es
Feedback

¡No caigas en manos de tramposos! Telemetrio encuentra y marca estos canales 👉 Si quieres ver la etiqueta, suscríbete

Nota SSPA Keknie

Nota SSPA Keknie

Ir al canal en Telegram

Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.

Mostrar más
El país no está especificadoLa categoría no está especificada

📈 Análisis del canal de Telegram Nota SSPA Keknie

El canal Nota SSPA Keknie (@notasspakeknie) es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 31 508 suscriptores, ocupando la posición en la categoría Otro.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 31 508 suscriptores.

Según los últimos datos del 08 noviembre, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de 4 945, y en las últimas 24 horas de 6, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 43.96%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 16.58% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 13 847 visualizaciones. En el primer día suele acumular 5 224 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 38.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
“Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.”

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 09 noviembre, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Otro.

31 508
Suscriptores
+624 horas
+1777 días
+4 94530 días
Archivo de publicaciones
Pengurusan Hutang Kerajaan

#1hari1nota Nota kedua. CTR Menjaga Isteri Bersalin (untuk suami) Yang ini pun sama mcm ctr kematian, MESTI bermula pada tari
#1hari1nota Nota kedua. CTR Menjaga Isteri Bersalin (untuk suami) Yang ini pun sama mcm ctr kematian, MESTI bermula pada tarikh kelahiran, KECUALI kelahiran selepas 6ptg atau 4.30ptg hari khamis di kedah kelantan terengganu, baru dikira hari berikutnya. Had maksimum adalah 5 kali sepanjang perkhidmatan. Catat dalam buku perkhidmatan ye. Kelayakan 1-20 hari setahun, fleksibel boleh mohon berapa hari, tertakluk baki cuti dan kelulusan KJ. Sama jugak, termasuk sabtu ahad cuti umum. Maka kalau isteri bersalin hari cuti, CTR dikira pada hari cuti tersebut. Kalau isteri mohon cuti bersalin 14 hari lebih awal, suami tak boleh mohon CTR 14 hari lebih awal jugak ye. Suami kena tggu isteri dah bersalin baru boleh mohon CTR. Kalau suami nak teman isteri di wad sambil menunggu kena ambik Cuti Rehat dan apa2 cuti yang berkelayakan. Kalau tak cukup CTR 20 hari, suami boleh mohon Cuti Menjaga Anak, maksimum kelayakan 1 tahun, bagi anak di bawah umur 5 tahun. CMA adalah cuti tanpa gaji. Keknie Sha

#1hari1nota CTR Kelompok Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat. Cuti keluarga meninggal dunia ni mesti bermula pada tarikh k
#1hari1nota CTR Kelompok Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat. Cuti keluarga meninggal dunia ni mesti bermula pada tarikh kematian, kecuali kematian selepas jam 6.00 ptg atau hari khamis di kedah kelantan terengganu selepas jam 4.30ptg, ctr dikira keesokan hari nya. Tak kisah la tarikh kematian tu jatuh pada hari cuti mingguan (jumaat, sabtu, ahad) atau cuti umum, tarikh CTR bermula hari tersebut. Tak boleh tunggu hari bekerja baru nak mula CTR ye. Dan takrifan keluarga bagi CTR urusan kematian memang tiada keluarga tiri. Ibu Bapa Mertua hanya seorang ibu mertua atau bapa mertua yang layak sepanjang perkhidmatan. CTR 3 hari untuk keluarga meninggal telah dibatalkan oleh pekeliling ini, sbb ada yg bgtau sy jabatan masih hadkan 3 hari. Sekarang dah fleksibel 1-20 hari tertakluk baki cuti dan kelulusan KJ. Layak mohon sehingga 20 hari, tidak semestinya wajib diberi 20 hari, ok? Masih tertakluk pada kelulusan Ketua Jabatan dan kepentingan perkhidmatan. Keknie Sha

1 hari 2 nota sudah. haha Nampaknya post pasal penetapan gaji utk kenaikan pangkat tu menimbulkan kekeliruan. Ada yang dari g
1 hari 2 nota sudah. haha Nampaknya post pasal penetapan gaji utk kenaikan pangkat tu menimbulkan kekeliruan. Ada yang dari gred N1 naik pangkat kerana dilantik ke Gred DG9, itu guna peraturan berbeza. Penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang telah disahkan di jawatan lama. Naik pangkat N1 ke N2, itu naik pangkat yang melalui pemangkuan atau TBK. Guna pekeliling Penetapan Gaji Permulaan kenaikan pangkat. Saya ringkaskan guna infografik ni ye. Konsep nya senang aje : 1. Naik pangkat melalui pemangkuan atau TBK = gaji di gred lama + 1KGT baru atau lama mana yg lebih tinggi. Kalau belum pergerakan gaji, +1KGT gred lama dulu. (jadi +1KGT gred lama + 1 KGT gred baru) 2. Naik pangkat yang skim baru, lantikan baru dan telah disahkan jawatan di skim lama = Gaji di gred lama + 1KGT gred lama. Sama jugak kalau belum pergerakan gaji, +1KGT gred lama. (jadi 2 KGT gred lama) Keknie Sha

#1hari1nota Sori harini very the busy tak dan tgk pm dlu ye. tapi #1hari1nota kita ttp on sblm lunch hahaha 2 keadaan yang bo
#1hari1nota Sori harini very the busy tak dan tgk pm dlu ye. tapi #1hari1nota kita ttp on sblm lunch hahaha 2 keadaan yang boleh menyebabkan pergerakan gaji tahunan diawalkan : 1. Tarikh bersara paksa/wajib SEBELUM TPG tahun tersebut (kecuali yang bersara paksa pada 1 Januari); dan 2. Meninggal dunia SEBELUM TPG. Kalau bersara dan meninggal selepas TPG, tak layak PGT diawalkan ye sebab dah dapat KGT tahun tersebut. Tidak Terpakai untuk Bersara atas sebab kesihatan dan bersara pilihan. Keknie Sha

#1hari1nota Hari2 akan ada soalan pasal mcmana nak kira kenaikan gaji utk naik pangkat? Hari2 ada orang naik pangkat ke camne
#1hari1nota Hari2 akan ada soalan pasal mcmana nak kira kenaikan gaji utk naik pangkat? Hari2 ada orang naik pangkat ke camne? hehehe Penetapan gaji permulaan selepas kenaikan pangkat dengan kaedah yg ini berkuatkuasa mulai 1 Mei 2017. So yg naik pangkat sblm tu lain kaedah nya ye. Kaedah nya mudah aje. 1. Gaji di gred lama - dah naik KGT ke belum? 2. Kalau sudah, gaji gred lama + 1KGT gred baru/lama mana yg lagi tinggi. 3. Kalau belum, gaji gred lama + 1 KGT gred lama + 1 KGT gred baru/lama mana yg lebih tinggi. Itu saja. Kena tgk tarikh kenaikan pangkat sebelum atau selepas TPG di gred lama. 1. kalau naik pangkat sebelum atau pada TPG gred lama : Gaji gred lama + 1 KGT gred lama + 1 KGT gred baru/lama mana yg tggi 2. kalau naik pangkat selepas TPG gred lama : Gaji gred lama + 1 KGT gred baru/lama mana yg lebih tinggi Senang kan? yeee laa tu senang, hahaha

https://www.facebook.com/share/p/1C7SRe1igk/ - Pencen Tanggungan FB JPA Pencen

https://www.facebook.com/share/p/1858EgVZvT/ Adakah bersara pilihan faedah persaraan dikenakan cukai?

https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Waktu-bekerja/70/ Pelepasan seperti bertugas rasmi bagi Petugas Haji

#1hari1nota Infografik di bwh adalah berdasarkan contoh drpa fb JPA Pencen 1 isteri = 2 syer 1 anak = 1 syer Untuk anak di bw
#1hari1nota Infografik di bwh adalah berdasarkan contoh drpa fb JPA Pencen 1 isteri = 2 syer 1 anak = 1 syer Untuk anak di bwh 18 thn yg takde akaun bank, syer akan masuk ke akaun ibu. Contoh di bawah ada 2 isteri, 5 anak. Jadi jumlah syer keseluruhan = (2 x 2) + (5 x 1) = 9 syer. Jadi kiraan untuk pencen setiap isteri : 2/9 x pencen bulanan gemulah Kiraan utk setiap anak : 1/9 x pencen bulanan gemulah. 9 syer tu berubah la ye ikut brapa org isteri dan anak. Contoh 2 -------------- 3 isteri 6 anak (2 org anak setiap isteri) Syer isteri2 = 3 x 2 syer = 6 syer Syer anak2 = 6 x 1 syer = 6 syer Jumlah keseluruhan syer = 12 Jadi utk kiraan pencen setiap isteri : 2/12 x pencen bulanan gemulah Kiraan pencen anak : 1/12 x pencen bulanan gemulah **Gemulah - pegawai yang telah meninggal dunia. Keknie Sha

#inboxKeknie Keknie share beberapa soalan drpd inbox ye, untuk rujukan yang lain sekiranya ada pertanyaan yg sama. 1. CTR Kel
#inboxKeknie Keknie share beberapa soalan drpd inbox ye, untuk rujukan yang lain sekiranya ada pertanyaan yg sama. 1. CTR Kelompok - rujuk pekeliling, syarat khusus dan FAQ SR5.7.1 Take note 4 jenis cuti ni : - Umrah dan cuti keagamaan, skali dalam perkhidmatan - Cuti isteri bersalin, terhad maksimum 5x sepanjang perkhidmatan - cuti kematian ahli keluarga utk ibu/bapa/mertua - sekali sahaja setiap ibu/bapa/mertua tu sepanjang perkhidmatan. 2. CMAKP - rujuk pekeliling dan faq SR5.4.4. Suami isteri boleh memilih nak cuti serentak atau bergilir, tp boleh ambik cuti serentak utk CMAKP. Walau bagaimanapun masih tertakluk pd kelulusan KJ dan kepentingan perkhidmatan. Keknie Sha

#1hari1nota Wilayah maksudnya : Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan. Jadi, pertukaran/perpindahan di antara 4 wilayah ni a
#1hari1nota Wilayah maksudnya : Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan. Jadi, pertukaran/perpindahan di antara 4 wilayah ni akan melayakkan pegawai utk 3 elaun di bawah, dengan syarat-syarat tertentu. Rujukan : Lampiran E, Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 2024, pekeliling SSPA. Pegawai yang bertukar wilayah, amat penting untuk tahu, elaun2 ini BUKAN AUTOMATIK. Tuan/puan kena isik borang pengisytiharan wilayah asal, dan borang memilih ITP/BIPW. BIAPW atau elaun gangguan pula hanya layak kalau pegawai diarahkan untuk bertukar wilayah. Kalau mohon pertukaran sendiri, tak layak dibyr BIAPW. Kadar BIAPW adalah sebulan gaji dan dibyr semasa pegawai balik ke wilayah asal, tapi pegawai boleh mohon pendahuluan separuh gaji masa mula2 dipindahkan dari wilayah asal ke wilayah berkhidmat. Satu lagi kemudahan utk pegawai yg bertukar wilayah adalah Kemudahan Tambang Antara Wilayah, yang biasa digunakan adalah Tambang Ziarah Wilayah. Yang tu nnt nota lain ye. Selamat berhujung minggu. Keknie Sha

#1hari1nota Kemudahan Perubatan. Senarai kemudahan perubatan yang boleh claim boleh rujuk detail di Ceraian SR2.1.1. Syarat u
#1hari1nota Kemudahan Perubatan. Senarai kemudahan perubatan yang boleh claim boleh rujuk detail di Ceraian SR2.1.1. Syarat utama adalah dah pegi hospital kerajaan, tapi hospital kerajaan takde or tak dapat supply ubat/alat/kemudahan tu, baru layak mohon tuntutan perbelanjaan. 1 keypoint penting kena ingat, perbelanjaan alat untuk ibu bapa adalah tidak dibenarkan. Kalau parent tu sendiri pesara, boleh guna kelayakan sebagai pesara. Proses permohonan kebiasaannya kita hantar ke KKM untuk sokongan/perakuan dahulu samada boleh claim atau tidak, kemudian baru diangkat untuk kelulusan Ketua Jabatan. Sebarang kemusykilan berkaitan apa2 yang diluar pekeliling ni kena rujuk KKM terlebih dahulu sekiranya diperakukan doktor ada keperluan ubat/alat/kemudahan tapi takde disebut dalam pekeliling. Keknie Sha

#1hari1nota Penangggungan Kerja / elaun tanggung kerja ETK Rujukan MyPPSM PO.1.1.6 Tanggung kerja maksudnya buat kerja orang
#1hari1nota Penangggungan Kerja / elaun tanggung kerja ETK Rujukan MyPPSM PO.1.1.6 Tanggung kerja maksudnya buat kerja orang lain disamping buat kerja sendiri. Syarat : - kekosongan jawatan hakiki/operasi - tgg kerja kali pertama : 28 hari berturut2 termasuk sabtu ahad cuti umum, cuti rehat + mc maksimum 5 hari saja dibenarkan - tgg kerja kali kedua jawatan yg sama : 14 hari berturut2 termasuk sabtu ahad cuti umum - tempoh maksimum tgg kerja 6 bulan, atau sehingga jawatan diisi yang mana terdahulu. kalau ada keperluan boleh sambung lagi 6 bulan. Kadar elaun : 25% daripada gaji permulaan di jawatan yang ditanggung Tanggung kerja BUKAN memangku. Jangan salah istilah ye. maksudnya tak sama hehe. Memangku tu untuk kenaikan pangkat ke gred lebih tinggi. Tanggung kerja tu, tambah kerja buat kerja orang lain tanpa naik pangkat. haha. Ok la. Bacaan lanjut sila rujuk MyPPSM ye. PO.1.1.6. Keknie Sha

Softcopy borang TNT Pindaan 2026 - feel free to edit according to your need. TQ

CSG vs CTG (Cuti Separuh Gaji vs Cuti Tanpa Gaji) CSG : - jaga keluarga sakit - maksimum 180 hari sepanjang perkhidmatan - 14
CSG vs CTG (Cuti Separuh Gaji vs Cuti Tanpa Gaji) CSG : - jaga keluarga sakit - maksimum 180 hari sepanjang perkhidmatan - 14 hari pertama kelulusan KJ, selebihnya kelulusan KP/SUB/TKSU/KSU - layak terima separuh gaji dan separuh elaun - tempoh tidak dikira untuk kiraan kelayakan cuti rehat tapi dikira untuk faedah persaraan. - hilang kekananan sepanjang tempoh CSG CTG : - sebab persendirian yg mustahak - maksimum 360 hari sepanjang perkhidmatan - tidak layak menerima sebarang emolumen - wajib habiskan semua cuti rehat yang layak sebelum mula CTG - hilang kekananan sepanjang tempoh CTG - tempoh CTG tidak dikira bagi kiraan kelayakan cuti rehat dan faedah persaraan ** Kesan pada perkhidmatan dalam infografik tu kena baca kat atas ye, ada beza skit CSG dan CTG. Tempoh CSG dikira untuk faedah persaraan. CTG saja yg tak dikira.

Slaid HPA

SLU JPA - BIPS P&P