cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

Satu perkongsian ....

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
4 562
Suscriptores
Sin datos24 horas
-47 días
-2830 días
Distribuciones de tiempo de publicación

Carga de datos en curso...

Find out who reads your channel

This graph will show you who besides your subscribers reads your channel and learn about other sources of traffic.
Views Sources
Análisis de publicación
MensajesVistas
Acciones
Ver dinámicas
01
Media files
1 1401Loading...
02
Kuliah Maghrib di Masjid Bukit Jelutong. Memahami Two State Solution.
1 1351Loading...
03
https://www.facebook.com/share/v/mZNxPNTgFDdZJLnd/?mibextid=WC7FNe
1 1181Loading...
04
https://t.me/FauziAsmuni Tulisan tahun 2019. Dikongsikan semula moga ada manfaat. --------------------------------------- Keputusan SPM telah diumumkan. Pelbagai reaksi murid dan ibu bapa kita boleh lihat hasil keputusan yang pelbagai itu. Apa pun keputusan, tahniah diucapkan kepada semua. Apa juga keputusan, perjalanan masih lagi panjang. Kecemerlangan tidak bergantung sepenuhya kepada keputusan SPM. Sedikit nasihat saya kepada ibu bapa: 1. Jangan terlalu emosi dengan apa juga keputusan peperiksaan anak-anak. Samada terlalu gembira atau terlalu sedih. Jangan juga zahirkan emosi itu secara berlebihan kerana ianya boleh memberi mesej yang salah kepada anak-anak. Anak yang cemerlang mungkin akan rasa besar diri. Anak yang kurang cemerlang mungkin akan jadi pesimis. 2. Kaitkan apa juga keputusan yang dicapai itu dengan faktor sekeliling yang pelbagai agar berlaku adil. Jangan sempitkan hanya kepada satu atau dua faktor sahaja. Kadang-kadang ibu bapa lupa berterima kasih kepada guru tingkatan 3 yang mengajar anaknya dua tahun lepas hingga cemerlang di SPM. Dan tidak kurang juga yang lupa bahawa sikap acuh tak acuh mereka (ibu bapa) juga memberi saham kepada kurang cemerlangnya keputusan SPM sang anak. 3. Anak berumur 18 tahun hanyalah seorang manusia kecil yang masih lagi belum matang sepenuhnya. Kesempurnaan akal, jasad dan emosi manusia akan dicapai ketika berumur 40 tahun. Jangan cuai dalam membimbing anak dalam baki 22 tahunnya untuk menuju kesempurnaan. Menghadapi alam kerjaya, perkahwinan dan masyarakat di luar lingkungan keluarga adalah cabaran yang lebih perit dari bersengkang mata untuk SPM. Ramai pelajar cemerlang yang kecundang di tiga alam tersebut. 4. Masa depan anak perlu dibimbing tapi tidak boleh dipaksa. Ibu bapa jurutera dan doktor kemungkinan melahirkan anak berjiwa seni. Beri peluang kepada anak untuk menentukan dia mahu jadi apa. Ambil nasihat Saidina Ali ra yang menyarankan agar anak 18 tahun di kawal seperti layang-layang. Pegang talinya dengan pegangan yang longgar. Biarkan ia terbang bebas dan pastikan selamat. Sentap talinya balikkan ke asal apabila ia sudah tersasar. 5. Pandanglah anak-anak rakan yang lain seperti anak-anak sendiri. Bergembira dengan kegembiraan mereka dan bersedih dengan kesedihan mereka. Zahirkan perasaan itu hingga dirasai oleh rakan-rakan. Ambil berat terhadap anak-anak mereka dan berganding bahu untuk kecemerlangan semua anak-anak. Anak-anak kita akan hidup lama bersama anak-anak rakan kita. Sedikit nasihat dari calon SPM 1988 yang kini menjadi bapa kepada enam anak.
1 7198Loading...
05
Media files
1 7261Loading...
06
https://t.me/FauziAsmuni Saya tidak berminat untuk masuk membincangkan isu khilaf. Cuma kali ini saya masuk sekadar untuk memberikan pandangan balas terhadap kaedah fiqh yang saya anggap mengelirukan. Kalau Nabi saw tak buat, tidak bermakna umatnya tidak boleh buat. Tidak ada dalil yang mengatakan kita tidak boleh buat apa yang Nabi saw tidak buat. Cuba kongsikan satu hadis qauli yang Nabi saw larang umatnya buat benda yang Baginda saw yang tidak pernah buat. Kongsikan di komen. Larangan dalam hadis 'ahdasa fi amrina' ada kaitan dengan 'ma laisa minhu'. Hadis lain tentang larangan 'muhadasatil umur' mesti ditafsir dengan hadis tersebut sebab hadis menafsirkan hadis. Orang belajar Usul Fiqh dan nahu saraf Arab patut fahamlah maksudnya atau 'dilalah'nya. Setiap amalan, ada yang thabit dengan 'dalil sorih', ada thabit dengan 'dalil umum'. Pakailah kaedah 'mafhum', 'mantuq' dan banyak lagi kaedah lain dalam memahami 'dilalah lafaz'. 'Dilalah' hadis fi'li tak sama dengan hadis qauli. Lafaz 'amar' dan 'nahi' tidak semuanya bermaksud wajib dan haram. Yang thabit melalui hadis qauli adalah arahan Nabi saw suruh kita tinggalkan apa yang Baginda saw larang. Bukan tinggalkan apa yang Baginda saw tak buat. Jauh beza antara keduanya. Fahamilah tulisan saya ini dengan berfikir secara mantiqi. Wallahu a'lam
1 6333Loading...
07
https://t.me/FauziAsmuni Pertemuan PMX Dengan Ismail Haniyeh; Apakah Seterusnya? 1. Beberapa orang rakan ngo bertanya komen saya tentang pertemuan PMX dengan pimpinan Hamas, Ismail Haniyeh dan Khalid Mash'al. Secara umum saya tiada maklumat tentang apa yang dibincangkan kecuali apa yang dikongsikan oleh media. Tetapi pertemuan itu pada saya adalah satu petanda yang baik. 2. Saya katakan baik kerana sekurang-kurangnya Malaysia terus mengiktiraf Hamas dan tidak menerima label terrorist yang diberikan oleh Israel dan dunia Barat kepada Hamas. Saya beranggapan yang tersirat dari pertemuan itu adalah begitu. Ia juga memberikan kelegaan kepada Hamas kerana ia memecahkan usaha memboikot dan mengasingkan Hamas di peringkat antarabangsa. 3. Cuma yang akan jadi persoalan adalah apakah langkah kerajaan Malaysia seterusnya dalam isu perang Israel-Palestin ini? 4. Perang ini sudah menyaksikan penglibatan yang agak menyeluruh dari masyarakat seluruh dunia, Barat dan Timur. Demonstrasi, kempen boikot, kempen di media sosial, bantuan kemanusiaan, rombongan pakar perubatan, pendakwaan di ICJ, sekatan laluan laut dan lain-lain lagi ... segalanya sudah dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Tetapi perang tetap berterusan dan menggila sehingga ke kawasan zon selamat di Rafah sudah tidak lagi selamat. 5. Perang ini memerlukan penglibatan lebih serius dari pemimpin negara-negara umat Islam. Peranan yang dimainkan oleh Mesir dan Qatar dalam menjadi orang tengah sehingga tercapainya plan genjatan senjata tiga fasa, nampaknya tidak meredakan serangan Israel terhadap Palestin. Bantuan kemanusiaan yang diselenggara oleh Jordan melalui samada jalan darat atau udara juga tidak menghentikan kematian. Penutupan jalan laut di Teluk Mandab dan Laut Merah oleh Houthi Yaman juga tidak menghentikan perang. Bahkan yang terbaru serangan Iran, juga tidak ada kesannya kepada kegilaan Israel. Kata-kata semangat dan sokongan pemimpin dunia Islam kepada Palestin dan kata-kata kecaman mereka terhadap Israel juga tidak ada kesan langsung kepada perang. 6. Apakah peranan pemimpin dunia Islam dalam isu perang Israel - Palestin? Peranan yang mereka mainkan seperti yang saya senaraikan di atas sudah terbukti tidak berkesan. Saya ingin mencadangkan beberapa cadangan yang pernah dicadangkan oleh GSPP sebelum ini samada kepada PMX atau kepada pemimpin dunia Islam yang lain. Saya berpandangan jika ini dilakukan ianya mungkin memberi kesan yang ketara kepada masa depan dan hala tuju perang. a. Putuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Malaysia memang tidak mengiktiraf Israel. Tetapi penerimaan Two State Solution sebagai penyelesaian akhir kepada isu perang ini akan membawa kepada pengiktirafan negara haram Israel. b. Memulakan langkah agar semua negara umat Islam tidak terikat atau bergantung dengan hubungan dagang samada dengan Israel atau dengan AS. Ambillah masa setahun, dua tahun bahkan 10 tahun sekali pun untuk tujuan itu. Negara di dunia ini ada banyak lagi selain AS. c. Menggunakan sumber alam negara umat Islam seperti minyak, nadhir bumi dan sebagainya untuk memberikan tekanan kepada Israel dan AS. d. Tidak membenarkan ruang udara dan tanah negara-negara umat Islam untuk digunakan oleh Israel dan AS. e. Saya ingin mencadangkan cadangan kelima ini iaitu pemimpin-pemimpin negara umat Islam perlu menggerakkan tentera dan aset ketenteraan negara masing-masing bagi membantu Palestin. AS berikan senjata dan 10 ribu atau lebih tentera membantu Israel. German membekalkan senjata kepada Israel. Begitu juga banyak lagi apa yang dilakukan oleh negara sekutu Israel. Tidak logik bagi negara umat Islam hanya memberikan biskut dan kain kapan kepada Palestin. 7. Persoalan sekarang, selepas pertemuan bermakna antara PMX dan pemimpin Hamas, apakah yang akan dilakukan oleh PMX seterusnya? Dalam isu Palestin, ada tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah kepada masyarakat ... dan banyak yang sudah masyarakat laksanakan tanggungjawab itu pada kadar yang termampu. Ada tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah kepada pemimpin negara ...
1 8167Loading...
08
adakah mereka sudah laksanakan tanggungjawab itu? Jika masyarakat mencela Israel, pemimpin tak perlu ulang celaan itu kerana itu bukan peranan pemimpin negara. Jika ngo bertemu Khalid Mash'al, pemimpin negara tak perlu bersaing untuk bertemu juga. Tak cukup untuk pemimpin negara sekadar bertemu. Wallahu a'lam Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
2 0436Loading...
Photo unavailableShow in Telegram
Kuliah Maghrib di Masjid Bukit Jelutong. Memahami Two State Solution.
Mostrar todo...
Mostrar todo...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

Archivo de publicaciones