es
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Ir al canal en Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Khairul Hakimin Muhammad

El canal Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 36 301 suscriptores, ocupando la posición 285 en la categoría Marketing y relaciones públicas y el puesto 906 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 36 301 suscriptores.

Según los últimos datos del 20 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -389, y en las últimas 24 horas de -8, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 8.78%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 2.02% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 3 187 visualizaciones. En el primer día suele acumular 734 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 21 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Marketing y relaciones públicas.

36 301
Suscriptores
-824 horas
-957 días
-38930 días
Archivo de publicaciones
Soalan: Tuan, saya jual brownies secara part time. Jualan saya sekitar RM1,400-RM3,000 sebulan. Sekarang ini suami minta saya berhenti kerja kerana anak memang tak serasi dengan pengasuh. Bagaimana saya nak bermula untuk menjual di Facebook ya? Sebelum ini 100% jualan dari saudara mara, jiran, kawan-kawan dan rakan sepejabat. Jawapan: Bagusnya! Saya suka ibu yang boleh handle kerja dan boleh juga buat part time bisnes. Begini: 1. Jika ada gambar brownies sebelum ini, sudah mula boleh letak sebagai iklan. Susun posting iklan: Wajib: Isnin, Rabu dan Jumaat. 2. Publickan posting. Bermulalah arena dan lapangan yang lebih besar. Kurangkan share perkara yang tidak ada kaitan namun bangunkan content dalam bentuk posting. Orang suka memasak, pasti pandai tulis resipi. Rujuk sahaja posting saya. Kalian pasti ada idea tersendiri. Buat posting resipi pada selasa dan khamis. 3. Sekarang sudah ada banyak masa dengan anak. Jadi, tulis sedikit tentang bagaimana seronoknya begitu begini (Ini posting side - tidak ada impak sangat namun beri pandangan kepada audien yang pemilik akaun merupakan seorang manusia biasa juga). 4. Di media sosial, orang mahu tahu kisah kita. Jadi sesekali bangunkan posting bersifat story. Ia bagus dalam arena apa apun. 5. Semasa proses menyediakan brownies, ambil gambar sampai siap. Kemudian, gunakan medan instagram untuk muat naik. Di sana, jualannya lebih laju jika menggunakan gambar. 6. Kumpulkan senarai pelanggan terdahulu dan minta mereka buat testimoni. Ianya sangat bagus dalam memberi percaya kepada pelanggan baru. 7. Buat posting tips suri rumah jaga anak dan berniaga. Hari ini, ramainya suri rumah mahu belajar mendapatkan pendapatan dari rumah sambil boleh menjaga anak. Begitulah. Good luck buat para ibu yang berkorban kerja demi nak jaga anak! Tahniah! Kalian hebat! Khairul Hakimin Muhammad, Zaman dulu pernah dapat order 200 box brownies seminggu. Huhu memori.

Memberi adalah pilihan, Buat baik adalah pilihan, Senyum adalah pilihan, Beri laluan adalah pilihan, Tolak ansur adalah pilihan, Sikap baik adalah pilihan, Disiplin adalah pilihan, Bercakap baik adalah pilihan, Fikir baik adalah pilihan. Kita adalah apa yang kita pilih. Betul di situ, betul semua. Salah di situ, salahlah semua. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Syurga juga adalah pilihan kan?

ADAKAH ANDA YANG KAMI CARI? Kami mencari 30 orang yang serius nak belajar bagaimana buat duit dengan menulis E-Book. Kalian a
ADAKAH ANDA YANG KAMI CARI? Kami mencari 30 orang yang serius nak belajar bagaimana buat duit dengan menulis E-Book. Kalian akan dibimbing 'step-by-step' oleh Kapten Hamk pada esok malam melalui Zoom Meeting. Daftar terus ke Kelas Buat RM10,000 Dengan Menulis E-Book. Kelas ini harganya RM799, namun kita turunkan ke RM39.00 sehingga ke Jam 12 tengah hari esok. Terhad kepada 30 orang terawal. Lekas tekan link di bawah: https://bit.ly/32QZ0ZK https://bit.ly/32QZ0ZK https://bit.ly/32QZ0ZK

Bagaimana nak keluar dari zon selesa gais? Caranya begini: 1. Bina hobi baru. Ya hobi, minat, kesukaan semuanya boleh dipupuk. Jika selama ini suka main game di rumah, cuba beli basikal dan ajak kawan sertai bersama. Akan terbina hobi baru. 2. Sesekali kena cuba menjadi sukarelawan di mana-mana. Cari, google, usaha. Pasti jumpa. Dapat pakai baju mereka dan buat kerja amal adalah sebuah usaha melihat orang lain yang dalam sengsara dan perlu dibantu. 3. Cuba besarkan jiwa. Banyak mendengar dan mengamati sesiapa yang sedang bercakap. Kebanyakan orang yang dalam zon selesa “pantang” mendengar cakap orang, dia sahaja yang nak cakap cakap cakap cakap. 4. Travel ke tempat yang kita tak suka, atau takut. Walau sekarang tak boleh ke luar negara. Pilih tempat yang kita tak gemar dalam negara. Contohnya kita jenis suka pantai, tak suka suasana hutan atau kampung. Tapi lawan diri dengan pergi ke Janda Baik atau tempat best yang lain. Sahih akan belajar sesuatu. 5. Ubah rutin harian. Kalau dah terbiasa bangun jam 6. Cuba bangun jam 5. Kalau terbiasa balik awal nak main game, cuba balik lambat dengan joging dahulu. * Zon selesa akan jadi penyakit dalam diri kalian. Jadi malas, jadi tak kisah dan tak peduli kehidupan di masa hadapan. Hutang bertambah, selalu runsing dan sering rasa semua masalah takkan selesai. Sedangkan bersepah banyak hal ada solusinya. Untuk itu, minda kena cergas. Nak cergas, kena ubah segalanya. Mula sekarang okeh! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangkit gais!

Iya gais! Dalam Content Mapping Masterclass ini, kami bimbing satu persatu. Bermula dari mengembangkan 1 topik kepada ribuan
Iya gais! Dalam Content Mapping Masterclass ini, kami bimbing satu persatu. Bermula dari mengembangkan 1 topik kepada ribuan idea posting, sehinggalah kepada pengurusan bank content. Semua kami bedah selama 1 hari. Kalian akan keluar dari kelas ini dengan mindset seperti Content Strategist berfikir tau. Makin banyak idea kalian buat content selepas ini. Kami buat kelas pada 14 Januari 2022 (9 pagi sehingga 5 petang). Jika tak berkesempatan sertai, rakaman disediakan. No worries! Kelas ini berharga RM299 sahaja. Limited untuk 20 orang terawal. Lepas itu, ia kembali ke harga RM1,499. Cepat daftar di sini: https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH

Semalam saya dapat pesanan yang best dari cikgu saya. Beliau cakap pentingnya kita membuang benda tak elok dari diri kita, dari orang lain, atau kita nak membuang sesuatu, mesti dalam keadaan diam-diam. Bukannya bising-bising. Buang sampah, kena pergi diam-diam buka tong di luar dan buang. Bukannya buat pengumuman atau pergi buang di tepi jalan. Akan orang marah. Buang kawan di sosial media (unfriend) juga kena buat diam-diam, tak ada keperluan nak buat pengumuman konon kita ini bersih sangat-sangat. Entah-entah kita buat ja status nak unfriend orang, bersepah orang klik dulu butang itu kepada kita. Buang circle negatif, juga kena buat diam-diam. Tak ada keperluan nak bising, buat status bagai. Kalau kita boleh jaga aib circle yang kita pernah duduk di dalamnya, maka mereka juga boleh jaga aib kita. Kawan-kawan, Kita sendiri kalau nak buang sesuatu, kita akan duduk seorang diri. Kita ke tandas, kita pecahkan jerawat, kita buang tahi hidung, korek telinga, potong kuku l, buang darah kotor (berbekam), buang angin (berurut) semuanya kita buat diam-diam dan sembunyi-sembunyi. Sama juga dengan hal lain, sebut sahaja kita nak "buang", buatlah secara sembunyi. Malah dalam dunia pekerjaan pun, sesiapa yang dibuang kerja akan dibuat proses secara "diam-diam", dari siasatan domestic inquiry hinggalah surat-surat amaran, semuanya secara rahsia. Kita jaga aib sendiri, kita kena juga jaga aib orang lain. Kita nak buang perangai buruk, tak payah beritahu. Kita nak buang sifat tak ok, tak payah beritahu. Kita nak buang rutin tak best, tak payah beritahu. Kita diam-diam ubah diri kita dan orang akan mula perasan sendiri. Kalau dia tak perasan pun tak apa, Allah tahu kita berusaha nak buang semua hal-hal negatif itu. Kita nak berubah jadi baik! Kata cikgu saya: "Membuang ini, proses selepas itu ialah membasuh, dah siap kita buang, kita kena cuci tangan. Itu simbolik kepada kita sendiri yang kena bersihkan diri selepas kita "buang" sesuatu. Bukannya kita pergi "cuci" orang yang kita buang. Jaga diri sendiri sahaja. Kalau kita yang kena buang, kemudian kita pula yang dicuci, itu satu keadaan sangat bagus, ia boleh bersihkan kita balik. Positif, bangkit dalam keadaan suci!" Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Diam-diam sahaja kawan-kawan. Bismillah.

Apabila kalian membeli dari makcik pakcik di tepi jalan, tak kiralah dia menjual nasi lemak atau sekadar sayur yang ditanam sendiri, tidak sesekali kalian minta potongan harga. Mereka berniaga bukan untuk membeli rumah percutian, bukan juga nak membeli kereta ke-10. Mereka hanya mahu menyuap anak-anak di rumah. Mahu membantu ibu ayah yang kesakitan, mahu membeli beras, susu dan sayur untuk seisi keluarga. Boleh jadi, duit itu untuk dihantar ke anak-anak nun jauh di universiti. Kalau mahal, anggap sahaja itu bantuan. Kalau murah, tambahlah sikit lagi sebagai hadiah atau tak perlu minta dipulangkan baki. Kadang-kadang kita membeli untuk bantu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sama-sama kita ya.

Saya tempah makanan itu hari dari GrabFood. Saya tak perasan yang saya tempah 2. Waktu makanan sampai saya terkejut. Saya kata saya order 1 ja. Kemudian duk cek dengan abang Grab itu, ya sungguh saya terpesan 2. Saya cakap takpalah abang ambillah 1. Dia pula terkejut dan ucap terima kasih. Saya pun masuklah dalam rumah. Tutup pintu. Kemudian saya selak langsir untuk tengok pagar. Kalau abang itu dah gerak, saya nak tutuplah. Sekali saya duk tengok abang itu duk cium beriya bungkusan tersebut. Kemudian dia angkat tangan dia macam berdoa. Kemudian dia letak kedua tangan dia kat muka dia lama-lama. Dia letak makanan itu dalam box Grab tersebut, naik motor dan berlalu pergi. Ini antara maksud dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Ada hadiah, sedekah yang kita beri, kita dah niat dari awal. Ada yang spontan begini. Dan Allah kasi kita tengok apa hasil yang kita beri. Saya tak tahu kesusahan dia. Namun melihat cara dia bersyukur dapat makanan buat saya sendiri belajar banyak benda. Antaranya bab-bab bersyukur dengan apa yang saya ada hari ini. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah. Khairul Hakimin Muhammad, ❤️

Memandangkan sambutan kelas ini sangat luar biasa semalam, kami berbesar hati untuk buka lagi 1 slot minggu hadapan. Kelas in
Memandangkan sambutan kelas ini sangat luar biasa semalam, kami berbesar hati untuk buka lagi 1 slot minggu hadapan. Kelas ini diadakan selama 1 hari pada 14 Januari 2022. Jika tak berkesempatan sertai, rakaman disediakan. No worries! Kelas ini berharga RM299 sahaja. Limited untuk 20 orang terawal. Lepas itu, ia kembali ke harga RM1,499. Cepat daftar di sini: https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH

Ya begitulah. Gunakan platform bersosial (di laman sosial) dengan bersosial yang punya batas. Gunakan sebaik-baik supaya apa yang dikongsi di alam internet boleh dibawa ke alam nyata dengan sebaik-baiknya juga. Jaga maruah, Jaga keselamatan, Jaga kehormatan, Jaga nilai-nilai kekeluargaan. Khairul Hakimin. Muhammad Baru Belajar Hidup Dunia Nyata.

Saat kita baru sahaja berkahwin, berbagai rasa keseronokan yang kita alami. Kita juga turut berkongsi keseronokan itu kepada kawan-kawan, keluarga dan saudara mara. Mereka juga turut berkongsi keindahan pertukaran dunia bujang kepada dunia perkahwinan ke merata-rata. Semua seronok dan berbahagia. Tetapi nilai seronok itu bukan semuanya boleh dikongsi semua orang. Ada antaranya hanya suami dan isteri sahaja yang tahu. Yang lain memang juga tahu, tetapi hanya diam-diam dan mendoakan yang baik-baik. Ya begitulah keindahan agama kita, tak semua perkara baik kita kena kongsi. Ada antaranya yang baik dan indah itu tetap perlu di rahsiakan kerana ada adab dan tertibnya yang tersendiri. Kadang-kadang kita lupa yang nilai keseronokan itu jadi lebih hebat apabila berkongsi dengan semua orang, biar semua orang tahu itu ini. Supaya semua orang tahu kehidupan kita begitu begini. Nilai keseronokan dalam menjaja cerita / gambar ini kadang-kadang boleh bawa padah, contohnya: i) Kita punya wajah cantik. Jadi setiap kali memakai tudung dan bersolek semuanya kita upload dan berkongsi tips-tips begitu begini. Kadang-kadang sampai terlupa ada rambut yang terkeluar dan bersolek juga sudah semakin tebal. Jika ada yang sukakan keindahan tersebut dan mahu berbuat jahat, maka kita yang suka menayang-nayang ini bakal dapat musibah. Ya benar, niat kita baik mahu berkongsi keindahan ciptaan Tuhan kepada kita, tetapi bukan semuanya boleh dikongsi dan di jaja. Kadang-kadang ada manusia yang berharap apa yang dikongsi di laman sosial juga boleh dikongsi di alam nyata. Hati-hatilah. ii) Kita punya suami / isteri yang sungguh penyayang. Oleh yang demikian kita mahu beritahu kepada semua orang yang suami / isteri kita begitu begini. Kawan-kawan yang saya kasihi, ‘actions speak louder than words’. Manusia zaman ini banyak tertipu dengan kemesraan di mulut, hakikatnya di rumah tidaklah berlaku begitu. Kemesraan suami isteri ini hanya untuk suami isteri. Bolehlah jika mahu beri tips bagaimana penjagaan rumah tangga dengan baik, bukannya memuji suami / isteri sendiri kepada umum tanpa ada segan silu. Jagalah dengan baik sebelum suami / isteri anda diuji dengan ujian di alam nyata. Kadang-kadang, kita melihat dunia keseronokan kita adalah dunia yang tanpa batas. Semua orang yang membaca tidak merasa keindahan itu secara 100%. Mungkin ada hanya 80%, ada juga 50% ada juga 30% malah ada yang tahap bencinya itu lebih daripada suka terhadap posting-posting kegembiraan kita. Gunakan keseronokan itu dalam dunia nyata. Supaya keindahan bekeluarga itu dapat kita kecapi di dalam keluarga. Bukan di dalam dunia tipu daya internet ini. Bayangkanlah semuanya meng’update’ nilai keseronokan keluarga masing-masing, hakikatnya apabila berada di meja makan, semuanya menghadap telefon masing-masing. Kita menipu untuk mendapat jutaan likes, tetapi kita tidak sedar kita kehilangan ‘likes’ di dalam rumah sendiri. Lebih mudarat dengan jutaan ‘likes’ kita akan mendapat liputan luar biasa, dan mulalah berlaku perkara tidak elok di luar rumah. Kita berharap mendapat komen ‘how sweet’, comelnya, seronoknya dapat suami / isteri begitu begini, hingga lupa apa yang dikongsi sebenarnya kita tak mahu kongsi di alam nyata. Bila lelaki mahu berkahwin lagi, mulalah si isteri kecut perut. Sedangkan isteri yang suka / selalu menjaja di laman sosial suamiku encik bahagia. Ha apa lagi, kongsilah suami pula. (Bab yang ini suami yang untung, ha ha). Kawan-kawan, Tidak semua orang suka membaca nilai-nilai seronok. Ada juga yang memandang nilai tersebut sebagai suatu kebencian (kononnya menunjuk-nunjuk). Jadi eloklah berfikir dahulu sebelum membuat posting. Ya boleh berkongsi, tetapi berhati-hatilah / berpada-padalah. Kita guna pisau untuk memotong buah, sayur, ikan ayam dan sebagainya, tetapi bukan guna untuk memotong pagar jiran sebelah rumah. Kita guna gam untuk menampal barang-barang keperluan, bukan untuk menghidu dan menjadi khayal.

Ketahui rahsia bagaimana kalian boleh jana RM10,000 dengan menulis E-Book. Segalanya didedahkan secara eksklusif secara Zoom
Ketahui rahsia bagaimana kalian boleh jana RM10,000 dengan menulis E-Book. Segalanya didedahkan secara eksklusif secara Zoom Meeting pada Isnin, 10 Januari 2022 (8.30-10.30 malam). Ikutkan kelas ini harganya RM799, namun kalian daftar dengan hanya RM99 sahaja hari ini. Lekas tekan link di bawah: https://bit.ly/32QZ0ZK https://bit.ly/32QZ0ZK https://bit.ly/32QZ0ZK

Bantu sahaja ahli keluarga terutama adik beradik. - sama ada mereka senang atau susah, bantu sahaja. - jika mereka orang kaya, hantar hadiah seperti makanan, pakaian untuk anak-anaknya. - jika mereka bukan orang senang, beri bantuan duit, makanan dan hadiah-hadiah. - walaupun jika mereka pernah sakitkan hati kita, bantu sahaja, berhenti rasa mereka tak perlu dibantu jika mereka buat perangai sekian-sekian. - bantu, dapat pahala. - bantu, dapat kelapangan jiwa. - bantu, Allah bantu lebih banyak kepada kita. Kunci rezeki ini tak ramai yang perasan. Membantu keluarga terlebih dahulu adalah kunci besar kepada banyaknya pintu rezeki. Buat terus hari ini kawan-kawan. Sekarang dah mudah, hanya klik-klik sahaja di mana-mana laman beli belah. Tanya diri sendiri, ada tak simpan alamat adik beradik? Jika ada alhamdulillah. Jika belum ada, tanya terus. Beritahu nak hantar sedikit makanan. Menggembirakan ahli keluarga akan meluaskan pintu rezeki. Buat terus jom. Bismillah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Keluarga adalah segalanya.

Crowd bermaksud mengumpulkan pengikut di akaun media sosial kita dengan menggunakan nilai-nilai manusia biasa. Sebagai contoh, kita guna media sosial ini untuk bersosial dan untuk berniaga. Kita merupakan orang yang suka bersukan, namun kita menjual produk makanan. Maka di media sosial kita boleh cerita hal sukan melalui menulis #content. 1. Tips diet. 2. Tips stretching. 3. Hebahan tentang sukan / joging / maraton. 4. Teknik senaman yang betul. 5. Teknik kuruskan badan, kecilkan pinggang, menggunakan senaman. 6. Cerita tentang ikon sukan untuk naikkan semangat orang. 7. Kawasan sukan / riadah. 8. Alatan sukan yang disukai, kedai mana yang murah. 9. Resipi diet / sihat. 10. Ulasan orang sukan tentang itu ini hal-hal kesihatan dan diet. Dan banyak lagi. Lalu kalian akan dikerumuni oleh orang yang suka sukan, suka diet, suka post-post kalian yang banyaknya “to educate, to inform dan to inspire” dan terus orang akan klik butang follow. Dalam seminggu, up 3-4 kali posting begini. Selit-selitlah produk makanan kalian di antara posting itu. Follower dapat, jualan pun dapat. Di media sosial, tak pernah jadi satu kesalahan untuk muat naik perkara kita suka walau bisnes kita berbeza. Yang kita suka itu kehidupan kita. Itu orang nak tengok dan follow. Dan apabila orang itu sudah follow, dia setia, maka kita jual apa-apapun dia akan beli. Faham kan? Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita bina crowd sama-sama.

LAST CALL GAIS! Content Mapping Masterclass akan mula sebentar lagi 9.30 pagi. Jom cepat-cepat daftar. Mana yang risau tak se
LAST CALL GAIS! Content Mapping Masterclass akan mula sebentar lagi 9.30 pagi. Jom cepat-cepat daftar. Mana yang risau tak sempat tu, boleh tonton rakaman dan ajukan soalan dalam Group Support Telegram Kelas. Tekan link ini: https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH

Untuk dapatkan “direction” yang betul dalam berbuat apa-apa, kalian perlu lakukan ini: 1. Ada mentor yang tahu, arif, faham dan ada pengalaman. Pastikan dia adalah mentor yang betul. Bukannya orang yang kalian jumpa di mana-mana atau kawan yang tak tahu apa-apa. Kesilapan di sini biasanya kalian terus cakap kepada keluarga dan rakan yang tak tahu apa yang kalian nak buat. Jadi kalian akan terima maklum balas yang negatif. Cari mentor! 2. Masuk berbagai kelas. Direction ini merujuk kepada hala tuju syarikat. - nak buat apa. - nak jual apa. - market share bagaimana. - bagaimana nak jual. - di mana nak jual. - siapa nak jual Semua soalan ini perlu dijawab di dalam kelas berbeza dan modul berbeza. 3. Team yang sekepala. Pastikan ada kumpulan yang saling tolak ansur dan saling respek antara satu sama lain. Jika kita utamakan hormat sesama kita, maka jawatan yang besar akan hormat jawatan yang kecil. Sama juga keadaannya. * 3 perkara ini wajib. Ingat kawan, biar lambat, janji kita tak buat jahat. Perlahan-lahan membina hala tuju, terus buat baik kepada semua orang dalam lorong yang kita pilih ini, jika dah cantik dan tersusun, Allah pasti bantu! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kaya sama-sama jom!

Seronoknya dapat khabar begini. Syukur sesangat. Rezeki Puan ini, habis sahaja Content Mapping Masterclass, beliau dapat bany
Seronoknya dapat khabar begini. Syukur sesangat. Rezeki Puan ini, habis sahaja Content Mapping Masterclass, beliau dapat banyak idea menghasilkan content. Kemudian, beliau terus menulis dan post secara konsisten setiap hari. Impaknya, beliau dapat 10k shares dari posting ini. Semua teknik dan strategi beliau belajar di sini. Lekas tekan sekarang untuk daftar: Lekas daftar terus di sini: https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH Kalian akan dapat rakaman kelas jika tidak berkesempatan untuk sertai esok. Janji daftar terus.

Paling saya suka apabila orang tanya buku apa yang saya baca, masa membaca, masa menulis dan masa saya bekerja macam mana. Haha saya pun tak tahu. Saya buat sahaja. 1. Saya jadikan membaca itu sebagai rutin seperti kita kena makan, kena minum, kena solat, kena main Facebook bagai. Sehari, kena baca dengan sebanyak-banyaknya sampai kenyang dan jadi gemuk. Kahkah. 2. Biasanya saya usaha habiskan 4-5 buku seminggu. 3. Buku apa? Bergantung. Saya suka baca novel Indonesia juga novel orang putih (walau english saya tak bagus, saya baca ja). Juga suka baca kisah kejayaan orang lain, strategi perang dan buku bisnes. 4. Waktu menulis ialah pada awal pagi. Sekitar 3.00 pagi hingga sejam sebelum subuh. Kemudian tidur, bangun subuh, akan sambung lagi menulis. Waktu itu biasanya ilham banyak dan segar. 5. Waktu travel adalah waktu paling best membaca. Saya akan bawa sekitar 3-4 buku sekaligus. Apabila habis baca namun masih travel, boleh shaking tangan dan jadi lost sekejap kerana tak ada buku. Pergi kedai dan beli. Haha. Itulah tipsnya. Jika kalian baru nak bermula, beli buku nipis dulu. Tenang-tenang dan tak perlu paksa diri. Sebulan, sebuah. Jadikan sebagai minat dan hobi. Ianya perlu dipupuk perlahan-lahan dan setenang mungkin. Membaca akan jadi enak apabila kalian sudah jatuh cinta. Sebelum itu, berkenalanlah dulu dengan berbagai buku. Pasti akan berjumpa mana yang kalian berkenan dan taatlah kepada genre tersebut. Begitulah. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Teringin ada perpustakaan sendiri.

Jika kalian ada team marketing yang perlukan bimbingan untuk bina strategi content di media sosial, kami sarankan kalian hant
Jika kalian ada team marketing yang perlukan bimbingan untuk bina strategi content di media sosial, kami sarankan kalian hantar mereka ke Content Mapping Masterclass ini esok. Kelas akan diadakan secara Zoom Meeting sahaja selama 1 hari. Team kalian akan dibimbing mengikut niche dan produk syarikat kalian sendiri dan bagaimana ia dapat distrategikan dalam bentuk content. Siap-siap terus boleh bina 'Blueprint Marketing' syarikat untuk 1 tahun terus gais. Lekas daftar terus di sini: https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH

Dia beriya duk menangis. Ada seorang makcik duk cakap “ala pergi beli lain, kalau takda duit, nah makcik kasi.”, dia gelengkan kepala ja. Saya ikut tanya “kenapanya sampai nak menangis ni, beli lainlah. Kita orang lelaki kena kuat!” Dia jawab “nanti ayah marah! Ayah dah takda duit!” Kami berdua berpandangan. “Nah ambil duit makcik, pergi beli lain.” “Tapi makcik jangan kasi tau ayah. Nanti ayah marah, ayah pukul.” Baler aku tergamam sekali lagi. Budak itu masuk ke dalam kedai dan beli semula telur. Telur yang dibeli awalnya itu jatuh dan boleh kata pecah semua. 1 sarang besar. Masa dia keluar saya cakap biar pakcik hantar kang jatuh lagi. Budak itu tak nak. Dia tetap nak bawa naik basikal. Dia beriya ikat dan kemudian ada motor sampai. “Kenapa lambat?” Ada seorang lelaki menghampiri budak tersebut. Budak itu beriya lap muka. “Kenapa menangis?” Lelaki itu tanya lagi. Lalu makcik yang duk kasi duit tadi cakap “tak yah marah, tadi telur tu jatuh. Dia dah beli lain dah tu.” Lelaki itu turun dari motor. Ambil telur tersebut dan pandang kepada kami. Makcik itu terus cakap “tak yah marah-marahlah ke budak tu. Kesian dia. Dah nak jatuh. Takpalah dah berganti dah tu.” “Akak yang kasi duit ke?” Lelaki itu bertanya. “Ha ah. Ala takpalah. Rezeki kau.” Lelaki itu datang dekat dan cakap “terima kasih banyak kak, sebenarnya ni la lauk kami bulan ni. 30 biji telur dapatlah makan dalam 10 hari. Itu paling murah. Kerja dah takda, kena buang masa PKP, isteri pun tak kerja dan sekarang sarat. Bulan ini last moratorium, nak balik kampung segan kak. Terima kasih banyak kak. Akak kasi nombor phone nanti saya ada duit saya ganti balik duit akak.” Saya cakap ke abang tersebut suruh tunggu sekejap. Saya masuk dalam pasar, ambil ayam 3 ekor, ambil ikan, sayur, beras, tepung gula semua. Lantaklah berapa pun dan kasi ke dia. Memang dia tunggu dekat motornya. Saya kasi semua barang kepadanya. Anaknya dah balik naik basikal. Dia nak nombor saya, saya tak kasi. Saya beritahu dia, “jangan segan bang buat grab ke apa ke, kita kena berusaha selagi boleh. Saya tak tahu abang kerja apa dulu, tapi saya yakin abang boleh buat.” Dia tanya macam mana. Saya pun ajar guna phone semua. Dia senyum dan kata kalau boleh nak mula hari ini. Ya Allah syukurnya. Rupanya memang dia tak berapa pandai guna phone. * Kawan-kawan, Kita semua ada cerita kesusahan. Nak minta tolong, segan. Nak sembang, malu. Maka kita pun duduklah dalam rumah dan murung. Abang tadi memang nampak banyak masalah. Rambut tak bersikat, baju kusut, isteri pula sarat. Tak tahu dah berapa lama duk makan telur setiap hari. Kita mungkin ingat kita duk perumahan, semua orang relaks dan tak susah. Tak tahu jiran kita bagaimana. Inilah bagusnya berdoa untuk jiran-jiran. Semoga kita sama-sama dapat peluang bantu dan peroleh pahala berganda. Allah akan lorongkan kita jumpa jiran begini jika kita sentiasa letak dalam hati untuk hidup berjiran. Kita ada sikit, hulur sikit. Kita ada banyak, hulur banyak. Semoga kita semua dapat beri susu kepada bayi, beri isteri makan, beri kenyang kepada anak-anak. Sebagai suami, usaha. Buang malu, buanglah segan. Mungkin dulu kita tinggi tak tercapai, hari ini Allah ambil dan minta kita bermula semula. Ingat ini kawan, senang itu sementara, susah juga sementara, asal kita mahu berubah, Allah akan bantu lorongkan. Kita usaha sampai jaya, Allah sentiasa ada. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ya Rabb, semoga semua jiran baik-baik sahaja.