Info MPP UiTM
📈 Análisis del canal de Telegram Info MPP UiTM
El canal Info MPP UiTM (@infomppuitm) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 19 167 suscriptores, ocupando la posición 10 348 en la categoría Educación y el puesto 1 923 en la región Malasia.
📊 Métricas de audiencia y dinámica
Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 19 167 suscriptores.
Según los últimos datos del 04 septiembre, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de 59, y en las últimas 24 horas de 7, conservando un alto alcance.
- Estado de verificación: No verificado
- Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 10.29%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 4.87% de reacciones respecto al total de suscriptores.
- Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 1 967 visualizaciones. En el primer día suele acumular 931 visualizaciones.
- Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.
📝 Descripción y política de contenido
No se ha proporcionado la descripción del canal.
Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 05 septiembre, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Educación.
Carga de datos en curso...
| Fecha | Crecimiento de Suscriptores | Menciones | Canales | |
| 05 septiembre | +44 | |||
| 04 septiembre | +7 | |||
| 03 septiembre | +9 | |||
| 02 septiembre | +13 | |||
| 01 septiembre | +2 |
| 2 | Sin texto... | 1 590 |
| 3 | Sin texto... | 1 |
| 4 | KHAMIS | 3 SEPTEMBER 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[CHECKLIST SEBELUM MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR]
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam ingin memaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Semester Mac – Ogos 2026 (Semester 20262) akan mula boleh disemak pada:
📅 Tarikh: 4 September 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 11.00 pagi
Sebelum membuat semakan keputusan, pastikan anda telah melengkapkan 5 checklist berikut:
1️⃣ Menjelaskan yuran & bil tertunggak melalui iStudent.
2️⃣ Menjawab SuFO melalui UFUTURE.
3️⃣ Memuat naik gambar pasport melalui Kad UiTM.
4️⃣ Mengemas kini Maklumat Tambahan Pelajar di MyStudent.
5️⃣ Memuat naik Borang Pemeriksaan Kesihatan bagi Intake 20262.
⚠️ Mohon semua pelajar melengkapkan checklist yang ditetapkan bagi memastikan urusan semakan keputusan peperiksaan berjalan lancar.
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
📞 MPP IYLIA: https://wa.me/60133459412
Sekian, terima kasih.
"Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung”
Yang menjalankan amanah,
EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
SESI 2025/2026
#UiTMDihatiku
#30MPPCakna
#30MPPPrihatin | 1 793 |
| 5 | Sin texto... | 1 359 |
| 6 | KHAMIS | 3 SEPTEMBER 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[PERMOHONAN BIASISWA ALUMNI UiTM]
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan permohonan Biasiswa Alumni UiTM yang ditawarkan oleh Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) bersama Yayasan Budiman UiTM akan dibuka tidak lama lagi.
Biasiswa ini bukan sekadar membantu mahasiswa dari segi pembiayaan pendidikan, tetapi juga dari segi pembangunan bakat dan kepimpinan serta jaringan bersama alumni.
📅 Permohonan Dibuka Mulai:
5 September 2026 – 11 September 2026
📌 Tarikh Temuduga:
17 September 2026
📌 Pengumuman Penerima:
21 September 2026
Bagi mahasiswa UiTM yang ingin membuat permohonan, sila semak kriteria permohonan terlebih dahulu.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 MPP IZYAN: https://wa.me/601136940622
📞 MPP DANISH: https://wa.me/601114319751
Sekian, terima kasih.
"Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung"
Yang menjalankan amanah,
EXCO KEBAJIKAN DAN KEWANGAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
SESI 2025/2026
#UiTMDiHatiku
#30MPPCakna
#30MPPPrihatin | 1 419 |
| 7 | Sin texto... | 1 250 |
| 8 | KHAMIS | 3 SEPTEMBER 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[KENYATAAN RASMI MPP UiTM SE-MALAYSIA]
MENJUNJUNG KASIH DYMM SULTAN SELANGOR: TITAH BAGINDA MENJADI AMANAT MEMPERKUKUH UiTM
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Se-Malaysia merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas titah dan amanat Baginda berhubung kedudukan, mandat serta masa depan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Titah Baginda menjadi satu amanat yang amat bermakna buat seluruh warga UiTM, khususnya mahasiswa, untuk terus menghayati mandat penubuhan UiTM serta bersama-sama memperkukuh kecemerlangan, kebajikan, inovasi dan daya saing universiti.
Sehubungan itu, MPP UiTM Se-Malaysia menyatakan komitmen untuk terus mendukung usaha memperkasa UiTM sebagai institusi pendidikan tinggi yang unggul, relevan dengan perkembangan masa hadapan serta terus menjadi wadah mobiliti sosial dan pembangunan mahasiswa.
Titah Baginda kita junjung, amanat Baginda kita hayati. Bersama-sama kita terus memperkukuh UiTM sebagai wadah pendidikan, mobiliti sosial dan pembinaan generasi masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
“Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung”
Yang menjalankan amanah,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM SE-MALAYSIA SESI 2025/2026
#UiTMDiHatiku #260MPPUiTM #MenjunjungKasihTuanku | 1 682 |
| 9 | Sin texto... | 1 609 |
| 10 | SELASA | 1 SEPTEMBER 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[TEMPAHAN SELEMPANG KUSTOM EKSKLUSIF KONVOKESYEN UiTM KALI KE-105]
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam Sesi 2025/2026 kini kembali membuka tempahan bagi Selempang Konvokesyen Kustom Eksklusif UiTM Siri 2.0
Selempang ini bukan sekadar aksesori, malah menjadi simbol pencapaian, kenangan dan identiti sebagai graduan UiTM.
📌 Rekaan Kustom Mengikut Kehendak Anda
Selempang boleh diperibadikan dengan meletakkan maklumat berikut:
• Nama Penuh
• Nama Program
💰 Harga: RM39.80
📅 Tempoh Tempahan: 14 Ogos - 15 September 2026 (5.00 petang)
📅 Tarikh Penerimaan: 1 Oktober 2026
📍Pengagihan selempang akan dilaksanakan di UiTM Shah Alam sahaja
🔗 Pautan Tempahan: https://forms.gle/JBc3ZxFZpm6pkLnz5
📌 Cara Tempahan:
1. Isi Google Form yang disediakan
2. Lakukan pembayaran seperti yang dinyatakan
3. Muat naik bukti pembayaran untuk pengesahan
📌 Tempahan ini dibuka kepada semua cawangan UiTM kecuali Sabah dan Sarawak
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 MPP MIYA: https://wa.me/601164642868
Sekian, terima kasih.
“Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung”
Yang menjalankan amanah,
EXCO KEUSAHAWANAN DAN INOVASI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
SESI 2025/2026
#UiTMDiHatiku
#30MPPCakna
#30MPPPrihatin | 2 173 |
| 11 | Sin texto... | 1 821 |
| 12 | ISNIN | 31 OGOS 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69]
Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam Sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan, dan kecintaan terhadap tanah air. Kemerdekaan bukan sekadar sebuah sejarah, tetapi merupakan amanah yang perlu dihargai dan dipelihara oleh setiap generasi.
Ayuh kita terus berganding bahu dalam membina sebuah Malaysia yang bersatu, sejahtera dan harmoni, selaras dengan tema Hari Kemerdekaan 2026, Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.
Semoga semangat kemerdekaan terus membara dalam diri kita dan menjadi pemangkin untuk bersama-sama membina masa depan Malaysia yang lebih gemilang 🇲🇾❤️
Sekian, terima kasih.
“Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung”
Yang menjalankan amanah,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
SESI 2025/2026
#UiTMDiHatiku
#30MPPCakna
#30MPPPrihatin
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati | 2 068 |
| 13 | Sin texto... | 1 732 |
| 14 | SABTU | 29 OGOS 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[LARIAN KITA SEMPENA JUBLI PERAK 25 TAHUN PEMERINTAHAN DYMM SULTAN SELANGOR]
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam ingin memaklumkan bahawa Larian KITA Jubli Perak akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
📍 Lokasi Mula: Dataran Klang @ Padang Chetty
🏁 Lokasi Penamat: Stadium Sultan Suleiman, Klang
⏰ Masa: 4.30 pagi – 12.00 tengah hari
📌 Kategori & Yuran:
• Competitive Run / 10KM– RM79
• Competitive Run / 21KM– RM99
🎁 KHAS UNTUK WARGA UiTM SHAH ALAM!
Sebanyak 100 slot penyertaan PERCUMA bagi kategori 10KM dan 21KM telah diperuntukkan khas kepada warga UiTM Shah Alam.
🎟️ Kod Promosi: UITMSHAHALAM100
⚠️ PERHATIAN:
Platform pendaftaran Larian KITA Jubli Perak (RaceXAsia) kini sedang mengalami masalah teknikal. Buat sementara waktu, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:
🔗 https://raceroster.com/events/2026/138406/larian-kita-jubli-perak
📢 Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan Larian KITA Jubli Perak dan menjadi sebahagian daripada sambutan istimewa ini!
Sekian, terima kasih.
"Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung”
Yang menjalankan amanah,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
SESI 2025/2026
#UiTMDiHatiku
#30MPPCakna
#30MPPPrihatin | 2 102 |
| 15 | Sin texto... | 1 544 |
| 16 | SABTU | 29 OGOS 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[SELAMAT MAJU JAYA KEPADA KONTINJEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) DALAM KEJOHANAN SUKAN ANTARA INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI (SUKIPT) 2026 ]
Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa Kontinjen Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan berangkat bagi menyertai Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026.
Sehubungan itu, seluruh warga UiTM dijemput untuk bersama-sama memberikan sokongan dan semangat kepada para atlet serta kontinjen UiTM yang bakal membawa nama universiti dalam kejohanan tersebut.
Ayuh kita bersama-sama mengiringi keberangkatan kontinjen UiTM dan menitipkan doa serta sokongan buat para atlet yang akan berjuang mengharumkan nama UiTM di pentas SUKIPT 2026. 💪🏻🏆
Selamat berjuang buat seluruh kontinjen UiTM! Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan sepanjang kejohanan.
Sekian, terima kasih.
“Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung”
Yang menjalankan amanah,
EXCO SUKAN DAN REKREASI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SESI 2025/2026
#UiTMDiHatiku
#30MPPCakna
#30MPPPrihatin
#SUKIPT2026 | 1 817 |
| 17 | Sin texto... | 1 458 |
| 18 | SABTU | 29 OGOS 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[PERMOHONAN BIASISWA ALUMNI UiTM]
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan permohonan Biasiswa Alumni UiTM yang ditawarkan oleh Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) bersama Yayasan Budiman UiTM akan dibuka tidak lama lagi.
Biasiswa ini bukan sekadar membantu mahasiswa dari segi pembiayaan pendidikan, tetapi juga dari segi pembangunan bakat dan kepimpinan serta jaringan bersama alumni.
📅 Permohonan Dibuka Mulai:
5 September 2026 – 11 September 2026
📌 Tarikh Temuduga:
17 September 2026
📌 Pengumuman Penerima:
21 September 2026
Bagi mahasiswa UiTM yang ingin membuat permohonan, sila semak kriteria permohonan terlebih dahulu.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 MPP IZYAN: https://wa.me/601136940622
📞 MPP DANISH: https://wa.me/601114319751
Sekian, terima kasih.
"Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung"
Yang menjalankan amanah,
EXCO KEBAJIKAN DAN KEWANGAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
SESI 2025/2026
#UiTMDiHatiku
#30MPPCakna
#30MPPPrihatin | 1 837 |
| 19 | SABTU | 29 OGOS 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[SELAMAT MAJU JAYA KEPADA KONTINJEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) DALAM KEJOHANAN SUKAN ANTARA INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI (SUKIPT) 2026 ]
Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa Kontinjen Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan berangkat bagi menyertai Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026.
Sehubungan itu, seluruh warga UiTM dijemput untuk bersama-sama memberikan sokongan dan semangat kepada para atlet serta kontinjen UiTM yang bakal membawa nama universiti dalam kejohanan tersebut.
Ayuh kita bersama-sama mengiringi keberangkatan kontinjen UiTM dan menitipkan doa serta sokongan buat para atlet yang akan berjuang mengharumkan nama UiTM di pentas SUKIPT 2026. 💪🏻🏆
Selamat berjuang buat seluruh kontinjen UiTM! Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan sepanjang kejohanan.
Sekian, terima kasih.
“Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung”
Yang menjalankan amanah,
EXCO SUKAN DAN REKREASI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SESI 2025/2026
#UiTMDiHatiku
#30MPPCakna
#30MPPPrihatin
#SUKIPT2026 | 818 |
| 20 | Sin texto... | 681 |
