Nik Fatma Amirah
Ir al canal en Telegram
Ustazah Nik Fatma Amirah merupakan pelajar PhD dan Pengasas Mutiara Tadabbur serta Dreamteam Tadabbur Centre
Mostrar más2 934
Suscriptores
-124 horas
+67 días
-230 días
Archivo de publicaciones
2 933
+7
Buku Kunci Tadabbur 30 Juzuk Al-Quran menemani hari Jumaat hari ini.
Hari kita kembali kepada Surah al-Kahfi.
https://bit.ly/KunciTadabbur30JuzAlQuran2026
2 933
Kita risau kalau telefon diperiksa.
Kita risau kalau akaun diaudit.
Tapi pernah tak kita fikir...
Suatu hari nanti, seluruh hidup kita akan dibuka di hadapan Allah?
Bukan hanya apa yang kita buat.
Tetapi juga apa yang kita sengaja abaikan.
Integriti bermula apabila kita berbuat benar walaupun tiada siapa melihat.
Daftar di : https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/Integriti/3
2 933
Assalamualaikum sahabat-sahabat semua, buku terbaru Ustaz Ad-dien bertajuk Nabi SAW Bercerita Tentang Perempuan ini akan dibuka untuk pembelian secara online tak lama lagi. Saya akan share link apabila buku dah masuk website nanti. Masuk waiting list ini supaya anda tidak terlepas info 👇
https://www.wasap.my/60183717372/NabiBerceritaTentangPerempuan
2 933
Lepas dah beli buku di PBAKL, what's next?
Keseronokan ke PBAKL sepatutnya bukan hanya terhenti dengan kenangan kita dapat beli buku yang kita perlukan, dapat selfie dan bergambar dengan penulis buku, dapat berhabis ratusan malah ribuan ringgit untuk buku-buku, tetapi yang lebih penting adalah pengurusan masa untuk menelaah buku-buku yang telah dibeli.
Selepas menelaah buku-buku tersebut, bukan sahaja kita mahu pengetahuan kita sahaja bertambah, malah amal dan juga improvement dalam kehidupan kita yang kita harapkan.
Saya seorang suri rumah dan dalam masa yang sama sedang menyambung pengajian peringkat PhD dan mengendalikan kelas-kelas tadabbur al-Quran.
Selain membaca hal-hal berkaitan dengan thesis dan kelas, saya cuba selitkan masa untuk baca buku-buku lain seperti buku parenting, sirah, self help, kewanitaan & keibuan dan sebagainya.
Seperti mana perkara lain kita ada perancangannya, begitulah juga dengan membaca.
Kita perlu ada perancangan, setahun nak baca berapa buku, sebulan, seminggu? kalau tak, buku yang dibeli tu berhabuk macam tu saja kat rak.
Dan yang lebih menyedihkan jika buku yang dibeli di PBAKL tahun lepas pun masih belum terusik dan masih dibaluti plastik.
Ok, lepas beli buku di PBAKL, what's next? Ni antara yang saya cuba buat:
1- Saya kelaskan buku-buku ikut genre/tema. Contoh parenting, tadabbur, self-help dan sebagainya.
2- Buat perancangan mingguan/bulanan. Contohnya buku yang ditarget nak dihabiskan dalam sebulan, berapa page/berapa bab yang perlu dibaca dalam sehari.
3- Memilih untuk baca buku yang sesuai pada masa yang sesuai. Seperti saya, hujung minggu, apabila ada dengan anak-anak di rumah, biasanya saya akan baca buku-buku ringan atau buku tentang parenting/ilmu didik anak. Pemilihan masa sangat penting, supaya kita dapat baca dan mudah dapat apa penulis sampaikan.
4- Saya banyak juga keluar apabila perlu ambil anak dari sekolah/tadika dan juga kelas-kelas yang anak saya sertai. Jadi dalam kereta, saya khususkan ada buku yang boleh dibaca dalam perjalanan. Jangan bazirkan masa.
5- Sebagai pembaca buku, kita perlu kritis dan teliti. Apabila buku yang dibaca ada kesilapan dari sudut idea, penulisan, teknikal, kita mesti sampaikan teguran kepada penulis.
6- Nak anak-anak minat membaca, kita sebagai ibu ayah dahulu perlu minat dan budayakan dalam keluarga. Semoga anak-anak kita juga menjadi insan yang cintakan ilmu.
7- Jangan tunggu ada masa baru nak baca buku. Jangan tunggu ada masa yang sempurna baru nak buka buku. Bacalah walaupun di tepi anak-anak, dapat beberapa helaian pun dah cukup.
8- Henset kita adalah penghalang sebenar untuk kita khusyuk membaca. Jadinya tips semasa membaca, henset letak jauh-jauh.
Semoga kita dapat grow dan jadi lebih baik dengan membaca.
Nik Fatma Amirah
2 933
+6
Alhamdulillah makin banyak karya Almarhum Sheikh Solah al-Khalidi diterjemahkan, diadaptasikan dan ditahzibkan dalam Bahasa Melayu.
Memudahkan masyarakat awam khususnya di Malaysia untuk memanfaatkan karya beliau.
Terima kasih dan tahniah Prof Dr Basri Ibrahim dari UniSIRAJ untuk buku terbaru ini. Sempat saya dan suami dapatkan di Reruai MAPIM (UniSIRAJ). Kebetulan kitab ini menjadi rujukan utama tesis PhD saya.
Buku ini ditahzib dari kitab Almarhum Sheikh Solah al-Khalidi iaitu Kitab Mawāqif al-Anbiyā’ fī al-Qur’ān yang mengupas tentang persoalan-persoalan yang wujud dalam kisah-kisah Nabi.
Almarhum Dr Sheikh Solah al-Khalidi mengetengahkan sebanyak 164 persoalan di dalam kitab ini dan dihuraikan dengan tuntas menyerlahkan lagi ketokohan beliau dalam tafsir.
Seronok baca dan dapat menjernihkan salah faham kita terhadap kisah nabi. Jemput dapatkan ya sahabat-sahabat. Dua hari lagi akan berakhir PBAKL.
Nik Fatma Amirah
t.me/nikfatmaamirah
2 933
*Dua hari lagi akan berakhir PBAKL*
Bagi yang tak sempat pergi, boleh dapatkan secara online di sini👇
1- Buku Paradigma Ibrah
https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/Buku/3
2- Buku Tadabbur Centre
https://tadabburcentre.onpay.my/order/form/PBAKL2026/11
3- Buku Ikon Syabab
https://ikonsyabab.onpay.my/order/form/PBOIkonSyabab/59
4- Buku Faqih
https://abbascentre.onpay.my/order/form/PBAKL26/3
5- Buku-buku IMAN
https://www.imanshoppe.com/?ref=NikFatma91
6- Buku Karya PIS
https://karyapis.com/?aff=NikFatma
Atau jemput follow telegram ini t.me/madanibookstore
Sebarkan. 🌹
2 933
✨ Sudahkah kita benar-benar memahami Al-Quran yang kita baca setiap hari?
Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, ditadabburi dan dijadikan panduan dalam kehidupan. 📖🤍
Jom kita sama-sama mendalami ayat-ayat Allah dan juga peluang mempelajari kaedah berinteraksi dengan ayat AlQuran melalui program Tadabbur Tour @ WTCKL: Mencari Diri Dengan Tadabbur bersama Tuan Haji Fazrul Ismail (Pentadabbur MyQuranTime di TV9, Astro OASIS & TV Al Hijrah)
🍃In Shaa Allah ;
📅 Pada: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
🕰 9am - 4.15pm
📍 Di Dewan Tun Dr Ismail, World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL)
💰Yuran Pendaftaran :
RM80 (termasuk packed lunch)
RM40 (online sahaja)
🌿 Belajar memahami mesej Al-Quran, menghayati hikmah di sebalik ayat-ayat-Nya dan membina hubungan yang lebih dekat dengan Allah SWT.
Tempat terhad. Daftar sekarang dan ajak keluarga serta sahabat untuk bersama-sama merasai pengalaman tadabbur yang membuka hati dan jiwa ✨🌷
https://yayasanummimalaysia.onpay.my/order/form/TadabburTour/27
2 933
Kadang-kadang kita penat. Terlalu banyak yang difikirkan. Masalah keluarga, pekerjaan, kewangan, kesihatan atau perkara-perkara yang hanya kita dan Allah sahaja tahu. Ada masa kita cuba kuat, tetapi hati tetap terasa sesak.
Saat itu, ingatlah zikir Nabi Yaakub a.s.:
إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ
"Sesungguhnya aku mengadukan kesusahan dan dukacitaku hanya kepada Allah."
(Yusuf: 86)
Nabi Yaakub a.s. sendiri pernah melalui kesedihan yang sangat mendalam. Namun baginda tidak menjadikan manusia tempat bergantung sepenuhnya. Baginda mengadu, merintih dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah.
Tidak semua perkara perlu diceritakan kepada manusia. Ada luka yang lebih tenang apabila dibawa terus kepada Allah, kerana hanya Dia yang mengetahui apa yang sedang kita rasa dan hanya Dia yang mampu membuka jalan keluar yang tidak pernah kita sangka.
Mengadulah kepada Allah. Sebanyak-banyaknya. Damaikan hati dengan Doa & Zikir Penenang Jiwa
https://abbascentre.onpay.my/order/form/PBAKL26/3
2 933
‼️BAKI SEJAM SAHAJA LAGI SEBELUM TAMAT HARGA PRE-ORDER
Jemput pre-order buku terbaru Kunci Tadabbur 30 Juzuk Al-Quran karya Ustaz Fakhri Fadzli 👇
Website IMAN: https://bit.ly/KunciTadabbur30JuzAlQuran2026
Shopee: https://s.shopee.com.my/2LVDtGwjLm
Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS9YFwUbH3rKY-HloJc/
Set lengkap Jilid 1&2 RM105 sahaja (Jimat Rm35)
HARI INI LAST DAY HARGA PRE-ORDER (JAM 12)
2 933
Allah ada cara untuk makbulkan doa kita. Cepat atau lambat, semuanya dalam pengetahuan Allah. Jangan putus asa dalam berdoa. Tiada doa yang sia-sia.
2 933
Kelebihan berdoa pada Hari Arafah sudah bermula dari maghrib semalam. Ayuh banyakkan doa hari ini. Semoga Allah mustajabkan permintaan dan doa-doa kita semua. 🤲
2 933
5 penyakit diubati dengan sebaik-baik zikir ini.
لآ إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
1- Bergantung pada tuhan palsu
2- Syirik jelas atau tak jelas
3- Rasa memiliki atau mengawal
4- Kufur/tak bersyukur/hasad/suka dipuji
5- Putus harap & tidak terima takdir
(Perkongsian Ustaz Fazrul Ismail)
Sama-sama banyakkan baca zikir ini di Hari Arafah hari ini.
t.me/nikfatmaamirah
2 933
Untuk wanita yang sedang dalam haid dan nifas, boleh ambil peluang untuk buat amalan ini semasa Hari Arafah hari ini antaranya: berzikir, dengar tilawah dan tadabbur al-Quran, sediakan makanan berbuka untuk keluarga & banyakkan berdoa.
2 933
Jangan terikat dengan waktu wukuf baru nak berdoa. Berdoalah sepanjang Hari Arafah iaitu hari ini 9 Zulhijjah. Kerana Nabi SAW sebut dalam hadis "Sebaik-baik doa adalah pada Hari Arafah". Semoga Allah mustajabkan semua doa-doa kita 🤲
2 933
Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)]
Ayuh, ambil peluang untuk bertaubat, istighfar dan doa bersungguh-sungguh sepanjang hari ini.
Putuskan hubungan kita dengan gajet buat sementara supaya kita dapat fokus berdoa.
Semoga Allah mustajabkan doa kita, aameen.
t.me/nikfatmaamirah
2 933
LAST CALL ‼️
Sejam terakhir sebelum pendaftaran tutup Jam 11.59 malam ini.
Sahabat-sahabat yang nak buat Qurban last minute, boleh terus layari 👇
https://bit.ly/QurbanMekah2026
Rm599 sahaja seekor kambing. Qurban di Makkah bersama Aqiqah Centre.
Jangan lupa masukkan kod qurbanku untuk tambahan diskaun 5%.
2 933
+1
Buku tentang doa oleh Ustaz Fakhrul Islam
Setidak-tidaknya Kita Masih Punya Doa https://vt.tiktok.com/ZS9YsYtfyoBuT-nr3hN/
¡Ya disponible! Investigación de Telegram 2025 — los principales insights del año 
