cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Ḥadīth Project

Membimbing masharakat mengenal Allah, menurut kaedah Rasul berlandaskan kefahaman al-Salaf al-Salih.

Mostrar más
El país no está especificadoEl idioma no está especificadoLa categoría no está especificada
Publicaciones publicitarias
370
Suscriptores
Sin datos24 horas
Sin datos7 días
Sin datos30 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

"Hari Arafah esok tak tahu nak doa apa, banyak sangat nak minta!" Silakan, jambakan doa Nabi ﷺ yang sahih. Apabila baginda berdoa meminta sesuatu, sesuatu itulah yang kita paling perlukan. Doa-doa Nabi ﷺ adalah lafaz doa yang paling berkemungkinan untuk dikabulkan, apatah lagi jika dibaca pada waktu-waktu mustajab seperti hari Arafah. Semoga bermanfaat! Hadith Project
Mostrar todo...
DoaNabawi.pdf2.84 MB
Repost from Nota Musaddad
PDF percuma buku Sirah Kehidupan Imam Bukhari, karangan Shaykh Abdul Salam al-Mubarakfuri. Tim terjemahan diketuai Us. Ahmad Sabiq Abdul Rahman. Terbitan Kemilau Publika, 2016. Semoga bermanfaat.
Mostrar todo...
Sirah Kehidupan Imam Bukhari.pdf2.50 MB
[Ulang edar] Terjemahan ringkasan risalah Ahkam 'Ashr Dhil-Hijjah, oleh Shaykh Abdullah bin Abdul Rahman al-Sa'd, semoga Allah menjaganya.
Mostrar todo...
10 Zulhijah (update).pdf4.45 KB
Apabila Hari Raya pada Hari Jumaat.pdf0.85 KB
Apabila Hari Raya pada Hari Jumaat: Ringkasan Mazhab-mazhab Ulama Oleh Shaykh Mustafa al-Sumali Pendapat Pertama: Kewajipan solat Jumaat bagi orang pedalaman yang jauh daripada masjid (ahli al-ʿawali) gugur, sekiranya mereka telah menghadiri solat sunat Hari Raya. Ini mazhab ʿUthman bin ʿAffan, ʿUmar bin Abdul ʿAziz, dipegang oleh Imam al-Shafiʿi. Pendapat Kedua: Kewajipan solat Jumaat gugur bagi setiap yang orang yang menghadiri solat sunat hari raya, kecuali imam, tetapi masih wajib melaksanakan solat Zohor. Ini mazhab sekumpulan Salaf, dipegang oleh Imam Ahmad. Pendapat Ketiga: Kewajipan Jumaat tidak gugur bagi sesiapa. Ini mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Imam Malik, merupakan pendapat muktamad mazhabnya. Pendapat Keempat: Kewajipan solat Jumaat dan Zohor gugur sekali gus bagi setiap yang menghadiri solat sunat hari raya. Ini mazhab ibn al-Zubayr dan ʿAtaʾ bin Abu Rabah, seakan-akan ibn ʿAbbas menyetujuinya. Ia direkodkan daripada ʿAli bin Abu Talib. Penilaian Ringkas: Pendapat yang paling tepat berdasarkan dalil-dalil umum, selari dengan qiyas dan kehati-hatian (ihtiyat) adalah pendapat pertama. Pendapat yang paling mendekati literal hadis Abu Hurayrah[1] dan Zayd bin Arqam[2] adalah pendapat kedua. Pendapat yang paling jauh dari petunjuk dan literal hadis adalah pendapat ketiga. Pendapat yang paling jauh dari dalil-dalil umum dan qiyas adalah pendapat keempat, ia adalah pendapat yang diabaikan oleh ahli fiqh. Ibn ʿAbd al-Barr menyebutkan, “Pendapat bahawa Jumaat dan Zohor gugur sekali gus adalah pendapat yang jelas sekali kesalahannya, perlu ditinggalkan, tidak boleh dipegang.” [al-Tamhid, j. 10, h. 270]. *** [1] Iaitu hadis: «قَدِ اجْتَمَعَ فِي يَوْمِكُمْ هَذا عِيدانِ، فَمَن شاءَ أجْزَأهُ مِنَ الجُمُعَةِ، وإنّا مُجَمِّعُونَ» “Ada dua raya berhimpun pada hari ini. Sesiapa yang mahu, solat raya ini sudah mencukupkannya daripada solat Jumaat. Tetapi kami tetap melakukan kedua-duanya.” [2] Muʿawiyah bin Abu Sufyan bertanya kepada Zayd bin Arqam, “Adakah kamu pernah bersama Nabi apabila dua hari raya berhimpun dalam satu hari?” Zayd mengiakan. Muʿawiyah bertanya, “Bagaimana baginda lakukan?” Zayd menjawab, “Baginda solat sunat raya, kemudian baginda memberi keringanan untuk tidak hadir solat Jumaat, Baginda bersabda: Sesiapa yang mahu solat Jumaat, dipersilakan.” Terjemahan: Musaddad Shaʿlami,
Mostrar todo...
Archivo de publicaciones