SABTU | 01 JUN 2024
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[📢📚PROJEK BRAILLETHON UiTM 2024📚📢]
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Unit Perkhidmatan OKU (UPO) UiTM dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam akan menganjurkan
Projek Braillethon UiTM 2024 mengikut ketetapan berikut:
🗓 Tarikh:
9 Jun 2024 (Ahad) hingga 10 Jun 2024 (Isnin)
⏰ Masa:
8.30 pagi - 5.00 petang
📍 Tempat:
Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC)
📌Keperluan program:
Komputer riba sendiri &
Perisian Microsoft Words
🔗
Google Form Penyertaan:
https://forms.gle/SrvPPY9UJr2gEft89
Program berbentuk kempen ini memerlukan peserta untuk menyalin maklumat bahan bacaan fizikal
(hard copy) ke dalam bentuk salinan digital
(soft copy) melalui perisian
Microsoft Words menggunakan panduan yang akan disediakan. Bahan-bahan bacaan tersebut
(soft copy) kemudiannya akan disalin semula ke dalam format Braille.
Untuk makluman, program ini menyasarkan pemerolehan pengiktirafan
The Malaysia Book of Records dalam
Most Collection of Reading Materials Converted to Soft Copy for Braille Format.🏅
Pelajar dibenarkan untuk menyertai salah satu sesi daripada pilihan tersebut sahaja:
📌
Sesi 1: 9 Jun 2024 (Ahad), 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
📌
Sesi 2: 9 Jun 2024 (Ahad), 1.00 tengah hari hingga 5.00 petang
📌
Sesi 3: 10 Jun 2024 (Isnin), 8.30 pagi hingga 5.00 petang (Termasuk majlis perasmian)
Kelebihan menyertai kempen ini:
🏆
Sijil penyertaan
🎖
Merit kolej
🍽
Makanan dan minuman
🚌
Pengangkutan pergi dan balik disediakan
📄
Surat pengecualian kuliah disediakan
Oleh itu, kami berharap agar para pelajar dapat turut menyertai program ini demi menambah baik kualiti kehidupan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan dengan memberikan lebih banyak bahan-bahan bacaan dalam format Braille kepada mereka. 📚
Sebarang pertanyaan, hubungi:
MPP Akmal: https://wa.me/601135083522
MPP Dalila: https://wa.me/60175737691
Sekian, terima kasih.
"Aspirasi Mahasiswa, Naratif Perubahan"
Yang menjalankan amanah,
JAWATANKUASA PELAKSANA
PROJEK BRAILLETHON UiTM 2024
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM SHAH ALAM
SESI 2023/2024
#UiTMDiHatiku
#22Cakna
#MPPEraBaharu