cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Terkini dan Sensasi Palestin

TELEGRAM TERKINI DAN SENSASI PALESTIN ADALAH SATU-SATUNYA AKAUN TELEGRAM CINTA GAZA MALAYSIA. Ikuti perkembangan terkini berkaitan Palestin!

Mostrar más
Malasia413El idioma no está especificadoNoticias y medios680
Advertising posts
161 524Suscriptores
-4124 hours
-4817 days
-1 03130 days
Distribuciones de tiempo de publicación

Carga de datos en curso...

Find out who reads your channel

This graph will show you who besides your subscribers reads your channel and learn about other sources of traffic.
Views Sources
Análisis de publicación
MensajesVistasAccionesVer dinámicas
01
Sebagai seorang Muslim, rasa sangat tersentuh hati dengan semangat pelajar-pelajar universiti yang sehingga kini masih kuat berkempen untuk Palestin. Mereka sanggup ‘bergaduh’ dengan pihak berkuasa untuk memastikan pelajar-pelajar Muslim yang lain dapat menunaikan solat dengan tenang. Hormati satu sama lain, tidak kisah apa pun kepercayaan kita, itu yang kita perlukan di kala dunia sekarang ini sedikit demi sedikit sudah hilang kehormatan. Stand and be loud! Video: Leajas TikTok
7 90917Loading...
02
Melihat kepada pendekatan rejim Zionis yang lebih ke arah polisi haluan kanan (right-wing), Zionisme Liberal masih memainkan peranan yang penting dalam ideologi Zionis. Ia masih memenuhi fungsinya yang kritikal dalam membantu projek Zionis bersama peradaban Barat ala-Demokratik serta politik yang progresif. Natijahnya, rejim Israel sangat jarang dijelaskan dalam arus perdana Barat untuk apa yang telah dilakukan; iaitu negara penjajah yang mengamalkan apartheid. Ahli politik dan stesen media merentas pelbagai spektrum politik di Eropah, Amerika Utara dan di kawasan sekitarnya menyifatkan Israel sebagai “negara tunggal demokrasi di Timur Tengah”, berkongsi nilai Barat yang membuatkan ia sebagai suar (beacon) untuk politik progresif di kawasan yang bukan bersifat autoritarian. Artikel penuh: https://www.cgm.com.my/blog/liberal-zionis-tiang-seri-projek-penjajahan-israel #CGMKongsi
9 5017Loading...
03
Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben Gvir terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan di bahagian leher. Kenderaan yang dinaikinya itu terbalik dalam kemalangan kereta. Polis Israel berkata, dua kenderaan terbabit dalam perlanggaran itu dan lima orang dibawa ke hospital selepas cedera ringan. Itamar Ben Gvir adalah antara menteri yang paling 'biadap' sebaik sahaja dia dilantik sebagai menteri dibawah kerajaan Netanyahu. Dia pernah bercadang untuk menjadikan Masjid al-Aqsa sebagai tempat ibadah untuk orang Yahudi sehingga tercetusnya Operation Shield and Arrow selama 5 hari (9 - 13 Mei 2023).
9 54513Loading...
04
Ini adalah gambar Masjid Salim Abu Musallam di Beit Lahia, utara Gaza sebelum dan selepas ia dimusnahkan sepenuhnya oleh pesawat rejim Zionis. Siapa sangka masjid yang cantik dan indah ini telah dibom oleh tentera rejim Zionis 😢 Masjid ini merupakan mercu tanda untuk semua penduduk Gaza yang tinggal di Gaza Utara dan antara masjid yang pertama menjadi sasaran serangan udara rejim Zionis selepas 7 Oktober 2023. Asbab sumbangan wakaf kalian, InsyaAllah kita dapat membina semula masjid-masjid yang dibom oleh rejim Zionis di Gaza. Jika kalian berminat untuk berwakaf boleh salurkan ke https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau salurkan ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan (rujukan: wakaf). #Emergency4Gaza #Heroes4Hope
6 7760Loading...
05
Pertahanan Awam Palestin berkata bahawa mereka percaya bahawa sekurang-kurangnya 20 orang ditanam oleh tentera rejim Zionis secara hidup-hidup di Hospital Nasser. “Tentera rejim Zionis menanam beberapa mayat di Hospital Nasser dalam beg plastik pada kedalaman 3 meter”, tambah mereka dalam sidang media. "Kami menemui kesan lebam seolah-olah diseksa pada mayat syuhada di Hospital Perubatan Nasser. Kami tidak tahu mengapa terdapat mayat kanak-kanak di kubur besar di Hospital Nasser." Sumber: Quds News Network
10 8627Loading...
06
"Ada teladan buat kita yang berkelana di rantau orang." Link pembelian buku Tuan Nadir Al-Nuri https://ezy.la/ulatbuku
9 4741Loading...
07
"Saya cuma mahu tidur." 😢 Respon anak kecil ini selepas dia ditarik keluar dari runtuhan rumahnya yang dibom di Semenanjung Gaza. Sumber: Times of Gaza
9 56210Loading...
08
Assalamualaikum & salam sejahtera ⛅️ PODCAST CINTA GAZA MALAYSIA 🆕 episod #SemejaBersamaCGM [Misi Musim Sejuk] - "Kami Ditahan Kerana Kamera" Dengarkan di Spotify atau di Youtube sekarang! Jangan disangka menjadi jurugambar dan juruvideo di kem pelarian Palestin semudah ABC kerana menurut Cik Puan Syafwa, mereka telah ditahan kerana sebuah kamera! Ikuti perkongsian pereka grafik, Cik Puan Syafwa Merlyn berkaitan Misi Musim Sejuk di Tiga Negara Arab - Syria, Lubnan dan Turki. 🎧 Spotify: https://shorturl.at/hnpGH 📸 Youtube: https://youtu.be/glqBiSuD7Kk #podcastCGM #SemejaBersamaCGM #weareCGM #heroes4hope
8 9361Loading...
09
Seorang pegawai politik tertinggi Hamas, Khalil al-Hayya memberitahu pihaknya bersedia untuk gencat senjata selama lima tahun atau lebih dengan Israel. Jelasnya, Hamas akan meletakkan senjata dan menjadi parti politik jika penubuhan negara Palestin yang merdeka benar-benar dilaksanakan. Penjelasan terkini Khalil al-Hayya dalam sebuah wawancara di tengah kebuntuan rundingan untuk gencatan senjata di Gaza mendapat perhatian. Idea Hamas untuk melucutkan senjata nampaknya merupakan keputusan penting oleh kumpulan pejuang mujahidin Islam yang jelas komited untuk memusnahkan Israel. Berita penuh: https://www.cgm.com.my/latest-news/h-bersetuju-dengan-5-tahun-gencatan-senjata-menyokong-penuh-two-state-solution Sumber: AP News
9 1413Loading...
10
Video kesan kemusnahan yang teruk berlaku di Masjid Hassan al-Banna serta beberapa buah rumah di sekelilingnya selepas dimusnahkan dalam serangan bom rejim Zionis Israel di utara kem Nuseirat, di tengah Gaza. Allahuakbar. Setakat statistik 25 April 2024, sebanyak 317 masjid separa musnah dan 239 masjid musnah sepenuhnya. RM5 juta sahaja tidak cukup untuk menampung kerosakan dan kemusnahan masjid-masjid yang dimusnahkan oleh rejim Zionis ini tetapi sekurang-kurangnya kita mampu untuk membaiki sedikit demi sedikit dengan dana yang ada setelah perang selesai nanti. Perang kali ini yang kita sendiri tidak pasti dan masih berteka-teki bilakah kesengsaraan rakyat Palestin ini akan berakhir. Jika kalian berminat untuk berwakaf boleh salurkan ke https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau salurkan ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan (rujukan: wakaf). #Emergency4Gaza #Heroes4Hope
8 2495Loading...
11
Wanita Palestin melahirkan anaknya sepuluh hari lalu tanpa sebarang bantuan di salah satu pusat perlindungan di Semenanjung Gaza. Ibu dan anak perempuannya tidak mendapat akses penjagaan kesihatan perubatan dan tinggal di tempat yang tidak selamat. Sumber: Times of Gaza
8 5828Loading...
12
Kem Ain El-Hilweh di bandar Saidah adalah kem terbesar daripada 12 kem pelarian Palestin di Lubnan. Antara kem yang kami hantar bantuan untuk musim sejuk awal tahun ini. Menurut UNRWA kem ini menempatkan kira-kira 80,000 sehingga 250,000 rakyat Palestin. Kem ini agak padat dan sekeliling kawasannya terdapat tembok tinggi yang dikawal oleh Angkatan Tentera Lubnan. Penghuni kem ini pada asalnya datang pada tahun 1948 iaitu ketika peristiwa Nakbah. Ramai diantara mereka yang hidup dalam keadaan serba kekurangan di dalam kem ini 😢 Mereka terus berjuang dan menanti sehingga Palestin bebas agar boleh kembali ke tanah air mereka. #CGMKongsi
8 7787Loading...
13
WARNING ⚠️ Mayat yang ditemui dari kubur besar di Hospital Nasser di Khan-Younis mendapati sekurang-kurangnya 20 ORANG DITANAM HIDUP-HIDUP. Jumlah mayat yang ditemui setakat ini meningkat kepada 392. Gambar: Times of Gaza
8430Loading...
14
Ketika beliau diwawancara oleh Ahmad Mansour, yang merupakan pengacara bagi Podcast Tanpa Had (Bilaa Hudud) pada tahun 1999, kenyataannya tentang pengakhiran usia bangsa Yahudi di tanah Palestin telah menggemparkan dunia. Sheikh Ahmad Yassin dalam wawancara tersebut, ketika disoal tentang pandangan beliau berkenaan masa depan Israel. Menurutnya, Israel adalah sebuah negara tanpa masa depan yang bakal berakhir tempoh hayatnya. Beliau meletakkan tahun 2027 sebagai titik pengakhiran bagi negara haram itu. Apabila ditanya oleh Ahmad Mansour, dari sumber manakah beliau gunakan bagi menghasilkan unjuran yang sebegitu yakin, beliau tenang menjawab, unjuran itu berdasarkan al-Quran. Unjuran ini adalah berdasarkan kisah 40 tahun Bani Israel dihukum oleh Allah SWT dengan keadaan buntu dan sesat di sebuah padang pasir (Padang Tiih). Artikel penuh: https://www.cgm.com.my/blog/2027-unjuran-sheikh-ahmad-yassin-hampir-menjadi-kenyataan #CGMKongsi
10 60819Loading...
15
Untuk makluman tuan/puan, tentera rejim Zionis telah mengebom atau menghancurkan sekurang-kurangnya 11 universiti atau kolej yang berada di Gaza. Antaranya, - Islamic University of Gaza - Al Azhar University - Al-Quds Open University - University College of Applied Sciences - University of Palestine - Al-Israa University - University of Gaza - Al-Aqsa University - Palestine Technical College - Palestine College of Nursing - College of Applied Sciences Pusat pengajian adalah antara medan atau platform yang dapat melahirkan anak-anak Gaza yang bijak pandai untuk mereka berbakti semula membebaskan tanah air mereka. Jika tiada pusat pengajian, bagaimanakah anak-anak Gaza ini akan melawan propaganda Zionis di mata dunia? Ayuh menyumbang untuk membina semula universiti di Gaza! InsyaAllah asbab sumbangan kalian kita akan dapat melahirkan lebih ramai lagi generasi yang berani dan bijak pandai! Layari https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau sumbang ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Baiki Universiti.          #Heroes4Hope    #Emergency4Gaza
25 43223Loading...
16
Media files
4 5551Loading...
17
Terjemahan video ucapan Abu Ubaidah, sempena Perang Taufan al-Aqsa Hari ke-200 | Bahagian Kedua. Isi penting: 🛑 Serangan kita terhadap musuh akan berterusan dengan pertolongan Allah dan kita akan mengambil langkah yang progresif dengan taktik-taktik yang pelbagai dan bersesuaian selagi mana berterusannya pencerobohan musuh atau wujudnya mereka di setiap inci tanah kami. 🛑 Salah satu pendustaan kerajaan musuh yang telah berlanjutan sejak beberapa minggu lalu adalah perkaitan yang mereka gelar sebagai kemenangan dalam perang ini dengan ‘pembersihan’ Rafah lalu cuba mengaburi dunia bahawa mereka telah berjaya menghapuskan majoriti mujahidin al-Qassam di Gaza lalu berbaki hanya mujahidin di Rafah. Terjemahan: Penterjemah Cinta Gaza Malaysia #CGMKongsi
25 91158Loading...
18
“Antara kejayaan Nabi Daud adalah Baginda berjaya melahirkan pelapis yang hebat.” LIVE UPDATE DAURAH NASTIA UMMAH SIRI 9 Masih sempat lagi untuk kalian mendaftar hadir secara online! Klik di sini https://tinyurl.com/DaurahNastia #DaurahCGM
11 8880Loading...
19
LIVE UPDATE DAURAH NASTIA UMMAH SIRI 9 Masih sempat lagi untuk kalian mendaftar hadir secara online! Klik di sini https://tinyurl.com/DaurahNastia #DaurahCGM
2770Loading...
20
LIVE UPDATE DAURAH NASTIA UMMAH SIRI 9 Ayuh redakan kemarahan kalian dengan sertai Daurah Nastia Ummah petang ini ✨ Masih sempat lagi untuk kalian mendaftar hadir secara online! Klik di sini https://tinyurl.com/DaurahNastia #DaurahCGM
10Loading...
21
Tindakan Universiti Malaya (UM) menjemput seorang profesor pro-Zionis dari Amerika Syarikat (AS) telah menerima kecaman ramai selepas ucapan beliau menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin sebagai penyebar kebencian terhadap bangsa Yahudi. Bruce Gilley, profesor sains politik yang pernah menimbulkan kontroversi kerana mendokong tindakan kuasa Barat menjajah negara lain mengaggap ahli politik Malaysia mahukan "Holocaust kedua" atau pembunuhan beramai-ramai terhadap bangsa Yahudi. Gilley turut menyerang bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad melalui sebuah kenyatan di laman media sosial X: "Ini sikap buruk lama di kalangan ahli politik Malaysia yang mengingatkan kembali kepada nasihat Mahathir supaya belajar daripada Jerman bagaimana cara menghapuskan bangsa Yahudi. Kini, penyampai berita TV menamatkan siaran harian dengan ungkapan 'Dari Sungai ke Segara' dan 'Israel cuak'." Tinjauan di akaun X Gilley mendapati dia telah memadam semua hantaran berkaitan ucapan mahupun kenyataan berbaur propaganda Israel yang diucapkan di Kuala Lumpur. Gilley sempat memuat naik satu hantaran bahawa dia telah selamat berlepas dari Malaysia dan menggelar Malaysia sebagai sebuah negara Islamo-fasis pagi tadi. "Saya telah selamat berlepas dari Malaysia, selangkah ke hadapan daripada gerombolan Islamo-fasis yang 'dibentuk' kerajaan di sana. Ini bukan negara yang selamat untuk dilawati sekarang. Ikuti saya untuk tahu info selanjutnya." Menteri Pendidikan Tinggi, Dr. Zambry Abd Kadir memuat naik satu kenyataan malam tadi bahawa, "KPT memandang serius isu berlaku di UM dan telah mengarahkan laporan segera dikemukakan. Walaupun IPT diberi autonomi untuk memutuskan program intelektual tetapi itu bukan bermakna institusi bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Malaysia." Sumber: Malaysia Now, Awani, X Zambry Official dan X Bruce D Gilley
11 46621Loading...
22
Media files
3 8237Loading...
23
Media files
1 8142Loading...
24
Tahukah anda, ketiadaan matawang rasmi di Palestin menyebabkan negara barakah itu bergantung kepada matawang Israel, tidak lain tidak bukan – shekel. Berbeza dengan negara-negara lain yang turut tidak mempunyai matawang sendiri seperti Scotland, Timor Leste dan Zimbabwe; Palestin terpaksa meneruskan kelangsungan ekonominya menggunakan matawang shekel, dinar Jordan dan dolar Amerika Syarikat (AS) selepas ketumbangan pemerintahan Khalifah Uthmaniyah di Palestin pada era Perang Dunia Pertama (WWI). Artikel penuh: https://www.cgm.com.my/blog/hilangnya-matawang-palestin-dijajah-shekel #CGMKongsi
22 64416Loading...
25
Media files
8 7332Loading...
26
“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.” - Riwayat Muslim Untuk makluman semua, salah satu masjid yang hancur di Gaza adalah Great Omari Mosque yang ditubuhkan pada era awal kedatangan Islam. Masjid itu pada zaman penjajahan Byzantine adalah sebuah gereja yang dibina oleh Permaisuri Eudocia. Tambahan pula, setakat 26/4/2024 sebanyak 317 masjid musnah sepenuhnya dan 239 masjid separa musnah. Bayangkan jika masjid ini siap dibina setelah tamat perang nanti, wakaf Tuan/Puan salurkan pada hari ini akan menjadi asbab kepada: 🔺Ruangan aktiviti untuk kegiatan agama untuk penduduk sekitar. 🔺Para jemaah dapat beribadah dengan lebih selesa. 🔺Pelajar tahfiz (anak-anak Palestin) mempunyai kelas hafazan yang lebih baik. 🔺Keselamatan para jemaah lebih terjamin, kemalangan dapat dielakkan. Untuk kalian yang ingin berwakaf boleh salurkan ke https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau salurkan ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan (rujukan: wakaf). #Emergency4Gaza #Heroes4Hope
9 5895Loading...
27
Media files
4 3040Loading...
28
Penunjuk perasaan Israel menyerang Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben Gvir kerana tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan Israel dalam perang di Gaza ketika ini. Sumber: Quds News Network
9 4457Loading...
29
Media files
9 4532Loading...
Sebagai seorang Muslim, rasa sangat tersentuh hati dengan semangat pelajar-pelajar universiti yang sehingga kini masih kuat berkempen untuk Palestin. Mereka sanggup ‘bergaduh’ dengan pihak berkuasa untuk memastikan pelajar-pelajar Muslim yang lain dapat menunaikan solat dengan tenang. Hormati satu sama lain, tidak kisah apa pun kepercayaan kita, itu yang kita perlukan di kala dunia sekarang ini sedikit demi sedikit sudah hilang kehormatan. Stand and be loud! Video: Leajas TikTok
Mostrar todo...
🔥 337 182👍 53❤‍🔥 15😢 8
Melihat kepada pendekatan rejim Zionis yang lebih ke arah polisi haluan kanan (right-wing), Zionisme Liberal masih memainkan peranan yang penting dalam ideologi Zionis. Ia masih memenuhi fungsinya yang kritikal dalam membantu projek Zionis bersama peradaban Barat ala-Demokratik serta politik yang progresif. Natijahnya, rejim Israel sangat jarang dijelaskan dalam arus perdana Barat untuk apa yang telah dilakukan; iaitu negara penjajah yang mengamalkan apartheid. Ahli politik dan stesen media merentas pelbagai spektrum politik di Eropah, Amerika Utara dan di kawasan sekitarnya menyifatkan Israel sebagai “negara tunggal demokrasi di Timur Tengah”, berkongsi nilai Barat yang membuatkan ia sebagai suar (beacon) untuk politik progresif di kawasan yang bukan bersifat autoritarian. Artikel penuh: https://www.cgm.com.my/blog/liberal-zionis-tiang-seri-projek-penjajahan-israel #CGMKongsi
Mostrar todo...
👎 122💩 32👍 12😢 6 3🔥 3
Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben Gvir terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan di bahagian leher. Kenderaan yang dinaikinya itu terbalik dalam kemalangan kereta. Polis Israel berkata, dua kenderaan terbabit dalam perlanggaran itu dan lima orang dibawa ke hospital selepas cedera ringan. Itamar Ben Gvir adalah antara menteri yang paling 'biadap' sebaik sahaja dia dilantik sebagai menteri dibawah kerajaan Netanyahu. Dia pernah bercadang untuk menjadikan Masjid al-Aqsa sebagai tempat ibadah untuk orang Yahudi sehingga tercetusnya Operation Shield and Arrow selama 5 hari (9 - 13 Mei 2023).
Mostrar todo...
👍 424🤣 234👏 86 46🔥 8😍 1
Ini adalah gambar Masjid Salim Abu Musallam di Beit Lahia, utara Gaza sebelum dan selepas ia dimusnahkan sepenuhnya oleh pesawat rejim Zionis. Siapa sangka masjid yang cantik dan indah ini telah dibom oleh tentera rejim Zionis 😢 Masjid ini merupakan mercu tanda untuk semua penduduk Gaza yang tinggal di Gaza Utara dan antara masjid yang pertama menjadi sasaran serangan udara rejim Zionis selepas 7 Oktober 2023. Asbab sumbangan wakaf kalian, InsyaAllah kita dapat membina semula masjid-masjid yang dibom oleh rejim Zionis di Gaza. Jika kalian berminat untuk berwakaf boleh salurkan ke https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau salurkan ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan (rujukan: wakaf). #Emergency4Gaza #Heroes4Hope
Mostrar todo...
Pertahanan Awam Palestin berkata bahawa mereka percaya bahawa sekurang-kurangnya 20 orang ditanam oleh tentera rejim Zionis secara hidup-hidup di Hospital Nasser. “Tentera rejim Zionis menanam beberapa mayat di Hospital Nasser dalam beg plastik pada kedalaman 3 meter”, tambah mereka dalam sidang media. "Kami menemui kesan lebam seolah-olah diseksa pada mayat syuhada di Hospital Perubatan Nasser. Kami tidak tahu mengapa terdapat mayat kanak-kanak di kubur besar di Hospital Nasser." Sumber: Quds News Network
Mostrar todo...
😢 307🤬 40👍 12🔥 7 2👎 1
"Ada teladan buat kita yang berkelana di rantau orang." Link pembelian buku Tuan Nadir Al-Nuri https://ezy.la/ulatbuku
Mostrar todo...
🔥 70😢 10👍 4
"Saya cuma mahu tidur." 😢 Respon anak kecil ini selepas dia ditarik keluar dari runtuhan rumahnya yang dibom di Semenanjung Gaza. Sumber: Times of Gaza
Mostrar todo...
😢 369👍 5 5🔥 2
Assalamualaikum & salam sejahtera ⛅️ PODCAST CINTA GAZA MALAYSIA 🆕 episod #SemejaBersamaCGM [Misi Musim Sejuk] - "Kami Ditahan Kerana Kamera" Dengarkan di Spotify atau di Youtube sekarang! Jangan disangka menjadi jurugambar dan juruvideo di kem pelarian Palestin semudah ABC kerana menurut Cik Puan Syafwa, mereka telah ditahan kerana sebuah kamera! Ikuti perkongsian pereka grafik, Cik Puan Syafwa Merlyn berkaitan Misi Musim Sejuk di Tiga Negara Arab - Syria, Lubnan dan Turki. 🎧 Spotify: https://shorturl.at/hnpGH 📸 Youtube: https://youtu.be/glqBiSuD7Kk #podcastCGM #SemejaBersamaCGM #weareCGM #heroes4hope
Mostrar todo...
👍 75 8
Seorang pegawai politik tertinggi Hamas, Khalil al-Hayya memberitahu pihaknya bersedia untuk gencat senjata selama lima tahun atau lebih dengan Israel. Jelasnya, Hamas akan meletakkan senjata dan menjadi parti politik jika penubuhan negara Palestin yang merdeka benar-benar dilaksanakan. Penjelasan terkini Khalil al-Hayya dalam sebuah wawancara di tengah kebuntuan rundingan untuk gencatan senjata di Gaza mendapat perhatian. Idea Hamas untuk melucutkan senjata nampaknya merupakan keputusan penting oleh kumpulan pejuang mujahidin Islam yang jelas komited untuk memusnahkan Israel. Berita penuh: https://www.cgm.com.my/latest-news/h-bersetuju-dengan-5-tahun-gencatan-senjata-menyokong-penuh-two-state-solution Sumber: AP News
Mostrar todo...
🤨 124 40🔥 21👍 18👎 1
Video kesan kemusnahan yang teruk berlaku di Masjid Hassan al-Banna serta beberapa buah rumah di sekelilingnya selepas dimusnahkan dalam serangan bom rejim Zionis Israel di utara kem Nuseirat, di tengah Gaza. Allahuakbar. Setakat statistik 25 April 2024, sebanyak 317 masjid separa musnah dan 239 masjid musnah sepenuhnya. RM5 juta sahaja tidak cukup untuk menampung kerosakan dan kemusnahan masjid-masjid yang dimusnahkan oleh rejim Zionis ini tetapi sekurang-kurangnya kita mampu untuk membaiki sedikit demi sedikit dengan dana yang ada setelah perang selesai nanti. Perang kali ini yang kita sendiri tidak pasti dan masih berteka-teki bilakah kesengsaraan rakyat Palestin ini akan berakhir. Jika kalian berminat untuk berwakaf boleh salurkan ke https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau salurkan ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan (rujukan: wakaf). #Emergency4Gaza #Heroes4Hope
Mostrar todo...
😢 169🤬 28👍 6🔥 3 2