meh study !
Open in Telegram
stpm batch 07 !
Show moreThe country is not specifiedThe category is not specified
9 407
Subscribers
+2524 hours
+2977 days
+1 32730 days
Posts Archive
9 406
JENIS LATIHAN FIZIKAL ⛹️
1. LATIHAN AEROBIK
-senaman yg menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga secara berterusan & berintensiti sederhana hingga rendah.
•dilakukan lebih 20-30 min
•intensiti sederhana
•aktiviti berterusan tanpa henti
cth; Berjalan laju, Joging/larian jarak sederhana, Berbasikal, Berenang.
manfaat> bakar lemak & kalori, meningkatkan daya tahan otot, kurangkan risiko penyakit kronik.
2. LATIHAN ANAEROBIK
-senaman berintensiti tinggi dan singkat yg tidak menggunakan oksigen secara langsung untuk menghasilkan tenaga.
•dilakukan dlm tempoh singkat (<2minit)
•intensiti tinggi-maksimum
•aktiviti berselang dengan rehat
•hasilkan tenaga dengan cepat tapi terhad
cth; Larian pecut (sprint), Angkat berat, Senaman HIIT.
manfaat > Meningkatkan kekuatan otot, meningkatkan kepantasan,menbantu prestasi sukan yg memerlukan letupan tenaga.
9 406
PIRAMID AKTIVITI FIZIKAL 🏋️👆🏼
1. Bahagian Dasar Piramid
•perlu dilakukan setiap hari kerana ia mudah dan menyumbang besar kepada kesihatan.
cth; berjalan kaki, menaiki tangga,mengemas rumah, berbasikal.
fungsi > mengurangkan gaya hidup sedentari & menyokong kesihatan jantung.
2. Bahagian Tengah Piramid
•dilakukan beberapa kali seminggu (5-6 kali seminggu) dan perlukan perancangan.
cth; berjoging, berenang, aerobik.
fungsi> meningkatkan kecergasan kardiovaskular & daya tahan.
3. Bahagian Atas Piramid
•dilakukan 2-3 kali seminggu (aktiviti sokongan)
cth; latihan beban,tekan tubi,squat,yoga.
fungsi> kuatkan otot dan tulang & meningkatkan fleksibiliti
4. Puncak Piramid
•aktiviti ini perlu dihadkan
cth; menonton tv, bermain permainan video, melayari socmed terlalu lama.
risiko> obesiti, penyakit kronik.
9 406
Slide Sains / Nota Sukan STPM Sem 2
5 Pengurusan Sukan
5.1 Pengenalan Pengurusan Sukan
https://t.me/studywithdelyaaa07/188
5.2 Fungsi personel dalam organisasi pertandingan sukan
https://t.me/studywithdelyaaa07/128
5.3 Sistem pertandingan
https://t.me/studywithdelyaaa07/120
https://t.me/studywithdelyaaa07/131 (kalah mati)
6 Anatomi dan fisiologi sukan
6.1 Sistem rangka
https://t.me/studywithdelyaaa07/116
6.2 Sistem otot
https://t.me/studywithdelyaaa07/117
6.3 Sistem kardiovaskular
https://t.me/studywithdelyaaa07/119
https://t.me/studywithdelyaaa07/118
6.4 Sistem respiratori
https://t.me/studywithdelyaaa07/122
7 Kesejahteraan dan kecergasan fizikal
7.1 Pengenalan
https://t.me/studywithdelyaaa07/121
7.2 Piramid aktiviti fizikal
https://t.me/studywithdelyaaa07/129
https://t.me/studywithdelyaaa07/126
7.3 Prinsip latihan
https://t.me/studywithdelyaaa07/133 (Baru)
https://t.me/studywithdelyaaa07/132 (lama)
7.4 Daya tahan kardiovaskular
https://t.me/studywithdelyaaa07/155
https://t.me/studywithdelyaaa07/157
7.5 Daya tahan otot
https://t.me/studywithdelyaaa07/166
https://t.me/studywithdelyaaa07/189
7.6 Kekuatan otot
https://t.me/studywithdelyaaa07/167
7.7 Fleksibiliti
https://t.me/studywithdelyaaa07/193 (nota)
https://t.mestudywithdelyaaa07/209 (soalan)
7.8 Komposisi Badan
https://t.me/studywithdelyaaa07/194
https://t.me/studywithdelyaaa07/212
7.9 Ketangkasan
https://t.me/studywithdelyaaa07/213
7.10 Kepantasan
7.11 Koordinasi
7.12 Kuasa otot
7.13 Imbangan
7.14 Masa reaksi
https://t.me/studywithdelyaaa07/237
7.15 Adaptasi fisiologi terhadap latihan
9 406
Repost from STPM 2026 KOHORT BAHARU
https://forms.gle/Xsgo4wPWyQ9fMKh77 yang dah trial boleh fill ye untuk kegunaan ramai and share kepada lain yang dah trial : ) .
9 406
Pelancongan
lancong - kata dasarnya apa
Pelancong - mendukung maksud
lancongan - tiada
kalau kita lihat dengan jelas morfem terikat terbahagi tidak boleh dipisahkan mana - mana morfem dan morfem yang dipisahkan tidak boleh mendukung makna
Pelancongan - bukan morfem terikat terbahagi
9 406
syarat morfem terikat terbahagi , kata dasarnya apabila membentuk morfem terikat terbahagi perlu diambil kedua - dua morfem jika salah satu kata terbentuk melalui morfem terikat terbahagi bermakna kata tersebut bukan morfem terikat terbahagi -
contoh : perasaan
morfem terikat terbahagi - per - - an
perasa - ada maksud
rasaan - tiada maksud
jika perasaan itu digugurkan salah satu morfem yang terdapat dan membentuk makna , ia bukan morfem terikat terbahagi .
Kata yang terbentuk daripada Morfem terikat terbahagi yang betul : Pertanian
Pertani - tiada maksud
tanian - tiada maksud
bermakna jika menggabungkan morfem per -an akan mendukung makna dan membentuk kata yang terdiri daripada morfem terikat terbahagi .
Sedikit penjelasan / jika saya salah boleh beritahu saya .
9 406
Repost from STPM STUDY ROOM 🧚♂‼️
1. Realisme
Maksud: Aliran seni yang menggambarkan kehidupan harian manusia, alam sekitar dan situasi sebenar secara tepat serta realistik tanpa unsur fantasi atau khayalan. Pelukis memberi perhatian terhadap bentuk, warna dan suasana yang sama seperti keadaan sebenar.
2. Impresionisme
Maksud: Aliran seni yang menumpukan kesan cahaya, warna dan suasana yang dilihat oleh pelukis pada sesuatu masa. Pelukis biasanya menggunakan sapuan berus yang pantas dan spontan untuk menunjukkan perubahan cahaya dan keindahan alam semula jadi.
3. Post Impresionisme
Maksud: Aliran seni yang berkembang daripada impresionisme tetapi lebih menekankan emosi, bentuk dan gaya peribadi pelukis. Pelukis menggunakan warna yang lebih kuat dan teknik tertentu untuk menyampaikan perasaan serta idea mereka.
4. Fauvisme
Maksud: Aliran seni yang menggunakan warna-warna terang, garang dan tidak semula jadi untuk meluahkan emosi pelukis. Aliran ini lebih mengutamakan ekspresi perasaan berbanding gambaran objek yang tepat dan realistik.
5. Ekspresionisme
Maksud: Aliran seni yang menekankan luahan emosi, perasaan dan pengalaman dalaman pelukis secara spontan. Pelukis sering menggunakan bentuk yang diubah suai dan warna yang kuat bagi menunjukkan tekanan, kesedihan atau kegembiraan.
6. Kubisme
Maksud: Aliran seni yang memecahkan objek kepada bentuk-bentuk geometri seperti kubus, segi tiga dan silinder. Pelukis memaparkan sesuatu objek daripada pelbagai sudut pandangan dalam satu karya untuk menghasilkan imej yang unik dan abstrak.
7. Surealisme
Maksud: Aliran seni yang berasaskan mimpi, imaginasi, fantasi dan alam bawah sedar manusia. Pelukis menghasilkan karya yang pelik dan luar biasa untuk menunjukkan dunia khayalan yang tidak dapat dilihat dalam kehidupan sebenar.
8. Seni Pop
Maksud: Aliran seni yang mengambil inspirasi daripada budaya popular seperti iklan, komik, televisyen dan barangan harian. Aliran ini menggunakan warna terang dan imej moden bagi menarik perhatian masyarakat.
9. Pasca Modenisme
Maksud: Aliran seni yang menggabungkan pelbagai media, teknologi dan idea moden dalam penghasilan karya seni. Pelukis bebas menggunakan teknik tradisional dan digital untuk menghasilkan karya yang kreatif, unik dan mengikut perkembangan semasa.
10.Abstrak Ekspresionisme
Maksud: aliran seni moden yang menekankan luahan emosi, perasaan dan imaginasi pelukis melalui bentuk abstrak. Aliran ini tidak menggambarkan objek secara nyata atau realistik, tetapi menggunakan garisan, warna dan sapuan berus secara bebas untuk menyampaikan emosi. Pelukis menghasilkan karya secara spontan dan kreatif supaya penonton dapat merasai perasaan yang ingin disampaikan dalam lukisan tersebut
Available now! Telegram Research 2025 — the year's key insights 
