cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

Satu perkongsian ....

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
4 582
Suscriptores
-324 horas
-107 días
-2230 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

https://t.me/FauziAsmuni Pertemuan PMX Dengan Ismail Haniyeh; Apakah Seterusnya? 1. Beberapa orang rakan ngo bertanya komen saya tentang pertemuan PMX dengan pimpinan Hamas, Ismail Haniyeh dan Khalid Mash'al. Secara umum saya tiada maklumat tentang apa yang dibincangkan kecuali apa yang dikongsikan oleh media. Tetapi pertemuan itu pada saya adalah satu petanda yang baik. 2. Saya katakan baik kerana sekurang-kurangnya Malaysia terus mengiktiraf Hamas dan tidak menerima label terrorist yang diberikan oleh Israel dan dunia Barat kepada Hamas. Saya beranggapan yang tersirat dari pertemuan itu adalah begitu. Ia juga memberikan kelegaan kepada Hamas kerana ia memecahkan usaha memboikot dan mengasingkan Hamas di peringkat antarabangsa. 3. Cuma yang akan jadi persoalan adalah apakah langkah kerajaan Malaysia seterusnya dalam isu perang Israel-Palestin ini? 4. Perang ini sudah menyaksikan penglibatan yang agak menyeluruh dari masyarakat seluruh dunia, Barat dan Timur. Demonstrasi, kempen boikot, kempen di media sosial, bantuan kemanusiaan, rombongan pakar perubatan, pendakwaan di ICJ, sekatan laluan laut dan lain-lain lagi ... segalanya sudah dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Tetapi perang tetap berterusan dan menggila sehingga ke kawasan zon selamat di Rafah sudah tidak lagi selamat. 5. Perang ini memerlukan penglibatan lebih serius dari pemimpin negara-negara umat Islam. Peranan yang dimainkan oleh Mesir dan Qatar dalam menjadi orang tengah sehingga tercapainya plan genjatan senjata tiga fasa, nampaknya tidak meredakan serangan Israel terhadap Palestin. Bantuan kemanusiaan yang diselenggara oleh Jordan melalui samada jalan darat atau udara juga tidak menghentikan kematian. Penutupan jalan laut di Teluk Mandab dan Laut Merah oleh Houthi Yaman juga tidak menghentikan perang. Bahkan yang terbaru serangan Iran, juga tidak ada kesannya kepada kegilaan Israel. Kata-kata semangat dan sokongan pemimpin dunia Islam kepada Palestin dan kata-kata kecaman mereka terhadap Israel juga tidak ada kesan langsung kepada perang. 6. Apakah peranan pemimpin dunia Islam dalam isu perang Israel - Palestin? Peranan yang mereka mainkan seperti yang saya senaraikan di atas sudah terbukti tidak berkesan. Saya ingin mencadangkan beberapa cadangan yang pernah dicadangkan oleh GSPP sebelum ini samada kepada PMX atau kepada pemimpin dunia Islam yang lain. Saya berpandangan jika ini dilakukan ianya mungkin memberi kesan yang ketara kepada masa depan dan hala tuju perang. a. Putuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Malaysia memang tidak mengiktiraf Israel. Tetapi penerimaan Two State Solution sebagai penyelesaian akhir kepada isu perang ini akan membawa kepada pengiktirafan negara haram Israel. b. Memulakan langkah agar semua negara umat Islam tidak terikat atau bergantung dengan hubungan dagang samada dengan Israel atau dengan AS. Ambillah masa setahun, dua tahun bahkan 10 tahun sekali pun untuk tujuan itu. Negara di dunia ini ada banyak lagi selain AS. c. Menggunakan sumber alam negara umat Islam seperti minyak, nadhir bumi dan sebagainya untuk memberikan tekanan kepada Israel dan AS. d. Tidak membenarkan ruang udara dan tanah negara-negara umat Islam untuk digunakan oleh Israel dan AS. e. Saya ingin mencadangkan cadangan kelima ini iaitu pemimpin-pemimpin negara umat Islam perlu menggerakkan tentera dan aset ketenteraan negara masing-masing bagi membantu Palestin. AS berikan senjata dan 10 ribu atau lebih tentera membantu Israel. German membekalkan senjata kepada Israel. Begitu juga banyak lagi apa yang dilakukan oleh negara sekutu Israel. Tidak logik bagi negara umat Islam hanya memberikan biskut dan kain kapan kepada Palestin. 7. Persoalan sekarang, selepas pertemuan bermakna antara PMX dan pemimpin Hamas, apakah yang akan dilakukan oleh PMX seterusnya? Dalam isu Palestin, ada tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah kepada masyarakat ... dan banyak yang sudah masyarakat laksanakan tanggungjawab itu pada kadar yang termampu. Ada tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah kepada pemimpin negara ...
Mostrar todo...
Ust Muhammad Fauzi Asmuni

Satu perkongsian ....

adakah mereka sudah laksanakan tanggungjawab itu? Jika masyarakat mencela Israel, pemimpin tak perlu ulang celaan itu kerana itu bukan peranan pemimpin negara. Jika ngo bertemu Khalid Mash'al, pemimpin negara tak perlu bersaing untuk bertemu juga. Tak cukup untuk pemimpin negara sekadar bertemu. Wallahu a'lam Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
Mostrar todo...
Ust Muhammad Fauzi Asmuni

Satu perkongsian ....

*# SERTAI 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗪𝗜𝗥A* 🐂 Hari Raya Korban akan tiba. Masih fikir lagi nak buat ibadah korban dekat mana? Dalam Malaysia atau luar negara? Atau nak buat ibadah korban untuk saudara di Palestin? ❤️ *PANGGILAN IBADAH KORBAN TERBAIK TAHUN INI DI GAZA, SYRIA,YAMAN,LUBNAN & MALAYSIA ! BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN DENGAN PENGORBANAN!* Haa.. tunggu apa lagi! Ayuh, sertai *BAKTI KORBAN PERWIRA 2024* melalui pakej berikut: 1️⃣ *Ibadah Korban Palestin* 🐂 1 Bahagian Lembu (Disejukkan) RM1,250 / seekor RM8,750 🐃 1 Bahagian Kerbau (Sejuk Beku) RM750 / seekor RM5,250 ========== 2️⃣ *Ibadah Korban Syria* 🐂 1 Bahagian Lembu Segar RM1,900 - seekor RM13,300 🐐 1 Ekor Kambing Segar RM1,750 ========== 3️⃣ *Ibadah Korban Lubnan* 🐂 1 Bahagian Lembu Segar RM1,500 / seekor RM10,500 ========== 4️⃣ *Ibadah Korban Yaman* 🐐 1 Ekor Kambing Segar RM700 ========== 5️⃣ *Ibadah Korban Malaysia* 🐂 1 Bahagian Lembu Segar RM880 / seekor RM6,160 🐐 1 Ekor Kambing Segar RM1,450 ========== 🅰️ Sedekah Daging RM50 (1 kg) 🅱️ Tabung Korban RM10 atau seikhlas hati ‼️ *Tarikh Tutup Korban : 16 Jun 2024 / 9 Zulhijjah 1445H @ 11.59pm* ✅ Pembayaran Korban boleh dibuat melalui akaun *Kelab Perwira Malaysia* di :- 🔹 *Bank Rakyat* : *1102185403* 🔹 *Bank CIMB* : *8604540809* ✅ Hantar *resit transaksi* dan *maklumat* Tuan/Puan ke *whatsapp*: 📞 Ustazah Zulikha wasap.my/60183935600 +60183935600 +60183935600 ✅ *Sertakan maklumat berikut*: Nama : No. Tel : Tujuan Sumbangan : 1️⃣ *Ibadah Korban Palestin* 2️⃣ *Ibadah Korban Syria* 3️⃣ *Ibadah Korban Lubnan* 4️⃣ *Ibadah Korban Yaman* 5️⃣ *Ibadah Korban Malaysia* *"KITA PERWIRA PALESTIN"* #BaktiKorban 🌐Layari laman sesawang kami: www.kelabperwira.com
Mostrar todo...
UstazahZulikha

Business Account

https://t.me/FauziAsmuni Lintasan hati .... Seruan boikot terhadap produk Denmark berlaku kerana ada aktivis anti Islam di sana bakar al-Quran berkali-kali dan 'dilindungi' setelah pemansuhan undang-undang penghinaan agama oleh kerajaan Denmark. Kesannya beberapa tahun selepas itu Denmark menggubal rang undang-undang pengharaman membakar al-Quran atas alasan keselamatan negara. Seruan boikot terhadap produk AS pula berlaku kerana AS menyokong dan melindungi Israel dalam pembunuhan rakyat Gaza. Bibit-bibit kesannya boleh dilihat sekarang dan akan lebih jelas nanti dengan berlalunya masa. Boikot terhadap produk AS sepatutnya lebih mudah disambut berbanding boikot terhadap produk Denmark. Membunuh puluhan ribu manusia yang tidak berdosa sudah tentu lebih berdosa dari membakar al-Quran. Tetapi kalau boikot produk Denmark atas kesalahan membakar al-Quran (yang terbukti membawa kepada penggubalan ruu) pun tidak boleh diterima, saya tidak mahu komen lebih. Kita kadang kala berkata kita bertindak atas dasar ilmu dan bukan perasaan. Tetapi ilmu tidak pernah terpisah dari sensitiviti jiwa seorang mukmin. Lagi tinggi ilmu dan pengetahuan seseorang sepatutnya lagi sensitif jiwanya terhadap maruah agama. Wallahul Musta'an
Mostrar todo...
Ust Muhammad Fauzi Asmuni

Satu perkongsian ....

https://t.me/FauziAsmuni Penutupan KFC: Mari Berkongsi Keperitan 1. Berita penutupan 108 cawangan KFC saya sambut dengan perasaan bercampur baur. Ada kegembiraan kerana nampaknya rakyat Malaysia makin menolak produk yang ada kaitan dengan AS. Ada sedikit rasa kurang selesa kerana penutupan itu sudah tentu menyebabkan ramai pekerjanya dari rakyat negara ini yang majoritinya orang Melayu Islam akan hilang pekerjaan. Dengan suasana ekonomi yang meruncing sekarang, sudah tentu kehilangan pekerjaan adalah satu yang sukar buat mereka semua. 2. Tapi begitulah harga perjuangan yang kita perlu tanggung jika kita serius ingin terlibat merasai sekali keperitan saudara kita di Palestin dan terlibat di dalam mengaut pahala jihad bersama mereka. 3. Tidak ada siapa yang boleh menafikan boikot memberi kesan kepada Israel dan pembela kuatnya iaitu AS. Mereka perlukan bantuan kewangan yang banyak untuk membunuh rakyat Palestin. Setiap sen yang berjaya dihalang dari sampai ke Israel adalah rahmat dan keringanan kepada warga Palestin. Sen dan ringgit yang berjaya dihalang akan memeritkan Israel ... dan itu adalah jihad kerana ia termasuk di dalam menjejak tempat yang menimbulkan kemarahan musuh. Firman Allah: ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ وَلَا نَصَبٌ وَلَا مَخْمَصَةٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَطَئُونَ مَوْطِئًا يَغِيظُ الْكُفَّارَ وَلَا يَنَالُونَ مِنْ عَدُوٍّ نَّيْلًا إِلَّا كُتِبَ لَهُم بِهِ عَمَلٌ صَالِحٌ ".... demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka (pahala) amal yang soleh..." (At Taubah: 120) 4. Palestin tidak akan merdeka selagi umat keseluruhannya tidak merasai keperitan yang dirasai oleh warga Palestin. Mereka di sana syahid, kehilangan keluarga, kehilangan rumah, tiada makanan, tiada rawatan, tidak cukup tidur, sentiasa kebimbangan, air mata sentiasa mengalir, masa depan masih kelam dan segala macam kesengsaraan yang sukar untuk kita gambarkan. Jika keperitan itu tidak ditanggung seorang sedikit oleh umat yang lain secara kolektif, bagaimana mampu Israel yang dibangun dan dipertahankan oleh sekutu mereka dari seluruh dunia akan jatuh? 5. Ketika saya dan rakan-rakan dari GSPP bertemu dengan pengurusan McDonald, kami nyatakan bahawa kami yakin bahawa hati dan jiwa pengurusan McDonald bersama Palestin. Kepada pengurusan dan pekerja KFC, saya nyatakan perkara yang sama; jiwa dan hati anda semua saya yakin bersama Palestin. Jadi marilah kita sama-sama melakukan sesuatu untuk Palestin dan bersama menanggung keperitan itu. 6. Saya yakin ada banyak alternatif yang boleh dilakukan oleh pengurusan dan pekerja KFC berdepan suasana ini. Di mana ada kemahuan, di situ sudah pasti ada jalan. 7. Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar tidak menjadikan isu boikot ini sebagai faktor perpecahan kita. Tidak perlu memprovokasi. Tidak perlu mengejek dan menyindir. Jika ada cadangan yang lebih baik bagaimana isu boikot ini dapat dikurangkan mudharatnya kepada warga Malaysia, cadang dan bincangkanlah dengan baik melalui saluran yang betul. Amat rugi jika gerakerja boikot yang disambut baik dan menyatukan sebahagian warga Barat, tetapi di negara kita ianya menjadi faktor perpecahan. Wallahu a'lam Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
Mostrar todo...
Ust Muhammad Fauzi Asmuni

Satu perkongsian ....

05:42
Video unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
https://t.me/FauziAsmuni 1. Saya rasa poster ini tersebar dan mungkin memberikan pelbagai persepsi kepada pembaca tentang apakah pendekatan Hamas berkenaan hala tuju perang Israel-Palestin sekarang. 2. Poster ini mungkin mengambil apa yang disimpulkan oleh wartawan dalam wawancara mereka bersama Dr Khalil al-Hayyah di Turki. Secara umum kesimpulan wartawan tersebut agak kurang cermat hingga menimbulkan salah faham terhadap pendekatan terkini Hamas. Antara salah faham yang boleh timbul dari poster tersebut: i. Hamas dilihat sudah lemah dan mula mengambil pendekatan mengalah ii. Hamas mengiktiraf Two State Solution lalu seterusnya mengiktiraf keabsahan kewujudan negara Israel iii. Hamas kalah dalam rundingan genjatan senjata hingga menggugurkan beberapa tuntutannya terhadap Israel 3. Saya pernah menulis tentang pendirian Hamas tentang Two State Solution yang diucapkan oleh Khalid Masy'al pada tahun 2017. Pembaca boleh merujuk semula di sini untuk memahami apa pendirian Hamas terhadap penyelesaian Two State Solution: https://www.facebook.com/share/gx1Err2UXmzAFybu/?mibextid=WC7FNe 4. Berkenaan tentang pendirian Hamas sekarang, pembaca dengan mudah boleh memahaminya jika mendengar ucapan-ucapan pemimpin kanan Hamas berkenaan isu ini. Saya kongsikan salah satu daripadanya untuk rujukan pembaca: https://youtu.be/KC-RO8Ahx8E?feature=shared 5. Kesimpulan pendirian sebenar Hamas tentang isu yang ditimbulkan di dalam poster di atas: i. Hamas menuntut untuk dikembalikan 'hak tarikhi' (hak sejarah) terhadap seluruh Palestin. Tiada tolak ansur dalam perkara tersebut. ii. Sebagai penyelesaian sementara, Hamas bersetuju dengan 2SS dengan syarat Gaza, Tebing Barat dan Quds dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat Palestin. Juga seluruh pelarian Palestin mesti dikembalikan ke Palestin dan genjatan senjata berlaku dalam tempoh panjang (terbaru dipersetujui lima tahun). iii. Jika sudah wujud negara Palestin yang merdeka, Hamas akan bertukar kepada badan dalam kerajaan (sebagai tentera kerajaan, sebagai parti politik dan sebagainya yang akan mempertahankan negara). 6. Tetapi dunia semua tahu bahawa Pbb lagi sekali telah menolak Palestin. Dan dunia semua tahu bahawa Israel dan sekutunya ingin mengosongkan Gaza dan seterusnya Tebing Barat. Jadi soalan tentang pendirian Hamas tentang pendirian dan masa depan mereka hanyalah soalan andaian yang sukar berlaku kerana Israel tidak bersedia untuk berhenti menyerang Palestin. Wallahu a'lam Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
Mostrar todo...
Ust Muhammad Fauzi Asmuni

Satu perkongsian ....

https://t.me/FauziAsmuni Lintasan hati .... Saya seperti ramai orang yang mengharapkan Iran akan memerangi Israel lalu Palestin pun akan merdeka. Beza saya dengan orang ramai itu adalah saya masih yakin perang Iran-Israel itu tidak akan berlaku. Apa yang terjadi sekarang tidak kuat untuk mengubah kepercayaan saya. Mereka bermusuhan berebut maslahah tertentu. Tetapi mereka ada musuh yang sama yang boleh menyatukan mereka di sebahagian strategi mereka. Ditambah dengan petunjuk wahyu yang memberikan pencerahan tentang tabiat pertembungan di akhir zaman. Kita tunggu dan lihat ....
Mostrar todo...
Ust Muhammad Fauzi Asmuni

Satu perkongsian ....

Photo unavailableShow in Telegram