ch
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 35 249 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 278,并在 马来西亚 地区排名第 899 位。

📊 受众指标与增长动态

自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 35 249 名订阅者。

根据 26 九月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -259,过去 24 小时变化为 -14,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.65%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

凭借高频更新(最新数据采集于 27 九月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

35 249
订阅者
-1424 小时
-637 天
-25930 天
帖子存档
TINGGAL 18 SEAT SAHAJA GAIS! Fuhh! Laju betul orang duk daftar kelas malam ini. Lekas gais, peluang terhad ya amat. Kita poto
TINGGAL 18 SEAT SAHAJA GAIS! Fuhh! Laju betul orang duk daftar kelas malam ini. Lekas gais, peluang terhad ya amat. Kita potong harga sehingga RM39.00 sahaja gais. Bermodalkan itulah, kalian akan belajar bagaimana dengan menulis e-book, kalian boleh jana sehingga RM10,000 tau! Lekas tekan link di bawah segera: https://bit.ly/32QZ0ZK https://bit.ly/32QZ0ZK https://bit.ly/32QZ0ZK

Sehingga sekarang, saya dah terima sekitar 12 tiket penerbangan percuma untuk travel ke luar negara. Ada lagi dalam 14 saya belum confirmkan nak pergi ke tak. Allah beri rezeki macam-macam. Kita nak duit, Allah beri peluang travel. Kita minta nak expand bisnes, Allah beri ramainya kawan best-best. Kita minta nak sales lebih banyak, Allah beri guru dan mentor yang sentiasa nasihat dan berpesan. Kita minta nak kawan-kawan best, Allah beri team yang sekepala. Mesti ada yang tanya macam mana saya dapat tiket-tiket penerbangan itu secara percuma kan? Dulu saya pernah tulis 26 ebook travel, dari situ ada beberapa syarikat ambil saya sebagai penulis content. Hah, bab tulis ebook ni, nak belajar, join kelas malam ini nah! Sehingga kini saya masih menjadi ghost writer untuk menulis tentang dunia travel kepada beberapa pakej Haji dan Umrah, syarikat travel, penerbangan dan sebagainya. Kawan-kawan, Ada bisnes yang kita tak perlu canang pun kepada sesiapa. Ia datang begitu sahaja. Allah bantu banyaknya cara nak buat itu nak buat ini. Tinggal kita nak buat atau tak sahaja. Sekarang saya tumpu kepada kilang biskut. Dalam masa sama, waktu terluang saya bantu syarikat lain dalam membina copy writing kepada mereka. Semua Allah yang beri. Kita manusia, hamba, nak berjaya kena usaha, tawakkal dan sentiasa yakin Allah akan bantu selesaikan banyaknya masalah kita terutama bab-bab kewangan di musim pandemik ini. Paling penting ialah bersyukur sebanyak-banyaknya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Semua orang berbakat, tinggal nak gunakan atau tak.

FLASH SALE BERMULA 10.00 PAGI HINGGA 5 PETANG SAHAJA! Kelas Buat RM10k Dengan Menulis E-Book ini harga sebenarnya adalah RM79
FLASH SALE BERMULA 10.00 PAGI HINGGA 5 PETANG SAHAJA! Kelas Buat RM10k Dengan Menulis E-Book ini harga sebenarnya adalah RM799. Namun hari ini kita bagi potongan habis-habisan. Cuma RM39.00 sahaja gais. Kelas diadakan pada 8.30 malam melalui Zoom Meeting. Mana yang terlepas, boleh tonton rakaman kelas melalui group support kami. Lekas daftar segera, terhad sehingga 5 petang ini sahaja gais! Seat ada 25 sahaja lagi yang available. Tekan link di bawah: https://bit.ly/32QZ0ZK https://bit.ly/32QZ0ZK https://bit.ly/32QZ0ZK

Semasa dapat duduk dengan VIP yang seorang ini, saya dapat tanya soalan ini. “Tan Sri, macam mana Tan Sri sentiasa ada idea yang best untuk diusahakan. Macam mana boleh ada susunan pemikiran begitu, yang kerap keluar dan dapat jadi perniagaan yang power” Beliau jawab mudah ja, saya beriya catit: 1. Apabila bangun dari tidur, cepat-cepat turun dari katil. Sesaat terbangun itu adalah masa yang sangat berharga. Sebut alhamdulillah atau doa, terus bangkit. 2. Kemudian terus minum 2 gelas air. Beliau minum air masak 1 gelas, 1 gelas lagi ialah air rendaman kismis. Letak kismis sekitar 7-10 biji dalam air sebelah malam, tutup gelas tersebut, pagi esok minum. Air ini untuk flush usus, perut semua. Perut ok, usus ok, kita akan senang dan tajam berfikir. Semuanya berkait rapat. 3. Kalau bangun awal, solat tahajjud. Kalau terlambat, lambatlah macam mana pun, jangan sesekali tinggal solat sunat sebelum subuh. Kemudian solat subuh. 4. Selepas solat subuh, amalkan zikir ini: Astaghfirullah hal azim - 33 kali. Subhanallah wa bihamdih, subhanallah hil azim - 33 kali. Allahhumma solli ala saidina Muhammad - 33 kali. Lailahillallah al malikul hakkul mubin - 33 kali. Lailahaillallah - 33 kali. Subhanallah - 33 kali. Alhamdulillah - 33 kali. Allah hu akhbar - 33 kali. Semua zikir ini ialah memuji Allah. 5. Membaca sekurang-kurangnya 5 muka surat apa sahaja buku. Paling bagus ialah buku kisah kejayaan sesiapa, sejarah, sirah, kisah nabi. Kerana kisah itu berulang kali berlaku dalam hidup kita. Jadi sandaran dan pengajaran besar. 6. Sarapan dengan lebihkan protien seperti telur, jus buah atau jus sayur. Elakkan ambil karbo terlalu banyak. 7. Senaman ringkas sekitar 15-20 minit. Ala yang mudah-mudah ja. Beliau cakap “saya dah tua tapi masih ok alhamdulillah, setiap pagi memang saya stretching dalam 3 minit naik treadmill dalam 10-15 minit. 8. Setiap hari tanya khabar cucu, anak-anak, isteri, keluarga. Tak pernah miss, dalam group whatsapp. Beliau tunjukkan kepada saya group famili beliau memang konsisten setiap pagi sekitar 7pagi Tan Sri akan tanya “Assalamualaikum Cucu Atok semua sekolah ke harini? Tak sekolah mai rumah atok.” 9. Mesti jumpa orang untuk bersembang dalam 1 hari. 20% bercakap 80% mendengar. 10. Setiap kali solat fardhu, wajib lepas solat itu berdoa “Ya Allah, apa sahaja yang aku fikir hari ini biarlah jadi idea yang aku boleh buat, boleh laksanakan, idea yang boleh bantu orang, idea yang boleh kuatkan keluarga dan orang sekeliling Ya Allah.” * Gais, sampai bab doa itu memang buat saya tergamam. Kita selalu lupa sebenarnya kita boleh minta dari Allah untuk dapat semua itu. Allah maha segalanya, minta apa sahaja semua boleh. Kita adalah apa yang kita nak, kita kehendak dan kita perlu. Semuanya atas kita. Sungguhlah kata pepatah “nak seribu daya, tak nak seribu dalih.” Kalau nak, kita usaha, kita minta. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak.

Soalan: Tuan, saya jual brownies secara part time. Jualan saya sekitar RM1,400-RM3,000 sebulan. Sekarang ini suami minta saya berhenti kerja kerana anak memang tak serasi dengan pengasuh. Bagaimana saya nak bermula untuk menjual di Facebook ya? Sebelum ini 100% jualan dari saudara mara, jiran, kawan-kawan dan rakan sepejabat. Jawapan: Bagusnya! Saya suka ibu yang boleh handle kerja dan boleh juga buat part time bisnes. Begini: 1. Jika ada gambar brownies sebelum ini, sudah mula boleh letak sebagai iklan. Susun posting iklan: Wajib: Isnin, Rabu dan Jumaat. 2. Publickan posting. Bermulalah arena dan lapangan yang lebih besar. Kurangkan share perkara yang tidak ada kaitan namun bangunkan content dalam bentuk posting. Orang suka memasak, pasti pandai tulis resipi. Rujuk sahaja posting saya. Kalian pasti ada idea tersendiri. Buat posting resipi pada selasa dan khamis. 3. Sekarang sudah ada banyak masa dengan anak. Jadi, tulis sedikit tentang bagaimana seronoknya begitu begini (Ini posting side - tidak ada impak sangat namun beri pandangan kepada audien yang pemilik akaun merupakan seorang manusia biasa juga). 4. Di media sosial, orang mahu tahu kisah kita. Jadi sesekali bangunkan posting bersifat story. Ia bagus dalam arena apa apun. 5. Semasa proses menyediakan brownies, ambil gambar sampai siap. Kemudian, gunakan medan instagram untuk muat naik. Di sana, jualannya lebih laju jika menggunakan gambar. 6. Kumpulkan senarai pelanggan terdahulu dan minta mereka buat testimoni. Ianya sangat bagus dalam memberi percaya kepada pelanggan baru. 7. Buat posting tips suri rumah jaga anak dan berniaga. Hari ini, ramainya suri rumah mahu belajar mendapatkan pendapatan dari rumah sambil boleh menjaga anak. Begitulah. Good luck buat para ibu yang berkorban kerja demi nak jaga anak! Tahniah! Kalian hebat! Khairul Hakimin Muhammad, Zaman dulu pernah dapat order 200 box brownies seminggu. Huhu memori.

Memberi adalah pilihan, Buat baik adalah pilihan, Senyum adalah pilihan, Beri laluan adalah pilihan, Tolak ansur adalah pilihan, Sikap baik adalah pilihan, Disiplin adalah pilihan, Bercakap baik adalah pilihan, Fikir baik adalah pilihan. Kita adalah apa yang kita pilih. Betul di situ, betul semua. Salah di situ, salahlah semua. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Syurga juga adalah pilihan kan?

ADAKAH ANDA YANG KAMI CARI? Kami mencari 30 orang yang serius nak belajar bagaimana buat duit dengan menulis E-Book. Kalian a
ADAKAH ANDA YANG KAMI CARI? Kami mencari 30 orang yang serius nak belajar bagaimana buat duit dengan menulis E-Book. Kalian akan dibimbing 'step-by-step' oleh Kapten Hamk pada esok malam melalui Zoom Meeting. Daftar terus ke Kelas Buat RM10,000 Dengan Menulis E-Book. Kelas ini harganya RM799, namun kita turunkan ke RM39.00 sehingga ke Jam 12 tengah hari esok. Terhad kepada 30 orang terawal. Lekas tekan link di bawah: https://bit.ly/32QZ0ZK https://bit.ly/32QZ0ZK https://bit.ly/32QZ0ZK

Bagaimana nak keluar dari zon selesa gais? Caranya begini: 1. Bina hobi baru. Ya hobi, minat, kesukaan semuanya boleh dipupuk. Jika selama ini suka main game di rumah, cuba beli basikal dan ajak kawan sertai bersama. Akan terbina hobi baru. 2. Sesekali kena cuba menjadi sukarelawan di mana-mana. Cari, google, usaha. Pasti jumpa. Dapat pakai baju mereka dan buat kerja amal adalah sebuah usaha melihat orang lain yang dalam sengsara dan perlu dibantu. 3. Cuba besarkan jiwa. Banyak mendengar dan mengamati sesiapa yang sedang bercakap. Kebanyakan orang yang dalam zon selesa “pantang” mendengar cakap orang, dia sahaja yang nak cakap cakap cakap cakap. 4. Travel ke tempat yang kita tak suka, atau takut. Walau sekarang tak boleh ke luar negara. Pilih tempat yang kita tak gemar dalam negara. Contohnya kita jenis suka pantai, tak suka suasana hutan atau kampung. Tapi lawan diri dengan pergi ke Janda Baik atau tempat best yang lain. Sahih akan belajar sesuatu. 5. Ubah rutin harian. Kalau dah terbiasa bangun jam 6. Cuba bangun jam 5. Kalau terbiasa balik awal nak main game, cuba balik lambat dengan joging dahulu. * Zon selesa akan jadi penyakit dalam diri kalian. Jadi malas, jadi tak kisah dan tak peduli kehidupan di masa hadapan. Hutang bertambah, selalu runsing dan sering rasa semua masalah takkan selesai. Sedangkan bersepah banyak hal ada solusinya. Untuk itu, minda kena cergas. Nak cergas, kena ubah segalanya. Mula sekarang okeh! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangkit gais!

Iya gais! Dalam Content Mapping Masterclass ini, kami bimbing satu persatu. Bermula dari mengembangkan 1 topik kepada ribuan
Iya gais! Dalam Content Mapping Masterclass ini, kami bimbing satu persatu. Bermula dari mengembangkan 1 topik kepada ribuan idea posting, sehinggalah kepada pengurusan bank content. Semua kami bedah selama 1 hari. Kalian akan keluar dari kelas ini dengan mindset seperti Content Strategist berfikir tau. Makin banyak idea kalian buat content selepas ini. Kami buat kelas pada 14 Januari 2022 (9 pagi sehingga 5 petang). Jika tak berkesempatan sertai, rakaman disediakan. No worries! Kelas ini berharga RM299 sahaja. Limited untuk 20 orang terawal. Lepas itu, ia kembali ke harga RM1,499. Cepat daftar di sini: https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH

Semalam saya dapat pesanan yang best dari cikgu saya. Beliau cakap pentingnya kita membuang benda tak elok dari diri kita, dari orang lain, atau kita nak membuang sesuatu, mesti dalam keadaan diam-diam. Bukannya bising-bising. Buang sampah, kena pergi diam-diam buka tong di luar dan buang. Bukannya buat pengumuman atau pergi buang di tepi jalan. Akan orang marah. Buang kawan di sosial media (unfriend) juga kena buat diam-diam, tak ada keperluan nak buat pengumuman konon kita ini bersih sangat-sangat. Entah-entah kita buat ja status nak unfriend orang, bersepah orang klik dulu butang itu kepada kita. Buang circle negatif, juga kena buat diam-diam. Tak ada keperluan nak bising, buat status bagai. Kalau kita boleh jaga aib circle yang kita pernah duduk di dalamnya, maka mereka juga boleh jaga aib kita. Kawan-kawan, Kita sendiri kalau nak buang sesuatu, kita akan duduk seorang diri. Kita ke tandas, kita pecahkan jerawat, kita buang tahi hidung, korek telinga, potong kuku l, buang darah kotor (berbekam), buang angin (berurut) semuanya kita buat diam-diam dan sembunyi-sembunyi. Sama juga dengan hal lain, sebut sahaja kita nak "buang", buatlah secara sembunyi. Malah dalam dunia pekerjaan pun, sesiapa yang dibuang kerja akan dibuat proses secara "diam-diam", dari siasatan domestic inquiry hinggalah surat-surat amaran, semuanya secara rahsia. Kita jaga aib sendiri, kita kena juga jaga aib orang lain. Kita nak buang perangai buruk, tak payah beritahu. Kita nak buang sifat tak ok, tak payah beritahu. Kita nak buang rutin tak best, tak payah beritahu. Kita diam-diam ubah diri kita dan orang akan mula perasan sendiri. Kalau dia tak perasan pun tak apa, Allah tahu kita berusaha nak buang semua hal-hal negatif itu. Kita nak berubah jadi baik! Kata cikgu saya: "Membuang ini, proses selepas itu ialah membasuh, dah siap kita buang, kita kena cuci tangan. Itu simbolik kepada kita sendiri yang kena bersihkan diri selepas kita "buang" sesuatu. Bukannya kita pergi "cuci" orang yang kita buang. Jaga diri sendiri sahaja. Kalau kita yang kena buang, kemudian kita pula yang dicuci, itu satu keadaan sangat bagus, ia boleh bersihkan kita balik. Positif, bangkit dalam keadaan suci!" Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Diam-diam sahaja kawan-kawan. Bismillah.

Apabila kalian membeli dari makcik pakcik di tepi jalan, tak kiralah dia menjual nasi lemak atau sekadar sayur yang ditanam sendiri, tidak sesekali kalian minta potongan harga. Mereka berniaga bukan untuk membeli rumah percutian, bukan juga nak membeli kereta ke-10. Mereka hanya mahu menyuap anak-anak di rumah. Mahu membantu ibu ayah yang kesakitan, mahu membeli beras, susu dan sayur untuk seisi keluarga. Boleh jadi, duit itu untuk dihantar ke anak-anak nun jauh di universiti. Kalau mahal, anggap sahaja itu bantuan. Kalau murah, tambahlah sikit lagi sebagai hadiah atau tak perlu minta dipulangkan baki. Kadang-kadang kita membeli untuk bantu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sama-sama kita ya.

Saya tempah makanan itu hari dari GrabFood. Saya tak perasan yang saya tempah 2. Waktu makanan sampai saya terkejut. Saya kata saya order 1 ja. Kemudian duk cek dengan abang Grab itu, ya sungguh saya terpesan 2. Saya cakap takpalah abang ambillah 1. Dia pula terkejut dan ucap terima kasih. Saya pun masuklah dalam rumah. Tutup pintu. Kemudian saya selak langsir untuk tengok pagar. Kalau abang itu dah gerak, saya nak tutuplah. Sekali saya duk tengok abang itu duk cium beriya bungkusan tersebut. Kemudian dia angkat tangan dia macam berdoa. Kemudian dia letak kedua tangan dia kat muka dia lama-lama. Dia letak makanan itu dalam box Grab tersebut, naik motor dan berlalu pergi. Ini antara maksud dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Ada hadiah, sedekah yang kita beri, kita dah niat dari awal. Ada yang spontan begini. Dan Allah kasi kita tengok apa hasil yang kita beri. Saya tak tahu kesusahan dia. Namun melihat cara dia bersyukur dapat makanan buat saya sendiri belajar banyak benda. Antaranya bab-bab bersyukur dengan apa yang saya ada hari ini. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah. Khairul Hakimin Muhammad, ❤️

Memandangkan sambutan kelas ini sangat luar biasa semalam, kami berbesar hati untuk buka lagi 1 slot minggu hadapan. Kelas in
Memandangkan sambutan kelas ini sangat luar biasa semalam, kami berbesar hati untuk buka lagi 1 slot minggu hadapan. Kelas ini diadakan selama 1 hari pada 14 Januari 2022. Jika tak berkesempatan sertai, rakaman disediakan. No worries! Kelas ini berharga RM299 sahaja. Limited untuk 20 orang terawal. Lepas itu, ia kembali ke harga RM1,499. Cepat daftar di sini: https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH

Ya begitulah. Gunakan platform bersosial (di laman sosial) dengan bersosial yang punya batas. Gunakan sebaik-baik supaya apa yang dikongsi di alam internet boleh dibawa ke alam nyata dengan sebaik-baiknya juga. Jaga maruah, Jaga keselamatan, Jaga kehormatan, Jaga nilai-nilai kekeluargaan. Khairul Hakimin. Muhammad Baru Belajar Hidup Dunia Nyata.

Saat kita baru sahaja berkahwin, berbagai rasa keseronokan yang kita alami. Kita juga turut berkongsi keseronokan itu kepada kawan-kawan, keluarga dan saudara mara. Mereka juga turut berkongsi keindahan pertukaran dunia bujang kepada dunia perkahwinan ke merata-rata. Semua seronok dan berbahagia. Tetapi nilai seronok itu bukan semuanya boleh dikongsi semua orang. Ada antaranya hanya suami dan isteri sahaja yang tahu. Yang lain memang juga tahu, tetapi hanya diam-diam dan mendoakan yang baik-baik. Ya begitulah keindahan agama kita, tak semua perkara baik kita kena kongsi. Ada antaranya yang baik dan indah itu tetap perlu di rahsiakan kerana ada adab dan tertibnya yang tersendiri. Kadang-kadang kita lupa yang nilai keseronokan itu jadi lebih hebat apabila berkongsi dengan semua orang, biar semua orang tahu itu ini. Supaya semua orang tahu kehidupan kita begitu begini. Nilai keseronokan dalam menjaja cerita / gambar ini kadang-kadang boleh bawa padah, contohnya: i) Kita punya wajah cantik. Jadi setiap kali memakai tudung dan bersolek semuanya kita upload dan berkongsi tips-tips begitu begini. Kadang-kadang sampai terlupa ada rambut yang terkeluar dan bersolek juga sudah semakin tebal. Jika ada yang sukakan keindahan tersebut dan mahu berbuat jahat, maka kita yang suka menayang-nayang ini bakal dapat musibah. Ya benar, niat kita baik mahu berkongsi keindahan ciptaan Tuhan kepada kita, tetapi bukan semuanya boleh dikongsi dan di jaja. Kadang-kadang ada manusia yang berharap apa yang dikongsi di laman sosial juga boleh dikongsi di alam nyata. Hati-hatilah. ii) Kita punya suami / isteri yang sungguh penyayang. Oleh yang demikian kita mahu beritahu kepada semua orang yang suami / isteri kita begitu begini. Kawan-kawan yang saya kasihi, ‘actions speak louder than words’. Manusia zaman ini banyak tertipu dengan kemesraan di mulut, hakikatnya di rumah tidaklah berlaku begitu. Kemesraan suami isteri ini hanya untuk suami isteri. Bolehlah jika mahu beri tips bagaimana penjagaan rumah tangga dengan baik, bukannya memuji suami / isteri sendiri kepada umum tanpa ada segan silu. Jagalah dengan baik sebelum suami / isteri anda diuji dengan ujian di alam nyata. Kadang-kadang, kita melihat dunia keseronokan kita adalah dunia yang tanpa batas. Semua orang yang membaca tidak merasa keindahan itu secara 100%. Mungkin ada hanya 80%, ada juga 50% ada juga 30% malah ada yang tahap bencinya itu lebih daripada suka terhadap posting-posting kegembiraan kita. Gunakan keseronokan itu dalam dunia nyata. Supaya keindahan bekeluarga itu dapat kita kecapi di dalam keluarga. Bukan di dalam dunia tipu daya internet ini. Bayangkanlah semuanya meng’update’ nilai keseronokan keluarga masing-masing, hakikatnya apabila berada di meja makan, semuanya menghadap telefon masing-masing. Kita menipu untuk mendapat jutaan likes, tetapi kita tidak sedar kita kehilangan ‘likes’ di dalam rumah sendiri. Lebih mudarat dengan jutaan ‘likes’ kita akan mendapat liputan luar biasa, dan mulalah berlaku perkara tidak elok di luar rumah. Kita berharap mendapat komen ‘how sweet’, comelnya, seronoknya dapat suami / isteri begitu begini, hingga lupa apa yang dikongsi sebenarnya kita tak mahu kongsi di alam nyata. Bila lelaki mahu berkahwin lagi, mulalah si isteri kecut perut. Sedangkan isteri yang suka / selalu menjaja di laman sosial suamiku encik bahagia. Ha apa lagi, kongsilah suami pula. (Bab yang ini suami yang untung, ha ha). Kawan-kawan, Tidak semua orang suka membaca nilai-nilai seronok. Ada juga yang memandang nilai tersebut sebagai suatu kebencian (kononnya menunjuk-nunjuk). Jadi eloklah berfikir dahulu sebelum membuat posting. Ya boleh berkongsi, tetapi berhati-hatilah / berpada-padalah. Kita guna pisau untuk memotong buah, sayur, ikan ayam dan sebagainya, tetapi bukan guna untuk memotong pagar jiran sebelah rumah. Kita guna gam untuk menampal barang-barang keperluan, bukan untuk menghidu dan menjadi khayal.

Ketahui rahsia bagaimana kalian boleh jana RM10,000 dengan menulis E-Book. Segalanya didedahkan secara eksklusif secara Zoom
Ketahui rahsia bagaimana kalian boleh jana RM10,000 dengan menulis E-Book. Segalanya didedahkan secara eksklusif secara Zoom Meeting pada Isnin, 10 Januari 2022 (8.30-10.30 malam). Ikutkan kelas ini harganya RM799, namun kalian daftar dengan hanya RM99 sahaja hari ini. Lekas tekan link di bawah: https://bit.ly/32QZ0ZK https://bit.ly/32QZ0ZK https://bit.ly/32QZ0ZK

Bantu sahaja ahli keluarga terutama adik beradik. - sama ada mereka senang atau susah, bantu sahaja. - jika mereka orang kaya, hantar hadiah seperti makanan, pakaian untuk anak-anaknya. - jika mereka bukan orang senang, beri bantuan duit, makanan dan hadiah-hadiah. - walaupun jika mereka pernah sakitkan hati kita, bantu sahaja, berhenti rasa mereka tak perlu dibantu jika mereka buat perangai sekian-sekian. - bantu, dapat pahala. - bantu, dapat kelapangan jiwa. - bantu, Allah bantu lebih banyak kepada kita. Kunci rezeki ini tak ramai yang perasan. Membantu keluarga terlebih dahulu adalah kunci besar kepada banyaknya pintu rezeki. Buat terus hari ini kawan-kawan. Sekarang dah mudah, hanya klik-klik sahaja di mana-mana laman beli belah. Tanya diri sendiri, ada tak simpan alamat adik beradik? Jika ada alhamdulillah. Jika belum ada, tanya terus. Beritahu nak hantar sedikit makanan. Menggembirakan ahli keluarga akan meluaskan pintu rezeki. Buat terus jom. Bismillah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Keluarga adalah segalanya.

Crowd bermaksud mengumpulkan pengikut di akaun media sosial kita dengan menggunakan nilai-nilai manusia biasa. Sebagai contoh, kita guna media sosial ini untuk bersosial dan untuk berniaga. Kita merupakan orang yang suka bersukan, namun kita menjual produk makanan. Maka di media sosial kita boleh cerita hal sukan melalui menulis #content. 1. Tips diet. 2. Tips stretching. 3. Hebahan tentang sukan / joging / maraton. 4. Teknik senaman yang betul. 5. Teknik kuruskan badan, kecilkan pinggang, menggunakan senaman. 6. Cerita tentang ikon sukan untuk naikkan semangat orang. 7. Kawasan sukan / riadah. 8. Alatan sukan yang disukai, kedai mana yang murah. 9. Resipi diet / sihat. 10. Ulasan orang sukan tentang itu ini hal-hal kesihatan dan diet. Dan banyak lagi. Lalu kalian akan dikerumuni oleh orang yang suka sukan, suka diet, suka post-post kalian yang banyaknya “to educate, to inform dan to inspire” dan terus orang akan klik butang follow. Dalam seminggu, up 3-4 kali posting begini. Selit-selitlah produk makanan kalian di antara posting itu. Follower dapat, jualan pun dapat. Di media sosial, tak pernah jadi satu kesalahan untuk muat naik perkara kita suka walau bisnes kita berbeza. Yang kita suka itu kehidupan kita. Itu orang nak tengok dan follow. Dan apabila orang itu sudah follow, dia setia, maka kita jual apa-apapun dia akan beli. Faham kan? Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita bina crowd sama-sama.

LAST CALL GAIS! Content Mapping Masterclass akan mula sebentar lagi 9.30 pagi. Jom cepat-cepat daftar. Mana yang risau tak se
LAST CALL GAIS! Content Mapping Masterclass akan mula sebentar lagi 9.30 pagi. Jom cepat-cepat daftar. Mana yang risau tak sempat tu, boleh tonton rakaman dan ajukan soalan dalam Group Support Telegram Kelas. Tekan link ini: https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH

Untuk dapatkan “direction” yang betul dalam berbuat apa-apa, kalian perlu lakukan ini: 1. Ada mentor yang tahu, arif, faham dan ada pengalaman. Pastikan dia adalah mentor yang betul. Bukannya orang yang kalian jumpa di mana-mana atau kawan yang tak tahu apa-apa. Kesilapan di sini biasanya kalian terus cakap kepada keluarga dan rakan yang tak tahu apa yang kalian nak buat. Jadi kalian akan terima maklum balas yang negatif. Cari mentor! 2. Masuk berbagai kelas. Direction ini merujuk kepada hala tuju syarikat. - nak buat apa. - nak jual apa. - market share bagaimana. - bagaimana nak jual. - di mana nak jual. - siapa nak jual Semua soalan ini perlu dijawab di dalam kelas berbeza dan modul berbeza. 3. Team yang sekepala. Pastikan ada kumpulan yang saling tolak ansur dan saling respek antara satu sama lain. Jika kita utamakan hormat sesama kita, maka jawatan yang besar akan hormat jawatan yang kecil. Sama juga keadaannya. * 3 perkara ini wajib. Ingat kawan, biar lambat, janji kita tak buat jahat. Perlahan-lahan membina hala tuju, terus buat baik kepada semua orang dalam lorong yang kita pilih ini, jika dah cantik dan tersusun, Allah pasti bantu! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kaya sama-sama jom!