ch
Feedback
Nik Fatma Amirah

Nik Fatma Amirah

前往频道在 Telegram

Ustazah Nik Fatma Amirah merupakan pelajar PhD dan Pengasas Mutiara Tadabbur serta Dreamteam Tadabbur Centre

显示更多
2 941
订阅者
+124 小时
+87
+1630
帖子存档
Dapat markah penuh peperiksaan, tapi simpan sendiri. Ada masalah di sekolah, pun diamkan saja. Bila ditanya kenapa? "Sebab takut ayah dan bonda busy... busy dengan phone, busy layan adik-adik." Allahu. Kadang-kadang tanpa sedar, kita terlalu sibuk menguruskan adik-adik yang lebih kecil, sampaikan kita terlepas pandang hati seorang anak sulung yang sedang membesar. Kita anggap mereka sudah matang, tapi hakikatnya mereka juga perlukan perhatian, masa, dan telinga kita. Buku 'Maafkan Ibu, Anak Sulung' menyelami realiti ini. Ia bukan untuk menghukum, tetapi untuk menyedarkan kita kembali tentang luahan hati yang sering mereka pendam. Sebuah naskhah yang membantu ibu ayah memahami, membantu anak memaafkan, dan membantu sebuah keluarga saling memeluk. Buku kini sedia untuk dimiliki! Dapatkan sekarang: https://bit.ly/MaafkanIbuAnakSulung2026

Langganan Rakaman Borak Fiqh: Darah Wanita masih dibuka. Kelas secara live akan berlangsung Ahad ini, namun sudah penuh dan ditutup. Bagi yang nak langgan rakaman masih boleh ya. Kami akan emailkan rakaman 3 hari selepas program. Langgan di sini: https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/RAKAMANBORAKFIQHDARAHWANITA/1

Siri kelas terbaru, kisah Nabi Ibrahim AS. Sebuah cerita yang penuh kompleksiti dari usia muda hingga tua. Banyak episod kesu
Siri kelas terbaru, kisah Nabi Ibrahim AS. Sebuah cerita yang penuh kompleksiti dari usia muda hingga tua. Banyak episod kesunyian, persoalan yang panjang, dibuang oleh ayah sendiri, dibakar hidup-hidup, dan akhirnya bersendiri dan membangun keluarga. Lahir dalam broken home, tetapi break the cycle. Putuskan kitaran trauma. Pulihkan segala keretakan. Ogos ini. Kelas pada 8 dan 15 Ogos. Pendaftaran bermula 27 Julai. Jemput ikuti bersama. Masuk waiting list ini supaya anda tidak terlepas info 👇 https://www.wasap.my/60183717372/WLKelasIbrahim

Tadi menelusuri page 31 sehingga 40 untuk Silibus Quran Cover To Cover TOTIQ. Banyak ayat hukum yang kami singgah tadi. Antar
+4
Tadi menelusuri page 31 sehingga 40 untuk Silibus Quran Cover To Cover TOTIQ. Banyak ayat hukum yang kami singgah tadi. Antaranya tentang perceraian, haid, penyusuan dan sebagainya. Dan yang paling terkesan adalah ayat 238 Surah al-Baqarah. { حَٰفِظُواْ عَلَى ٱلصَّلَوَٰتِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلۡوُسۡطَىٰ وَقُومُواْ لِلَّهِ قَٰنِتِينَ } Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. Ayat ini hadir selepas ayat tentang konflik dalam rumahtangga, tentang iddah, talaq, nafkah dan sebagainya. Disebalik kegelisahan perceraian, Allah mengingatkan agar hubungan denganNya tidak putus. Solat punca ketenangan yang sebenar. Jazakillah khairan Dr Sharifah Mastura Syed Mohamad berkongsi dengan kami semua tadi. #TOTIQ5 #YayasanUmmiMalaysia

photo content
+9

photo content
+9

Kelas TOTIQ pagi tadi mengingatkan saya kepada Kelas Ulum al-Quran yang saya lalui semasa tahun pertama zaman mahasiswa di UIA dulu. Alhamdulillah Allah rezekikan belajar dengan Dr Sofiah Samsudin. Pada ketika itu kami banyak menggunakan Kitab Mabahith fi Ulum al-Quran karya Manna' al-Qattan. Belajar tentang ulum al-Quran ni seronok. Kita akan tahu tentang penamaan surah, asbab al-Nuzul, Makki Madani, Nasakh Mansukh dan sebagainya. The Science of al-Quran. Dalam Tadabbur BDQ Level 3 para peserta perlu merujuk karya tafsir dan ulum al-Quran untuk tahu lebih lanjut tentang ayat yang akan di tadabbur. Bermulalah fasa yang lebih kritikal bukan hanya bergantung kepada terjemahan semata-mata. Terima kasih Dr Sharifah Mastura Syed Mohamad berkongsi dengan kami tentang penamaan surah dan kaitan dengan ayat al-Quran yang ada nama surah tersebut. Hanya dua surah sahaja dalam al-Quran yang namanya tidak disebutkan dalam ayat-ayat surah tersebut iaitu Surah al-Ikhlas dan juga Surah al-Fatihah. Untuk penamaan surah, ada sesetengah surah yang ada satu nama dan ada surah yang mengandungi beberapa jenis nama. Antara buku yang boleh dirujuk tentang ini adalah kitab Dirasaat fi Ulum al-Quran karya Prof. Dr. Fahd bin Abdurrahman bin Sulaiman Ar-Rumi juga buku Terjemahan Tadabbur al-Quran oleh Syeikh Adil Muhammad Khalil. Tadi saya jumpa satu pdf tentang Nama-nama Surah al-Quran. Boleh rujuk di link ini: https://www.muslim-library.com/books/ar_asmaa_soar_alquran.pdf Semoga Allah membuka lebih luas pintu kefahaman al-Quran untuk kita semua. Nik Fatma Amirah Peserta TOTIQ Batch 5 #TOTIQ5 #YayasanUmmiMalaysia

HARAP MAAF, PENDAFTARAN SUDAH DITUTUP ⛔ Tapi kami baru sahaja membuka pembelian untuk yang berminat melanggan rakaman sahaja.
HARAP MAAF, PENDAFTARAN SUDAH DITUTUP ⛔ Tapi kami baru sahaja membuka pembelian untuk yang berminat melanggan rakaman sahaja. Jemput langgan di sini: https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/RAKAMANBORAKFIQHDARAHWANITA/1 Ps- Rakaman akan diemailkan dalam masa 3 hari selepas program

4 SEAT TERAKHIR UNTUK PENDAFTARAN BORAK FIQH: DARAH WANITA https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/BORAHFIQHDARAHWANITA/1

11 SEAT TERAKHIR UNTUK PENDAFTARAN BORAK FIQH: DARAH WANITA https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/BORAHFIQHDARAHWANITA/1

Buku Terbaru Bonda Umirah Maafkan Ibu, Anak Sulung Rm49 sahaja. https://bit.ly/MaafkanIbuAnakSulung2026
Buku Terbaru Bonda Umirah Maafkan Ibu, Anak Sulung Rm49 sahaja. https://bit.ly/MaafkanIbuAnakSulung2026

photo content
+4

photo content
+9

Ustaz Faiz memulakan sesi pembelajaran kelas Bahasa Arab pagi ini dengan satu hadis yang mengingatkan kami untuk sentiasa betulkan niat. Hadis tersebut menyebutkan 3 golongan yang terbaik, tetapi akhirnya balasan neraka menanti. Mereka syahid, mereka mengajarkan al-Quran dan mereka suka bersedekah tetapi Allah kata mereka ini berdusta kerana niat yang terpesong. Pentingnya niat yang betul dalam setiap perkara yang kita buat dalam kehidupan kita. Ini kelas pertama untuk modul Bahasa Arab. Saya mengimbau kembali kenangan belajar Bahasa Al-Quran ini semasa di UIA dulu. Hari ini kami didedahkan mengapa perlu belajar Bahasa Arab untuk faham al-Quran? 1- Rasul diutuskan dari bangsa arab 2- Bahasa yang tepat dan ringkas 3- Ketetapan Allah Kata Umar al-Khattab: "Pelajarilah Bahasa Arab kerana ia adalah sebahagian daripada agama kamu" Sepanjang TOTIQ ini insyaAllah akan cuba manfaatkan kitab al-Mufradaat fi Gharib al-Quran karya Ar-Raghib al-Asfahani untuk menghafaz sebanyak mungkin root word al-Quran beserta maksud. Juga kitab al-Siraj fi Bayan Gharib al-Quran karya Sheikh Khudhairi. Perlu ada buku log mufradat al-Quran. Jazakallah khairan Ustaz Faiz berkongsi dengan kami pagi ini. Nik Fatma Amirah Peserta TOTIQ Batch 5 #TOTIQ5 #YayasanUmmiMalaysia

Tidak semua kemenangan diraikan dengan sorakan. Ada kemenangan yang diraikan dengan sujud. Itulah didikan Surah An-Nasr. Apab
Tidak semua kemenangan diraikan dengan sorakan. Ada kemenangan yang diraikan dengan sujud. Itulah didikan Surah An-Nasr. Apabila pintu kejayaan terbuka, hati tidak menjadi besar. Sebaliknya lidah dipenuhi tasbih, istighfar dan syukur kepada Allah. Moga Allah mengurniakan kita kemenangan yang membawa pulang hati kepada-Nya. Jazakallah khairan Ustaz Syaari Ab Rahman berkongsi dengan kami Tadabbur Surah al-Nasr. Saya sertakan di bawah ini infografik hasil perkongsian Ustaz semasa Kuliah Tadabbur Centre: Erti Kemenangan Sebenar. Semoga bermanfaat. Nik Fatma Amirah Pengasas Mutiara Tadabbur

Meneruskan lagi sesi Quran Cover To Cover (Sesi 2). Malam ini fokus mukasurat 11-20. Alhamdulillah. #TOTIQ5 #YayasanUmmiMalay
+3
Meneruskan lagi sesi Quran Cover To Cover (Sesi 2). Malam ini fokus mukasurat 11-20. Alhamdulillah. #TOTIQ5 #YayasanUmmiMalaysia

Saya jarang menyertai kelas Coach Jamil. Tapi kelas dua jam pagi ni memang owesome. Sebelum ni mentadabbur secara tiada disip
+4
Saya jarang menyertai kelas Coach Jamil. Tapi kelas dua jam pagi ni memang owesome. Sebelum ni mentadabbur secara tiada disiplin. Tapi apabila ada guideline mentadabbur yang diajarkan, mudah untuk praktikkan untuk diri sendiri dan saya rasa mudah nak ajarkan anak-anak saya untuk mentadabbur. Alhamdulillah. Saya bersangka baik dengan takdir Allah menemukan TOTIQ selepas saya lama berada dalam gua fokus tesis PhD. Terasa banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari, kekadang bukan untuk diri sendiri semata-mata, tetapi untuk anak-anak dan keluarga. Semoga Allah sentiasa membuka pintu kefahaman al-Quran dan Tadabbur untuk kita semua. Terima kasih Coach Jamil membimbing kami tadi. Nik Fatma Amirah Peserta TOTIQ Batch 5 Pengasas Mutiara Tadabbur #TOTIQ5 #YayasanUmmiMalaysia