✿ 🧺 ៸៸ study with sofi ۫ ⸼ ◌
Open in Telegram
your future self is watching your effort right now . ݁ ˖ ♡ bot — @discusswsofi_bot 🌟 𓆩♡𓆪 collab : @study_angelz 𓆩♡𓆪 twin : @studyroom10 ⸝⸝ 𓈄 👛 ⊹ ˚ (𝓠.)ovely @studywsofichannel ꒱ 𓈒 ⠲
Show more1 627
Subscribers
-424 hours
-97 days
-3130 days
Posts Archive
assalamualaikum dan salam semangat buat kamu yang sedang berjuang ,
Peperiksaan bukanlah penentu mutlak siapa kamu, tapi ia adalah salah satu medan ujian untuk mengukur usaha, kesungguhan dan ketahanan hati kamu. Setiap usaha yang kamu curahkan sekarang – walau sekecil mana pun – adalah benih yang sedang kamu semai untuk masa depanmu sendiri. Jangan sesekali pandang rendah pada diri hanya kerana kamu rasa "aku tak pandai macam orang lain". Setiap orang ada kelebihan tersendiri, dan kamu juga.
Ingat, Allah Maha Adil. Dia tak akan sia-siakan air mata yang jatuh ketika kamu penat ulangkaji. Dia tak akan abaikan setiap doa yang kamu bisik dalam solat. Allah melihat setiap usaha, setiap lelah, dan setiap degupan jantung yang resah menunggu hari peperiksaan.
Kuatkan hati. Mungkin ada hari kamu rasa malas, lemah, atau ingin mengalah. Itu normal. Tapi jangan tinggal terus. Bangun balik walaupun perlahan. Sebab kejayaan tak selalu datang dari siapa yang paling bijak, tapi dari siapa yang paling tak mudah putus asa.
Jaga solat, jaga hati. Ilmu yang kamu cari ini adalah cahaya. Ia akan lebih mudah masuk dan lekat dalam hati yang bersih. Jangan tinggal solat, dan selalu minta Allah mudahkan fikiran, lapangkan dada, dan tenangkan hati. Bila kamu rasa tenang, ilmu lebih mudah singgah dan kekal.
Dan satu lagi – jangan bandingkan diri dengan orang lain. Kamu bukan mereka, dan mereka bukan kamu. Ukur kejayaan dengan versi terbaik diri kamu sendiri, bukan orang lain. Fokus pada peningkatan kamu, bukan persaingan yang melemahkan .
Akhir kata:
> Buat sehabis baik, serah selebihnya pada Allah. Keputusan itu urusan Dia, usaha itu tanggungjawab kita.
↷#motivation
" @studywsofichannel 🦢 "
Repost from OUR STUDY SPACE
INFORMASI BAHASA
BUKAN KATA MAJMUK MANTAP TETAPI DIEJA RAPAT
1. hulubalang
2. peribadi
3. dinihari
4. peribahasa
5. sukacita
6. dukacita
7. adiraja
8. pancalogam
9. cenderamata
10. cenderhati
11. serbaneka
12. apabila
13. walaupun
14. padahal
15. kadangkala
16. meskipun
17. biarpun
18. sukaneka
19. kepada
20. daripada
21. bagaimana
22. kenapa
23. manakala
24. barangkali
25. demikian
26. darihal
27. sedari
28. walhal
29. manalagi
30. purbakala
31. purbawara
32. dahulukala
33. senjakala
©️ : @bahasamelayuspmnotes
― #bmelayu ⨾ ଓ
𖨂 @studywshamei ᨦ 🖇🗞͠𝅄 ꒱
Repost from MENG-STUDY SPM 🧠
CARA MENGENAL PASTI FAKTOR BAGI ELEKTROLISIS ( AKUES )🌟
⚠️FAKTOR NILAI E°
*Make sure kedua - Dua elektrod ialah elektrod lengai (Karbon / Platinum)
*TIDAK BOLEH elektrod lain / metal
*Dekat elektrolit dia akan label (CAIR / DILUTE / 0.000+ mol (menunjukkan kemolaran cair ) atau TIDAK LABEL
⚠️Faktor Elektrod
*HARAM ELEKTROD KARBON
*hanya elektrod metal
Contoh : elektrod cu & elektrod cu
⚠️Faktor Kepekatan Elektrolit
*Elektrod wajib lengai (Karbon / Platinum)
*ada halide yang pekat terus consider this factor
🌟Observation
⚠️Hanya untuk Faktor Elektrod je boleh pakai menebal / menipis. LAIN HARAM !
⚠️untuk yg lain boleh buat pemerhatian warna gelembung / warna gas / warna mendakan !!
#noteskimia
kalau ada nak nota , comment je nanti sofi send ! kalau sofi dah send sofi akan react " ❤️ " dekat chat awak
ᨳ SEJARAH ଓ
✎ꕀ nota form 3 bab 1 & bab 2
↷#sejarah
" @studywsofichannel 🦢 "
korang , meh la support channel sofi di whatsapp
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5vCXqGZNCxhyWgjS2A
Available now! Telegram Research 2025 — the year's key insights 
