es
Feedback
MDS UiTM SHAH ALAM SESI SEPTEMBER 2026

MDS UiTM SHAH ALAM SESI SEPTEMBER 2026

Ir al canal en Telegram

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, group ini ditubuhkan bagi tujuan penyebaran maklumat secara terus kepada mahasiswa baharu terima kasih!

Mostrar más
El país no está especificadoLa categoría no está especificada
4 532
Suscriptores
-724 horas
+1217 días
+24530 días
Archivo de publicaciones
KHAMIS | 24 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [PEMAKLUMAN MEDIUM RASMI UiTM SHAH ALAM, FAKULTI DAN KAMPUS CAWANGAN BAGI MAHASISWA BAHARU SESI SEPTEMBER 2026] Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa senarai medium rasmi UiTM Shah Alam, fakulti dan kampus cawangan telah disediakan sebagai rujukan kepada mahasiswa baharu Sesi September 2026. Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa baharu adalah diminta untuk mengikuti medium rasmi UiTM Shah Alam, fakulti atau kampus cawangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat berkaitan urusan akademik, aktiviti mahasiswa serta hebahan dan makluman terkini. Kerjasama dan perhatian daripada semua mahasiswa baharu berhubung perkara ini amatlah dihargai bagi memastikan setiap maklumat rasmi dapat diterima dengan tepat dan pada masa yang sewajarnya. Sekian, terima kasih. "Sebuah Perjalanan Menuju Puncak Legasi" Yang menjalankan amanah, JAWATANKUASA PELAKSANA MINGGU DESTINI SISWA SESI SEPTEMBER 2026 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS

KHAMIS | 24 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [KOD PEMAKAIAN MAHASISWA BAHARU (MB) BAGI MINGGU DESTINI SISWA (MDS) SESI SEPTEMBER 2026] Merujuk perkara di atas, berikut merupakan kod pemakaian Mahasiswa Baharu (MB) ketika Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi September 2026 berlangsung secara fizikal. 📍Tempat: DATC 🗓️ Tarikh: 25 September 2026 (Jumaat) 👕 Pemakaian: - Siswa: Kemeja Putih, Slack Hitam, Kasut Bertutup Hitam - ⁠Siswi: Baju Kurung Putih, Tudung dan Kain Hitam, Kasut Bertutup Hitam Namun bagi Mahasiswa Baharu yang tidak mempunyai pakaian seperti yang ditetapkan adalah dibenarkan untuk memakai pakaian formal yang kemas, sopan dan bersesuaian dengan kod pemakaian semasa MDS. Kerjasama dan perhatian MB dalam perkara ini amat dihargai. Sekian, terima kasih. “Sebuah Perjalanan Menuju Puncak Legasi” Yang menjalankan amanah, JAWATANKUASA PELAKSANA MINGGU DESTINI SISWA SESI SEPTEMBER 2026 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS

KOD PEMAKAIAN MDS 2026.docx.pdf1.84 KB

SELASA | 22 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikun WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [SENARAI SEMAK BORANG PENDAFTARAN MAHASISWA BAHARU (MB) BAGI MINGGU DESTINI SISWA (MDS) SESI SEPTEMBER 2026] Merujuk kepada perkara di atas, berikut merupakan Senarai Semak Borang Pendaftaran Mahasiswa Baharu (MB) bagi Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi September 2026. Mahasiswa Baharu (MB) diingatkan juga untuk membawa: 📌 Surat Tawaran UiTM 📌 Surat Aku Janji Perabot 📌 Slip Pra Daftar (jika ada) Sehubungan dengan itu, semua MB dimohon untuk membuat pendaftaran mengikut masa serta lokasi kolej yang telah ditetapkan. Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak amat dihargai. Sebarang pertanyaan atau permasalahan sila hubungi: 📞 PM HANIS: https://wa.me/60178229357 📞 PM TOPEK: https://wa.me/60124542125 Sekian, terima kasih. "Sebuah Perjalanan Menuju Puncak Legasi" Yang menjalankan amanah, KOORDINATOR PENDAFTARAN, PENGANGKUTAN DAN PENEMPATAN MINGGU DESTINI SISWA SESI SEPTEMBER 2026 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS

SELASA | 22 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs) MAHASISWA BAHARU MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UiTM SHAH ALAM SESI SEPTEMBER 2026] Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa Frequently Asked Questions (FAQs) Mahasiswa Baharu Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Shah Alam Sesi September 2026 disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada semua mahasiswa baharu. Sehubungan dengan itu, bersama-sama hebahan ini disertakan dokumen Frequently Asked Questions (FAQs) untuk rujukan berkaitan pelaksanaan Minggu Destini Siswa. Mahasiswa disarankan untuk meneliti maklumat yang disediakan bagi memastikan segala urusan sepanjang program berjalan dengan lancar. Kerjasama dan perhatian semua mahasiswa amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “Sebuah Perjalanan Menuju Puncak Legasi” Yang menjalankan amanah, JAWATANKUASA PELAKSANA MINGGU DESTINI SISWA SESI SEPTEMBER 2026 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS

FAQS MDS SEPTEMBER 2026.pdf6.05 KB

SELASA | 22 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku. [MAKLUMAN AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN TINGGI (TATATERTIB) 1976 (AKTA 174)] Merujuk perkara di atas, semua Mahasiswa Baharu (MB) diminta untuk mengambil maklum berkenaan Akta Institusi-Institusi Pelajaran Tinggi (Tatatertib) 1976 (Akta 174) sebagai panduan berkaitan tatatertib dan peraturan yang terpakai kepada mahasiswa di institusi pelajaran tinggi. Akta 174 memperuntukkan perkara berkaitan tatatertib mahasiswa serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Oleh itu, semua Mahasiswa Baharu (MB) uhendaklah mengambil perhatian terhadap peruntukan dan peraturan yang ditetapkan sepanjang menjalani kehidupan sebagai mahasiswa. Sehubungan itu, semua Mahasiswa Baharu (MB) digalakkan untuk membaca dan memahami kandungan Akta 174 agar setiap tindakan dan penglibatan sepanjang berada di UiTM sentiasa selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa. Kerjasama dan perhatian semua Mahasiswa Baharu (MB) dalam mengambil maklum perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “Sebuah Perjalanan Menuju Puncak Legasi” Yang menjalankan amanah, JAWATANKUASA PELAKSANA MINGGU DESTINI SISWA SESI SEPTEMBER 2026 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS

AKTA_174_AKTA_INSTITUSI_INSTITUSI_PELAJARAN_TATATERTIB_1976.pdf1.15 MB

SELASA | 22 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [MAKLUMAN AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1976 (AKTA 173)] Merujuk perkara di atas, semua Mahasiswa Baharu (MB) diminta untuk mengambil maklum berkenaan Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) sebagai salah satu perkara penting dalam memahami asas penubuhan, fungsi dan tadbir urus Universiti Teknologi MARA (UiTM). Akta 173 merupakan perundangan yang memperuntukkan perkara berkaitan penubuhan dan tadbir urus UiTM serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sehubungan itu, semua Mahasiswa Baharu (MB) digalakkan untuk membaca dan memahami kandungan Akta 173 bagi meningkatkan pengetahuan serta kefahaman berkaitan institusi yang menjadi tempat menuntut ilmu. Kerjasama dan perhatian semua Mahasiswa Baharu (MB) dalam mengambil maklum perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “Sebuah Perjalanan Menuju Puncak Legasi” Yang menjalankan amanah, JAWATANKUASA PELAKSANA MINGGU DESTINI SISWA SESI SEPTEMBER 2026 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS

AKTA 173 - AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) 1976.pdf1.26 MB

SELASA | 22 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [PEMAKLUMAN KALENDAR AKADEMIK SESI I 2026/2027] Merujuk perkara di atas, semua Mahasiswa Baharu (MB) diminta untuk mengambil maklum berkenaan Kalendar Akademik UiTM bagi Sesi I 2026/2027. Kalendar akademik yang berkaitan adalah seperti berikut: 1. Program Pra-Diploma & Diploma 2.Program Sarjana Muda, Sarjana & Kedoktoran Semua Mahasiswa Baharu (MB) diminta untuk merujuk kalendar akademik yang bersesuaian dengan program pengajian masing-masing bagi mengetahui tarikh-tarikh penting sepanjang sesi akademik. Kalendar Akademik: 🔗 https://share.google/ruoWOq8IM1NQQwvAa Kerjasama dan perhatian semua MB dalam mengambil maklum perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “Sebuah Perjalanan Menuju Puncak Legasi” Yang menjalankan amanah, JAWATANKUASA PELAKSANA MINGGU DESTINI SISWA SESI SEPTEMBER 2026 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS

Grp B Sesi 20264 - kemaskini 17 Julai 2026.pdf2.77 KB

SELASA | 22 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [PEMAKLUMAN PENGUMPULAN MAKLUMAT ALERGI MAKANAN MAHASISWA BAHARU (MB)] Merujuk kepada perkara di atas, pihak Biro Makanan & Kebersihan (MaKeb) Minggu Destini Siswa (MDS) sedang menjalankan pengumpulan maklumat bagi mengenal pasti mahasiswa baharu yang mempunyai alahan atau alergi terhadap makanan tertentu. Sehubungan dengan itu, semua Mahasiswa Baharu (MB) yang mempunyai sebarang alahan makanan diminta untuk mengisi Google Form melalui pautan berikut: 🔗 https://forms.gle/UErQfR1FQvqD2mVz7 📌 Maklumat ini penting bagi membantu pihak urus setia membuat persediaan dan memastikan keperluan makanan mahasiswa yang mempunyai alahan dapat diuruskan dengan lebih teratur sepanjang MDS. Mohon kerjasama mahasiswa untuk mengisi borang dengan maklumat yang tepat dan lengkap. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 📞 PMDS NABILA: https://wa.me/60135653340 📞 PMDS KHATY: https://wa.me/601124188761 Sekian, terima kasih. “Sebuah Perjalanan Menuju Puncak Legasi” Yang menjalankan amanah, BIRO MAKANAN & KEBERSIHAN MINGGU DESTINI SISWA SESI SEPTEMBER 2026 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS

ISNIN | 21 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [MINGGU DESTINI SISWA (MDS)] Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa pelaksanaan Minggu Destini Siswa (MDS) akan diadakan seperti ketetapan berikut: Slot: Celik MADANI ASNB 📅 Tarikh: 21 September 2026 (Isnin) 🕙 Masa: 2.00 petang - 2.45 petang 📍 Kaedah: YouTube Live 🔗 Pautan Youtube: https://www.youtube.com/live/2BE-sBYtaos Slot: Literasi AI & Notebook LM 📅 Tarikh: 21 September 2026 (Isnin) 🕙 Masa: 3.00 petang - 3.45 petang 📍 Kaedah: YouTube Live 🔗 Pautan Youtube: https://www.youtube.com/live/DbkJmt4oZwo Slot: MyGentera: Generasi Sejahtera Malaysia @MIROS -PLUS 📅 Tarikh: 21 September 2026 (Isnin) 🕙 Masa: 4.00 petang - 4.45 petang 📍 Kaedah: YouTube Live 🔗 Pautan Youtube: https://www.youtube.com/live/V1b9fyKBU4E Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa diminta untuk hadir bagi memastikan segala penerangan, perbincangan serta penyelarasan berkaitan pelaksanaan Minggu Destini Siswa (MDS) dapat difahami dengan jelas dan dilaksanakan dengan teratur. Kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amatlah dihargai bagi memastikan kelancaran pelaksanaan MDS. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 📞 MPP ALISHA: https://wa.me/60182890922 📞 PMDS SUMAIYAH: https://wa.me/60145030382 Sekian, terima kasih. "Sebuah Perjalanan Menuju Puncak Legasi" Yang menjalankan amanah, JAWATANKUASA PELAKSANA MINGGU DESTINI SISWA SESI SEPTEMBER 2026 MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS

ISNIN | 21 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [PEMAKLUMAN MEDIA SOSIAL RASMI MINGGU D
ISNIN | 21 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [PEMAKLUMAN MEDIA SOSIAL RASMI MINGGU DESTINI SISWA (MDS) SESI SEPTEMBER 2026] Merujuk perkara diatas, dimaklumkan bahawa platform media sosial rasmi bagi Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Shah Alam sesi September 2026 kini boleh diikuti melalui pautan berikut: 🔗Telegram: https://t.me/mdsuitmshahalamseptember2026 🔗TikTok: https://www.tiktok.com/@coretanmds?_t=ZS-8zxW8pAXHMu&_r=1 🔗 Instagram: https://www.instagram.com/coretanmds?igsh=dzF0NWJ3bzY0a2Z3&utm_source=qr Sekian, terima kasih. ”Satu Perjalanan Menuju Puncak Legasi” Yang menjalankan amanah, BIRO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI MINGGU DESTINI SISWA SESI SEPTEMBER 2026 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS

Repost from Info MPP UiTM
ISNIN | 21 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [PEMAKLUMAN MEDIA SOSIAL RASMI MAJLIS P
ISNIN | 21 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [PEMAKLUMAN MEDIA SOSIAL RASMI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM SHAH ALAM SESI 2025/2026] Merujuk perkara diatas, dimaklumkan bahawa platform media sosial rasmi bagi Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam sesi 2025/2026 kini boleh diikuti melalui pautan berikut: 🔗Instagram: https://www.instagram.com/mppuitmshahalam?stkn=MXBnNHVxN2Jza3Rseg%3D%3D&utm_source=qr 🔗TikTok: https://www.tiktok.com/@mppuitmshahalam?_r=1&_t=ZS-99uBKQmIFXU 🔗Threads: https://www.threads.com/@mppuitmshahalam?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ== 🔗Channel Telegram: https://t.me/infomppuitm 🔗Channel WhatApps: https://whatsapp.com/channel/0029Vb1fO9V0gcfNTEYl492w Sekian, terima kasih. ”Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPPrihatin #30MPPCakna

ISNIN | 21 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [PENETAPAN PELAKSANAAN MINGGU DESTINI SISWA (MDS) SESI SEPTEMBER 2026] Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa Minggu Destini Siswa (MDS) akan diadakan seperti ketetapan berikut: Slot 1: Sesi Bersama MPP 📅 Tarikh: 21 September 2026 (Isnin) 🕙 Masa: 8.30 pagi - 9.30 pagi 📍 Kaedah: Google Meet Streaming 🔗 Pautan Youtube: https://youtube.com/live/kpRstJPf-Uc?feature=share Slot 2: Pengenalan UiTM 📅 Tarikh: 21 September 2026 (Isnin) 🕙 Masa: 9.30 pagi - 10.30 pagi 📍 Kaedah: Google Meet Slot 3: Taklimat e-Profiling Pelajar 📅 Tarikh: 21 September 2026 (Isnin) 🕙 Masa: 10.30 pagi - 11.30 pagi 📍 Kaedah: Google Meet Streaming 🔗 Pautan Youtube: https://youtube.com/live/kpRstJPf-Uc?feature=share Slot 4: Taklimat dan Penilaian API 📅 Tarikh: 21 September 2026 (Isnin) 🕙 Masa: 11.30 pagi - 12.30 petang 📍 Kaedah: Google Meet Streaming 🔗 Pautan Youtube: https://youtube.com/live/kpRstJPf-Uc?feature=share Kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amatlah dihargai bagi memastikan kelancaran pelaksanaan MDS. Sekian, terima kasih. "Sebuah Perjalanan Menuju Puncak Legasi" Yang menjalankan amanah, JAWATANKUASA PELAKSANA MINGGU DESTINI SISWA SESI SEPTEMBER 2026 MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS

AHAD | 20 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku. [PANDUAN PENGAKTIFAN AKAUN MICROSOFT 365 PELAJAR UiTM] Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa semua mahasiswa UiTM boleh mengaktifkan dan mengakses akaun Microsoft 365 Pelajar bagi memanfaatkan kemudahan serta perkhidmatan digital yang disediakan oleh pihak universiti. Sehubungan dengan itu, bersama-sama hebahan ini disertakan Manual Pengaktifan Akaun Microsoft 365 Pelajar UiTM sebagai panduan dan rujukan kepada mahasiswa. Mahasiswa disarankan untuk mengikuti setiap langkah yang telah dinyatakan dalam manual tersebut bagi memastikan proses pengaktifan akaun dapat dilaksanakan dengan lancar. Kerjasama dan perhatian semua mahasiswa berhubung perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. "Sebuah Perjalanan Menuju Puncak Legasi" Yang menjalankan amanah, JAWATANKUASA PELAKSANA MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SESI SEPTEMBER 2026 #UiTMDiHatiku #MDSUiTMSASep26 #CeriteraKitaMenujuPuncak #LegasiBermulaDiSini #CoretanMDS