El servicio también está disponible en tu idioma. Para cambiar el idioma, pulseEnglish
Best analytics service

Add your telegram channel for

  • get advanced analytics
  • get more advertisers
  • find out the gender of subscriber
Categoría
Ubicación del canal e idioma

audience statistics Islam Itu Indah

sampai kan walaupun satu ayat 
30 934-4
~1 850
~48
5.98%
Calificación general de Telegram
Globalmente
97 307lugar
de 6 943 407
7 050lugar
de 409 864
En categoría
90lugar
de 971

Género de suscriptores

Averigua cuántos suscriptores masculinos y femeninos tienes en el canal.
?%
?%

Idioma de la audiencia

Descubre la distribución de los suscriptores de canales por idioma
Ruso?%Inglés?%Árabe?%
Crecimiento del canal
GráficoTabla
D
W
M
Y
help

La carga de datos está en curso

Duración del usuario en el canal

Descubra cuánto tiempo permanecen los suscriptores en el canal.
Hasta una semana?%Viejos?%Hasta un mes?%
Ganancia de suscriptores
GráficoTabla
D
W
M
Y
help

La carga de datos está en curso

Since the beginning of the war, more than 2000 civilians have been killed by Russian missiles, according to official data. Help us protect Ukrainians from missiles - provide max military assisstance to Ukraine #Ukraine. #StandWithUkraine
Saydina Uthman Affan r.a berkata; Ada 10 perkara yang disia-siakan: 1. Orang yang berilmu tapi tidak dimanfaatkan. 2. Ilmu yang ada tidak diamalkan. 3. Pendapat yang benar namun tidak diterima. 4. Senjata yang ada tidak digunakan. 5. Masjid yang tidak ditegakkan solat di dalamnya. 6. Mushaf Al-Quran yang tidak dibaca. 7. Harta yang tidak diinfakkan. 8. Kenderaan yang tidak dipakai. 9. Ilmu tentang kezuhudan bagi pencinta dunia. 10. Usia panjang yang sia-sia untuk bekalan akhirat. Semoga nasihat ini bermanfaat..
Mostrar más ...
1 132
16
Hujan turun...tidak pernah menunggu sama ada kita telah atau belum sediakan payung. Demikian pula kematian...ia akan datang menjemput setiap saat, tak peduli sama ada kita telah atau belum siap menyambutnya. Jika Hari ini kita masih lagi boleh berbicara, Maka bicaralah yang baik-baik. Jika Hari ini kita masih lagi boleh bergurau senda, Maka berguraulah dengan penuh kasih sayang. Jika Hari ini kita masih lagi boleh menghirup udara, Maka banyakkan ibadat jauhi maksiat. Jika Hari ini kita masih lagi boleh membaca al-Qur'an, Maka hayatilah makna setiap ayat dengan penuh insaf. Jika Hari ini kita masih lagi boleh solat penuh khusyuk, Maka banyakkanlah doa jangan alpa. Jika Hari ini kita masih lagi boleh bersama insan tersayang, Maka penuhilah dengan rasa kebaikan & sentuhan kasih sayang. Mana tahu esok semuanya tiada lagi Mana tahu esok kita pula akan disolatkan. 😭
Mostrar más ...
1 130
7
Setiap saat setiap detik sentiasa didik hati bersangka baik dengan ALLAH.... Ya kadang2 terbabas tu biasa sebab kita dalam proses perbaiki diri.... Bukan hari ni buat hari selalu akan dapat apa yang kita nak.... Perlu masa dan waktu kadang2 makan masa bertahun tahun.... Ujian setiap orang berbeza beza takkan pernah sama..... Dan kadang2 pasti allah akan uji dengan apa yg kita tak duga...Yakin dgn allah insyaallah pasti akan baik baik saja....
790
8
Suatu saat ALLAH MENYEMPITKAN ...supaya kita tidak hanyut dalam KESENANGAN dan menjadi SOMBONG... Suatu masa ALLAH MELAPANGKAN ..supaya kita BERSYUKUR kepadanya..." Boleh jadi kamu MENBENCI sesuatu padahal ia AMAT BAIK UNTUKMU,boleh jadi kamu MENYUKAI SESUATU padahal ia AMAT BURUK BAGI MU... ALLAH MAHA itu Maha mengetahui .... Sedangkan kamu tidak MENYEDARINYA...
770
7
Sesungguh, Al Qur'an itu memberi petunjuk ke (jalan) yg paling lurus dan khabar gembira kepada orang mukmin yg mengerjakan kebajikan, bahwa mereka akan mendapat pahala yg besar. Dan Sesungguh AL-Qur'an itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman...? Ya Allah..... Jadikanlah Al-Quran sebagai imam..cahaya..hidayah dan sumber rahmat bagi kami… Jadikan lah al quran sahabat karib dan penyuluh kehidupan kami..... Paut dan dekatkan juga hati kami dengan Al Quran... Ya allah.... Selalu jentik hati ini dan Didiklah hati ini supaya sentiasa sandarkan kesedihan dan perit ujian itu hanya pada MU dan sentiasa berpegang teguh dengan kalam MU.... Jadikan lah Al Quran itu juga sahabat baik kami ya allah.. Jadikan juga Al Quran dan Sunnah sebagai pegangan hidup kami ya allah... 👉🏻 Sabda nabi s.a.w: sebaik baik kamu adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya. 👉🏻 Sabda nabi s.a.w : Aku Tinggalkan kepada kamu dua perkara kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dgn kedua duanya iaitu kitab Allah dan sunnah nabi Ya Allah…Kurniakanlah pada hamba kenikmatan membaca kalam Mu sehingga tertutup mata... Yg baik semua itu dari Allah... Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar
Mostrar más ...
689
7
ASSALAMUALAIKUM WBT Empat Bulan Haram عن أبي بكرة نفيع بن الحارث رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ Daripada Abi Bakrah Nafi’ bin al Harith RA, dari Nabi SAW bersabda: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” (HR Bukhari No: 4054) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) bermaksud bulan ini diharamkan berperang dan juga ia adalah bulan yang suci, di mana Allah SWT mengharamkan sebarang kezaliman dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain. 2. Bulan Rejab Mudhor mengikut Syeikh Mustafa al-Bugho, perkataan Mudhor ini dinisbahkan kepada satu kabilah yang dinamakan Bani Mudhor kerana kabilah ini amat menjaga akan pengharaman bulan tersebut berbanding bulan-bulan lain. 3. Imam al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan juga adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. (Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 130/4) 4. Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata’if al-ma’arif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj yang menurut majoriti ulama’ ia berlaku pada 27 Rejab. 5. Bulan Rejab antara empat bulan Haram dimana kita digalak menggandakan setiap amalan yang kita lakukan dalam bulan-bulan tersebut. 6. Kita telah memasuki bulan Rejab, Abu Bakr Al-Balkhi berkata: شَهْرُ رَجَبٍ شَهْرُ الزَّرْعِ وَشَهْرُ شَعْبَانَ شَهْرُ سَقْيِ الزَّرْعِ وَشَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرُ حِصَادِ الزَّرْعِ Bulan Rajab waktu menanam, bulan Syaaban waktu menyiram tanaman dan bulan Ramadhan waktu menuai hasil. Untuk itu, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kita seperti solat sunat, puasa sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi sebagai persiapan bertemu Ramadan nanti. 24hb Januari 2023 02hb Rejab 1444H
Mostrar más ...
878
5
861
2
Sentiasa berpesan kepada anak-anak bahawa solat itu langkah kanan menuju keberkatan hidup. Meninggalkannya adalah kecelakaan umur.
1 504
9
Sudah cukup sekadar kita bersyukur pada rezeki yang kita ada. dan janganlah kita merungut dengan apa yang kita dapat walaupun bukan keinginan kita. sebolehnya kita bersyukur dengan kemampuan yang kita ada .
1 941
12
Bila berpeluang pesan berpesan kepada anak2, lebihkan pesan baiki hubungan dgn Allah, Itulah wasiat termahal.
1 910
8
Hati yang hidup merupakan modal bagi segala kebaikan, sedangkan hati yang mati merupakan modal segala keburukan.
1 862
8
Bila kita kehilangan kawan, jangan sedih seolah-olah kita rasakan tiada orang yang nak berkawan dengan kita. Di mana-mana kita berkawan pun kita akan ditinggalkan.Jangan terlalu rapat kerana apabila sudah rapat dan saling meluah perasaan, apabila terluka akan terasa pedihnya. Kawan yang baik pun belum tentu akan baik selamanya. Kawan yang ada ketika susah pun boleh berubah hati.Jika dia setia, jangan sesekali meninggalkannya. Hidup kita bukan selamanya akan kekal. Tiada sesiapapun bukan pengakhiran dalam hidup. Kita ada Allah. Dia tempat kita mengadu. Jangan sia-siakan hidup kita pada orang yang tidak pandai menghargai.
Mostrar más ...
1 788
9
Kau tau?.... Allah senantiasa menunggu mu disepertiga malam untuk mendengar segala keluh kesahmu. Allah tak pernah lelah untuk mengingatkanmu untuk selalu berada dijalanNya, agar kau tak salah jalan dan melupakanNya. "Dan pada sebahagian malam,lakukanlah sholat tahajud ( sebagai suatu ibadah) Tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan mu mengangkat mu ketempat yang terpuji".(QS.Al-Israa :79 Bangkitlah Disepertiga Malam🤲🏻Sebelum tidur niat utk solat tahajud. Kalau tak tersedar pun kita dah dapat pahala.. Kalau tersedar 1/3 malam bangun la buat solat tahajud byk fadilatnya. Jika tak larat cukup hanya berdoa. Ketika tu Doa sangat mustajab.
Mostrar más ...
1 388
6
Setiap pagi bangkit dari tidur, jangan lupa untuk ucapkan ALHAMDULILLAH kerana Allah masih memberi peluang untuk terus kita menikmati kehidupan di dunia. “Barang siapa yang bersyukur atas nikmatKu maka akan Ku tambah nikmat baginya berlipat ganda dan barang siapa yang ingkar terhadap nikmatKu maka sesungguhnya azabKu sangatlah pedih” [ibrahim : 7]
1 295
7
Salam Jumaat yang penuh Barakah. Selamat Pagi ☻︎ ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Semoga apa saja yang kita lakukan hari ini membawa kebaikan buat kita semua, mudah mudahan peroleh keberkatan dari Yang Maha Esa dan rezeki kita semua berlipat kali ganda. Aaminn..... آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ.
1 171
5
Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuhu. 6️⃣2️⃣ *Hari Lagi Ramadhan* 2️⃣7️⃣ JamaldilAkhir 1444H 2️⃣0️⃣ Januari 2023 *Jumaah Mubarak Sayyidul Ayyam* Zikir harian Imam Ghazali يَا الله YA ALLAH اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Allahumma Sholli'ala Sayyidina Muhammad Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad. Rasulullah ﷺ bersabda, "Orang yang terdekat denganku dihari kiamat adalah yg terbanyak membaca selawat kepadaku." (HR.Tirmizi) لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين La Ilaha Illallah Al-Malikul Haqqul Mubin. بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ “Bismillahilladzi La Yadhurru Ma’asmihi Syai’un fil Ardhi wa Laa fis Sama’i wa Huwas Sami’ul ‘Alim.” "Alhamdulillahil ladzi ahyana ba'da ma amatana wailaihin nusyur".... Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami dikembalikan.....
Mostrar más ...
1 025
1
ASSALAMUALAIKUM WBT Selidik Setiap Ucapan Elakkan Fitnah عَنْ أَبي هُرَيْرَةَ  أَنَّهُ سَمِعَ النَّبيَّ ﷺ يَقُولُ: إنَّ الْعَبْد لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمةِ مَا يَتَبيَّنُ فيهَا يَزِلُّ بهَا إِلَى النَّارِ أبْعَدَ مِمَّا بيْنَ المشْرِقِ والمغْرِبِ Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda : “Seorang hamba apabila dia bercakap tentang satu perkataan yang dia sendiri tidak selidiki (akan kebenarannya), maka dia akan tergelincir ke dalam neraka yang jauhnya adalah sejauh arah timur dan barat.” (HR Bukhari No: 6477) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Setiap yang kita ucapkan mahupun yang kita tulis dan sebarkan pastikan yang benar bukan fitnah atau berbentuk umpatan. 2. Sesiapa yang bercakap mahupun menulis sesuatu yang tidak diselidiki akan kebenarannya boleh menyebabkan ia tergelincir ke dalam neraka. 3. Al-Qastalani berkata: Iaitu kalimah atau ucapan tanpa berfikir keburukan natijah hasil percakapan tersebut. (Lihat Irsyad al-Sari, 9/274) 4. Akhir zaman menyaksikan begitu banyak fitnah dan penipuan berleluasa. Ada pihak yang menuduh tanpa bukti yang kukuh dan ada pihak yang begitu dangkal mempercayai berita yang tiada pucuk pangkalnya. Nabi SAW memberikan amaran kepada sesiapa yang suka bercakap tentang perkara yang tidak diketahui kebenarannya. Firman Allah SWT: إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu.” Surah Al-Nur (11) Ibn Kathir berkata: Firman Allah SWT, “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta,” iaitu dengan dusta, fitnah dan umpat keji. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 6/25) Moga Allah memelihara kita dari begitu mudah memperkatakan sesuatu tanpa diselidiki sama ada ia berbentuk fitnah mahupun umpatan. 20hb Januari 2023 27hb Jamadil Akhir 1444H
Mostrar más ...
1 143
0
1 087
1
Hati yang rapuh tidak boleh menanggung masalah, bahkan masalah kecil sering dilihat besar.
1 380
8
Orang yang letakkan Allah di depan dalam kehidupan dia, kekecewaan takkan pernah hinggap daripada kehidupan dia.
1 303
5
Antara nasihat Sheikh Ali Jaber : 1. Jangan tinggalkan ayatul Kursi selepas solat 5 waktu. Jarak kita dengan syurga hanyalah kematian. 2. Banyakkan selawat kepada baginda Rasulullah pada hari Jumaat melebihi zikir lain. 3. Baca 10 kali surah Al Ikhlas setiap hari. Allah akan mendirikan istana di syurga. 4. Sedekah subuh setiap hari. Allah akan memudahkan urusan dan menambah rezeki. 5. Membaca dan mencintai Al Quran. 6. Membaca surah Al Mulk setiap malam sebelum tidur. Moga kita dapat beramal dan istiqamah. Syurgalah tempatnya. Al fatihah (dibaca) Semoga bermanfaat...
Mostrar más ...
1 456
12
Kita Kuat Kerana Allah Bersama Kita حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nasir Artinya: “Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.” "Jika semua orang menjauh ketika engkau mendapat kesulitan, Maka ketahuilah Allah SWT ingin membuatmu kuat dan ia akan menjadi penolongmu." -Imam Syafi'e- Ingatlah bahawa kekuatan yang kita peroleh itu adalah dari Allah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam....
Mostrar más ...
1 222
9
*🌹RENUNGAN SUBUH🌹* 2️⃣6️⃣ JamaldilAkhir 1444H 1️⃣9️⃣ Januari 2023/Khamis بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــtيم ۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.۞ *DUNIA SEMENTARA, AKHIRAT KAMPUNG YG KEKAL ABADI* Adalah menjadi satu kepastian bahawa kita akan mengakhirkan kehidupan yang sementara ini dengan sebuah kematian yg amat menakutkan tatkala Allah SWT tidak akan memungkiri janji untuk tidak akan diundurkan masa kematian itu walaupun sesaat. Di dalam ayat yang mahsyur dan pendek yang menjadi surah yang paling kerap kita baca, iaitu Allah SWT memberi peringatan yang penting atas sumpahNya terhadap masa, DEMI MASA sesungguhnya manusia itu di dalam KERUGIAN, KECUALI MEREKA YANG MELAKUKAN AMAL SOLEH DAN BERPESAN2 KEPADA KEBENARAN & BERPESAN KEPADA KESABARAN *Surah Al- 'Asr, Ayat 1-3* Dunia adalah kampung sementara kita dan akhiratlah kampung yang kekal abadi. Justeru dikampung yang sementara ini kita perlu menyediakan bekal yang secukupnya untuk meneruskan perjalanan ke alam2 berikutnya agar kita mampu untuk sampai ke destinasi yg kekal abadi itu dengan jayanya. INGATLAH bahawa untuk mendapat sesuatu yang bernilai itu ia MESTI diusuli dengan usaha & pengorbanan. *Semoga bermanfaat*
Mostrar más ...
1 160
2
ASSALAMUALAIKUM WBT Golongan Penghuni Syurga عَنْ عِيَاضِ بْنِ حِمَارٍ الْمُجَاشِعِيِّ رضي الله عنه عن النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال وَأَهْلُ الْجَنَّةِ ثَلَاثَةٌ ذُو سُلْطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ وَرَجُلٌ رَحِيمٌ رَقِيقُ الْقَلْبِ لِكُلِّ ذِي قُرْبَى وَمُسْلِمٍ وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ ذُو عِيَالٍ Daripada Aiyadh bin Himar al Mujasyai RA daripada Nabi SAW bersabda: "Penghuni syurga itu terdiri daripada tiga golongan; iaitu penguasa yang berlaku adil, gemar bersedekah dan diberi kurnia taufik (Allah), seorang yang penuh kasih sayang dan lemah lembut kepada setiap kerabat dan sesama muslim, dan seorang yang suci dan miskin namun menjaga dirinya dari meminta-minta” (HR Muslim No: 2865) Status : Hadis Sahih Pengajaran Antara golongan yang akan menjadi penghuni Syurga ialah: 1. Penguasa atau pemimpin yang adil, sentiasa pemurah dengan bersedekah dan diberi kurnia taufik oleh Allah dalam menjalankan tanggungjawab. 2. Orang yang memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut kepada setiap kerabat dan sesama muslim yang lain 3. Orang yang suci hatinya walaupun miskin namun menjaga dirinya dari menjadi peminta sedekah. Semoga kita berusaha memiliki ciri-ciri golongan penghuni syurga. 19hb Januari 2023 26hb Jamadil Akhir 1444H
Mostrar más ...
1 295
2
1 271
0
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Hidup ini tidak akan pernah lepas dari masalah, kerana masalah adalah salah satu cara Allah SWT menjadikan kamu orang yang lebih kuat dan hebat.
2 222
13
Abu Hurairah رضي الله عنه meriwayatkan bahawa Nabi ‎ﷺ bersabda, "Sebaik-baik sedekah adalah yang di luar keperluan (yang sudah cukup untuk keperluan dirinya). Maka mulakanlah pemberian untuk orang yang menjadi tanggunganmu." Hadis Riwayat Bukhari
1 977
4
Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuhu. *6️⃣7️⃣Hari Lagi Ramadhan* 2️⃣2️⃣ JamaldilAkhir 1444H 1️⃣5️⃣ Januari 2023/Ahad Zikir harian Imam Ghazali يَا حَيُّ يَا قَيُّومِ YA HAYYU YA QAYYUM اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad. لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين La Ilaha Illallah AlMalikul Haqqul Mubin. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah Yang Maha Benar lagi Maha Nyata. DOA MENGHINDARI KECELAKAAN YANG DI BACA 3 KALI, PAGI DAN PETANG. بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ “Bismillahilladzi La Yadhurru Ma’asmihi Syai’un fil Ardhi wa Laa fis Sama’i wa Huwas Sami’ul ‘Alim.” Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama denganp Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ "Alhamdulillahil ladzi ahyana ba'da ma amatana wailaihin nusyur".... Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami dikembalikan.....
Mostrar más ...
1 947
5
ASSALAMUALAIKUM WBT Ucapan Ketika Melihat Suatu Yang Disukai dan Dibenci عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ Daripada 'Aisyah RA dia berkata; "Apabila Rasulullah SAW melihat sesuatu yang baginda sukai, baginda akan mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna." dan apabila baginda melihat sesuatu yang dibenci, baginda mengucapkan: "Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan." (Sunan Ibnu Majah No: 3793) Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1. Rasulullah SAW mengajar kepada kita adab apabila melihat sesuatu sama ada yang disukai atau yang dibenci. 2. Apabila melihat sesuatu yang disukai, hendaklah kita mengucapkan kalimah: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ "Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna." 3. Apabila melihat sesuatu yang kita benci hendaklah kita mengucapkan kalimah: الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ "Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan Mari kita amalkan kalimah terpuji apabila melihat sesuatu yang disukai mahupun juga yang dibenci 15hb Januari 2023 22hb Jamadil Akhir 1444H
Mostrar más ...
1 786
4
1 555
1
Última actualización: 10.11.22
Política de privacidad Telemetrio