Study Tips & Notes
Ir al canal en Telegram
𝘄︩︪࣪𝗐࣭𝗐.᥉tᥙdᥡtιρ᥉ᥲᥒdᥒ᥆tᥱ᥉.𝗰ֹ۪ᦅ۪ꭑ॒࣪ ★ ━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━ ◍◉◌ キ study stuffs and more !! 🌷 ꤥ helper ፧ @stnofficial_bot ꤥ assistant ፧ @stnlive_bot ω thanks for your support🌷 ◍ ━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━ ◍◉◌
Mostrar más2 781
Suscriptores
-324 horas
-97 días
-2430 días
Archivo de publicaciones
2 780
Batch 08,
9 jam remaining. Today is the day. Result spm 2025.
Ingat, walau apa pun yang awak dapat nanti, first sekali bersyukur. Inilah takdir yang tuhan dah tetapkan untuk kita. Terima dengan seadanya.
Jikalau bersedih, tak mengapa. Tetapi bangkitlah untuk berusaha mencapai kejayaan yang diimpikan.
Spm, satu permulaan.
Good luck semua 🫶
2 780
Doa dan Zikir untuk Anak Menghadapi Peperiksaan
Ya Allah,
Permudahkan anak-anak kami menduduki peperiksaan. Kami memohon kepada-Mu, ya Allah, bantulah anak-anak kami utk sentiasa tenang & mengingati diri-Mu semasa menempuhi peperiksaan.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan yang baik, berikan kekuatan daya ingatan, kurniakan ketajaman akal fikiran kpd anak-anak kami sepanjang peperiksaan berlangsung. Permudahkanlah mereka dalam menjawab setiap soalan. Berikanlah ketenteraman hati & diri kepada anak ii ketika menjawab soalan dan jauhkan lah anak ii daripada rasa resah dan gelisah.
Ya Allah,
Kurniakan anak ii kami yg soleh & solehah serta cemerlang di dunia dan di akhirat. Tetapkan Iman & Agama anak ii utk menghadapi sebarang ujian serta dugaan-Mu. Hanya pada-Mu kami berserah Ya Allah. Terima Doa & Amalan kami Ya Allah. Ya Allah, Perkenankanlah doa-doa kami ini.
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Zikir yang Disarankan
(Dipetik daripada Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa)
1. Zikir:
اللَّهُمَّ يَا عَلِيمُ يَا حَكِيمُ يَا رَشِيدُ (40 kali)
Bicara hati:
“Ya Allah, alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik.”
2. Zikir:
اللَّهُمَّ يَا ظَاهِرُ (40 kali)
Bicara hati:
“Ya Allah, nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Engkau Maha Menampakkan.”
3. Zikir:
اللَّهُمَّ يَا فَتَّاحُ (40 kali)
Bicara hati:
“Ya Allah, bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul.”
4. Zikir:
اللَّهُمَّ يَا بَارِئُ (40 kali)
Bicara hati:
“Ya Allah, aku serahkan seluruh jiwa raga anakku hanya kepada-Mu. Engkau uruskanlah sebaik-baiknya sepanjang dia menghadapi peperiksaan ini. Aturlah otak, minda, dan jari-jemarinya dengan pimpinan-Mu, ya Allah.”
“Aku yakin hanya kuasa-Mu, ya Allah. Aku tiada daya.”
Zikir ini boleh diulang sepanjang anak menghadapi peperiksaan. Bayangkan anak-anak sedang menjawab dengan tenang dan tersenyum.
2 780
Repost from ☁️CLOUDY NOTES☁️
KAD DABUS SEJARAH!
CARA MENJAWAB SOALAN KBAT DENGAN MUDAH❗️❗️
SCORE +A DALAM SEJARAH
@studyroom777
2 780
Assalamualaikum and hi someone here!
Saya nak minta doa kamu semua boleh? Sempena 10 malam terakhir,
Mama saya sakit diabetes, kena dialisis sebab buah pinggang dia dah rosak, dia dah tua wak, dengan darah tinggi lagi. Jadi,mengikut kajian, paling lama boleh hidup hanya max setahun (tapi tiada yang mustahil dengan kuasa tuhan kan?)
Jadi tolong doakan mama saya ya? Harini dia tak sihat dah la kena dialisis time puasa terus lemah takle bangun🥹 Dialisis so mahal yow beratus and kami tak mampu,kami mohon zakat and alhamdulillah dapat la jugak cover sikit 🥲
Jadi sempena 10 malam terakhir saya nak minta jasa awak semua doakan mama saya sembuh sepenuhnya, kalau tak dapat pun lebih baik dari keadaan dia yg sekarang, to be honest, saya tak sanggup tengok dia dialisis berjam-jam. 4 Kali seminggu. Lagi lagi bulan puasa ni Allah 😭
P/s: dialisis ialah proses mencuci darah guna mesin, means Ade tiub yg akan dipasang pada leher Dan akan sedut darah untuk cuci and masuk balik badan
Saya anak sulung Dan saya tak mampu nak kuat mcm orang lain kalau hilang mak atau ayah, saya ada adik yang nak dijaga juga, jadi doakan tau🫶
Hope all hajat korang tercapai pada 10 malam terakhir ni and batch 08,spm straight A+ !
Terima kasih 🥹🫶
2 780
Repost from 𝘕𝘖𝘛𝘈 & 𝘔𝘖𝘋𝘜𝘓 𝘚𝘗𝘔 𝘒𝘚𝘚𝘔 08 // 09 ♡︎ 🇲🇾🇵🇸
ramadan ni masa yang istimewa.. bukan sekadar puasa perut, tapi puasa hati dan jiwa.. setiap waktu awak berdoa, setiap ayat Quran yang awak baca, Allah tengah dekat dengan awak..
ini masanya awak mintak yang terbaik.. untuk diri sendiri, keluarga, dan masa depan awak.. doa awak jangan putus, walau sibuk belajar.. setiap usaha awak, walau kecil, akan Allah nilai..
jangan takut untuk bercita-cita tinggi.. sebab ramadan ni Allah lebih dekat untuk dengar permintaan awak..
ingat, kejayaan bukan datang bergolek.. ia datang bila awak usaha, sabar, dan doa bersungguh sungguh.. jadii, sambil awak siapkan nota, sambil awak ulang kaji, luangkan masa untuk berdoa juga.. Allah akan tunjukkan jalan yang terbaik untuk awak, inshallah dengan izin Allah swt..
✨ masa ni lah untuk awak doa apa yang awak nak.. untuk ilmu, kejayaan, dan hati yang tenang..✨
