es
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

Ir al canal en Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

Mostrar más
828
Suscriptores
+124 horas
+17 días
+530 días
Archivo de publicaciones
photo content

Tiada kegagalan, tapi hanyalah "feedback". Usaha dan terus berusaha. InsyaAllah pasti jalan kejayaan semakin dekat. Jika satu
Tiada kegagalan, tapi hanyalah "feedback". Usaha dan terus berusaha. InsyaAllah pasti jalan kejayaan semakin dekat. Jika satu jalan menemui penamat. Dalam masa yang sama masih ada 1001 jalan yang mungkin belum diterokai. Refleksi dan koreksi diri. Ada mesej besar di setiap ujian di sepanjang jalan kejayaan. Jika seseorang boleh berjaya, insyaAllah orang lain pun mampu berjaya. Turutilah langkahnya. Di situlah kepentingan mentor. Orang bijak belajar daripada pengalamanya, orang bijaksana belajar daripada pengalaman orang lain. #kongsipositif #positivecircle21

Islam mengajar bagaimana untuk menguruskan orang yang suka menghina, merendahkan orang lain. Untuk menghentikan kejahatan, ma
Islam mengajar bagaimana untuk menguruskan orang yang suka menghina, merendahkan orang lain. Untuk menghentikan kejahatan, maka balaslah dengan kebaikan. Satu bentuk perang psikologi yang sangat indah. Terus dengan memberi contoh akhlak yang baik dan satu bentuk pendidikan secara langsung. Bunyinya seakan sukar jika hati tidak cukup kental dan ikhlas untuk membuang segala dendam dan rasa tidak puas hati. Hanya kita yang mampu mengawal hati kita. Mulalah daripada diri kita sendiri dahulu. Ucapkanlah "SALAM". Berikan senyuman. Lukiskan hari-hari kita dengan lakaran yang indah dengan cara kita sendiri. Cipta bahagia kita. #kongsipositif #positivecircle21

Jika dunia yang sementara ini pun pelbagai persiapan kita buat untuk hidup. Maka sudah pastilah akhirat itu perlukan lebih ba
Jika dunia yang sementara ini pun pelbagai persiapan kita buat untuk hidup. Maka sudah pastilah akhirat itu perlukan lebih banyak persiapan. Kerana itulah kehidupan yang kekal abadi. #kongsipositif #positivecircle21

" Berbuatlah baik ayuhai rakan, Kalau tidak dikenal insan Ke dalam laut ia dicampakkan Kalau tidak dikenal ikan Tuhan tahu ia
" Berbuatlah baik ayuhai rakan, Kalau tidak dikenal insan Ke dalam laut ia dicampakkan Kalau tidak dikenal ikan Tuhan tahu ialah bukan " - Zaaba #positivecircle21 #kongsipositif

Alhamdulillah... CARA MELONJAK POTENSI DIRI Potensi diri merupakan kemampuan, kekuatan, baik yang belum terwujud mahupun yang telah terwujud, yang dimiliki seseorang, tetapi belum sepenuhnya terlihat atau dipergunakan secara maksima oleh seseorang (wikipedia). Manusia adalah unik. Kita dilahirkan dengan pakej kekuatan dan kelemahan. Pakej yang saling mengimbangi. Namun percayalah, kita adalah sebaik-sebaik kejadian. لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). -Sura At-Tin, Ayat 4 Kekuatan yang ada pada kita adalah pelengkap kepada kelemahan orang lain. Dan begitulah sebaliknya. Ia bukan suatu perkara untuk dibangga-banggakan atau jauh sekali memperlekehkan orang lain. "We are here not to COMPETE but to COMPLETE" Indahnya hidup kerana kita ini saling melengkapi. Peluang untuk berbakti dan menyemai kebaikan sesama kita. Peluang meningkatkan amal. إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. -Sura Al-Bayyinah, Ayat 7 CARA MENGENALPASTI POTENSI DIRI 1- Mengambil Ujian Personaliti Ujian ini perlu dikendalikan oleh mereka yang mahir dan berkelayakan untuk mentadbir. Kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu alat ujian perlu diambil kira bagi memberikan jawapan yang tepat. 2- Mendapat Respon Daripada Orang Terdekat Orang di sekeliling kita adalah antara orang yang boleh mengenalpasti potensi kita. Dapatkan pandangan dan komen. Berlapang dada apabila menerima teguran. Semak balik semua respon yang diberikan. Jika ianya positif kekalkan. Jika ianya negatif dan betul, ambillah langkah untuk berubah. 3. Berjumpa Kaunselor Kaunselor dilatih untuk membantu klien menggali potensi klien. Melalui proses sesi kaunseling, potensi klien boleh dikenalpasti. Ingat! Sesi kaunseling bukan untuk orang yang bermasalah sahaja. Buang persepsi tersebut. 4. Kenal Pasti Minat Cuba kenal pasti apa minat kita. Pada masa-masa tertentu pasti ada sesuatu perkara yang kita suka lakukan. Boleh jadi perkara tersebut adalah satu sumber kecenderungan kita. Ada orang bekerja sebagai kerani, tapi pada masa lapang memasak adalah perkara yang paling diminati. Kepuasan pada dirinya apabila dapat memasak. Jika diarahkan dengan betul mungkin ia boleh menjadi satu peluang besar. 5. Mencuba Sesuatu Yang Baru Keluar daripada jadual rutin. Beranikan diri mencuba sesuatu yang baru. Ingat! Perkara rutin boleh mematikan kreativiti. Siapa tahu, dengan mencuba sesuatu yang baru kita dapat keluarkan potensi diri kita dengan lebih mudah. "Jangan takut untuk menjadi berbeza daripada orang lain". Selamat mencuba. Tingkatkan Potensi Kurangkan Kontrovesi Hebatkan Prestasi. #kongsipositif #positivecircle21

photo content

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. -Sura Luqman, Ayat 22 Ayuh! Kita lengkapkan diri ini dengan kelengkapan "perang" secukupnya, apabila semboyan perang dibunyikan, peluru yang keluar adalah peluru yang tepat mengena kepada setiap musuh. Belajar dan terus belajar adalah kunci besar kepada mengurus stres. Makin belajar pastinya makin diuji (ilmu), makin stres. Tapi insyaAllah, stres kita itu kelak adalah stres yang terbimbing, makin terpandu. Ujian atau stres yang kita impikan pastinya membawa kita makin dekat kepada Yang Maha Pencipta. Meningkatkan keimanan, membuang kekufuran. وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya. -Sura Al-Baqarah, Ayah 82 Laluan akhirnya pasti yang kita harapkan adalah ujian ataupun stres yang membawa kita menuju ke Syurga Allah SWT. Didoakan moga saya dan kita semua terus dipelihara Allah diperteguhkan hati bagi menghadapi setiap ujian ini. Hadapi dengan lenuh sabar. InsyaAllah... #kongsipositif #positivecircle21

Urus Stres Kerja Beres Hari ini saya yakin semua orang bergelut untuk menguruskan stres atau konfliK masing-masing. Tidak ketinggalan juga kepada diri yang sedang menulis ini. Jika tidak diuruskan dengan baik, kelak virus ini pasti berjangkit kepada urusan-urusan yang lain. أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? -Sura Al-Ankabut, Ayat 2 Ya! Stres perlu diurus, bukan dihapuskan. Ia boleh datang bila-bila masa, di mana sahaja, dalam pelbagai bentuk dan kepada sesiapa sahaja. Temanya pelbagai. Sekali dia menyinggah boleh membuatkan sebuah sinar kehidupan bertukar gerhana. Jiwa jadi kacau, meracau-racau. وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. -Sura Al-Anfal, Ayat 28 Di dalam ayat yang lain Allah SWT ada menyebutkan lagi tentang bentuk-bentuk ujian. أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ ۖ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). -Sura Al-Baqarah, Ayah 214 Jack Canfield dalam bukunya The Success Principles, ada berkongsi satu formula yang sangat bagus untuk digunakan bagi menguruskan stres. E + R = O Event + Response = Outcome Formula ini memberikan kesan besar dalam hidup saya. Bagaimana suatu hari, akibat daripada tindakan (response) yang "silap" yang saya ambil akibat daripada satu peristiwa (event) memberikan kesan (outcome) selama sebulan yang perlu saya tanggung. Apabila menemui formula ini, ia sentiasa mengigatkan saya tentang peri pentingnya memilih respon (R) yang tepat kepada setiap peristiwa (E) yang berlaku dan seterusnya memberikan impak (O) kepada kehidupan saya. Begitu juga halnya dengan stres / konflik. Kita perlu bertenang sekejap untuk berfikir tentang apa respon yang tepat perlu kita berikan dengan peristiwa yang berlaku. Kita akan dapat menjangkakan apa hasil yang bakal kita perolehi daripada tindakan yang kita buat. Untuk mengeluarkan respon / tindakan yang tepat pastinya memerlukan ilmu, pengalaman, nasihat dan sumber yang cukup. Apa yang kita isi dalam suatu bekas, kelak itulah yang akan kita curahkan. "Garbage In, Garbage Out ~ GIGO" Persoalan besar dalam diri kita, "apakah yang kita isi dalam diri kita sehari-hari?" Jadi pastinya respon positif yang kita harapkan apabila saat menerima suatu situasi stres/konflik, sangat terkait rapat dengan keadaan dalam diri kita. Silap respon pastinya kita sudah dapat menjangkakan apakah natijah yang bakal kita hadapi. Namun bagi setiap yang beriman kita harus percaya juga semua yang berlaku bukan semata-mata disebabkan usaha kita. Di sana ada suatu "kuasa" yang Maha Berkuasa menetukan segalanya. Inilah kunci REDHA, menerima segala ketentuannya, setelah semua usaha telah ditumpukan. وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ ۗ وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Setiap perjalanan beribu batu pastinya bermula dengan langkahan yang pertama. Disusun dengan penuh cermat. Hanya orang yang t
Setiap perjalanan beribu batu pastinya bermula dengan langkahan yang pertama. Disusun dengan penuh cermat. Hanya orang yang tidak pernah melangkah sahaja tidak kan pernah jatuh. Duduk diam, tanpa ada perkembangan. Jatuh bangun itu biasa. Tetapi, jatuh dan terus bangkit meneruskan langkah hingga akhirnya itu luar biasa. Ayuh bangkit kembali! #kongsipositif #positivecircle21

Semua amal kita niatnya kerana Allah. Itu tanda penghambaan kita kepada-NYA. DIA lah yang berhak membalas segala amal kita. Sedikit pun tidak akan terlepas daripada perhatian-NYA. Jika ada manusia yang menghargai apa yang kita lakukan, itu satu bonus. Jika tiada seorang pun yang menghargainya, ingat! Allah tetap ada melihat semua gerak geri kita. DIA akan membalasnya walaupun semua makhluk tidak menghargai kita. Pegangan ini yang harus disemat kukuh dalam hati. Kunci kepada usaha untuk kita mengikhlaskan diri dalam setiap amal kita. Penghargaan Allah yang kita cari. Itu yang tertinggi. Jom beramal. Cari lagi mana kebaikan yang boleh kita buat dan kita beri. Pagiiii! #kongsipositif #positivecircle21

photo content

Alhamdulillah... Masih diberi kesempatan untuk beramal, sebagai persiapan kembali ke negeri Abadi. Ya Allah! Jadikanlah segal
Alhamdulillah... Masih diberi kesempatan untuk beramal, sebagai persiapan kembali ke negeri Abadi. Ya Allah! Jadikanlah segala amal kami hari ini adalah amal yang ikhlas kerana-MU dan jadikanlah ianya bernilai di sisi-MU. Pagiiiii! #kongsipositif #positivecircle21

"Hati diibaratkan sepohon pokok. Dari batang pokok, membawa kepada dahan, daun, ranting dan akhir sekali buahnya. Buah pula a
"Hati diibaratkan sepohon pokok. Dari batang pokok, membawa kepada dahan, daun, ranting dan akhir sekali buahnya. Buah pula adalah gambaran gerak geri luaran. Ibaratnya, pokok iman berada di dalam dan buahnya berada di luar. Tutur kata dan tingkah laku kita adalah buah daripada pohon yang berada di dalam hati. Andai pohon itu subur, maka ia akan menghasilkan buah yang molek. Maksudnya, dari hati yang baik itu akan melahirkan tutur kata yang baik dan seterusnya menandakan hati budi kita juga baik..." - TGNA #kongsipositif #positivecircle21

Abu Bakar As-Siddiq berkata: tiada seorang pun hamba yang dianugerahi sepuluh perkara,melainkan dia selamat daripada pelbagai bencana dan penyakit,dia sedarjat dengan muqarrabin dan dia mendapat darjat orang-orang yang bertaqwa iaitu: 1. Sentiasa bercakap benar disertai dengan hati yang qana’ah (berpada dan puas hati) 2. Kesabaran yang tinggi disertai dengan rasa syukur yang tidak terhingga 3. Kefakiran disertai dengan sifat zuhud 4. Akal fikiran yang panjang disertai dengan perut yang lapar 5. Selalu bersedih disertai dengan rasa takut kepada Allah 6.Kesungguhan yang berterusan disertai dengan sikap rendah diri 7. Keramahan disertai dengan kasih sayang 8. Rasa cinta disertai dengan rasa malu 9. lmu yang bermanfaat disertai dengan amalnya 10.Keimanan yang teguh disertai dengan akal yang kuat Pagi! (#NasaihulIbad) Sumber : FB Fazrul Ismail

Hasil kerja tidak dihargai, bantuan tidak berbalas, penilaian tidak setimpal.... Biarkan! Fokus! Bukan itu yang kita mahukan.
Hasil kerja tidak dihargai, bantuan tidak berbalas, penilaian tidak setimpal.... Biarkan! Fokus! Bukan itu yang kita mahukan. Pahala itu melebihi segalanya. Dan yang jauh lebih penting, Allah yang berikan. Teruslah berbuat kebaikan. Moga diberi kekuatan. وَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَيُوَفِّيهِمۡ أُجُورَهُمۡۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلظَّٰلِمِينَ Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. -Surah Al-E-Imran, Ayat 57 #konsipositif #positivecircle21

*EBOOK FREE - TIP 5S BIJAK URUS EMOSI* Sila isi maklumat anda di sini : https://forms.gle/vXj4rwW1av9LR9jK6 Sila semak email selepas anda mengisi maklumat yang diperlukan. *HASBULLAH MUSTAFA* 013 996 3639

"Kalau kamu duduk di dalam rumah Tuhan, kamu perlu menjaga hati. Kalau kamu duduk dalam rumah orang, kamu perlulah menjaga mata. Kalau kamu duduk di luar rumah Tuhan dan rumah orang, kamu kenalah menjaga lidah..." - Hukama #kongsipositif #positivecircle21

photo content

Allah SWT ciptakan makhluknya berbeza-beza. Sebagai satu tanda sifat Maha Mencipta dan Maha Sempurna-NYA Allah SWT. Maka dengan perbezaan inilah kita diminta untuk saling kenal mengenali dan saling melengkapi antara satu sama lain. Bukan untuk membina jarak pemisah. Buatkan kita saling berbalah. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). [Surah Al-Hujurat - 13] Atas dasar perbezaan ini, hormatilah setiap orang. Berilah ruang untuk mereka membuat pilihan masing-masing. Tiada siapa boleh memaksa antara satu sama lain. Citarasa kita tidak sama. Maka berdamai lah. Pilihlah apa yang kita suka. Asalkan tidak melanggar mana-mana perlembagaan dan aturan agama. Asasnya mudah, buatlah apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah. Hidup pasti bahagia. #positivecircle21 #kongsipositif