en
Feedback
STPM STUDY ROOM πŸ§šβ€β™‚β€ΌοΈ

STPM STUDY ROOM πŸ§šβ€β™‚β€ΌοΈ

Open in Telegram

~kejayaan lahir dari orang yang berusaha~ - pengajian am - sejarah - bahasa melayu - seni - pp - geo "Man Jadda Wa Jadda" Education Hub https://www.tiktok.com/@dash3sixty?_r=1&_t=ZS-95pJ559Uae1

Show more
2 479
Subscribers
+6924 hours
+1877 days
+57030 days
Posts Archive
ada batch 08 ke kat sini ?

Kalau soalan Sejauh Manakah *PERLU MENGHURAIKAN 2 FAKTOR *5(semula jadi)+1(fizikal)atau sebaliknya *Penegasan mewakili 1m-Cth-rujuk soalan /isu

contoh kegiatan pertanian (kebun kecil) -lokasi ( pertanian biasanya dilakukan di kawasan desa ( luar bandar) -skala( kecil kerana ? peluasan tanah tidak besar) -Modal( hanya guna modal yang kecil kerana apa? kerana kawasan yg kecil atau boleh bagi ayat lain ) -orentasi pengeluaran ( maksud nya berapa hasil yg telah dapat utk dikeluarkan di mana? pasaran ) -teknologi ( rendah kerana hanya cangkul yg digunakan bgi melakukan aktiviti pertanian kebun kecil di kawasan luar bandar ) -Buruh ( tidak memerlukan tenaga buruh yg banyak kawasan yg nk dilakukan aktiviti pertanian hanya lah kecil/ modal sikit utk bayar upah tenaga buruh)

KEGIATAN EKONOMI (primer,sekunder, tertier) ingat ciri2 kegiatan ekonomi -lokasi -skala/pemilikan - Modal - Orentasi Pengeluaran -Teknologi -Buruh

contoh soalan FAKTOR yang menggunakan huraian dengan membuat perbandingan Jelaskan faktor yang mempengaruhi tindakan hakisan di kawasan lembangan saliran.(12m) faktor -Kecerunan huraian - curam-aliran laju -hakisan giat -landai- aliran perlahan -hakisan lemah sama juga mcm faktor yg lain

SOALAN FAKTOR/SEBAB -letak fakta dulu baru diikuti dgn huraian - huraian blh dlm bentuk proses atau perbandingan - tak perlu pendahuluan atau penutup

TAMBAHAN TEKNIK BAGI MENJAWAB SOALAN GEOGRAFI kalau soalan tanya β€œbagaimana β€œ boleh bagi Fakta + Kesan + Proses kerana lebih memudahkan pelajar menjawab soalan

Repost from N/a
B) Dari segi aspek warna. Penggunaan warna yang terang, cerah dan berani seperti kuning terang di langit, hijau pelbagai rona pada pokok dan tumbuhan, serta warna merah, biru dan coklat yang nyata pada bangunan dan jalan raya. Contohnya, penggunaan warna yang harmoni pada tumbuh-tumbuhan, rumah, jalan raya dan baju pada figura manusia. Dari aspek emosi.Warna dan susunan gambaran membangkitkan perasaan gembira, riang, tenang dan rindu pada kenangan zaman persekolahan. Penonton berasa selesa dan terhibur melihat suasana kanak-kanak bermain dan bergerak bebas di tengah alam semula jadi yang subur.Contohnya, emosi gembira dan damai dapat dillihat melalui penggunaan warna yang harmoni dan kontras. Makna pada karya ini membawa maksud tentang keindahan kehidupan kampung, kegembiraan kanak-kanak semasa cuti persekolahan, serta keharmonian antara manusia dan alam sekitar. Ia juga mengekalkan kenangan warisan budaya hidup masyarakat terdahulu yang ringkas namun penuh kebahagiaan.

Repost from N/a
A) Karya ini mengikut gaya lukisan rakyat atau naif. Hal ini kerana gambaran kehidupan harian yang ringkas, penuh warna ceria, bentuk yang tidak mengikut skala atau perspektif tegar, dan menggambarkan suasana kampung yang damai dengan cara yang santai dan mudah difahami.Ia menonjolkan identiti tempatan dan pengalaman hidup masyarakat biasa tanpa teknik lukisan yang rumit.Sebagai contoh suasana di sebuah kawasan perumahan yang damai yang dipenuhi alam semula jadi yang berwarna-warni.

Repost from N/a
photo content

contoh soalan geografi ( pemendapan sungai dan pantai)
+1
contoh soalan geografi ( pemendapan sungai dan pantai)

Repost from N/a
B) karya arca De Vaartkapoen ini bukan sekadar paparan bentuk dan gerakan semata-mata, malah sarat dengan mesej tersirat, unsur ekspresi, dan kritikan sosial yang mendalam. Melalui susunan figura, kedudukan yang luar biasa, serta gambaran emosi yang jelas, pereka berjaya membina satu naratif yang menghiburkan sekaligus mengajak penonton merenung semula hubungan antara kuasa dan masyarakat. Karya ini pertama sekali memberi kesan kejutan dan ketidaksamaan. Penonton yang melihat arca ini pasti akan terkejut melihat bentuk dan kedudukannya yang luar biasa dan tiada siapa menjangka akan melihat arca polis yang kelihatan jatuh atau dikalahkan oleh seorang lelaki biasa yang muncul dari longkang. Kedudukan figura yang tidak dijangka ini serta-merta menarik perhatian dan menimbulkan rasa ingin tahu, menjadikan karya ini sangat berkesan sebagai seni awam yang perlu menarik perhatian orang ramai. Melalui ekspresi dan gerakan, karya ini juga memancarkan suasana teruja dan ekspresi terkejut. Wajah dan postur badan pegawai polis jelas menunjukkan rasa terkejut dan panik apabila kehilangan keseimbangan. Sebaliknya, figura di bawah pula kelihatan seolah-olah sedang bergelak ketawa atau berasa puas hati. Perbezaan ekspresi ini mewujudkan satu babak yang penuh emosi dan cerita, seolah-olah kita sedang menyaksikan satu adegan lucu atau jenaka di jalan raya. Namun, di sebalik unsur kelakar ini, tersirat kritikan sosial dan sindiran yang mendalam. Karya ini melambangkan hubungan antara pihak berkuasa dan rakyat biasa, atau lebih tepat lagi, sindiran terhadap kuasa dan hierarki. Polis selambak-lambaknya melambangkan kuasa, undang-undang, dan pihak berkuasa yang selalunya dilihat sebagai tegas, kaku, dan berkuasa. Tetapi dalam karya ini, figura berkuasa itu dilihat jatuh, tidak berkuasa, dan dipermainkan oleh orang biasa. Ia menyampaikan mesej bahawa kuasa tidak selalunya kekal, dan kadangkala golongan yang dianggap lemah boleh "mengalahkan" atau mengejek golongan berkuasa. Secara keseluruhannya, De Vaartkapoen adalah karya yang sangat berjaya. Ia menggabungkan kemahiran teknikal dalam prinsip rekaan,terutamanya imbangan dan pergerakan dengan mesej seni yang jelas dan relevan dengan masyarakat. Sebagai seni awam, ia bukan sahaja menghiasi ruang bandar, malah berfungsi sebagai medium komunikasi yang mencetuskan fikiran, mengajak penonton tersenyum, dan sekaligus memikirkan tentang kuasa, hierarki, dan sifat kemanusiaan. Karya ini membuktikan bahawa seni arca bukan sekadar untuk dilihat, tetapi untuk difahami dan dihayati nilai serta mesejnya.