es
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Ir al canal en Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Khairul Hakimin Muhammad

El canal Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 36 306 suscriptores, ocupando la posición 285 en la categoría Marketing y relaciones públicas y el puesto 906 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 36 306 suscriptores.

Según los últimos datos del 20 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -389, y en las últimas 24 horas de -8, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 8.78%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 2.02% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 3 187 visualizaciones. En el primer día suele acumular 734 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 21 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Marketing y relaciones públicas.

36 306
Suscriptores
-824 horas
-957 días
-38930 días
Archivo de publicaciones
Sekiranya ada ahli keluarga atau rakan kalian yang kerja keras, keluar pagi-pagi balik malam kemudian dah berpenat-penat, sabtu ahad pun masih nak kena kerja, balik rumah sambung lagi, kita elaklah bercakap ayat ini "apa yang kau kejar sangat, tu semua dunia, pentingkan keluarga kau tu, kerja tak habis, ini muka anak pun tak sempat tengok." Gais, orang yang berusaha keras ini, hati dia jauh lebih melekat kepada keluarga berbanding kita yang konon dikata balik awal sebab nak duduk dengan keluarga. Mereka ini tahu, masa muda beginilah kena kerja keras, nak sara anak belajar, nak berusaha supaya isteri tak payah kerja lagi lepas ini, nak pastikan emak ayah di kampung ada duit, nak bantu adik beradik sana sini. Orang hanya tahu cakap apa yang mereka tak dapat, mereka tak tahu struggle yang mereka sedang lalui. Jika pasangan kalian jenis kerja keras begitu, hargai dia. Mungkin untuk 5 tahun sahaja. Selepas itu akan mula dapat sedikit kesenangan. Lepas 10 tahun, ha mengembaralah sekeliling dunia. Bawa isteri, anak, emak ayah menunaikan umrah dan haji. Saat orang lain yang duk sibuk mengata kita suruh balik rumah awal tengok famili waktu muda begini, tengok pula dia apa jadi kepada dia 10 tahun akan datang. Boleh jadi dia masih di tempat sama. Cakaplah kepada pasangan, keluarga kita, kawan kita ayat ini "kagumlah aku kau kerja keras hari-hari, kalau kau perlu bantuan aku, cakaplah, aku terinspirasi dengan kau. Rasa nak jadi macam kau juga rajin sana-sini." Benar, rezeki kita, Allah tentukan. Allah mutlakkan semuanya. Namun kita juga boleh meminta, berdoa kepada Allah supaya semasa kita muda, kuat dan bertenaga sekarang, kita minta dari Allah supaya keluarga kita memahami, supaya rakan kita memahami, minta supaya semua yang ada di sekeliling memahami untuk kita dapat lebih dari apa yang ada sekarang demi untuk bantu mereka yang ada di sisi kita. Kawan-kawan, Allah takkan sia-siakan mereka yang berusaha, meminta dan sentiasa berharap kepada Dia. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pesanan untuk diri sendiri juga.

Antara tips emak bagaimana satu-satu masakan itu boleh jadi sedap ialah menyantuni rezeki. Apabila sudah pulang dari pasar, basuh bersih dan simpan baik-baik. Lebih bagus jika diasing setiap satu. Contohnya, sayur dibungkus dalam kertas atau surat khabar ikut jenis. Daging dalam satu bekas tertutup. Ayam dalam satu bekas tertutup. Ikan juga dalam satu bekas tertutup. Dan yang paling penting, peti ais juga perlu bersih dan tersusun. Begitulah menyantuni rezeki. Hendak dapat satu-satu rezeki bukan senang bergolek depan rumah. Sudah dapat, jagalah sebaiknya sebelum masuk ke dalam perut. Itulah sumber tenaga untuk cari rezeki semula. Cewah. Khairul Hakimin Muhammad Bapa rajin ke-Pasar Mentakab.

Berikan impak emosi paling kuat untuk penulisan kalian. Ketahui segala-galanya dalam Kelas Terbaru The Amazing of Storytellin
Berikan impak emosi paling kuat untuk penulisan kalian. Ketahui segala-galanya dalam Kelas Terbaru The Amazing of Storytelling. Walaupun kelas ini nilainya RM745, namun kita buka dengan harga RM39 hanya untuk 50 orang terawal. Ia akan berlangsung melalui Platform Zoom pada 20 Februari 2022 ini, tepat jam 9.00 malam. Cepat daftar hari ini: https://bit.ly/3uGNJGM https://bit.ly/3uGNJGM https://bit.ly/3uGNJGM

Sudahlah miskin duit, miskin juga hati. Kemudian salahkan Tuhan kata tak ada rezeki. Huhu kita lupa yang rezeki itu Allah beri bukan untuk ditunjuk-tunjuk, namun untuk dikongsi-kongsi. Supaya ia semakin meluas, bukannya melebar hanya di mulut orang, sedangkan ia tak ada apa yang boleh dibanggakan pun. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Insaf. Huhu.

Ingat lagi 5 tahun lepas masa kami pergi beraya ke rumah seorang kawan kami. Beliau ini dikenali sesama kami hanya ada sebuah kedai runcit di kampungnya. Namun setiap kali kami ajak lepak, beliau sanggup turun. Setiap kali beliau datang, beliau akan pandu Proton Saga. Dan kami selalulah duk perli, cakap-cakap serta suruh dia berniaga betul-betul supaya dia boleh pakai kereta sedap sikit. Selepas beberapa kali kami duk bantai dia, dia pun setujulah nak buat makan-makan di rumah. Katanya kalau dah sampai nanti telefon, dia mai ambil tepi simpang. Waze punya Waze, sampailah ke kawasan rumahnya. Saya duk rasa kena prank. Takkanlah dia tinggal di kawasan elit tahap rumah 3-4 tingkat. Haha. Dalam 5 minit dia datang dengan motor EX5, beritahu guard dan saya dapat masuk. Saya pun ekori dia dan sampailah di sebuah rumah 4 tingkat, pagar eletrik terbuka perlahan dan dia pun suruh saya park sebelah kiri rumahnya. Kawan-kawan lain dah ada yang sampai. Semua muka kelat. Hahahaha. Dia ada sebiji Porshe Cayenne, BMW GT, Vellfire Transformer (baru beli) dan Proton yang selalu dia pandu jika jumpa dengan kami. Kami pun masuklah ke dalam rumahnya. Ada emak ayahnya sekali. Habis semua pakat diam, terpandang-pandang dalam rumah ada itu ada ini. Kawan kami langsung tak ada perli kami semula. Dia hanya layan kami makan dan sembang seperti biasa. Apabila dia masuk je ke dapur ambil makanan, kami pun sembang dengan ayahnya, tanya sebenarnya dia kerja apa. Ayahnya cakap, “Dah lebih 10 tahun dia buat jual beli hartanah. Mula-mula dulu susah juga. Sekarang bolehlah, jual sana, beli sini, ini dia baru je beli dalam 6 tahun lepas. Dia ajak pakcik duduk sekali. Bawah sekali ni ruang tamu kongsi semua orang. Tingkat 2, rumah pakcik dengan makcik, tingkat 3 bilik anak-anak dia, tingkat 4 bilik dia.” Saya pun mencelah, “yang dia buka kedai runcit tu pakcik?” “Ohhh dia ada cerita ya, itu untuk abang sulong dia. Dia ni duk bantu adik beradik. Dia bukak kedai runcit tu di kampung sana. Suruh abang dia jaga. Adalah orang jaga rumah pakcik di kampung. Jadi dia pun ada kerja.” Kami pun serentak “oooooo”. Masa kami nak balik, bersalam, saya sempat tumbuk manja perut dia. Selama kami perli dia dan masing-masing bawa kereta sedap depan mata dia, dia langsung tak jawab apa-apa. Rupanya Proton dan motor itu kata beliau ialah kereta yang beliau pernah guna masa jadi ejen rumah dulu. Dan sekarang kereta yang sama bawa pergi pasar, pergi masjid. Kereta yang banyak bawa pahala katanya. Kami pun beransur balik. Baru nak sampai rumah, kawan kami pesan dalam Group Whatsapp, “Jangan pulak sesiapa yang sebar yang rumah aku gitu gini. Itu semua hak Allah, bukan aku punya. Dia boleh beri, Dia juga boleh ambil. Aku guna sahaja semasa diberi kesempatan. Aku tak tunjuk sebab itu bukan matlamatnya. Aku beli sebab aku mampu. Kereta itu pun untuk imej bisnes. Hanya orang tertentu sahaja akan nampak. Sesama kawan, aku takkan berlawan. Aku nak kita bersahabat bukan sebab itu. Sebab kita dah lama kenal. Bukan sebab pakai kereta sedap, atau ada sesiapa yang kaya antara kita, kita sanjung. Padahal semua sama sahaja.” Dan sampai sekarang saya duk terkesan. Sungguhlah, patutlah orang yang dah kaya ini, dia tak peduli pun dia pakai baju apa, dia pakai kereta apa, dan duduk mana. Depa relaks ja pakai seliparlah, pakai gitu ginilah. Yang kita ini duit ada tara itu sahaja pun dah nak pokai apabila sekali belanja. Huhuhu. Sekali okey, terus nipis poketnya. Itu beza pemikiran orang kaya yang beriman dan kita. Mereka fokus untuk bisnes, dan kemudian fokus itu dibawa kepada hasil lalu membantu ramainya orang. Kita pula, belum ada hasil sudah mahu berlakon kaya. Kemudian belum apa-apa sudah kemain jadi bos garang, ala begitu begini, syarikat hancur, pekerja lari, kita salahkan orang.

Istimewanya, ada sesi 'Virtual Meet & Greet' selepas kelas! Saya dan Kapten Hamk akan bersiaran menerusi VIP Facebook Group,
Istimewanya, ada sesi 'Virtual Meet & Greet' selepas kelas! Saya dan Kapten Hamk akan bersiaran menerusi VIP Facebook Group, khas menghimpunkan peserta webinar sahaja. Webinar ini kami dedahkan Kuasa Content Marketing, Bagaimana Untuk Scale Up Bisnes, Strategi Jualan di Media Sosial dan banyak lagi gais! Pergh! Nilai webinar ini berharga RM1,516, namun jika kalian daftar early bird, hanya serendah RM79 sahaja. Sungguh! Webinar ini kami bawakan pada 28hb Februari 2022, Jam 8.30 malam. Untuk pendaftaran, sila tekan link di bawah: https://bykhm.onpay.my/order/form/gbdc https://bykhm.onpay.my/order/form/gbdc https://bykhm.onpay.my/order/form/gbdc

Sekiranya kalian sedang down dengan berbagai hal, buat ini: 1. Tak perlu tunggu sesiapa untuk teman minum kopi atau makan. Beli sahaja, makan. Beli sahaja, minum. On tv atau Netflix, layan. Hanya kita kawal diri kita untuk terus happy. Bersendirian tanpa teman tak bermakna tak boleh happy okeh. 2. Sekiranya kita dikritik, tenang. Telan sahaja dan letak dalam kepala "kita kenal diri kita, kita takkan boleh kawal apa orang lain fikir tentang kita." Biarkan sahaja ia berlalu. 3. Tak semua orang memahami dan nak memahami perjalanan hidup kita. Ada yang akan persoal, ada juga akan pertikai, ada juga yang cakap ya di depan dan di belakang akan bantai. Tenang, diamkan sahaja. Hanya jawab apabila ditanya. Waktu belum berjaya semua tak peduli, tunggu kau dah berjaya dan kaya, semua nak dengar cerita kau. 4. Mindset adalah 90% kekuatan. Bukan badan kau, bukan hati kau, bukan fikiran kau, tapi kekentalan kau meletakkan mindset. Mindset akan ada tujuan. Dengan ada matlamat tersebut akan timbul fokus. Apabila dah ada fokus, kita akan berdisiplin untuk berusaha dan berjaya, akan ada rutin, akan ada semangat dan motivasi. Jadi letak mindset betul-betul. Jangan tersalah. Letak terus; Umur 25 nak kahwin. Umur 35 nak beli rumah. Umur 40 nak belikan emak abah rumah, kereta Nak sedekah 10 orang sehari. Nak bantu 10,000 orang setahun. Letak itu sebagai mindset dan kita akan mula boleh capai! Gais, kita jauh lebih kuat dari apa yang orang kata. Kita kenal diri kita. Bangkit dan perjuangkan nasib kita sendiri okeh! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah!

Sekiranya anda seorang "over-thinking", mari kita cuba lihat apa yang kita boleh usahakan untuk hentikan perkara itu: 1. Setiap masalah tak boleh diselesaikan hanya dengan berfikir. Ia mesti 20% fikir, 80% buat. - fikir nak berhenti, namun takut tak ada rezeki lain. Maka usaha sampai dapat (tindakan). - fikir nak kahwin, namun tak cukup duit. Stress dan murung. Maka kena cuba berniaga (tindakan). - fikir nak keluar dari kesusahan, namun tak tahu nak buat apa. Maka jumpa orang dan bersembang (tindakan). 2. Kebanyakan orang banyak berfikir akan cuba bercakap lebih banyak dari mendengar. Ia kerana terlalu banyak perkara dalam kepalanya, maka dia akan rasa perlu dia yang bercakap. Ini kena diperbaiki. Mesti 20% bercakap 80% mendengar. - apabila pergi bersembang, kita dengar apa orang lain punya pandangan. - belajar terima, belajar hadap, belajar resap. - jika kita potong orang bercakap, atau kita menolak (rejection) ia akan lebih banyak memudaratkan. - rendahkan diri dan belajar kita ini tak bagus mana. Kena belajar. 3. Kuasa Allah. Letak dalam kepala Allah maha mendengar, maha berkuasa, maka berharaplah. - apa yang dah lepas, minta kepada Allah setiap masa supaya kita diampunkan. Perbanyak istighfar. - yang akan datang, minta dan mohon kepada Allah untuk dipermudahkan dan sentiasa cakap kepada Allah jika ada ujian, maka ujilah dengan ujian yang kita boleh hadap dan terima. 4. Berhenti kritik dan kutuk diri sendiri. Mesti bersyukur kita ada banyak kelebihan. Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak Allah beri. - berhenti cakap kita tak pandai, kena cakap kita akan belajar. - berhenti bercakap kita slow learner, kena cakap walau perlahan kita masih berusaha. - berhenti cakap kita miskin tak ada itu tak ada ini, kena cakap kita akan ubah hidup dengan kudrat dan kelebihan yang lain. 5. Mulakan dengan 80% persediaan dan 20% tindakan. Berhenti main taram dan belasah serba serbi. - rancang dan ambil masa. Kejayaan bukannya datang dalam sehari. - ambil masa belajar pada setiap proses. Tenang dan hadap setiap ujian. ** Kawan-kawan, over-thinking akan hancurkan kalian. Bangkit, bangun, buat kerja dan terus sibuk. Biar berpeluh biar penat. Malam nanti kita tidur pun lena. Entah-entah siap dikejutkan awal untuk solat sunat dan sebagainya. Itu kelebihan dalam berpenat-penat berusaha. Kaya dan berjaya itu ada dalam proses kita. Semua benda yang kita buat ada kekayaan di hujungnya. Kita yang putuskan semua. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangkit! 💪

Hari ini kami lancarkan Kelas The Amazing of Storytelling yang akan disampaikan oleh Kapten Hamk. Kelas ini akan menyentuh se
Hari ini kami lancarkan Kelas The Amazing of Storytelling yang akan disampaikan oleh Kapten Hamk. Kelas ini akan menyentuh secara terperinci mengenai: 1. Apa Itu Storytelling? 2. Matlamat Storytelling. 3. Teknik Menyusun Plot Storytelling. 4. Teknik Penulisan. 5. Pantang Larang Dalam Storytelling. Ia akan berlangsung melalui Platform Zoom pada 20 Februari 2022 ini, tepat jam 9.00 malam. Kelas ini bernilai RM745.00, namun sempena kami buka harga early bird dengan hanya RM39.00 sahaja. Terhad kepada 50 orang terawal. Lekas daftar hari ini: https://bit.ly/3uGNJGM https://bit.ly/3uGNJGM https://bit.ly/3uGNJGM

Fungsi “story” tak sama seperti “posting”. Ia adalah untuk: 1. Memuat naik perkongsian tentang aktiviti harian. 2. Kempen. 3. Lebih kepada personal. 4. Di Instagram, jika follower sudah lebih 10,000 orang, kalian akan dapat fungsi lain seperti klik here, swipe up dan lain-lain. 5. Ia memberi keyakinan kepada audien kita memang wujud. 6. Bersifat sementara, 24 jam sahaja berada di ruangan itu. 7. Tulisan / gambaran yang sangat ringkas. Juga boleh tag, repost dengan mudah. 8. Tidak perlu bersusah bersedia caption atau video yang kemas, cukup ambil sendiri menggunakan phone. 9. Kebanyakan artis, selebriti, traveler, ikon sangat suka fungsi ini. Ia menyedia ruang berkongsi apa yang mereka buat tanpa perlu memuat naik posting. 10. Ada kempen jualan yang berjaya dibuat melalui fungsi ini dan biasanya mempunyai lebih 10,000 follower. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

4 perkara ringkas yang kita buat boleh mudahkan rezeki masuk ke rumah kita setiap saat. 1. Mendoakan kebaikan buat orang lain tanpa mereka tahu. - doakan emak ayah. - doakan isteri / suami. - doakan emak ayah mentua. - doakan adik beradik, ipar duai, biras. - doakan anak-anak, anak saudara. - doakan guru, cikgu. - doakan rakan, sahabat, teman. - doakan team, rakan sekerja. - doakan jiran-jiran. - doakan orang baik, orang yang sering bantu atau sering buat kebaikan. 2. Melakukan kebaikan di mana-mana. Berebut-rebut membantu sesiapa. - bantu suami / isteri yang sedang buat kerja. - bantu mereka yang minta bantuan. - nampak ada benda terhalang atas jalan, alihkan. - beri makan kepada haiwan, kucing, anjing. - nampak bendera putih terus hantar bantuan tak perlu sampai sebarkan dan aibkan. - bantu keluarga setiap masa. 3. Sentiasa mendahului bismillah dan alhamdulillah. - apa sahaja nak buat, bismillah hirrahman nirrahim. Apa sahaja. Mesti mendahului Allah. - apa sahaja yang dah selesai dibuat, sebutlah alhamdulillah. 4. Sentiasa berselawat dan istighfar tak kira masa. - masa memandu ke tempat kerja, masa nak memasak, masa nak mula kerja, masa nak balik rumah. Semua tempat dan ketika (kecuali tempat tak baik seperti tandas dan sebagainya), sentiasa lekatkan diri untuk istighfar dan selawat. Kawan-kawan, Kita perbaiki diri setiap masa. Kita sentiasa rasa diri banyak dosa. Sentiasa rasa mahu dapat perhatian Allah. Itu sangat mustahak. Kita berusaha cari rezeki. Dalam masa sama, kita juga kena mudahkan orang lain, bantu orang lain dan sentiasa ada mindset untuk berkongsi apa yang kita dapat dari Allah. Rezeki akan melimpah ruah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

Bagaimana kita nak tahu kita ini adalah manusia yang toksik kepada diri sendiri? 1. Kita tak suka mendengar, apabila orang lain bercakap, kita juga suka bercakap. Hasilnya orang akan mula mengasingkan diri dan berusaha tak mahu lagi bercakap dengan kita. - perbanyak mendengar dan berusaha tak komen apa sahaja yang mereka cerita. Terutama orang yang lebih tua, lebih pengalaman lebih banyak hal yang dia tahu. 2. Kita sentiasa anggap apa yang orang cakap adalah tentang diri kita. Kita mula fikir yang dia perli kita dan sindir kita. Sedangkan ia tidak berlaku. Kita mula murung, sedih dan kecewa. - sentiasa positif dengan apa sahaja yang orang cakap. Sekiranya tak berpuas hati, buat jenaka seperti "ini macam perli ke aku je ni?" Ia akan merubah perbualan kepada lebih kasih sayang. 3. Sentiasa penat dengan suasana. Kita letak diri kita akan "haus" dan "dahaga" dengan apa yang berlaku di sekeliling. Kita cakap di pejabat ramai orang suka mengutuk, bercakap buruk, kita rasa tempat kerja kita penuh toksik. Yang berlaku ialah diri kita sendiri yang toksik. - kita hanya perlu buat tak kisah. Buang dalam kepala dan anggap mereka itu orang baik. Jika mereka berkumpul mengumpat dan ajak kita sekali, kita jawab "tak apaaa, saya ada kerja nak siapkan lagi! Enjoooy gaisss!" Lambat laun kita sendiri akan berjaya keluar dari "circle" tersebut. 4. Tak suka berdoa, malas berdoa dan sentiasa rasa diri lebih besar dari doa. Kita rasa kita pandai, jadi kita fikir kita boleh buat. Kita rasa kita hebat, maka kita rasa kita ini banyak berusaha. Jujurnya jika tiada Allah dalam setiap apa tindakan kita, ia takkan berjaya. Kemudian kita akan mula menyalahkan orang, salahkan suasana, salahkan itu ini. - jika kita sentiasa berdoa, maka apa yang kita buat, akan hadir ikhlas. Jika berjaya, kita bersyukur. Jika tidak, kita akan belajar. Beza. 5. Tak suka memaafkan diri sendiri. Jika kita ada buat salah, kita suka melihat orang lain yang salah. Kita tak suka meminta maaf. Kita rasa kita lebih betul walau salah itu di tempat kita. Maka kita takkan belajar dan kita akan kemurungan. - belajar duduk dan memaafkan diri sendiri. Kemudian ambil bahagian dalam tempat nak repair diri sendiri. Tak apa ambil masa, yang penting yakin semua akan berubah apabila kita berubah. Hampir semua masalah hanya dalam kepala sahaja. Cara kita handle, fikir dan uruskan itu sahaja yang mustahak. - memaafkan diri sendiri akan buat kita banyak belajar dari banyak menyalahkan orang lain. * Kawan-kawan, duk kata orang toksik sana sini, cuba tengok diri sendiri. Entah-entah kita ini yang jadi racun kepada jiwa dan tubuh kita sendiri. Kita yang fikir, kita yang berbuat, kita yang bertindak. Kita yang suap, kita yang ambil dan tanam dan kita juga yang siram. Semua kita. Lihat diri, tengok diri, pandang diri. Kemudian ubah. Semoga kita semua ini Allah ampunkan kesilapan dan kesalahan, dan terus jadi orang yang lebih baik dari semalam. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Lihat diri sendiri Khairul.

Alhamdulillah, hari ini kita bantu peserta yang mempunyai pelbagai topik menarik untuk dikembangkan di media sosial. Sesi pag
Alhamdulillah, hari ini kita bantu peserta yang mempunyai pelbagai topik menarik untuk dikembangkan di media sosial. Sesi pagi tadi telah pun selesai, yang mana kami dedahkan tentang Content Mapping dan macamana nak kembangkan ia. Kemudian, kita bantu kalian install software bernilai RM700 yang kami berikan secara percuma sahaja. Pada Jam 2.30 petang ini, mereka semua akan belajar 3 lagi modul power iaitu Content Plotting, Pembangunan Bank Content dan Pengurusan Bank Content. Semua itu sangat padat dan teknikal. Pendaftaran untuk sesi akan datang kami telah buka iaitu pada 25 Februari 2022. Lekas daftar segera. Yeay! https://bit.ly/3IkHmfT https://bit.ly/3IkHmfT https://bit.ly/3IkHmfT

Disiplin waktu untuk berjaya, kita lakukan ini sama-sama. Letak dalam kepala ada 2 waktu yang kita kena sentiasa kuat berdisiplin. Tulis dalam diari siap-siap! Saya tulis 5 dan 10. 5 pagi hingga 10 pagi- Bangun, mandi, solat sunat, stretching, sedekah, senaman, sarapan, baca buku, mengaji, zikir, keluarga. 10 pagi hingga 5 petang - Planning, checklist, jumpa orang, kelas, baca buku, jumpa team, sosial media. 5 petang hingga 10 malam - mengaji, senaman, update checklist, idea, more planning, network, baca buku. 10 malam hingga 5 pagi - tidur. ** Ini hanya contoh sahaja. Kalian boleh pilih waktu yang kalian suka. Jadikan ia sebagai disiplin hidup. Susun siap-siap, hidup kalian akan mula berubah apabila masuk ke bulan ke-2. Boleh jadi akan bermula bibit nak jadi kaya raya, boleh jadi juga kalian sangat lapang menerima ujian, tenang dalam menghadap cabaran, ceria dan sentiasa positif. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Team 5 pagi, cuma kadang-kadang terlepas waktu tidur ke 12 malam. Its okey!

Dulu saya pun tak percaya hal ini. Sekarang dah berbisnes baru tahu apabila tengok sendiri. Ada rakan bergaji RM300,000 sebulan. Apabila tanya berapa sales dia setahun? Dia jawab adalah dalam 60-70 juta sahaja. Ya dia jawab "sahaja". Bagi dia Allah punya kuasa nak beri rezeki lebih lagi dari itu. Masuk dalam circle lagi besar, rupanya ada dalam dunia ini orang bergaji RM1j - 1.2juta sebulan. Saya tanya dia buat apa dengan duit sebanyak itu? Dia jawab "duit bekerja untuk aku, aku dah tak bekerja untuk duit." Saya tanya bagaimana? Dia pun cerita satu demi satu. Sungguhlah, rezeki Allah lebih luas dari langit. Lagi panjang dari segala jenis sungai terpanjang di dunia, takkan putus-putus seperti tak putusnya air zam-zam. Yang kita pula, pergi limitkan dalam kepala yang kita hanya dapat 2-3k sahaja sebulan. Sedangkan kita boleh dapat lebih dari itu. Kita limitkan tenaga kita. Kita limitkan kudrat kita. Kita limitkan usaha kita untuk capai begitu begini. Kita limitkan sedekah kita. Kita limitkan zakat kita. Kita limitkan perkara berbuat baik. Kita limitkan nak memberi kepada jiran, kepada keluarga, kepada sesiapa, kita limitkan doa kita. Kita limitkan solat kita. Semua kita buat dengan banyaknya limitasi. Sedangkan rezeki Allah tidak. Sangat tak ada limit pun. Semuanya kita. Sungguhlah kan, Allah mengikut sangkaan hambaNya: Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman: Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu, dan Aku selalu menyertai dia di mana ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih senang menerima taubat hambaNya dari seorang yang mendapat kembali barangnya yang hilang. Dan barangsiapa yang mendekat kepadaku sejengkal, aku mendekat kepadanya sehasta. Dan siapa yang mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya dengan berjalan cepat (HR. Bukhari dan Muslim). Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Percaya.

Saya selalu travel. Balik ja, saya akan tulis ebook. Kemudian jual secara online. Pada tahun 2017, saya baru kenali Onpay dan
Saya selalu travel. Balik ja, saya akan tulis ebook. Kemudian jual secara online. Pada tahun 2017, saya baru kenali Onpay dan saya memang suggest sesiapa pakailah sistem ini supaya mudah nak handle. Boleh handle affiliate, boleh handle sales semua mudah sangat-sangat. Kali ini Hafiz Mansor buat ebook URUS BISNES ONLINE DENGAN MUDAH, AUTOMATIK DAN UNTUNG 100% MELALUI ONPAY. Beliau jual hanya RM49. Kalau saya mesti RM299. Sangatlah banyak teknik, cara, kaedah yang diceritakannnnn. Sangat banyak! Tinggal nak buat ja gaisss. Baik beli sekarang. Klik sini lekasss! https://bukulali.onpay.my/order/form/EBOP/776 https://bukulali.onpay.my/order/form/EBOP/776 https://bukulali.onpay.my/order/form/EBOP/776

Ada 3 cara dan solusi cara berfikir apabila ada masalah: 1. Terima masalah itu, terima kesilapan diri, memaafkan diri sendiri (accept it). 2. Kemudian ubah masalah kepada solusi (change it). 3. Atau kalau tak boleh juga, keluarlah dari masalah itu dan bina benda baru (leave it). Jika boleh ubah, maka ubah. Jika tak boleh ubah, maka keluarlah dari situ. Contoh masalah boleh ubah: perangai sendiri, sikap diri sendiri, cara diri sendiri berfikir, tersalah buat keputusan dan sebagainya. Diri kita, semua kita boleh ubah. Contoh masalah tak boleh ubah: tempat kerja penuh toksik, kawan-kawan circle negatif suka maki hamun, sentiasa kena maki dengan bos, selalu sampai tempat kerja lambat kerana kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Ingat kawan-kawan, Ada pepatah sebut: There are 3 solutions to every problem: accept it, change it or leave it. If you can't accept it, change it. If you can't change it, leave it. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

Ini adalah Kelas Advanced. Kalian akan bersama-sama dengan Kapten Hamk selama 1 hari, beliau akan terangkan satu persatu, bag
Ini adalah Kelas Advanced. Kalian akan bersama-sama dengan Kapten Hamk selama 1 hari, beliau akan terangkan satu persatu, bagaimana menyusun strategi untuk bina lebih 1,000 idea posting di media sosial. Ia adalah teknik termahal kerana dengan gerak kerja ini sahaja, ramai peserta telah viral dan ada yang telah bergelar influencer dan membina empayar sendiri di Media Sosial. Kelas Content Mapping terdekat adalah esok hari, dan lekas daftar sekarang dengan menekan link di bawah: https://bit.ly/3IkHmfT https://bit.ly/3IkHmfT https://bit.ly/3IkHmfT

Kuliah subuh tadi tadi tentang doa yang lambat makbul, ia adalah disebabkan: 1. Tidak bermula dengan memuji Allah. 2. Terlalu fokus diri sendiri sampai tidak berdoa untuk ibu bapa, ibu bapa mentua (jika ada) adik beradik, ipar duai, isteri, anak, kaum keluarga. 3. Tidak berselawat ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wassallam. 4. Tergesa-gesa. 5. Tidak merendah diri, berasa akan jadi lagi hebat jika doa dimakbulkan sedangkan doa itu pun atas apa yang kita minta dan Allah beri, Allah yang beri. 6. Sekadar membaca dan tak tahu maksud doa yang dibaca. 7. Merasa diri mulia boleh mendapat apa sahaja jika berdoa sedangkan kita ini hamba yang hina yang banyak dosa. Rendahkan diri serendah-rendahnya semasa meminta. 8. Paling mustahak ialah susunan sebelum doa. Paling elok mula dengan solat, kemudian zikir istighfar, zikir memuji Allah, membaca surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, baru berdoa. 9. Lagi bagus jika dibuat seorang diri tanpa pengetahuan orang lain (solat malam, solat dhuha). 10. Elakkan bercakap apa yang kita doakan. Simpan sendiri sahaja. Apabila dah dimakbulkan, baru boleh cerita. 11. Tidak bersihkan ruang solat, anggap ia bersih namun tak tahu apa yang jatuh apa yang hinggap. Sesekali bersihkan sejadah, kemas, tepuk, vacuum. Sama juga dengan telekung dan kopiah, jangan biar lama, paling kurang 3-5 hari mesti basuh. 12. Mengutamakan yang wajib, solat dahulu, baru doa. Minta maaf dahulu, baru doa, taubat dahulu baru meminta-minta. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sama-sama kita baiki mana yang boleh. Bismillah.

Jika kalian rasa sukar nak menulis di wall, gunakan bahagian story untuk dapatkan pahala. Cara paling mudah ialah: 1. Ambil 1 ayat Quran beserta maksud atau hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wassalan dan letak di situ setiap awal pagi. Kalau rasa jam 6.00 pagi nak letak, letak. Konsisten. Secara tak sedar kalian beri pahala kepada diri sendiri 365 hari setahun. 2. Letak sarapan apa yang kalian buat. Jus, atau apa sahaja rutin pagi, senaman, kemas sana, siapkan sini. Kalian sedang beri idea kepada orang lain 365 hari setahun. 3. Kemudian letak perkara baru yang kalian jumpa. Contohnya membaca buku dan jumpa ayat yang super sedap. Ambil gambar bahagian itu dan kongsi. Kalian akan beri ceria kepada orang lain selama 365 hari setahun. Beri ilmu, beri keceriaan dan kegembiraan adalah pahala. Dalam tak sedar Allah akan beri semula kepada kalian rezeki yang melimpah ruah. Kongsi kebaikan. Ruangan “story” adalah ruangan mudah tanpa perlu bangunkan perkataan, ayat panjang atau content yang lengkap. Ia ringkas sahaja. Nak guna, tuju kebaikan. Kita juga akan dapat hasil di dunia, saham di akhirat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Aktif meletakkan story di Instagram berbanding Facebook. Hehe.