es
Feedback

¡No caigas en manos de tramposos! Telemetrio encuentra y marca estos canales 👉 Si quieres ver la etiqueta, suscríbete

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Ir al canal en Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Mostrar más
El país no está especificadoLa categoría no está especificada
1 843
Suscriptores
Sin datos24 horas
-57 días
-1430 días
Archivo de publicaciones
Bermula dengan selawat. Disambung dengan kesedaran. Apa yang lahir di Bukit Bintang Berselawat 3.0 bukan sekadar himpunan manusia, tetapi himpunan hati yang dipertautkan oleh cinta kepada Rasulullah ﷺ. Dan perjalanan itu tidak berhenti di situ. Kini diteruskan menuju Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Kerana selawat bukan hanya lantunan di bibir. Tetapi kekuatan iman yang membina akhlak, menyatukan umat dan menjaga warisan agama, bangsa dan negara. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Hj Aki Zali Daud atas kata-kata yang penuh hikmah, kasi
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Hj Aki Zali Daud atas kata-kata yang penuh hikmah, kasih sayang dan semangat perpaduan ini. https://www.facebook.com/share/r/1BERrJHtzL/?mibextid=wwXIfr Terima kasih kepada semua yang terus memahami, menyokong dan mendoakan usaha ini sejak BBB 1.0 hingga BBB 3.0… dan akan datang, kita melangkah ke MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT 🙏🏻 Bagi yang masih belum memahami, kita teruskan dengan adab, penerangan dan doa yang baik. Semoga Allah satukan hati-hati kita dalam rahmat dan kasih Baginda Nabi Muhammad ﷺ. “Madad madad Ya Rasulullah” #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #DaulatTuanku

Nafisa dan Nauman, dari India : "We're not aware about this event", kata mereka. "This selawat also very good, very nice event and we loving it!" kata mereka lagi. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Saudara Akram dari Perancis tampak ceria dan bersama-sama didalam Bukit Bintang Berselawat 3.0 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

𝗔𝗦𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠𝗨𝗔𝗟𝗔𝗜𝗞𝗨𝗠 𝗪𝗕𝗧 Sollualan Nabiy Perjalanan ini tidak terhenti di Bukit Bintang Berselawat 3.0. Daripada lautan selawat yang menyatukan ribuan jiwa, kini lahir satu langkah baharu membawa semangat cinta Rasulullah ﷺ kepada pembinaan adab, perpaduan umat serta menjunjung daulat dalam menjaga institusi kesultanan sebagai payung agama dan kestabilan negara. Atas semangat itu, saluran rasmi ini akan diteruskan sebagai medium rasmi bagi gerakan seterusnya : “Malam Berselawat Menjunjung Daulat” Sebuah inisiatif yang membawa mesej tiga teras utama : 1. Kesultanan dalam Cahaya Rasulullah ﷺ Mengangkat institusi kesultanan sebagai amanah yang perlu dipelihara dengan nilai Islam, adab dan rahmah. 2. Masyarakat dalam Cahaya Rasulullah ﷺ Membina masyarakat yang bersatu, berakhlak dan menjunjung institusi kesultanan sebagai payung agama dan perpaduan negara. 3. Menolak Gerakan Anti-Agama & Permusuhan terhadap Islam Menyedarkan umat tentang ancaman pemikiran ekstrem, ideologi yang merosakkan akhlak serta gerakan yang menghina agama, institusi dan keamanan negara dengan pendekatan ilmu, hikmah dan kesatuan umat. Daripada selawat lahir perpaduan. Daripada adab terpelihara daulat. Daripada cinta Rasulullah ﷺ bangkitnya sebuah peradaban. Kerana mempertahankan daulat bukan tentang kebencian, tetapi tentang menjaga warisan, kehormatan dan perpaduan umat di bumi Nusantara. Mari kita terus bersama dalam perjalanan ini. Daripada selawat… menuju kesatuan ummah dan pemeliharaan daulat. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Repost from Media ACF
KENYATAAN D.Y.M.M SULTAN SELANGOR : Rukun Negara Bukan Sekadar Hafalan, Tetapi Jiwa Negara🇲🇾 Media ACF menjunjung kasih atas titah dan kenyataan media D.Y.M.M. Sultan Selangor yang mengingatkan rakyat tentang pentingnya memahami serta menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai asas perpaduan, adab dan keharmonian negara. Dalam suasana dunia yang semakin mencabar dengan perpecahan, kebencian dan hilangnya nilai hormat sesama masyarakat, seruan untuk kembali kepada prinsip asas negara adalah sesuatu yang sangat penting, khususnya buat generasi muda. Rukun Negara bukan sekadar tulisan di plak atau lafaz di perhimpunan, tetapi manifestasi akhlak dan jiwa bernegara : • Kepercayaan kepada Tuhan • Kesetiaan kepada Raja dan Negara • Keluhuran Perlembagaan • Kedaulatan Undang-Undang • Kesopanan dan Kesusilaan Media ACF juga menzahirkan penghargaan terhadap penegasan prinsip : “𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺” “𝗕𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮” sebagai asas penting dalam memelihara identiti, kestabilan, keharmonian masyarakat serta memperkukuhkan adab dan perpaduan dalam negara. Media ACF percaya bahawa perpaduan tidak dapat dibina hanya dengan slogan, tetapi melalui pendidikan jiwa, adab dan kefahaman sejarah bangsa. Semoga Malaysia terus dipelihara dalam keamanan, dihiasi dengan adab, dipimpin dengan hikmah dan disatukan dengan rasa tanggungjawab bersama demi agama, rakyat dan negara. Menjunjung kasih. DAULAT TUANKU 🙏🏻 MEDIA ACF Media Peradaban #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Repost from Media ACF
DAULAT TUANKU 🙏🏻
DAULAT TUANKU 🙏🏻

Saudara Muhammad Fatah, walaupun kurang upaya penglihatan, tidak mahu ketinggalan dalam menyertai Bukit Bintang Berselawat 3.0 dan bersama sehingga majlis selesai. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Di Bukit Bintang Berselawat 3.0… Di hari guru, dan dari kanta seorang guru, mendambakan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ , tersebar dengan penuh peradaban dan kasih sayang. #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #IslamForAll #HiburanBeradatBudayaDiangkat #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0. Ke
+2
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0. Kenyataan daripada Bro Azim, wakil daripada Multiracial Reverted Muslims (MRM) yang turut bersama menjayakan Street Dakwah BBB. 🤍 https://www.facebook.com/share/p/18YQfdEXwD/?mibextid=wwXIfr #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Suasana dan persiapan sebelum majlis bermula Di sebalik kemeriahan sebuah majlis, ada tangan-tangan yang diam bekerja… agar setiap yang datang pulang membawa rasa dihargai. 🤍 Goodies disusun satu persatu, ruang disemak berkali-kali demi menyambut setiap tetamu yang hadir malam itu. Mudah-mudahan setiap langkah yang hadir menjadi asbab hati kembali lembut dengan selawat, kembali dekat dengan Nabi Muhammad ﷺ. Sumber : Sis-Selawat untuk Sekretariat Bukit Bintang #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #IslamForAll #HiburanBeradatBudayaDiangkat #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Tahu tak… dalam tempoh 1 jam, berapa kali video 15 saat itu dimainkan di billboard? 👀 Sekitar 25 hingga 26 kali setiap jam. Mungkin bagi sesetengah orang, itu hanya sebuah video pendek. Tetapi bagi kami, ada simbol yang lebih besar di sebaliknya. Dengan dana yang sangat terhad dan tanpa kemewahan produksi, Allah tetap izinkan video klip simbolik nama Nabi Muhammad ﷺ terpampang di layar kota. 15 saat itu mungkin singkat di mata manusia. Tetapi apabila ia bersiaran berkali-kali setiap jam, ia menjadi tanda bahawa cinta kepada Rasulullah ﷺ masih hidup dalam jiwa masyarakat. Bukan tentang besar bajetnya. Tetapi tentang besar maknanya. Dan kami bersyukur, dengan segala keterbatasan yang ada, Allah tetap izinkan ia terhasil dan sampai kepada ramai hati. Kredit video : Laman Budaya #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

+1
Ramai dalam kalangan tetamu Allah di Malaysia termasuk saudara-saudara kita dari Palestin, Syria dan Lebanon yang sudah lama menumpang kasih di bumi ini, turut merindukan suasana di mana nama Nabi Muhammad ﷺ disebut secara terang, dimuliakan dengan penuh cinta dan semangat di tengah masyarakat. Sumber : ehsanbrothers #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #IslamForAll #HiburanBeradatBudayaDiangkat #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Wira di sebalik tabir BBB 3.0! Satu malam, seribu budiman. Di sebalik gema selawat yang menyatukan ribuan ummah di Bukit Bintang baru-baru ini, ada sekumpulan jiwa daripada pelbagai agensi penguatkuasa, pasukan keselamatan, dan puluhan NGO dan individu-individu yang bekerja tanpa lelah. Kerjasama ini membuktikan apabila masyarakat bersatu hati demi satu cinta yang sama, tiada apa yang mustahil. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat sebagai tulang belakang menjayakan Bukit Bintang Berselawat 3.0. Nota : Senarai penuh organisasi ada di video. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Bukankah indah apabila seluruh Bukit Bintang digemakan dengan pujian ke atas Baginda Nabi SAW pada waktu yang sama? Mungkin ada yang menyangka perarakan BBB 3.0 ini hanya bermula di satu titik dan berakhir di satu titik yang lain. Hakikatnya, malam tersebut menyaksikan satu gerakan cinta yang luar biasa apabila gema berselawat bergerak secara SERENTAK dari 8 Checkpoint utama! Dari Checkpoint 1 di CIMB sehinggalah ke Checkpoint 8 di Pavilion, setiap pelosok laluan dihidupkan dengan alunan qasidah dan selawat oleh kumpulan-kumpulan yang telah ditugaskan. Kerana keluasan kawasan dan ramainya lautan manusia yang hadir, mungkin ada sudut yang kita terlepas pandang. Namun, saksikan sendiri video ini untuk melihat bagaimana kesemua 8 checkpoint ini sebenarnya berdenyut serentak demi cinta kepada Rasulullah SAW. Di checkpoint mana anda berada malam itu? #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

“Ayah kami buat lagu untuk BBB 3.0” 🤩🌹🥰 Teruja dan bangga bila lagu hasil karya ayah mereka menjadi antara lagu yang sering didengarkan sempena Bukit Bintang Berselawat 3.0 kali ini. Alhamdulillah, memang ramai yang suka dan turut menyanyikannya bersama. Suara anak-anak ini sebenarnya mewakili doa dan harapan kita semua. Walaupun kecil, semangat mereka untuk terus menyokong Palestin dan menyebarkan selawat sangat besar. Bila ditanya kenapa pilih poster “Save Gaza”, jawapan mereka cukup menyentuh hati… sebab berita tentang Gaza semakin kurang muncul di media sosial, jadi kita semua ada tanggungjawab untuk terus menghidupkan kesedaran ini. Seperti pesan adik-adik ini, marilah kita lazimi selawat, jaga solat dan paling kurang sentiasa berzikir setiap hari. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kepada kebaikan yang lebih besar. 🌹🇵🇸 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #SaveGaza

Yang paling indah tentang Bukit Bintang Berselawat 3.0… ia bukan digerakkan oleh satu organisasi besar atau kelompok tertentu. Tetapi ia terhasil daripada kebersamaan masyarakat pelbagai latar belakang yang datang membawa tenaga, bakat, masa dan rasa cinta masing-masing… lalu semuanya bergabung menjadi satu malam yang sangat organik dan hidup. Persembahannya bukan digerakkan oleh nama-nama besar. Tetapi oleh manusia-manusia yang membawa jiwa. Ada guru yang datang berkongsi ilmu dan kesedaran. Ada anak muda yang siangnya bekerja di Speedmart… malamnya mempersembahkan lion dance dengan penuh disiplin budaya dan hormat. Ada rider, pemandu Grab, pekerja biasa… yang datang sebagai pencinta selawat perindu Rasulullah ﷺ Ada usahawan dan CEO syarikat… yang dalam masa sama boleh pegang bunga, angkat barang dan kutip sampah selepas program selesai, dan ramai lagi yang berkhidmat tanpa melihat darjat. Inilah wajah sebenar masyarakat. Majmuk. Berbeza. Pelbagai latar. Pelbagai budaya. Tetapi boleh duduk bersama dalam satu ruang yang dipenuhi adab, kasih sayang dan penghormatan. Ada Melayu, Cina, India. Ada Muslim dan non-Muslim yang hadir melihat sendiri bagaimana selawat mampu menyatukan manusia tanpa paksaan dan tanpa kebencian. Masing-masing datang dengan cara tersendiri. Tetapi pulang dengan rasa yang sama bahawa manusia sebenarnya masih boleh hidup dalam harmoni apabila cinta dan adab dijadikan titik pertemuan. Bukit Bintang Berselawat bukan sekadar sebuah acara. Ia seperti cerminan kecil sebuah masyarakat yang sedang mencari jalan untuk kembali menjadi hamba-Nya. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

BBB 3.0 Tentang KITA 🇲🇾