cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Nota Musaddad

تقييد العلم بالكتابة = Ilmu ditambat dengan penulisan

Mostrar más
Malasia20 789El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad28 752
Publicaciones publicitarias
3 108
Suscriptores
+324 horas
+117 días
+5930 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Repost from MUHIM UIAM Official
Photo unavailableShow in Telegram
Lensa Sarwa Ep.1| Boikot: Function ke? Dalam kehangatan kempen #BLOCKOUT2024 🔥, juga kebobrokan jenayah-jenayah rejim Isr4el terhadap rakyat Palestin; setiap jiwa muslim yang menyayangi saudaranya pasti terketuk untuk melakukan sesuatu. Seruan-seruan untuk memboikot produk-produk yang berkaitan Isr4el kini tidak lekang daripada perkongsian-perkongsian asatizah mahupun masyarakat awam. Kita mula tertanya-tanya, adakah cara memboikot ini benar-benar berkesan? Jika benar, produk mana mahu diboikot? Bagaimana dengan produk-produk yang tak mampu diboikot? Ikuti perkongsian kami pada hari sabtu (18 Mei 2024) di reruang X @MuhimUiam, bagi mengupas hukum-hakam berkaitan boikot, realiti berkaitan keberkesanan boikot dan garis panduan memboikot ‼️ Ikuti X MUHIM UIAM di sini: https://x.com/MuhimUiam?t=0QyocS_QJI2d4pAY20qPtw&s=09
Mostrar todo...
👍 6
Khalifah Umar bin Abdul Aziz (w. 63H) membingkis sepucuk surat kepada pengasuh puteranya: "Mulakan asuhanmu dengan menerapkan kebencian kepada hiburan-hiburan muzik; yang permulaannya daripada syaitan, kesudahannya adalah kemurkaan al-Rahman. Telah sampai kepadaku melalui ulama yang dipercayai, bahawa bunyian muzik, mendengar nyanyian dan mendendangkannya, akan menumbuhkan kemunafikan dalam jiwa, sepertimana tumbuhnya alga di atas air." — Dhamm al-Malāhī, ibn Abu al-Dunyā, no. 51, Talbīs Iblīs, Ibn al-Jawzī, h. 209. Lihat: Ighāthat al-Lahfān, 1/442.
Mostrar todo...
👍 15 4😭 4😢 2
Ali bin Abu Talib radiyallah `anh berkata: القائل للفاحشة والذي يسمع لها في الإثم سواء "Orang yang menyebut perkataan keji, dan yang mendengarnya tanpa ingkar, berkongsi dosa sama rata." — Shu`ab al-Iman, no. 8942, sanadnya hasan. • • • • Termasuk dalam kategori perkataan keji, sebelum ayat-ayat lucah, carutan dan umpatan, adalah ungkapan kufur dan syirik yang disebutkan oleh orang-orang kafir. Seorang Muslim yang mendengarnya, sekurang-kurang kewajipannya adalah membencinya.
Mostrar todo...
21👍 9😢 5
Allah berfirman: يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ "Wahai Nabi, berjihadlah menentang golongan kafir dan munafik, dan bersikeraslah kepada mereka." • • • • Dalam Syu`ab al-Iman (no. 8926), dengan sanad yang hasan, ibn Mas`ud radiyallah `anh berkata: أمر رسول الله - صلى الله عليه وسلم - أن يجاهد بيده، فإن لم يستطع فعليه بوجه مُكْفَهِرٍّ. "Rasulullah diperintahkan untuk berjihad dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah berwajah bengis (terhadap kafir harbi dan munafik)."
Mostrar todo...
12👍 3
Nabi ﷺ mendidik kita apabila ditimpa musibah, untuk menyebut: إنا لله وإنا إليه راجعون؛ اللهمّ أجُرنِي في مصيبتي... "Kita milik Allah, kepada-Nya kita kembali; wahai Allah, berikan ganjaran buatku pada musibahku ini..." — Sahih Muslim • • • • Imam Ibn Baz ditanya, "Adakah bacaan ini boleh dibaca oleh orang yang terlepas solat?" Beliau menjawab, "Boleh. Ganjaran yang Allah berikan adalah taufik untuk istiqamah dan komitmen terhadap solat. Ayat dan hadis dalam bab ini umum dalam setiap musibah." — Masa'il ibn Maniʿ
Mostrar todo...
👍 25 3
Firman Allah: إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا "Sungguh! Allah akan membela bagi pihak orang-orang beriman." • • • • • Allah akan membela orang-orang beriman, dengan sebab keimanan mereka, daripada sebarang kejahatan. Antara kejahatan tersebut: Kejahatan nafsu kita, yang membisik-bisik untuk kita melakukan maksiat. Setiap orang beriman mendapat perlindungan ini mengikut kadar keimanan mereka. Dan keimanan itu bertambah dengan amal-amal ketaatan, berkurang dengan amal-amal maksiat. Para ulama menyebutkan: Antara cara untuk kita meninggalkan kitaran (loop) maksiat – setelah bertaubat dan mujahadah –, adalah dengan menggandakan amalan soleh kita. Ia akan meningkatkan iman kita, melemahkan belitan nafsu di tengkuk kita. Semoga Allah bimbing kita semua.
Mostrar todo...
👍 25 13 6
Di akhirat kelak, manusia akan menyesali detik-detik di dunia yang tidak digunakan sebagai persediaan untuk hari itu. Manusia akan berkata, يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي "Aduhai, kalaulah dahulu aku buat persiapan untuk kehidupanku." • • • • • "untuk kehidupanku," iaitu kehidupan akhirat, kerana itulah yang kekal tiada matinya. Ibn Si'di berkata: "Ayat ini menjadi dalil, bahawa kehidupan yang paling perlu untuk diusahakan dengan sempurna adalah kehidupan abadi di akhirat yang kekal." Sudahkah kita persiapkan kehidupan kita?
Mostrar todo...
👍 25 14
"Hati yang sejahtera itu adalah hati yang mahukan kebaikan, tidak mahukan kejahatan. Kesempurnaan dalam perkara ini menuntut untuk mengetahui kebaikan dan kejahatan. Sedangkan tidak mengetahui apa-apa tentang kejahatan adalah kekurangan yang tercela." —Majmūʿ al-Fatāwā, j. 10, h. 302.
Mostrar todo...
👍 25 10🔥 2
Ibn al-Qayyim berkata: العاقِلُ خَصمُ نفسِه، والجاهِلُ خصْمُ أقدَارِ الله. "Orang berakal, apabila tersilap, menyalahkan dirinya. Orang jahil, apabila tersilap, menyalahkan ketentuan Tuhan." • • • • Sebahagian penyair Salaf menyebut: وعَاجِزُ الرأيِ مِضْيَاعٌ لفُرصَتِه •••• حتَّى إذَا فَاتَ أمرٌ عَاتَبَ القدَرَا "Orang yang lemah akal selalu mengabaikan peluang, apabila sedar terlepas, barulah dia mengomel takdir."
Mostrar todo...
👍 32 9😢 9 3
al-Khatib al-Baghdadi (w. 463H) menyebut: طلبُ الحديثِ في هذا الزمانِ أفضلُ مِن سائِرِ أنواعِ التطوُّعِ؛ لأجلِ دُروسِ السُّنَنِ وخمُولِها، وظُهُورِ البِدَعِ واستعلاءِ أهلِهَا. "Menuntut ilmu hadis pada zaman ini lebih utama berbanding mana-mana ibadah sunat; dek terhakis dan tenggelamnya sunnah, dan kemunculan bidaah, serta pengaruh ahli bidaah pada zaman ini." —Sharaf Ashab al-Hadith, h. 86. • • • • Ujarku: Ini pada kurun ke-5 Hijrah, apatah lagi dengan kurun ke-15 kini?
Mostrar todo...
👍 22😢 5 3