cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Info Terkini Palestin 🇵🇸

Sama-sama kita doakan PALESTIN setiap habis solat 5 waktu, sekurang-kurangnya. Dan beri sumbangan untuk saudara kita disana .

Mostrar más
Malasia28 622El idioma no está especificadoNoticias y medios30 928
Publicaciones publicitarias
1 623
Suscriptores
+124 horas
+97 días
+4530 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

. .
Mostrar todo...
Tanpa sebarang peralatan menyelamat, pasukan pertahanan awam cuba mencari mayat mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan di Rafah. Sumber: Eye On Palestine
Mostrar todo...
TERKINI Serangan tenterang rejim Zionis ke atas Rafah, Gaza sebentar tadi. Sumber: Quds News Network
Mostrar todo...
Seorang pemuda Palestin mula membina semula sebahagian daripada rumah keluarganya selepas ia dimusnahkan oleh tentera rejim Zionis di Gaza. MasyaAllah, kagum sangat-sangat dengan semangat rakyat Palestin yang tidak mudah putus harapan ❤️ Terus sebarkan berita-berita Palestin! Sumber: Eye On Palestine
Mostrar todo...
Arab Saudi menyeru untuk menggesa keputusan gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu. “Isu Palestin kekal menjadi keutamaan bagi Umat Islam (masyarakat Islam), mencerminkan suara masyarakat Islam yang menyokong rakyat Palestin yang bersaudara bagi memastikan mereka mendapat hak mereka,” kata Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan bin Abdullah pada sidang kemuncak ke-15 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang diadakan di ibu negara Gambia, Banjul. Sumber: Middle East Monitor
Mostrar todo...
Mereka sangat takut dan gentar sehingga menuduh H**** bersembunyi di universiti-universiti elit di Amerika. Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan, berkata bahawa “H**** bersembunyi” di “Harvard, Columbia, dan universiti elit lain,” merujuk kepada protes pro-Palestin yang tercetus di universiti-universiti di seluruh dunia semasa berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia juga berkata bahawa tindakan pantas dan tegas perlu diambil terhadap fakulti yang menyokong protes ini. Sumber: Middle East Eye Reels: Video Reels Gilad Erdan
Mostrar todo...
Agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran terhadap korban psikologi yang dihadapi kanak-kanak di Semenanjung Gaza akibat serangan berterusan rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu. “Kanak-kanak di Gaza mengalami tahap tekanan yang sangat teruk,” kata agensi itu dalam satu kenyataan di X. "Pasukan UNRWA sedang membantu kanak-kanak dan remaja di Gaza untuk mengurangkan kesan trauma perang," tambahnya. Sumber: Middle East Monitor
Mostrar todo...
Ramai kanak-kanak cedera parah akibat serangan tentera rejim Zionis di utara Gaza. Tiada gencatan senjata = nyawa kanak-kanak Gaza dalam bahaya 😢 Sumber: Shehab Agency
Mostrar todo...
Demonstrasi pelajar pro-Palestin sudah merebak ke Jepun! Protes itu diadakan di Universiti Waseda di Tokyo berikutan serangan berterusan rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu. Rakaman di media sosial menunjukkan berpuluh-puluh pelajar berkumpul untuk menyokong rakyat Palestin, melaungkan ayat "Bebaskan Palestin, Palestin bebas, dan Palestin akan bebas." Sumber: Middle East Monitor
Mostrar todo...
KEMASKINI Saat pesawat rejim Zionis mengebom sebuah rumah di kejiranan Sabra di tengah Gaza. Sumber: Quds News Network
Mostrar todo...