cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

🅽︎🅴︎🅽︎🅴︎🅺︎ 🅺︎🅴︎🅱︎🅰︎🆈︎🅰︎🅽︎ Ⓒ︎Ⓗ︎Ⓐ︎Ⓝ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓛ︎ 1

Selamat Datang ke Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓚ︎ Ⓚ︎Ⓔ︎Ⓑ︎Ⓐ︎Ⓨ︎Ⓐ︎Ⓝ︎ Ⓒ︎Ⓗ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓛ︎ (1)... Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI.. 🔍👨👧👴💎💍🚗KEHILANGAN ORANG&HARTA BENDA 🔍KHIDMAT MASYARAKAT 🔍☔⚡☁INFO CUACA 🔍DAN LAIN2

Mostrar más
Malasia20 284El idioma no está especificadoNoticias y medios22 209
Publicaciones publicitarias
3 391
Suscriptores
-224 horas
+17 días
-730 días
Distribuciones de tiempo de publicación

Carga de datos en curso...

Find out who reads your channel

This graph will show you who besides your subscribers reads your channel and learn about other sources of traffic.
Views Sources
Análisis de publicación
MensajesVistas
Acciones
Ver dinámicas
01
Media files
1450Loading...
02
Beri ayam percuma dapat pujian netizen Oleh FATIN FILZATI BADRUL 2 Mei 2024, 4:30 pm PETALING JAYA – Tindakan dua lelaki bertopeng yang mengagihkan ayam percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang, Kuala Lumpur mendapat pujian ramai. Menerusi perkongsian video oleh @baymzn di laman X, mereka meletakkan plastik yang berisi ayam dalam sebuah but kereta dan menghulurkan kepada sesiapa saja yang datang untuk mengambilnya. Berdasarkan video, salah seorang lelaki itu memegang sepanduk kertas bertulis ‘ayam free’ dan kenyataan lain yang menyatakan mereka hanyalah orang biasa. “We are not influencer (kami bukan pempengaruh), we are not celebrity (kami bukan selebriti, we are nobody (kami bukanlah sesiapa)”. Meninjau ke ruang komen, terdapat pengguna media sosial yang was-was dengan kegiatan dua orang yang tidak dikenali itu, namun ada juga yang mengambil positif terhadap perbuatan tersebut. “Baiknya orang Malaysia, banyak pahala dia sedekah bagi orang makan,” komen @faii_musics. “Alhamdulilah, terbaik. Bagusnya mereka, semoga murah rezeki,” komen @vokalproduction. “Niat dah baik, tapi mungkin boleh buka topeng untuk buat orang lebih percaya. Sekurang-kurangnya orang muslim boleh tahu siapa pemberi,” komen @nadhirah. “Macam mana kalau ayam tu tercemar? Kita tak boleh nak jejak mereka sebab pemberi tak dikenali, komen @iamnotreiko. Sehingga kini video itu mendapat 281,000 tontonan, 2,600 tanda suka dan 964 perkongsian. – KOSMO! ONLINE #Kosmo
1200Loading...
03
Media files
2120Loading...
04
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella, tiga tahun lalu.
2080Loading...
05
#Repost @vocket Warga asing sorok minyak masak paket? Mengikut serbuan Ops Samar yang dibuat oleh KPDN Perak, sebuah premis di Ipoh telah menyorok 1248 kg minyak paket di dalam stor berkenaan. 🎥 // kpdn_perak #vocket #vocketnews #vocketrepost
3671Loading...
06
Media files
10Loading...
07
Assalamuaikum Mintak Tolong kalau ada Ternampak Dia Mintak Serah dekat Balai polis berdekatan atau Tolong Inform No ini , Kami sekeluarga sudah buat report di Balai Polis Tiram dan IPD Seri Alam Pergi Sekolah Tak balik² .. Bersekolah di SMKUT Dia ramai kawan area Tiram Kota Tinggi Dan Pasir Gudang . Nama : NAILATUL FARAFASHA BINTI QAMARUDDIN Umur : 16 Tahun Asheeq ( Abang ) 017-9936822
2760Loading...
08
Media files
10Loading...
09
Foto : Farizul Hafiz Awang RAUB, 30 APRIL 2024 : Sekitar Ops Sekat yang dilaksanakan secara bersepadu melibatkan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pejabat Perhutanan Negeri Pahang di Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Benom di Raub. Dalam operasi berkenaan, dua individu dipercayai pekebun haram Musang King ditahan selepas disyaki menceroboh tanah HSK bagi mengusahakan kebun durian secara haram. - PAHANGMEDIA
2411Loading...
10
Media files
2171Loading...
11
Nafi tangkap, curi haiwan dalam kandang: Lembu, kerbau masuk kolej- PBT KAMPAR: Majlis Daerah Kampar (MDKpr) menafikan tuduhan bahawa pihaknya menangkap dan mencuri haiwan ternakan penternak yang berada dalam kandang. Sebaliknya Yang Dipertuanya, Ahmad Suqairy Alias berkata, tangkapan tersebut dilakukan di kawasan Kolej Tunku Abdul Rahman, Bandar Baru Kampar. "Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Kampar telah mengadakan operasi haiwan merayau pada 23 April jam 12 malam di Kawasan Kolej Tunku Abdul Rahman, Bandar Baru Kampar. "Operasi ini susulan daripada beberapa siri aduan dari pengurusan Kolej Tunku Abdul Rahman berkaitan haiwan merayau iaitu lembu dan kerbau yang memasuki kawasan kolej tersebut. "Ketika operasi itu, sebanyak dua ekor kerbau berjaya ditangkap oleh Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Kampar," katanya dalam kenyataan pada Selasa. Justeru, katanya, MDKpr akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan yang dilaksanakan oleh pihak polis. "Tuduhan kepada pihak majlis yang mengatakan tangkapan dilakukan di dalam kandang pemilik dan dicuri adalah tidak benar sama sekali," katanya. Tambahnya, pihaknya akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap haiwan merayau bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan kesejahteraan penduduk Kampar amnya. Pada Isnin, media melaporkan sekumpulan penternak lembu dan kerbau mempersoal prosedur operasi tangkapan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas mendakwa haiwan ternakan mereka yang berada dalam kandang dan kawasan persendirian turut disita.
2041Loading...
12
🚘 *Kota Bharu: Hari persaraan pengetua Sekolah Menengah Ugama (A) Al Kauthar, di sini mencatat sejarah tersendiri apabila beliau menerima hadiah sebuah kereta.* *Hadiah kereta terpakai jenis Nissan X-Trail, diterima Othman Mohamad, 56, sempena hari terakhir perkhidmatannya hari ini dan diraikan dalam majlis ringkas yang dihadiri pelajar, guru dan kakitangan sekolah.* *Othman berkata, beliau tidak menjangka akan menerima hadiah kereta itu kerana hanya ditanyakan apa yang diinginkan sempena hari persaraan.* 🚗 *Kuala Lumpur: Chery Auto Malaysia mengenal pasti sebanyak 600 kenderaan model Omoda 5 yang mungkin berpotensi terjejas akibat kerja naiktaraf di fasiliti kemudahan vendor itu.* *Pengedar kenderaan itu dalam satu kenyataan berkata, ia berdasarkan maklumat oleh pihak vendor dan analisis terperinci yang dijalankan dalam usaha tanggungjawab syarikat.* *"Chery akan menghubungi pelanggan terjejas berdasarkan Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) untuk pemeriksaan terperinci bagi menyelesaikan isu komponen teknikal berkenaan.* 😏 *Kuala Lumpur: "Balik negara kau dan selesaikan di sana. Jangan jatuhkan maruah orang dalam negara aku," kata penerbit dan pengarah handalan, Erma Fatima kepada wanita kelahiran Singapura yang mendakwa sebagai kekasih kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mengenai segala kekecohan yang dibuat di negara ini sejak minggu lalu.* *Erma ketika ditemui berkata, dia amat kecewa dengan sikap wanita itu yang sudah membuka aib beberapa artis tempatan sekali gus menggesa Sarah supaya berhenti menghancurkan industri hiburan Malaysia.* *"Seorang wanita yang kecewa ditinggalkan kekasih. Dia juga bukan warga negara Malaysia, masuk ke dalam negara aku kemudian buat 'kenduri selak kain' artis Malaysia dan semua orang meraikannya.* 🤷🏻‍♂️ *Kuala Lumpur : Pelakon, Datuk Adi Putra tidak bersetuju apabila ada pihak cuba melagakan dan menyentuh isu kewarganegaraan seseorang susulan kontroversi dicetuskan pelakon dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz.* *Adi ketika ditemui berkata, dia meminta agar sentimen kasta terhadap penggiat seni yang mencari rezeki di negara ini segera dihentikan sebaliknya perlu diterapkan nilai positif dalam diri.* *"Kita tak mahu meletakkan satu sentimen kasta dalam industri perfileman. Sebagai pelakon, saya semestinya tak mahu mencalarkan imej industri hiburan.* 🤦🏻‍♀️ *Washington: Wanita berusia 101 tahun sering disalah anggap sebagai bayi kerana sistem tempahan syarikat penerbangan tidak dapat mengira tarikh lahirnya.* *The Guardian memetik BBC melaporkan, wanita dikenali Patricia, dilahirkan pada 1922, tetapi sistem American Airlines nampaknya tidak dapat mengenal pasti dan menyangka dia lahir pada 2022.* *Ada ketikanya, Patricia ditinggalkan tanpa kerusi roda yang ditempah di terminal, kerana kakitangan lapangan terbang menyangka dia adalah bayi.* *"Lucu kerana mereka menyangka saya hanya kanak-kanak kecil sedangkan saya seorang wanita berusia," kata Patricia, bekas jururawat, yang dalam perjalanan bersama anak perempuannya, Kris.* *Dia juga berharap syarikat penerbangan itu dapat mengira umur sebenarnya.* 🌋 *Manado: Gunung Ruang, gunung berapi yang terpencil di Indonesia meletus beberapa kali lagi pada Selasa, kata agensi gunung berapi negara itu.* *Letusan terbaru itu memaksa pemindahan, penutupan lapangan terbang antarabangsa berhampiran dan menaikkan tahap amaran ke tahap tertinggi.* *Pihak berkuasa sebelum ini memberi amaran ancaman bahawa gunung berapi itu belum berakhir selepas ia meletus lebih 12 kali bulan ini, mencetuskan pemindahan lebih 6,000 orang.* *Gunung Ruang, yang terletak di wilayah terluar Indonesia di wilayah Sulawesi Utara, meletus pada 1.15 pagi dan dua kali lagi pada pagi Selasa, kata agensi volkanologi Indonesia dalam satu kenyataan.*
740Loading...
13
🎾 *Madrid: Rafael Nadal berkata, dia melakukan yang terbaik bagi memastikan mimpinya menjadi nyata selepas terus kekal di Terbuka Madrid apabila menewaskan pemain Argentina Pedro Cachin 6-1, 6-7 (5/7), 6-3 awal pagi tadi.* *Beraksi pada kejohanan terakhir di tempat sendiri sebelum bersara, juara lima kali itu memberikan jersinya kepada pemain nombor 91 dunia Cachin yang memintanya cenderamata selepas tamat perlawanan.* *"Ada ketika bagus, ada ketika tidak. Saya temui jalan untuk melepasinya. Saya fikir pada set ketiga dengan beberapa kesilapan, saya masih mampu menang," kata Nadal selepas tamat aksi pusingan ketiga.* 🎱 *Sheffield, United Kingdom: Ronnie O'Sullivan menegaskan berpuasa membantunya untuk terus memburu gelaran snuker dunia kelapan.* *Pemain berusia 48 tahun itu mara ke suku akhir dengan menewaskan Ryan Day 13-7 semalam dan mengakui diet diamalkannya membantu meningkatkan tenaganya ketika kejohanan berlangsung 17 hari di Sheffield.* *O'Sullivan mendedahkan dia membiarkan perutnya kosong selama 16 atau 17 jam dan hanya mengisinya semula sebelum perlawanan.* *"Saya rasa bagus. Saya berusia 48 tahun dan rasa bertenaga. Jika saya makan banyak, saya rasa malas, pergerakan bertambah perlahan," kata O'Sullivan yang sentiasa mahu memastikan mental dan fizikalnya dalam keadaan terbaik.* 👼🏻 *Paris: Francis Ngannou, berkata anak lelakinya berusia 15 bulan Kobe meninggal dunia lewat malam tadi.* *Jaguh tinju Perancis-Cameroon dan bekas petarung MMA itu dalam laman X meluahkan kesedihannya: "Terlalu awal meninggalkan kami tetapi dia sudah pergi.* *"Dia terbaring tak bernyawa. Saya memanggilnya berulang kali tetapi tiada balasan.* *"Saya pastikan diri dalam keadaan terbaik di sisinya tetapi saya kini tak tahu siapa saya. Kehidupan sangat tidak adil kepada kami," kata Ngannou.* 🏸 *Kuala Lumpur: Hasrat Malaysia untuk menjadi juara Kumpulan D Piala Thomas tidak kesampaian apabila tumpas 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi apabila mata kemenangan diharapkan daripada perseorangan ketiga, Justin Hoh gagal menjadi realiti.* *Justin yang berusia 20 tahun terpaksa akur dengan kehebatan Rasmus Gemke walaupun berjaya mengheret aksi sehingga ke rubber set, sebelum tumpas 13-21, 21-19, 13-21 di Gimnasium Pusat Sukan Zon Hi-Tech di Chengdu, China.* *Kekalahan itu bermakna ketiga-tiga perseorangan negara bermula dari Lee Zii Jia, diikuti Leong Jun Hao termasuk Justin gagal menyumbangkan mata buat negara.* 🏸 *Kuala Lumpur: Biarpun perjalanan di Piala Uber sudah berakhir skuad badminton wanita negara cuba mencari 'cenderahati' untuk dibawa pulang dengan bertekad menumpaskan Australia esok.* *Menurut pemain perseorangan, K Letshanaa mereka akan cuba memberikan aksi terbaik dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan esok walaupun menyedari ia tidak akan memberikan sebarang makna.* *"Kita cuba lagi yang terbaik dan mencatat kemenangan dengan mereka. Menang atau kalah kita kena bagi yang terbaik," kata pemain berusia 21 tahun itu.* 🐯 *Kuala Lumpur: Pencapaian dan matlamat skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara tidaklah 'ke laut dalam' seperti dinyatakan sesetengah pihak hingga menggambarkan prestasi pasukan muda negara itu cukup buruk sepanjang kempen Piala Asia B-23 di Qatar, baru-baru ini.* *Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan pasukan muda negara itu sudah menempatkan diri dalam kelompok 19 pasukan terbaik, sekali gus memenuhi sasaran diletakkan dalam F-30.* *Beliau berkata, pengurusan tertinggi FAM sudah berhubung dengan jurulatih skuad B-23 negara, Juan Torres Garrido dan Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donell untuk mendapatkan laporan terperinci berkaitan keseluruhan prestasi pasukan muda negara itu.*
1450Loading...
14
🥳 *Barcelona: Penyerang Barcelona Robert Lewandowski meledak hatrik pada babak kedua untuk membantu pasukannya bangkit menewaskan Valencia 4-2 dalam aksi La Liga awal pagi tadi.* *Dengan berbaki lima perlawanan, Barca kembali ke tangga kedua dengan 73 mata dan memintas Girona di tangga ketiga dengan 71 mata.* *Kedua-dua pasukan akan berentap dalam aksi derby Catalonia pada Sabtu ini yang boleh menentukan kedudukan dua teratas La Liga dan slot ke Piala Super Sepanyol.* *Kemenangan Barcelona menangguhkan lagi hasrat Real Madrid yang mahu berpesta menjuarai liga selepas skuad Ancelotti selesa di puncak dengan 84 mata.* ⚽️ *Dortmund: Selepas berentap dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL), Borussia Dortmund dan Paris Saint-Germain sekali lagi bertembung pada aksi peringkat pertama separuh akhir di Westfalenstadion, awal pagi Khamis ini.* *PSG menduduki tangga kedua di belakang Dortmund dalam Kumpulan F walaupun meraih empat mata dalam dua perlawanan menentang kelab Bundesliga itu.* *Les Parisiens seri 1-1 di Westfalenstadion pada aksi terakhir Disember lalu dan tidak pernah menewaskan BVB dalam tiga kunjungan ke Jerman.* *Kedua-dua pasukan bangkit daripada ketinggalan pada suku akhir menentang lawan dari Sepanyol dengan BVB mengatasi Atletico Madrid dan PSG menewaskan Barcelona.* 🏆 *Doha: Uzbekistan dan Jepun meraih dua daripada tiga tiket ke Sukan Olimpik tahun ini dalam acara bola sepak selepas masing-masing menewaskan Indonesia dan Jepun di Piala Asia B-23 di Qatar.* *Uzbekistan menang 2-0 ke atas Indonesia di separuh akhir malam semalam untuk mengesahkan penampilan pertama mereka di temasya itu sejak mendapat kemerdekaan daripada Soviet Union pada 1991.* *Husain Norchaev meletakkan skuad Timur Kapadze di depan menerusi rembatan voli jarak dekat minit ke-68 sebelum jaringan sendiri Pratama Arhan pada lewat perlawanan membolehkan Uzbekistan mara ke Olimpik dan final Piala Asia B-23.* 🏆 *Doha: Uzbekistan mara ke final kali ketiga dalam empat edisi Piala Asia B-23 selepas menewaskan Indonesia 2-0 dalam aksi separuh akhir di Stadium Abdullah Bin Khalifa sebentar tadi.* *Kemenangan itu turut mengesahkan kemaraan mereka ke Olimpik manakala Indonesia perlu menang aksi penentuan tempat ketiga pada Khamis ini jika mahu layak ke Paris 2024.* *Kedua-dua gol kemenangan Uzbekistan diperoleh pada separuh masa kedua menerusi Muhammadkodir Hamraliev pada minit ke-68 dan jaringan sendiri Pratama Arhan pada minit ke-86.* 🏆 *Doha: Melucukan apabila tonggak pertahanan skuad bawah 23 (B-23) tahun Indonesia, Rizky Ridho dibuang padang kerana didakwa menendang alat sulit lawan ketika pasukannya tewas 0-2 dalam aksi separuh akhir Piala Asia B-23 di sini, malam semalam.* *Insiden berlaku pada minit ke-84 ketika Indonesia ketinggalan 0-1. Rizky dalam usahanya mematahkan serangan balas Uzbekistan mengangkat tinggi kaki kanannya yang terkena celah paha Jasurbek Jaloliddinov mengakibatkan pemain terbabit rebah kesakitan.* *Pengadil Shen Yinhao kemudiannya melayangkan kad merah kepada Rizky selepas menilai semula kekasaran menerusi VAR.* *Ketiadaan Rizky menyukarkan lagi Indonesia untuk mencipta kebangkitan dan mereka dihukum dengan jaringan kedua Uzbekistan hasil kesilapan Pratama Arhan dua minit kemudian.* 🏎️ *London: Sergio Perez kekal pilihan terbaik Red Bull sebagai rakan sepasukan juara dunia tiga kali Max Verstappen musim depan, menurut bekas pengurus pelumba itu, Otmar Szafnauer.* *Kontrak Perez dengan juara Formula Satu (F1) itu tamat pada penghujung musim ini dan pelumba berusia 34 tahun terbabit berdepan masa depan tidak menentu.* *Szafnauer yang juga bekas prinsipal Force India, Aston Martin dan Alpine berkata kepada wartawan 'Checo' akan menjadi pilihannya dan dia sudah memperkatakannya di Abu Dhabi.*
940Loading...
15
🙌🏻 *Kuantan: Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) mengesahkan penjaga gol berpengalaman, Izham Tarmizi Roslan kembali ke pangkuan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.* *Sumber kelab itu memaklumkan, Izham Tarmizi tidak lagi bersama skuad Tok Gajah selepas skuad Harimau Selatan mahu mendapatkan khidmat penjaga gol itu.* *"Memang Izham Tarmizi tidak lagi bersama Sri Pahang kerana JDT mahu mendapatkan khidmatnya untuk saingan Liga M musim baharu ini.* 🦏 *Kota Kinabalu: Sabah FC terpaksa menunggu hingga babak kedua untuk mencipta dua gol bagi menewaskan Hougang United FC 2-1 pada perlawanan pramusim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) di Stadium Likas, malam semalam.* *Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, situasi itu berikutan perlawanan berkenaan bukan sesuatu yang mudah bagi pasukannya selepas tidak bermain secara kompetitif selama kira-kira tiga bulan.* *Katanya, sepanjang separuh masa pertama, pemain Sabah FC bergelut mendapatkan rentak permainan, namun berdepan kesukaran untuk menajamkan serangan terutama di hadapan gawang lawan.* 🐘 *Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad menjelaskan ketumpulan jentera serangan antara faktor skuad itu gagal menyekat Terengganu FC (TFC) apabila tewas 0-1 pada aksi pramusim menjelang musim baharu Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, semalam.* *Namun, bekas legenda bola sepak Singapura itu berkata, kekalahan skuad Tok Gajah menerusi penalti dan ia tidak boleh dielakkan ketika beberapa peluang turut dimiliki untuk membolosi gawang pelawat.* *"Saya akui penyerang kita masih tumpul dan perlu mempertingkatkan prestasi mereka apabila bermula Liga Super berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) FC pada 11 Mei depan.* 🐘 *Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mengakui empat perlawanan pramusim dihadapi skuadnya menjelang saingan Liga Super 11 Mei depan, belum cukup membantu dalam membentuk pasukan mantap.* *Bekas legenda bola sepak Singapura itu berkata, tiga kemenangan dan tewas sekali termasuk menentang dua kelab Singapura sebenarnya belum mencukupi daripada segi persiapan.* *"Kita agak kurang aksi perlawanan lebih tinggi kerana hanya bermain empat perlawanan berkualiti berbanding sebelum ini bertemu pasukan amatur.* 🦌 *Kota Bharu: Kelantan Darul Naim Football Club (KDN FC) terus serius mengembangkan bakat bola sepak negara apabila menjalin kerjasama dengan syarikat Korea Selatan, CHS Football Korea.* *Kerjasama kedua pihak termeterai di Pejabat Urusan Kelab di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu antara Presiden KDN FC, Rozi Muhamad dan pemilik CHS Football Korea,Son Jin Young.* *Kerjasama membabitkan usaha pembangunan program bola sepak sehingga ke peringkat akar umbi.* *berita penuh sila follow harian metro online* *#hanipiloiempire* *#repoterataspokok* *#hanisofeasupriseandgift* *#legasisepuluh*
1810Loading...
16
🌴 *Washington: Aktivis alam sekitar dan penuntut perhutanan yang berasal dari Ghana mencipta rekod dunia baharu bagi pokok paling banyak dipeluknya dalam masa satu jam.* *Rekod Dunia Guinness (GWR) melaporkan, Abubakar Tahiru, 29, memeluk 1,123 pokok, dengan purata hampir 19 pokok untuk seminit.* *Abubakar dibesarkan dalam komuniti petani di Tepa, Ghana yang mencetuskan minatnya terhadap pemuliharaan alam semula jadi.* *Dia menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda pengkhususan dalam perhutanan di salah sebuah universiti terkemuka di Ghana.* 📦 *Washington: Suami isteri dari Utah, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, secara tidak sengaja menghantar kucing peliharaan mereka dalam bungkusan pemulangan Amazon, lapor New York Post.* *Haiwan peliharaan itu bagaimanapun terselamat walaupun berada di dalam kotak, tanpa makanan atau air selama enam hari.* *Penjaga kucing itu, Carrie Clark, menyedari haiwan peliharaannya itu hilang pada 10 April lalu.* *Clark menghabiskan hampir seminggu untuk mencari kucing itu di dalam rumah dan kawasan perumahan dengan bantuan keluarga dan rakan.* *Pada 17 April lalu, pemiliknya menerima panggilan daripada doktor haiwan di California memaklumkan kucing itu dibawa masuk ke klinik dan cip mikronya diimbas.* *Doktor haiwan menjelaskan bahawa Brandy, seorang kakitangan Amazon, membawa kucing itu selepas menemukannya dalam bungkusan pemulangan yang mempunyai alamat kediaman Clark.* *berita penuh sila follow harian metro online* *#hanipiloiempire* *#repoterataspokok* *#hanisofeasupriseandgift* *#legasisepuluh* *GOA_L ARENA SUKAN* +=+=+=+=+=+=+=+=+= 🤩 *Liverpool: Liverpool menjangkakan Mohamed Salah kekal di Anfield untuk melengkapkan baki kontrak setahunnya, menurut laporan awal pagi tadi.* *Sky Sports dan The Athletic melaporkan Salah, 31, tidak memberikan sebarang petanda dia mahu meninggalkan Liverpool yang turut tidak berhasrat menjual pemain itu.* *Bintang Mesir itu terbabit pertelagahan tepi padang dengan pengurus Jurgen Klopp ketika bersiap sedia masuk sebagai pemain gantian ketika seri 2-2 di West Ham.* *Bercakap selepas perlawanan, Salah berkata: "Akan ada api jika saya bercakap hari ini."* 🫵🏻 *London: Manchester United sedia melakukan perubahan drastik dengan menjual majoriti pemain utama dalam skuad mereka pada musim panas ini dengan hanya tiga pemain terselamat iaitu Kobbie Mainoo, Alejandro Garnacho dan Rasmus Hojlund.* *Menurut laporan semalam, hierarki baru kelab diketuai pemilik Sir Jim Ratcliffe dan CEO Omar Berrada bersiap sedia dengan perubahan 'kejam' itu terutamanya ketika mereka perlu mematuhi peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL).* *United terlepas slot Liga Juara-Juara (UCL) musim depan yang memberikan tamparan hebat kepada pelan rombakan dan masa depan pemain serta pengurus Erik ten Hag.* *"The Telegraph mendakwa ejen-ejen di kelab pesaing percaya regim United kini terbuka untuk menjual pemain mereka dan membuat bidaan tidak lama lagi.* 🎉 *United Kingdom: Jamie Vardy menjaringkan dua gol ketika Leicester meraikan kehadiran mereka semula ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 3-0 di Preston sekali gus meraih gelaran juara Liga Kejuaraan.* *The Foxes lebih awal meraih tiket promosi ke saingan liga tertinggi selepas Leeds United tewas 0-4 di QPR pada Jumaat lalu.* *Skuad Enzo Maresca perlukan kemenangan di Deepdale bagi memastikan mereka tidak dipintas Ipswich yang berkelebihan satu perlawanan dan mereka melakukannya hasil sumbangan besar kapten berusia 37 tahun itu.* *Vardy antara wira Leicester yang meraih gelaran bersejarah EPL pada 2016 dan anggota skuad yang menjulang Piala FA pertama mereka tiga tahun lalu.*
790Loading...
17
*GOA_L* 8️⃣ *Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengingatkan semua penjawat awam di bawah seliaan agensi itu mengambil sikap profesional dan mematuhi ketetapan serta arahan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sepanjang tempoh berkempen Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu. Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata masjid, surau dan sekolah di bawah kawal selia Jais tidak dibenarkan dijadikan tempat berpolitik atau propaganda politik kepartian.* *GOA_L* 9️⃣ *Kuala Lumpur: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan meluncurkan dokumen Penjajaran Pelan Transformasi TLDM 15to5 bagi menjadikan angkatan itu satu ketumbukan yang ampuh dan dinamik, setaraf dengan angkatan laut negara asing yang lebih moden. Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, dokumen berkenaan akan dilancarkan pada Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 awal bulan Mei ini.* *GOA_L* 🔟 *Bayan Lepas: Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai polis. Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, remaja berusia 16 tahun itu ditahan di hadapan pusat cuci kereta Lorong Sungai Dua, Desa Permai Indah, Gelugor pada 12.25 tengah malam.* *GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Kampar: Majlis Daerah Kampar (MDKpr) menafikan dakwaan anggota penguat kuasanya menangkap haiwan ternakan di dalam kandang. Sebaliknya, Yang Dipertuanya, Ahmad Suqairy Alias, berkata operasi menangkap haiwan merayau berkenaan dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 12 tengah malam 23 April lalu dalam kawasan Kolej Tunku Abdul Rahman, Bandar Baru Kampar, di sini.* *GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain akan memperketatkan kawalan sempadan bagi mengelak kemasukan dadah jenis baru iaitu Fentanil ke negara ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Khaw Kok Chin berkata, PDRM melalui JSJN adalah agensi utama dalam membanteras dan menghalang kemasukan dadah.* *GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Ayer Keroh: Dua tokoh politik Melaka antara beberapa individu di negeri ini yang disekat untuk ke luar negara selepas gagal membayar tunggakan cukai mencecah puluhan ribu ringgit sejak beberapa tahun lalu. Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) negeri, Mohd Shahriz Ramli berkata, tindakan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap kedua-dua ahli politik berkenaan terpaksa diambil susulan pelanggaran Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967/Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.* *GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Kuala Nerus: Sebuah kedai makan di Seberang Takir, dekat sini, diarah tutup selama 14 hari kerana didapati tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan. Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Kasemani Embong berkata, premis makanan itu diarahkan tutup apabila pemeriksaan mendapati 11 pekerja gagal mendapatkan suntikan tifoid. Katanya, arahan penutupan premis makanan itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.* *GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Putrajaya: Dua bekas anggota polis terlepas hukuman gantung selepas panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati yang dikenakan terhadap mereka, dengan hukuman penjara 40 tahun bagi kesalahan membunuh seorang mekanik Indonesia 18 tahun lalu. Panel yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, membenarkan permohonan semakan oleh Ailias Yahya dan Saiful Azlan Shah Abdullah di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.* *GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Kuching: Kertas siasatan terhadap seorang pegawai kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang didakwa mengasari pegawai bawahan sehingga cedera bulan lalu sudah dihantar kepada pejabat Peguam Negara. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes terbabit.
910Loading...
18
*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Muar: Pekerja kontrak dijatuhi hukuman penjara 56 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merosakkan cermin empat kereta menggunakan cangkul dalam kejadian amuk, Sabtu lalu. Faizal Mohsin, 45, yang berhadapan empat pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.* *GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kuantan: Ubat sakit sendi dan tenaga batin antara produk dijual secara dalam talian dirampas oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Pahang, di daerah di sini, semalam. Pengarah JKN Pahang Datuk Dr Rusdi Abd Rahman, berkata hasil pemeriksaan ke atas tiga premis kediaman dan kenderaan, sebanyak 116 jenis produk ubat tidak berdaftar dan 49 kosmetik tidak bernotifikasi bernilai RM1 juta dirampas.* *GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati kepada penjara 30 tahun dan 12 sebatan terhadap bekas pengurus syarikat pembinaan atas kesalahan membunuh kekasih warga Indonesia dengan 28 tikaman, enam tahun lalu. Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan berkenaan secara sebulat suara. Hadhariah berkata, Mahkamah Tinggi sebelum ini tidak terkhilaf dalam mensabitkan kesalahan terhadap Sobri Abdul Wahab, 46, yang disifatkan sebagai selamat.* *GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Kuala Lumpur: Tanah rizab Melayu yang sudah dipecahkan dan dijual boleh dikembalikan semula kepada status asal dengan syarat proses penjualan tidak sampai ke tangan pihak yang 'bona fide'. Peguam, Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata, dalam konteks mahkamah, bona fide ialah pihak ketiga yang tidak mengetahui penjualan hartanah itu wujud unsur penipuan. "Tanah yang sudah dipecahkan dan dijual, memang boleh dapat kembali tetapi sekiranya penjualan tidak sampai ke tangan pihak ketiga yang bona fide.* *GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merujuk kertas siasatan membabitkan 10 individu termasuk tiga lelaki warga asing yang ditahan selepas dipercayai ada kaitan dengan lelaki Israel, Avitan Shalom kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu ini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan sama ada terdapat pertuduhan, bebas atau usir bagi tiga suspek warga asing yang ditahan.* *berita penuh sila follow harian metro online* *#hanipiloiempire* *#repoterataspokok* *#hanisofeasupriseandgift* *#legasisepuluh* *GOA_L LUAR NEGARA* =+=+=+=+=+=+=+=+= 🇵🇸 *Baitulmaqdis: Hamas mempertimbangkan tawaran Israel untuk melaksanakan gencatan senjata selama 40 hari pada Selasa dalam perang di Semenanjung Gaza sebagai pertukaran untuk pembebasan puluhan tebusan yang ditahan sejak serangan kumpulan pejuang Palestin pada 7 Oktober lalu.* *Delegasi Hamas yang kembali ke Qatar selepas rundingan terbaharu di Kaherah berkata, pihaknya akan membincangkan idea dan cadangan itu.* *"Kami berminat untuk bertindak balas secepat mungkin," kata sumber Hamas kepada AFP dengan syarat tidak mahu namanya didedahkan.* 🇺🇸 *New York: Penuntut Universiti Columbia yang terbabit dalam protes pro-Palestin digantung pengajian selepas ingkar arahan untuk bersurai, pada Isnin.* *Pihak berkuasa di universiti berprestij di New York, Amerika Syarikat (AS), menuntut supaya protes itu dihentikan sebelum jam 2 petang atau pelajar akan menghadapi tindakan tatatertib.* *"Taktik menakutkan yang menjijikkan ini tidak bermakna jika dibandingkan dengan kematian lebih 34,000 rakyat Palestin," kata satu kenyataan, yang dibacakan oleh seorang penuntut pada sidang media selepas tarikh akhir yang ditetapkan universiti supaya penuntut bersurai.*
780Loading...
19
Menurutnya, berikutan kes itu membabitkan pegawai tentera, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut membuat siasatan dalaman dan akan membawanya ke Mahkamah Tentera.* *GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kota Kinabalu: Polis Sabah tidak akan memberi perlindungan kepada pegawai atau anggota yang melakukan kesalahan atau melanggar integriti sebagai pihak berkuasa. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, kewujudan anggota dan pegawai yang disifatkan sebagai parasit itu boleh menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku pasukan keselamatan yang bertanggungjawab untuk melindungi masyarakat.* *GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Shah Alam: Kerja pemindahan 90 kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di sini, bagi memberi laluan kepada projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka esok, ditangguhkan seminggu lagi. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah ini bagi memberikan ruang bagi proses pemakluman dan pendengaran kepada 45 lagi waris kubur terbabit.* *GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Kota Bharu: Beberapa masalah utama dikenal pasti dihadapi lebih 7,000 pesawah di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dengan jumlah keseluruhan keluasan 2,645 hektar sehingga menjejaskan tanaman padi mereka. Pengerusi Persatuan Pesawah Pesawah Kelantan (PESAK), Zuha Ismail berkata, permasalahan yang timbul pada pesawah di negeri ini adalah berkaitan dengan sistem perparitan.* *GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Georgetown: Seorang bekas pekerja kontraktor sambilan dihukum penjara tujuh tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan pilihan memiliki ganja seberat 653.38 gram, lima tahun lalu. Hakim Rofiah Mohamad memutuskan hukuman itu selepas menerima pengakuan salah tertuduh, M Kummaresan, 30, sejurus selesai meneliti fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.* *GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Jerantut: Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lalu. Majistret Nur Syafiqah Noorinda menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdul Aziz Saini, 38, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkannya dipenjara 10 bulan jika gagal membayar denda tersebut.* *GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Kajang: Pengusaha kilang yang menjadikan bahu jalan di sekitar Kawasan Perindustrian Mega, Bandar Teknologi di sini sebagai tapak pembuangan sampah haram akan dikenakan tindakan lebih tegas. Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Sangeetha Chandra Mohan berkata begitu susulan menerima banyak aduan daripada penduduk yang kurang selesa dengan lambakan sampah di kawasan mereka.* *GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Pasir Puteh: Pintu sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan tidak akan ditutup susulan kes letupan bom dan berbalas tembakan di Gualosira Pasemas, Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand malam kelmarin. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, operasi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) akan berlangsung seperti biasa. Katanya, bagaimanapun kawalan akan diperketatkan termasuk menerusi kerjasama pasukan keselamatan lain seperti Pasukan Gerakan Am (PGA).* *GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Muar: Pemandu bas yang didakwa menyamar polis ketika menyamun sebuah keluarga sedang bersahur dipenjara lima tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Nik Khairoul Kasim, 39, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan ke atasnya dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon. Mengikut kedua-dua pertuduhan, dia didakwa memiliki tiga bentuk cincin milik dua individu selepas memecah masuk sebuah rumah di Jalan Dusun Damai, Pagoh, jam 4 pagi, 7 April lalu.* *GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Kota Kinabalu: Polis masih menunggu laporan forensik berhubung isi kandungan telefon bimbit milik anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu, yang maut tertembak diri sendiri dalam kejadian 16 April lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pihak polis sebelum ini sudah menghantar telefon bimbit berkenaan Pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah untuk disiasat.*
820Loading...
20
🇲🇲 *Naypyidaw: Myanmar merekodkan suhu tertinggi pada April iaitu 48.2 darjah Celsius.* *Ia disahkan oleh pihak berkuasa pada Isnin, ketika negara Asia Tenggara itu berada dalam gelombang panas.* *Menurut kenyataan pejabat cuaca negara itu, suhu mencecah 48.2 Celsius di bandar Chauk di wilayah Magway tengah Myanmar pada Ahad.* *Suhu itu adalah yang tertinggi dilihat di mana-mana kawasan di Myanmar pada April, sejak tempoh 56 tahun lalu.* 🇧🇩 *Dhaka: Mahkamah Bangladesh, semalam, memerintahkan penutupan sekolah di seluruh negara akibat gelombang panas berterusan.* *Keputusan itu dibuat sehari selepas kerajaan mengarahkan jutaan kanak-kanak kembali ke sekolah walaupun suhu masih tinggi.* *Purata suhu di ibu negara Dhaka sepanjang minggu lalu adalah antara empat dan lima darjah Celsius lebih tinggi, daripada purata 30 tahun untuk tempoh sama.* *Kerajaan berkata, sekurang-kurangnya tujuh orang maut akibat panas melampau sejak awal April lalu, dengan suhu maksimum di ibu negara diramalkan kekal melebihi 40 darjah Celsius sehingga Khamis lalu.* 🏴󠁧󠁢󠁳󠁣󠁴󠁿 *Edinburgh: Menteri Pertama Scotland, Humza Yousaf mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin, menjelang dua undian percaya, minggu ini, yang dicetuskan susulan penyingkiran rakan gabungan muda dalam isu berhubung dasar iklim.* *Pemimpin berusia 39 tahun itu meletak jawatan sebagai ketua kerajaan Scotland apabila berkurangnya sokongan terhadap parti prokemerdekaannya, Parti Kebangsaan Scotland (SNP).* *Humza berkata, beliau memandang rendah masalah yang ditimbulkannya dengan menamatkan perjanjian perkongsian kuasa dengan Scottish Green Party (SGP) di Parlimen Scotland, minggu lalu.* 🇵🇪 *Lima: Seramai 25 orang terbunuh dan 13 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung sedalam 300 meter di utara Peru pada malam Ahad, menurut pihak berkuasa pada Isnin.* *Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan di lebuh raya Celendin, di jabatan Cajamarca, lapor Xinhua memetik ketua polis di wilayah Celendin, Hugo Uriarte, yang memberitahu media tempatan.* *Beliau berkata, bas itu berlepas dengan 35 penumpang tetapi mengambil lebih ramai individu di sepanjang laluannya.* *berita penuh sila follow harian metro online* *#hanipiloiempire* *#repoterataspokok* *#hanisofeasupriseandgift* *#legasisepuluh* *GOA_L MEDSOS, POPULAR* +=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+ 👑 *Kuala Lumpur: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.* *Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata pelantikan yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 itu adalah bagi menggantikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah tamat menjalankan tugas sebagai Pengerusi MKI selama dua tahun.* *"Walaupun terdapat titah gesaan daripada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja agar baginda menyambung khidmat yang mulia dan cemerlang selama dua tahun lagi, baginda bertegas untuk mengundur diri, supaya tugas dan peranan penting sebagai Pengerusi MKI dipertanggungkan kepada seorang Raja lain.* ☠️ *Kuala Nerus: Jabatan Kesihatan Terengganu (JKNT) menyiasat kes keracunan makanan membabitkan lima mangsa selepas memakan kuih yang dibeli di sebuah pasar di Marang, semalam.* *Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya mengambil maklum isu keracunan makanan membabitkan lima mangsa yang ditularkan melalui media sosial sejak Isnin lalu.* *Katanya, pihaknya melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kes itu sebelum tindakan lanjut dilakukan.* *"JKNT ada mengesan video yang tular mengenai kes keracunan makanan, tetapi siasatan secara menyeluruh sedang dilakukan.*
760Loading...
21
*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI* *‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ* ‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.* *RABU 1 MEI 2024 MASIHI BERSAMAAN 22 SYAWAL 1445 HIJRAH* *LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG* *WAKTU SOLAT KLANG DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA* *IMSAK* : *05:44am* *SUBUH* : *05:54am* *SYURUK* : *07:03am* *ZOHOR* : *13:14pm* *ASAR* : *16:32pm* *MAGHRIB* : *19:20pm* *ISYAK* : *20:31pm* *artikel disiarkan pada tarikh 30apr* *by:hanipiloiempire* *since2011* *GOA_L DALAM NEGARA* +=+=+=+=+=+=+=+=+=+ *GOA_L* 1️⃣ *Putrajaya: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan 1,856 kes cubaan menyeludup serta menyeleweng duti dan cukai kastam membabitkan sitaan pelbagai barangan termasuk cukai bernilai RM350 juta bagi suku pertama tahun ini. Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Ribuan Abdullah berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 181.72 peratus atau RM124 juta berbanding tempoh sama pada 2023. Menurutnya, antara kenderaan yang menjadi permintaan tinggi adalah motosikal Yamaha RXZ, Toyota Vallfire, Alphard dan Mercedes.* *GOA_L* 2️⃣ *Hulu Selangor: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan beliau tidak mencampuri urusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu membabitkan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli. Mengulas lanjut, Azalina yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, beliau langsung tidak tahu mengenai hal itu.* *GOA_L* 3️⃣ *Klang: Sebahagian waris kubur Tanah Perkuburan Selat Klang di sini, mendakwa tidak dimaklumkan berhubung pemindahan tapak tanah perkuburan berkenaan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan rel. Mereka turut kecewa apabila tidak dipanggil untuk sesi libat urus dan perbincangan dilakukan bersama keluarga waris dilakukan pihak berwajib bagi memaklumkan penggalian dan pemindahan semula kubur berkenaan. Sebahagian waris itu tidak bersetuju kubur berkenaan dialihkan dan minta laluan rel dapat dilencongkan.* *GOA_L* 4️⃣ *Putrajaya: Penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan, hari ini, menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan 30 tahun. Panel tiga hakim terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan keputusan itu dan memerintahkan pemohon, Shahrul Nizam Mohd Shah, 52, menjalani hukuman penjara daripada tarikh tangkap iaitu pada 8 Oktober 2008.* *GOA_L* 5️⃣ *Putrajaya: "Macam-macam kes, saya pun tak pasti." Itu reaksi Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli ketika ditemui selepas hampir sembilan jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini. Pesuruhjaya PAS Perlis itu berkata demikian ketika ditanya adakah siasatan dilakukan terhadapnya menjurus kepada seksyen tertentu mengikut Akta SPRM 2009.* *GOA_L* 6️⃣ *Kuala Lumpur: Sudah hampir lima tahun projek Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diumumkan pembinaannya, namun sehingga kini 'batang hidung' bangunan atau kemudahan tidak kelihatan sehingga menimbulkan pelbagai persoalan banyak pihak mengenai status pembinaannya. Mengikut perancangan asal, projek berkenaan yang diumumkan pada 2019 itu sepatutnya bermula pada 2022 seperti yang diberitahu bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu seterusnya dijangka siap pada 2025.* *GOA_L* 7️⃣ *Kuala Lumpur: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga India yang dilaporkan hilang ketika melancong di negara ini, sejak Februari lalu. Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan orang hilang dikenali Shaik Mohamed Abdul Alif, 41, berketinggian 170 sentimeter. "Lelaki itu disedari hilang pada 20 Februari lalu dan dilaporkan hilang dua hari kemudian.*
2110Loading...
22
Media files
2570Loading...
23
MAKLUMAN Seorang Remaja Yang Dilaporkan HILANG Beberapa Hari Yang Lalu Telah Dijumpai meninggal dunia hari ini di Kg Belimbing, Tanah Merah. ALLAHYARHAM MOHD IKMAL HAKIMI menetap Di KG ALOR STOL, TANAH MERAH, KELANTAN. Kematian Arwah Masih Lagi Dalam Siasatan Pihak Polis bagi mengenalpasti punca kematian. Dikesempatan Ini Marilah Sama2 Kita Sedekahkan Doa Buat ALLAHYARHAM Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Dunia & Akhirat Kelak Serta Ditempatkan Bersama Orang2 Soleh.. Aminnn Insyallah. Salam Takhziah Diucapkan Buat Seluruh Kaum Keluarga Arwah. Semoga Pihak Keluarganya Redha Atas Pemergian Arwah.. إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون) (كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ ) "Setiap yang bernyawa akan merasakan mati". بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ آمِّيْن اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدْ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَما نَقَّيْتَ الثَّوْبُ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ. آمِيّنْ... آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن. Semoga di ampuni segala dosa dan dirahmati oleh Allah ke atas rohnya, segala amalan di terima dan ditempatkan di tempat yang terbaik di sisi Allah swt. Aamiin Ya Rabbal 'Aalamin Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka. Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin. - [ ] اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...
2910Loading...
24
Media files
2600Loading...
25
Rangka manusia ditemui dalam parit ladang kelapa sawit TAMPIN – Satu rangka manusia ditemukan orang awam di ladang kelapa sawit, Felda Sungai Kelamah, Gemas, di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, kira-kira pukul 2.10 petang, anggota bertugas di pejabat pertanyaan Balai Polis Gemas menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mereka menjumpai tengkorak dipercayai manusia. “Berdasarkan maklumat tersebut, pihak polis telah ke lokasi kejadian dan telah menjumpai rangka manusia dari pinggul hingga kaki di dalam parit kering, selain sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 berwarna biru. “Turut dijumpai helmet dan tali pinggang serta tengkorak manusia. Jarak dari rangka manusia dengan motosikal dianggarkan lebih kurang 15 meter, rangka tulang belakang 10 meter serta tengkorak manusia lebih kurang 80 meter,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. Ujar Amiruddien lagi, rangka si mati telah di hantar ke Bilik Mayat Jabatan Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). – KOSMO! ONLINE Oleh NOR AINNA HAMZAH 29 April 2024, 9:32 pm Kredit ➡️ Kosmo
2590Loading...
26
Media files
10Loading...
Beri ayam percuma dapat pujian netizen Oleh FATIN FILZATI BADRUL 2 Mei 2024, 4:30 pm PETALING JAYA – Tindakan dua lelaki bertopeng yang mengagihkan ayam percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang, Kuala Lumpur mendapat pujian ramai. Menerusi perkongsian video oleh @baymzn di laman X, mereka meletakkan plastik yang berisi ayam dalam sebuah but kereta dan menghulurkan kepada sesiapa saja yang datang untuk mengambilnya. Berdasarkan video, salah seorang lelaki itu memegang sepanduk kertas bertulis ‘ayam free’ dan kenyataan lain yang menyatakan mereka hanyalah orang biasa. “We are not influencer (kami bukan pempengaruh), we are not celebrity (kami bukan selebriti, we are nobody (kami bukanlah sesiapa)”. Meninjau ke ruang komen, terdapat pengguna media sosial yang was-was dengan kegiatan dua orang yang tidak dikenali itu, namun ada juga yang mengambil positif terhadap perbuatan tersebut. “Baiknya orang Malaysia, banyak pahala dia sedekah bagi orang makan,” komen @faii_musics. “Alhamdulilah, terbaik. Bagusnya mereka, semoga murah rezeki,” komen @vokalproduction. “Niat dah baik, tapi mungkin boleh buka topeng untuk buat orang lebih percaya. Sekurang-kurangnya orang muslim boleh tahu siapa pemberi,” komen @nadhirah. “Macam mana kalau ayam tu tercemar? Kita tak boleh nak jejak mereka sebab pemberi tak dikenali, komen @iamnotreiko. Sehingga kini video itu mendapat 281,000 tontonan, 2,600 tanda suka dan 964 perkongsian. – KOSMO! ONLINE #Kosmo
Mostrar todo...
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella, tiga tahun lalu.
Mostrar todo...
01:09
Video unavailableShow in Telegram
#Repost @vocket Warga asing sorok minyak masak paket? Mengikut serbuan Ops Samar yang dibuat oleh KPDN Perak, sebuah premis di Ipoh telah menyorok 1248 kg minyak paket di dalam stor berkenaan. 🎥 // kpdn_perak #vocket #vocketnews #vocketrepost
Mostrar todo...
Assalamuaikum Mintak Tolong kalau ada Ternampak Dia Mintak Serah dekat Balai polis berdekatan atau Tolong Inform No ini , Kami sekeluarga sudah buat report di Balai Polis Tiram dan IPD Seri Alam Pergi Sekolah Tak balik² .. Bersekolah di SMKUT Dia ramai kawan area Tiram Kota Tinggi Dan Pasir Gudang . Nama : NAILATUL FARAFASHA BINTI QAMARUDDIN Umur : 16 Tahun Asheeq ( Abang ) 017-9936822
Mostrar todo...
Foto : Farizul Hafiz Awang RAUB, 30 APRIL 2024 : Sekitar Ops Sekat yang dilaksanakan secara bersepadu melibatkan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pejabat Perhutanan Negeri Pahang di Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Benom di Raub. Dalam operasi berkenaan, dua individu dipercayai pekebun haram Musang King ditahan selepas disyaki menceroboh tanah HSK bagi mengusahakan kebun durian secara haram. - PAHANGMEDIA
Mostrar todo...