menghargai. Marilah kita sama sama berdoa agar Allah memudahkan setiap urusan seharian kita. Aamiin3 Yarabbal'alamin🤲🌹 SEMOGA BERMANFAAT🌹
Mostrar todo...
👍 4 4🥰 3
Photo unavailableShow in Telegram
8👍 3😍 3
Photo unavailableShow in Telegram
10👍 4🥰 2
01:03
Video unavailableShow in Telegram
👍 5 4🥰 1
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS *Jadilah Cermin Mukmin Lain* عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ الْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ يَكُفُّ عَلَيْهِ ضَيْعَتَهُ وَيَحُوطُهُ مِنْ وَرَائِهِ _*Daripada Abu Hurairah dari Rasulullah SAW bersabda: "Seorang mukmin itu cermin bagi mukmin yang lain, dan seorang mukmin itu saudara bagi mukmin yang lain; ia membantu saudaranya ketika kehilangan (ikut menanggung kesusahannya) serta menjaganya (membelanya) dari belakang."*_ (HR Abu Daud No: 4272) Status: Hadis Hasan *Pengajaran:* 1.  Seorang Mukmin apabila melihat akhlak mulia pada diri saudara mukminnya, maka dia akan mencontohinya. Jika dia melihat berbagai sifat tercela dalam diri saudaranya, dia mengetahui bahawa dirinya memiliki keburukan yang sama, maka dia segera berusaha membersihkan dan menyingkirkan sifat-sifat tercela itu dari dirinya. 2.  Seorang Mukmin apabila melihat sifat tercela pada diri saudara mukminnya, dia akan segera menasihatkan saudaranya itu untuk menghilangkannya. Dia menjadi cermin bagi saudara Mukminnya. Dengan nasihat yang diberi diharap dia sendiri dapat melihat aibnya, seperti cermin yang menampakkan keburukan wajah seseorang. 3.  Seorang Mukmin akan memandang Mukmin yang lain sesuai dengan keadaan hatinya. Jika hatinya baik, suci, jujur dan bersih dari sifat tercela, maka dalam pandangannya semua Mukmin yang lain juga baik. Dia berprasangka baik kepada seluruh Mukmin dan sama sekali tidak akan berfikiran buruk terhadap orang lain. 4.  Seorang mukmin akan saling bertolong bantu sesama mukmin jika berada di dalam kesusahan dan membela mukmin yang lain jika mereka dianiaya atau dizalimi. Marilah kita jadi cermin kepada saudara Mukmin kita yang lain. Bangunkan Jiwa Taqwa. 21hb April 2024 12hb Syawal 1445H
Mostrar todo...
5👍 3🥰 1
01:20
Video unavailableShow in Telegram
6👍 3🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
8🥰 4👍 2
03:02
Video unavailableShow in Telegram
👍 5 4🥰 2
🌺 FAHAMILAH 7 PERKARA DALAM HIDUP INI🌺 1. Apabila meninggal dunia seorang ayah, maka matilah pimpinan dan nasihatnya. 2. Apabila meninggal dunia seorang ibu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajarnya. 3. Apabila meninggal dunia seorang abang, maka longlailah cita-cita yang dikongsi bersama. 4. Apabila meninggal dunia seorang kakak, maka hilanglah senyum kasihnya. 5. Apabila meninggal dunia seorang adik, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaannya. 6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriannya. 7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu, maka pudarlah nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya. Ketahuilah... hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian, dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.. Maka... Senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan hati kamu lantaran kita tidak tahu bila kita akan berangkat meninggalkan dunia yang fana ini. 🍀Andai kita melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita. 🍀Andai kita melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat, maka itulah masa depan kita. 🍀Andai kamu pula melihat jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan, maka itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini. Manfaatkanlah masa yang berharga ini, sebelum kesempatan itu berlalu pergi. Moga Allah bantu kita semua In Sha Allah Moga Allah akhirkan hidup kita dengan husnul khotimah Insya Allah Aamiin ya Rabbal Alamin 🤲🏻
Mostrar todo...
👍 7 7🥰 2
00:42
Video unavailableShow in Telegram
👍 4 3🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
👍 8 4🥰 1
01:04
Video unavailableShow in Telegram
👍 3 3🥰 1
Bersabarlah wahai insan Menjalani kehidupan. Jangan berasa putus asa dgn ujian Yang Allah turunkan. Allah menguji keimanan mu dia melihat sejauh mana kekuatan mu ketabahan mu dan kesabaran mu Allah tahu setiap ujian Allah berikan pada mu dia tahu kamu mampu menghadapinya dan menjalaninya. . Allah menguji keimanan mu. Allah ingin mendengar rintihan doa seberapa cinta mu terhadap-NYA. . "Ketika kehidupan tidak sesuai dengan harapan, jangan merasa sedih, kerana saat itu Allah sedang menguji keimanan mu. Dan syukuri apapun pemberian Nya, kerana itu lebih baik daripada sebuah harapan". . Yakinlah bahawa janji-Nya itu pasti. Maka nikmati saja setiap suka duka dalam setiap perjalanan yang kamu tempuhi. Kerana pada akhirnya kebahagiaan kelak yang akan kau raih. . Tenanglah dalam lara, sabarlah dan redha. Ujian itu tak akan lama. Percayalah bahwa janji-Nya adalah nyata. . Jangan pernah berputus asa dari rahmat-Nya, Sebab DIA-lah yg lebih tahu mana yang terbaik untuk mu saat ini dan nanti. . Maka tetap istiqomahlah dalam doa dan taqwa, Kerana cinta-Nya padamu sedang menguji keimanan mu. . Dan yakinlah bahwa segala ujian dan cubaan yg menimpa mu tak akan pernah sia-sia jika engkau redha. . Kerana ada buah manis dari pahala yg telah Allah siapkan untuk mu. . Sentiasa berbaik sangkalah pada-Nya, bahwa dibalik letih dan sakit mu semua pasti ada hikmah dan rahmatnya.
Mostrar todo...
👍 6 4🥰 1
01:14
Video unavailableShow in Telegram
👍 4 3🥰 1
Perkara paling susah seorang isteri adalah taat pada suami, perkara paling ujian seorang suami adalah nafkah pada isteri. Orang perempuan, yang tak kira apa latarbelakang sekalipun bila dah berkahwin ujiannya adalah taat pada suami. Lelaki yang selama ni tak ada kena mengena, bila ijab qabul termeterai maka lelaki tu jadi 'segala-galanya'. Orang lelaki, yang tak kira apa latarbelakang sekalipun bila dah berkahwin ujiannya adalah menafkahi isteri (dan anak-anak). Wanita yang selama ni tak ada kena mengena, bila ijab qabul berlaku maka wanita tersebut jadi tanggungjawabnya yang utama selepas diri sendiri. Ulang balik. Suami tu jadi segala-galanya untuk ditaati. Isteri tu jadi utama untuk dinaungi. Faham tak? Segalanya tu bukan sampai kena belakangkan Allah dan Rasul, tak. Bukan sampai kena buang mak ayah, tak. Tapi, ada garis panduan syarak yang ditetapkan. Selagi mana tidak melintas syarak, maka wajiblah taat pada suami. Tanggungjawab utama suami pada isteri bukanlah sampai kena jadi pak turut, tak reti beza mana keperluan dan kehendak kehidupan. Bukanlah juga tak perlu langsung berbakti pada keluarga. Di tengah-tengah dua kemelut perasaan tu, ada ihsan dan itsar. 🙂 Saling tolaransi, dan saling berlumba untuk memberi keutamaan pada yang lain walaupun dia sendiri pun perlukan juga. Isteri akan susah nak menghormati suami kalau peranan suami yang utama untuk nafkah keluarga tak berjalan sesuai dengan keperluan, dari awal kahwin sampai berpuluh tahun perkahwinan pun isteri yang menanggung keperluan rumahtangga.. mana nak datang hormat, itu fitrah. Diam macammana pun dia akan memberontak, macam bom jangka. Tunggu masa nak meletup. Isteri, bila dia dah buat semua sendiri dan suami tak ada effort nak mengubah kepada keadaan lebih baik, lama-lama dia pun penat berjuang juga. Tambah bila suami selesa sebab isteri dah buat semua, lama-lama dia rasa tak perlu taat pada suami, apa suami cakap dia tak nak dengar, apa suami nasihat dibakul sampahkan saja, apa suami tegur dia ejek-ejek walaupun apa yang suami cakap tu betul tapi sebab hormat ni tak boleh paksa, ia datang dengan sendiri. Isteri kena ingat, ada duit banyak mana sekalipun, ada harta bertimbun, tetap kena taat pada suami apatah lagi bila suami bertanggungjawab nafkah keluarga tanpa culas. Walau tak mewah, itu kadar kemampuan suami. Sebab apa orang perempuan susah nak taat suami? Sebab itulah ujiannya.. itulah Syurganya.. Syurga bukan mudah, ingat senang ke nak taat suami? Susah. Sebab tu bila seorang isteri taat suami, solat fardhu, puasa Ramadan, ikut dia lah nak masuk pintu Syurga yang mana pun... Tak yah tergedik-gedik nak pergi berjuang angkat senjata, tak perlu nak himpun harta 7 keturunan untuk diwakafkan. Sebab apa? Kumpul harta tu lagi senang dari taat suami. 😭 Ingat senang ke nak taat suami? Senang ke suami nak redha pada isteri? Susah. Sebab itulah bila suami redha, Allah beri rahmat-Nya untuk pilih mana-mana pintu Syurga. Haaa kau dekat dunia dah taat suami sampai suami redha, kau masuk la Syurga ikut pintu yang kau suka. Masa di dunia kemain teringin tengok orang dapat berjalan ke Eropah, kau tercorok di rumah salin lampin anak. Tidur malam pun kadang macam tak tidur bila anak tak sihat. Orang lain setiap tahun pergi umrah, kau setiap tahun mengandung - bersalin - menyusu - mengandung - bersalin - menyusu, repeat sampai kau puas hati main dengan anak kecil, sampai kau rindu eh seronoknya boleh solat terawih di masjid tak ada yang panjat telekung, bergayut di tengkuk, peluk kaki masa solat. Seorang isteri yang taat dan suami yang bertanggungjawab adalah kombinasi rumahtangga yang diperlukan oleh semua keluarga. Bukan suami yang taat dan isteri bertanggungjawab nafkah keluarga, itu bengong namanya. Syurga bukan mudah. Allah akan uji manusia untuk bagi Syurga, jadi setiap kali rasa susahnya nak hadap ujian, maka kembalikan kepada Allah. Tak payah gaduh-gaduh. Cari Allah. Allah ada solusinya. Syurga tu susah, tapi boleh dibeli oleh si miskin dan dimiliki oleh si kaya hanya dengan TAKWA. Ummu Amir. #SyurgaYangDirindukan
Mostrar todo...
8👍 4🥰 1
00:48
Video unavailableShow in Telegram
5👍 2🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
👍 10 5🥰 1
SAKIT HATI Sakit hati.. mengapa terus dipelihara..?! tidakkah anda segera mengubatinya..?! Tidak seperti ketika sakit di badannya.. seringkali seseorang malah ‘memelihara’ sakit hatinya, padahal seharusnya dia boleh segera mengubati lara hatinya itu, sebagaimana dia boleh segera mengubati sakit badannya. Dan diantara UBAT pelipur lara hati yang PALING AMPUH adalah dengan MEMAAFKAN kesalahan orang yang menyakiti kita.. kerana itulah sumber dan sebab utama sakitnya hati kita, oleh kerana itu ketika sumber sakitnya sudah diatasi, maka tentunya sakit hati kita akan hilang dengan sendirinya. Seringkali seseorang tidak mau, atau menjaga maruah atau merasa rugi untuk memaafkan orang lain, padahal sebenarnya dengan begitu dia akan rugi sendiri, kerana hatinya akan sakit, terseksa, dan TERBEBAN terus-menerus. Seringkali seseorang TIDAK INGIN memaafkan kesalahan orang lain, kecuali bila orang tersebut yang meminta maaf kepadanya, padahal apakah dia akan melakukan hal yang sama saat badannya disakiti orang lain..?! Apakah dia mau menunggu hingga orang lain mau mengubati sakit di badannya..?! Tentunya tidak. Maafkanlah kesalahan orang lain.. kerana dia sama sekali tidak akan mampu mengubah TAKDIR anda.. Maafkanlah dia.. kerana Allah menjanjikan pahala yang tiada tara kepada Anda: “Barangsiapa memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya itu Allah (yang menentukannya)..” [QS. Asy-Syura: 40]. Maafkanlah dia.. kerana Allah akan mengampuni dosa-dosa Anda: “Maafkanlah, dan berlapang dadalah..! Tidakkah kalian ingin Allah mengampuni kalian..?!”  [QS. Annur: 22]. Maafkanlah dia.. bersyukurlah kepada Allah, kerana Dia telah menjadikan Anda lebih tinggi darinya.. Anda yang disalahi, bukan anda yang menyalahi.. Maafkanlah dia, agar sakit hati Anda segera hilang.. Agar hati Anda menjadi lapang, ringan, dan bahagia.. Ditulis oleh, Ustadz Dr. Musyaffa’ Ad Dariny MA, حفظه الله تعالى
Mostrar todo...
6👍 5🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
7👍 3🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
👍 7 6🥰 1
00:46
Video unavailableShow in Telegram
👍 7 4🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
10👍 7🥰 2
RenunGAN KEHIDUPAN DI DUNIA ini hanya sebuah cerita. Bermula dari tanah… Hidup di atas tanah... Kembali ke dalam tanah. Kemudian… Di hisab… Di hitung… Di timbang… Di beri balasan… Kalau tak mendapat Redha ALLAH maka murka DIA yang akan kita raih. Kalau tak ke syurga maka nerakalah tempat kita Firdaus nan indah atau Jahannam yang mengerikan... Kita telah diberi kebebasan Untuk memilih… "Faalhamaha fujuraha wataqwaaha" Dan di hati setiap makhluk diilhamkan untuk memilih yang mana kebaikan dan yang mana keburukan. Pilihan pada kita... Namun ketetapan tetap milik DIA. "Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan" ~ Ar Rahman : 60
Mostrar todo...
👍 9 5🥰 1😭 1
01:07
Video unavailableShow in Telegram
👍 5 3🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
👍 7 4🥰 2
01:35
Video unavailableShow in Telegram
👍 4 3🥰 2👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
7👍 3🥰 3
00:12
Video unavailableShow in Telegram
👍 6 3🥰 2
Hidup memang seperti itu. Setiap hari adalah perjalanan dari satu masalah ke masalah lainnya. Ada kesulitan tapi pasti akan ada kemudahan. Jangan pikirkan beratnya. Jangan keluhkan sulitnya. Tunggu kemudahan yang akan hadir. Sambil berdoa. Sambil berusaha. Jalani. Harus sabar. Allah tak akan mengabaikan. Allah tak akan menyia-nyiakan. Allah tak akan mengingkari apa yang telah Dia janjikan. Bersabarlah jangan putus asa kerana apa yang dijanjikan Allah pasti benar dan nyata.
Mostrar todo...
👍 7 4🥰 2