POSITIVE CIRCLE
Ir al canal en Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
Mostrar más828
Suscriptores
+124 horas
+17 días
+530 días
Archivo de publicaciones
Tahun baharu 2022 dah bermula. Ramai yang masih mencari sesuatu yang dapat membangkitkan momentum diri.
Alhamdulillah....
Poster Tip Motivasi K.E.R.J.A akan diserahkan kepada pemiliknya besok. Moga ada manfaat untuk melayari tahun 2022 dengan lebih baik dan bersemangat.
Ready stok.
Hari-hari tengok di dinding, insyaAllah pasti memberi kesan kepada diri. Cubalah!
#positivecircle21
#kongsipositif
#projekpostermotivasi
Semoga setiap hari yang dimulakan, setiap pekerjaan yang diusahakan, setiap niat yang dilintaskan moga-moga tetap dalam panduan Allah SWT.
Pastinya apa yang diharapkan, semua hasil yang diperolehi itu adanya perkaitan kepada yang kekal abadi Di sana.
Kembali kepada tujuan hidup dalam memenuhi keperluan hidup. Setiap yang dilakukan tidak sia-sia. Berikan makna.
Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberikan rahmat kepada kita semua. InsyaAllah.
#positivecircle21
#kongsipositif
Percayalah, tiada satu pun perkara manfaat atau mudarat tidak mungkin terjadi kecuali dengan izin Allah SWT.
Jika sekiranya seluruh umat manusia bergabung untuk menjatuhkan kita, tetapi jika tidak diizinkan Allah SWT, maka ia tetap tidak akan berlaku. Begitulah juga sebaliknya.
Makhluk tidak punya kuasa. Kecuali semua dengan izin-NYA. Oleh itu, percayalah dengan keiizinan Allah SWT dalam tiap-tiap sesuatu yang terjadi. Jangan terlalu gusar dan bersusah hati. Percaya itu pasti.
#positivecircle21
#kongsipositif
Sesungguhnya, hanya DIA-lah tempat tumpuan segala permintaan dan pertolongan.
Semoga Allah SWT permudahkan dan memberi pertolongan dalam setiap apa yang kita laksanakan. Dan memberi kebaikan.
Pagi yang berkat. Salam Jumaat.
Sollu Alan Nabiy
#positivecircle21
#kongsipositif
Hormati setiap individu. Masing-masing mempunyai pakej kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Akui, kita semua tidak sama. Belajar terima.
Jangan bazirkan masa melihat kelemahan orang lain. Ambil peluang untuk meningkatkan keupayaan dan potensi diri. Agar hidup kita mampu memberi lebih manfaat kepada orang lain. Dalam masa sama baiki diri. Gali potensi.
Audit diri. Beri kredit pada orang lain.
#positivecircle21
#kongsipositif
Moga lebih banyak kebaikan dapat dibuat, kesihatan lebih baik dan kebahagiaan sentiasa menjadi milik kita.
Selamat Tahun Baru 2022.
#positivecircle21
#kongsipositif
Usah bertangguh lagi.
Ayuh!
Tukarkan angan-angan menjadi impian yang nyata. Adakan perancangan, atur tindakan. Dalam masa sama terus bergantung harap kepada Pencipta.
Masa tidak pernah menunggu kita. Masa tidak selamanya jadi milik kita. Jangan alpa.
#positivecircle21
#kongsipositif
Jangan tunggu baik untuk buat baik kerana dengan berbuat baik itu akan membawa kita sentiasa ke arah kebaikan. Akhir matlamatnya semua nak jadi baik juga.
Mulakan dengan tindakan kecil, istiqomah. Kemudian beransur-ansur bergerak lah kepada tindakan yang lebih besar. Moga ia menjadi satu tabiat.
Awalnya kita yang membentuk tabiat, kemudiannya tabiat lah yang akan membentuk kehidupan kita.
#positivecircle21
#kongsipositif
UBAT BAGI HATI
1. Membaca Al quran dengan tadabbur
2. Perut yang kosong - berpuasa / kurang makan
3. Qiamullail - amalan orang soleh
4. Berdoa dengan rendah hati pada waktu Sahur (waktu mustajab)
5. Duduk semajlis bersama orang soleh (majlis ilmu, majlis zikir)
#positivecircle21
#kongsipositif
Ini Langkah Untuk Menjadikan Ilmu sebagai Amalan
1. Tulis - Dalam proses menuntut ilmu, proses menyalin sangat penting, ia akan membantu otak memproses maklumat. Daya ingatan akan meningkat. Semangat untuk beramal semakin kuat.
2. Terus amalkan usah bertangguh - Azam dalam diri untuk terus beramal dengan ilmu yang diperlolehi. Sikap bertangguh akan menyebabkan ilmu yang diperolehi akan hilang sedikit demi sedikit.
3. Buat jadual untuk beramal - Rangka jadual yang sistematik untuk mula beramal. Cari masa yang sesuai dan selesa untuk kita istiqomah mengamalkan apa yang dihajatkan. Disiplinkan diri untuk mengikut jadual tersebut.
4. Qada' amalan kebiasaan yang tertinggal - Jika terdapat halangan dalam melaksanakan amalan yang telah dirancang, maka sedaya upaya qada' (gantikan) kembali amalan yang tertinggal. Rasakan dalam diri seakan tidak selesa apabila tidak dilakukan amalan yang telah diniatkan.
Selamat beramal. Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk beramal dengan setiap amalan yang baik.
#positivecircle21
#kongsipositif
Semoga Allah SWT berikan kekuatan, kemudahan dan keselamatan kepada semua mangsa banjir.
#positivecircle21
#kongsipositif
Jika hidup yang sementara ini kita mencari dan menyediakan segala bekal. Maka barangpasti untuk "hidup" yang kekal abadi kita akan lebih bersiap.
Usah dirisau bekal disini, kerana kita sudah dibekali. Sampai masa, habis segalanya diberi maka akan dijemput pulang ke hadrat Ilahi.
Yakinlah Allah Maha Pemberi Rezeki. Dengan sifatNYA Ya Razzak meliputi semua makhluk tanpa kecuali. Yang dikasihi mahupun yang dimurkai.
Bersiaplah.
Selagi masa masih berbaki. Sebelum Izzrail datang menuntut janji. Sebelum sesal menyelubungi diri. Pada hari tiada yang lebih ditakuti, segala amal akan diadili.
#kongsipositif
#positivecircle21
Kita akan sentiasa berada dalam 4 keadaan;
1. Jika berada dalam ketaatan, maka sentiasalah bersyukur agak terus kekal di dalamnya.
2. Jika berada dalam maksiat, maka segeralah bertaubat jika sudah terlanjur.
3. Jika berada dalam nikmat, maka berdoalah semoga terus dikurniakan kenikmatan ini.
4. Jika berada dalam ujian, maka mohonlah agar diberi kesabaran untuk menghadapinya.
Semoga kita semua diberi kekuatan dan pemeliharaan oleh Allah SWT. Kita hamba yang lemah, selalu lalai dan leka. Perlu sentiasa diingatkan dan diberi petunjuk.
#kongsipositif
#positivecircle21
Berhati-hatilah dengan apa yang kita ucapkan. Sekali terucap, kesannya akan terus berkekalan. Kita punya pilihan. Berfikirlah sebelum memgambil tindakan.
Ambillah masa. Tersangat rugi dengan sifat gopoh. Hubungan boleh runtuh, boleh bawa bergaduh.
Jangan berlagak suci. Seakan kita tidak pernah melakukan kesilapan. Untungnya Allah masih menutup aib kita. Jangan kita yang membukanya dengan terbukanya aib orang lain oleh sebab lidah kita.
Semuanya ada perkiraan di sisi Allah. Harapnya, kebaikan lah yang kita tuntut. Penjamin diri kita kelak.
يَوۡمَ تَشۡهَدُ عَلَيۡهِمۡ أَلۡسِنَتُهُمۡ وَأَيۡدِيهِمۡ وَأَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.
-Surah An-Nur, ayat 24
#kongsipositif
#positivecircle21
Ciri-ciri ilmu yang bermanfaat ( Imam Al-Ghazali) ;
1- Menambah hebat rasa takut kepada Allah
2- Melahirkan sifat tawaduk
3- Ibadat bertambah nikmat
4- Membentuk peribadi khalifah
5- Menjadikan suka bermuhasabah
#positivecircle21
#kongsipositif
Semoga hari ini Allah SWT lancarkan semua urusan kita, diberi kemudahan dalam setiap perancangan dan mendapat ganjaran pahala disisi Allah SWT.
Terus berusaha untuk menjadi baik agar terus dapat mengerjakan kebaikan.
Pagiiiii!
#kongsipositif
#positivecircle21
Apabila kita berdoa, seringkali kita merasakan seolah-olah Allah SWT tidak perkenankan doa-doa kita. Sedangkan, dalam apa jua pun keadaanya, doa kita itu semuanya sudah diperkenankan oleh Allah SWT.
Ingat! Apabila berdoanya seorang hamba, maka doanya itu akan berada dalam tiga keadaan;
1. Allah SWT akan memberikan sepertimana yang kita doakan di dunia ini
2. Allah SWT simpankan doa-doa tersebut untuk kebaikan di akhirat, ataupun
3. Allah SWT menukarkan dalam bentuk lain seumpama menjauhkan keburukan yang akan berlaku kepadanya asbab doa yang dipohon
Jadi, setiap kali berdoa kepada Allah SWT bersangka baiklah kepada-NYA. Yakin, dalam apa situasi pun doakan kita sememangnya sudah dimakbulkan.
Apa yang Allah SWT berikan kepada kita pastinya itu yang terbaik berbanding apa yang kita mohon untuk kita sendiri.
Apabila kita memohon sesuatu, Allah SWT takdirkan lain yang kita dapat, maka percaya dan bersyukurlah, Allah SWT telah memberikan satu ketentuan yang paling baik daripada apa yang kita mahukan.
Teruskan berdoa dan jagalah adab-adab ketika berdoa. Zahirkan kefakiran dan sifat kehambaan. Carilah masa-masa mustajab doa dan yakin sepenuh harapan kepada-NYA.
#kongsipositif
#positivecircle21
