es
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Ir al canal en Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Parenting Maznah Ibrahim

El canal Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 16 016 suscriptores, ocupando la posición 966 en la categoría Familia e hijos y el puesto 2 309 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 16 016 suscriptores.

Según los últimos datos del 25 agosto, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -117, y en las últimas 24 horas de -4, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 4.94%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 2.33% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 791 visualizaciones. En el primer día suele acumular 374 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 26 agosto, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Familia e hijos.

16 016
Suscriptores
-424 horas
-237 días
-11730 días
Archivo de publicaciones
photo content

“Nak yang merah atau yang biru?” Soalan kecil. Tetapi kadang-kadang, memberi anak sedikit ruang untuk memilih boleh mengubah suasana. Contohnya… Nak pakai baju yang ini atau yang itu? Nak mandi sekarang atau selepas habis cerita ini? Nak kemas buku dulu atau simpan mainan dulu? Kita mungkin rasa, “Kenapa nak bagi banyak pilihan? Aku dah cakap, ikut saja.” Betul. Bukan semua perkara perlu diberikan pilihan. Ada perkara yang memang ibu bapa perlu tetapkan. Tetapi apabila setiap perkara hanya datang dalam bentuk arahan… “Buat sekarang.” “Jangan buat itu.” “Ikut cakap mama.” Anak mungkin semakin terbiasa hanya menunggu arahan. Sedangkan dalam perkara yang sesuai, memberi pilihan kecil boleh memberi mereka rasa: “Aku juga ada sedikit kawalan terhadap apa yang berlaku.” Bukan bermaksud anak yang menentukan semuanya. Bukan juga bermaksud ibu bapa hilang ketegasan. Batas masih batas. Cuma dalam batas itu, ada perkara yang boleh kita berikan sedikit ruang. Kadang-kadang… Kita tidak perlu melepaskan ketegasan untuk memberi anak pilihan. Kita cuma perlu tahu: Apa yang memang tidak boleh dipilih? Dan… Apa yang sebenarnya boleh kita serahkan kepada anak untuk pilih? Mungkin perkara kecil seperti ini nampak remeh. Tetapi cara kita memberi ruang kepada anak juga sebahagian daripada proses mereka belajar mengurus diri. Dan mungkin itulah salah satu perkara yang menarik dalam mendidik anak: Bukan semua perkara perlu kita kawal. Ada perkara yang perlu kita ajar anak untuk belajar memilih. Kalau perkongsian ini membuatkan anda terfikir tentang rutin di rumah petang ini… cuba perhatikan satu perkara. Ada tak sesuatu yang selama ini kita arahkan, sedangkan sebenarnya anak boleh diberi pilihan? Semoga bermanfaat. Dr. Maznah Ibrahim p/s: Jika anda belum mendaftar, jom bersama saya dalam Webinar Tegas Dalam Hikmah: 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas?utm_campaign=tdh-tc24 . . .

photo content

“Dah berapa kali mama panggil?” Pagi-pagi sebelum sekolah. Anak masih menggosok gigi dengan mata yang hampir tertutup. Kita dah panggil. Dah ingatkan. Dah suruh cepat. Tetapi pergerakannya masih perlahan. Dan mula keluar ayat: “Kenapa lambat sangat?” “Mama dah cakap banyak kali!” “Sengaja nak lambat ke?” Bila kita dah mula geram, mudah untuk kita melihat perlahan itu sebagai degil atau sengaja buat tak tahu. Sedangkan yang kita benar-benar nampak hanyalah: anak masih belum bersedia. Tentang apa yang berlaku di sebaliknya, kita mungkin belum tahu. Mungkin dia memang masih mengantuk. Mungkin dia belum benar-benar bersedia untuk beralih daripada tidur kepada rutin pagi. Mungkin juga ada perkara lain yang kita tidak nampak. Ini bukan bermaksud anak tak perlu belajar mengurus masa. Tetap perlu. Tetapi ada perbezaan antara menetapkan batas dengan terus membuat kesimpulan tentang niat anak. Kita boleh tegas: “Dah masa untuk bersiap. Lepas gosok gigi, terus pakai baju.” Tanpa perlu terus membawa maksud: “Kamu memang sengaja buat mama marah.” Kadang-kadang, perubahan kecil pada cara kita melihat situasi boleh mengubah cara kita bertindak selepas itu. Bukan untuk menjadi ibu bapa yang tidak pernah marah. Tetapi untuk belajar membezakan apa yang kita nampak dengan apa yang kita andaikan. Pagi esok, bila anak lambat bergerak… cuba perhatikan satu perkara itu. Apa yang kita tahu? Dan apa yang kita cuma andaikan? 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Semoga bermanfaat. Dr. Maznah Ibrahim . .

photo content

Kalau anak buat salah, adakah kita perlu menghukum? Kadang-kadang... Anak sepahkan mainan. Kita terus tarik telefon. Anak lambat mandi. Kita potong masa bermain. Anak bergaduh dengan adik. Kita suruh duduk dalam bilik. Kita mungkin rasa... “Biar dia serik.” Tetapi cuba fikir sekejap. Adakah akibat yang kita berikan itu benar-benar berkaitan dengan apa yang anak lakukan? Ada bezanya antara hukuman dengan akibat yang logik. Contohnya... Kalau anak sengaja tidak mengemas mainan selepas bermain, mainan itu boleh disimpan dahulu sehingga dia bersedia mengemas. Anak belajar: “Aku perlu bertanggungjawab terhadap apa yang aku gunakan.” Bukan sekadar: “Kalau aku buat salah, mama akan marah.” Nampak macam kecil. Tetapi mesej yang diterima oleh anak sebenarnya sangat berbeza. Satu mengajar tentang tanggungjawab. Satu lagi mungkin hanya mengajar anak untuk mengelakkan hukuman. Sebab itu, apabila anak melakukan kesalahan... Mungkin kita tidak perlu terus bertanya, “Apa hukuman yang sesuai?” Kita boleh cuba bertanya, “Apa akibat yang paling berkaitan dengan apa yang berlaku?” Ini bukan bermaksud anak dibiarkan tanpa batas. Sebaliknya... Batas tetap ada. Cuma kita mahu anak belajar daripada apa yang berlaku, bukan sekadar takut dengan apa yang akan berlaku selepas itu. Dalam Webinar Tegas Dalam Hikmah, saya akan kongsikan beberapa pendekatan untuk membantu ibu bapa mengurus tingkah laku anak dengan lebih terarah - termasuk bagaimana memilih tindakan yang sesuai mengikut keadaan. Beberapa minggu lagi kita akan bersama. Kalau anda rasa pendekatan seperti ini lebih dekat dengan cara anda mahu mendidik anak, boleh simpan perkongsian ini dahulu. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Semoga bermanfaat. Dr. Maznah Ibrahim . . .

photo content

Sebelum kita tegur cara anak bercakap, cuba dengar cara kita bercakap. Kadang-kadang kita hairan… “Kenapa anak aku cakap macam tu?” “Kenapa dia cepat marah?” “Kenapa bila tak puas hati, terus meninggi suara?” Lalu kita mula menegur. “Jangan cakap macam tu.” “Jangan tinggi suara.” “Cakap elok-elok.” Tetapi dalam kesibukan mendidik anak, ada satu perkara yang mudah kita terlupa. Anak bukan hanya belajar daripada apa yang kita katakan kepada mereka. Mereka juga belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar setiap hari. Cara kita bercakap ketika marah. Cara kita melayan pasangan. Cara kita meminta sesuatu. Cara kita meminta maaf. Cara kita bercakap tentang orang lain. Semuanya sedang menjadi contoh. Bukan bermaksud setiap kesilapan anak berpunca daripada ibu bapa. Tidak. Anak tetap mempunyai pengalaman, emosi dan proses perkembangan mereka sendiri. Tetapi sebagai ibu bapa, kita mempunyai satu pengaruh yang sangat dekat dengan mereka: contoh yang mereka lihat berulang kali. Sebab itu sebelum kita hanya bertanya, “Bagaimana nak ubah tingkah laku anak?” mungkin ada baiknya kita turut bertanya, “Apakah tingkah laku yang sedang anak lihat daripada saya?” Soalan ini bukan untuk menyalahkan diri. Tetapi untuk membantu kita melihat peranan kita dengan lebih jujur. Dalam Webinar Tegas Dalam Hikmah, antara perkara yang kita akan lihat ialah bagaimana tingkah laku ibu bapa sendiri boleh menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran anak. Kerana mendidik anak bukan hanya tentang apa yang kita suruh mereka lakukan. Kadang-kadang, mereka sedang belajar daripada apa yang kita lakukan. Beberapa minggu lagi kita akan bersama. Kalau perkara ini membuatkan anda terfikir tentang diri sendiri, simpan perkongsian ini. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Semoga bermanfaat. Dr. Maznah Ibrahim . . .

photo content

Pernah tak perasan… Dengan kita, anak cepat melawan. Tapi dengan cikgu, dia boleh pula dengar. Dengan orang lain, dia nampak begitu tenang. Sampai kita tertanya-tanya… “Kenapa dengan aku saja dia macam ni?” Soalan itu memang mudah membuat kita rasa anak sengaja memilih untuk melawan kita. Tetapi mungkin ada sesuatu yang kita belum lihat. Anak tidak bertindak dalam ruang kosong. Cara mereka bertindak boleh dipengaruhi oleh siapa yang berhadapan dengan mereka, keadaan ketika itu dan bagaimana mereka memahami situasi tersebut. Sebab itu, melihat satu tingkah laku sahaja kadang-kadang belum cukup untuk kita membuat kesimpulan tentang anak. Daripada terus bertanya… “Kenapa dia dengar orang lain, tapi dengan aku tidak?” Mungkin kita boleh berhenti seketika dan bertanya… “Apa yang berbeza dalam situasi itu?” Bukan untuk menyalahkan diri sendiri. Tetapi untuk memahami. Kerana apabila kita lebih jelas tentang apa yang sedang berlaku, kita lebih mudah membuat pertimbangan sebelum memilih cara untuk membimbing anak. Insya-Allah, perkara seperti inilah yang akan kita lihat dalam Webinar Tegas Dalam Hikmah - bagaimana memahami tingkah laku anak dari sudut psikologi sebelum menentukan pendekatan. Webinar Tegas Dalam Hikmah Mengurus Tingkah Laku Anak dengan Pendekatan Psikologi Beberapa minggu lagi kita akan bersama. Kalau topik ini dekat dengan situasi di rumah anda, boleh simpan dahulu perkongsian ini. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Semoga bermanfaat. Dr. Maznah Ibrahim . . .

photo content

Nak anak lebih jelas tentang tingkah laku yang kita mahu dia ulang? Cuba ubah cara kita memuji. Bukan sekadar: “Pandainya anak Mama.” Tetapi cuba sebut apa yang anak buat dengan baik. Contohnya... ❌ “Pandainya kemas bilik.” Cuba: ✅ “Mama suka cara abang susun semua buku tadi. Abang buat sampai habis.” Atau... ❌ “Bagusnya adik.” Cuba: ✅ “Terima kasih sebab adik terus simpan kasut selepas balik tadi.” Nampak macam perkara kecil. Tetapi ada bezanya. Bila kita sebut tingkah laku yang spesifik, anak lebih jelas tentang perkara yang sebenarnya kita hargai. Dia bukan sekadar tahu, “Mama suka.” Tetapi dia tahu, “Mama suka apa yang aku buat.” Dan ini membantu anak mengenal pasti tingkah laku yang kita mahu mereka ulang. Satu lagi perkara penting... Kalau nak puji, jangan tunggu terlalu lama. Lebih dekat pujian itu dengan tingkah laku yang baik, lebih jelas kaitannya kepada anak. Jadi hari ini, cuba satu benda. Bila anak buat sesuatu yang baik... Jangan cuma kata “pandainya”. Beritahu dia apa yang dia lakukan dengan baik. Balik petang nanti, boleh cuba ya. 😊 Tengok apa yang berubah pada cara anak memberi respons. 👉 Nak belajar lebih banyak cara mengurus tingkah laku anak? https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: Ini hanya satu kemahiran kecil. Dalam Tegas Dalam Hikmah, kita akan melihat dengan lebih menyeluruh bagaimana tingkah laku anak boleh ditingkatkan, dikurangkan dan dibimbing dengan pendekatan yang lebih teratur. . .

photo content

Apa yang berlaku selepas anak buat sesuatu... boleh mempengaruhi apa yang dia buat lagi selepas itu. Kita selalu perhatikan apa yang anak lakukan. Anak merengek. Anak membantah. Anak enggan ikut arahan. Tetapi ada satu bahagian yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Apa yang berlaku selepas itu? Anak buat sesuatu... Kemudian sesuatu berlaku sebagai tindak balas. Dan pengalaman itulah yang boleh mengajar anak bahawa sesuatu tingkah laku itu membawa kepada hasil tertentu. Sebab itu... Tingkah laku bukan hanya tentang apa yang berlaku sebelum anak bertindak. Apa yang berlaku selepasnya juga penting. Bila kita mula melihat perkara ini, kita akan lebih berhati-hati untuk terus melabel anak sebagai "sengaja buat perangai". Kita mula melihat satu keseluruhan proses. Apa yang berlaku sebelum tingkah laku? Apa yang anak lakukan? Dan apa yang berlaku selepas itu? Tiga perkara ini boleh membantu kita melihat sesuatu tingkah laku dengan cara yang berbeza. Kerana mungkin... Apa yang kita anggap sebagai "perangai yang berulang" sebenarnya sedang dipengaruhi oleh pengalaman yang berulang. Dan apabila kita faham proses itu... Barulah kita lebih bersedia memilih pendekatan yang sesuai. Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: Dalam webinar Tegas Dalam Hikmah, insya-Allah saya akan huraikan dengan lebih mendalam bagaimana tingkah laku anak boleh dibentuk dan diubah, serta bagaimana ibu bapa boleh mengurusnya dengan lebih teratur. 5 September 2026 | 8.30 malam https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . .

photo content

Ada arahan yang nampak mudah pada kita... Tetapi belum tentu mudah untuk anak. "Kemas bilik." "Buat kerja sekolah." "Siapkan barang sekolah." "Jangan lupa kemas semula." Pada kita, semua itu perkara biasa. Tetapi bagi sesetengah anak... Banyak arahan yang datang serentak boleh membuatkan mereka tidak tahu hendak bermula dari mana. Lalu kita nampak mereka berlengah. Membantah. Atau terus meninggalkan tugasan. Dan kita mungkin terus membuat kesimpulan, "Dia memang tak mahu buat." Tetapi cuba lihat daripada sudut yang lain. Adakah anak itu benar-benar tidak mahu? Atau tugasan yang diberikan masih terlalu besar untuk dia uruskan pada ketika itu? Dalam pengurusan tingkah laku, salah satu prinsip yang penting ialah matlamat perlu dipecahkan kepada sasaran yang lebih mudah. Bukan bermaksud kita menurunkan harapan terhadap anak. Sebaliknya... Kita membantu anak bergerak daripada satu langkah kepada langkah yang seterusnya. Kerana ada perbezaan antara memberitahu anak apa yang perlu dicapai... Dengan membantu anak memahami bagaimana hendak sampai ke situ. Bila kita mula melihat perkara ini... Kita mungkin akan lebih berhati-hati sebelum melabel anak sebagai degil, malas atau tidak mahu bekerjasama. Kita mula bertanya: "Apa yang membuatkan tugasan ini sukar untuk dia lakukan?" Soalan itu membuka ruang yang berbeza. Dan mungkin... Daripada situ kita dapat memilih cara membimbing yang lebih sesuai. Insya-Allah, perkara seperti inilah yang akan saya kongsikan dalam webinar Tegas Dalam Hikmah - bagaimana memahami tingkah laku anak supaya kita tidak hanya bertindak terhadap apa yang kelihatan, tetapi dapat memilih pendekatan yang lebih tepat. 5 September 2026 | 8.30 malam https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim

photo content

Ada hari... Anak yang biasanya mudah diajak mandi... Tiba-tiba membantah. Anak yang selalu boleh berkongsi... Hari itu langsung tidak mahu mengalah. Kita mungkin menggunakan ayat yang sama. Nada yang sama. Pendekatan yang sama. Tetapi hasilnya berbeza. Bukan semestinya kerana anak sengaja mahu menyusahkan kita. Ada masanya... Keadaan yang sedang dilalui anak pada waktu itu mempengaruhi cara dia memberi reaksi. Dan itulah yang tidak selalu dapat kita lihat hanya daripada tingkah lakunya. Sebab itu... Membimbing anak bukan sekadar mencari satu cara yang “berkesan”. Tetapi belajar mengenal pasti... Bila sesuatu pendekatan itu sesuai digunakan. Dan bila kita perlu melihat anak daripada sudut yang lain. Dalam webinar Tegas Dalam Hikmah, insya-Allah saya akan kongsikan bagaimana memahami keadaan di sebalik tingkah laku anak dapat membantu kita memilih pendekatan dengan lebih tepat dan lebih berhikmah. KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Semoga bermanafaat, Dr. Maznah Ibrahim

photo content

Tidak semua ketegasan perlu datang dengan suara yang tinggi. Ada masanya... Anak bukan tidak mendengar kerana kita kurang tegas. Tetapi kerana dia sendiri tidak jelas... Apa yang sebenarnya kita harapkan daripadanya. Hari ini boleh. Esok tidak boleh. Kadang-kadang ditegur. Kadang-kadang dibiarkan. Akhirnya... Anak juga mungkin keliru tentang batas yang sedang cuba kita bina. Menjadi tegas bukan semestinya tentang siapa yang paling kuat bersuara. Ada ketegasan yang hadir melalui kejelasan. Melalui kata-kata yang tenang. Dan melalui batas yang anak dapat fahami, sedikit demi sedikit. Mudah-mudahan perkongsian ringkas ini mengajak kita melihat bahawa... Tegas bukan lawan kepada hikmah. Kadang-kadang, hikmah itulah yang menjadikan ketegasan lebih sampai kepada hati anak. Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: dalam webinar Tegas Dalam Hikmah, saya akan berkongsi bagaimana memahami tingkah laku anak membantu ibu bapa membimbing dengan lebih jelas dan tenang, tanpa perlu bergantung kepada marah semata-mata. Klik >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . .