✧science stream students˚₊‧₊
Open in Telegram
1Malaysia Science Stream Student ‼️‼️ 🌟 share notes/exercises/tips #AchieveStraightAsTogether 🌟Biology 🌟Chemistry 🌟Physic 🌟Mathematic 🌟Addmath chat here :)) https://t.me/studylikerorychat
Show more3 301
Subscribers
+424 hours
+167 days
+430 days
Posts Archive
PENANDA WANCANA
1) Penanda permulaan karangan
a. Pada era globalisasi ini,
b. Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c. Dalam meniti arus kemodenan ini,
d. Dewasa ini,
e. Pada masa ini,
f. Kini,
g. Dasawarsa ini,
h. Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i. Sejak sedekad yang lalu,
j. Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k. Kebelakangan ini,
l. Balakangan ini,
m. Sejak akhir-akhir ini,
2) Penanda memulakan isi baharu
a. Selain itu,
b. Di samping itu,
c. Sementara itu,
d. Lebih-lebih lagi,
e. Dalam pada itu,
f. Lain daripada itu,
g. Pada waktu yang sama,
h. Dalam pada itu,
i. Seterusnya,
3) Penanda huraian isi karangan
a. Hal ini demikian kerana
b. Hal ini berlaku kerana
c. Hal ini terjadi kerana
d. Hal ini disebabkan oleh
e. Hal ini wujud akibat daripada
f. Hal ini bersangkut-paut dengan
g. Hal ini berpunca daripada
h. Hal ini tercetus apabila
i. Hal ini pada realitinya memjelaskan bahawa
4) Penanda menghuraikan contoh
a. Hal ini mengakibatkan
b. Hal ini menyebabkan
c. Oleh itu,
d. Maka,
e. Oleh hal yang demikian,
f. Oleh sebab itu,
g. Jelaslah bahawa
h. Justifikasinya,
5) Penanda memberi contoh dalam karangan
a. Misalnya,
b. Contohnya,
c. Sebagai contoh,
d. Tamsilnya,
e. Sebagaimana yang kita sedia maklum
f. Antaranya adalah seperti
6) Penanda menutup isi
a. Kesannya,
b. Natijahnya,
c. Akibatnya,
d. Akhirnya,
e. Dengan itu,
f. Dengan berbuat demikian
g. Dengan keadaan sedemikian,
7) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh :
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat
ini memang memeningkan kepala (huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (huraian 2 )
a. justeru
b. malah
c. malahan
d. tambahan pula
e. sementelahan
f. sekali gus
g. di samping
8) Penanda memulakan perenggan penutup
a. Kesimpulannya,
b. Intihanya,
c. Secara tuntas,
d. Konklusinya,
e. Sebagai penutup wacana,
f. Sebagai penghias bicara akhir,
g. Sebelum mengakhiri wacana ini,
h. Secara keseluruhan,
i. Secara total,
9) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a. Walau bagaimanapun,
b. Walakin itu,
c. Namun demikian,
d. Daripada perspektif yang berbeza,
e. Jika dilihat dari sudut lain,
f. Dengan kata lain,
g. Kontradiksinya,
h. Di sebalik itu,
i. Dalam pada itu,
j. Dari sudut lain,
10) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a.Bak kata peribahasa,...
b.Bak kata peribahasa Melayu,...
c.Bak kata orang tua-tua,...
d.Bak kata mutiara,...
e.Bak Peribahasa,...
f.Bak kata cendekiawan,...
g.Persis kata peribahasa,...
h.Persis kata peribahasa Melayu,...
i.Persis kata orang tua-tua,...
j.Persis kata mutiara...
k.Persis peribahasa,...
l. Bak kata lidah pendeta
Credit : @studybmAplus
⁺˖°ʚ Penanda Wacana Bagi Ayat Penegasan ɞ°⁺˖
➢ Tegasnya
➢ Natijahnya
➢ Ringkasnya
➢ Jelasnya
➢ Jadi
➢ Sesungguhnya
➢ Tidak dapat disangkal lagi
➢ Dengan ini
🎀 𓈒 𝅄 @scorespm ⑅ ۫⸼ ࣪
Repost from *ੈ‧₊˚diarysh4 *ੈ‧₊˚
🌟 ANALISIS TRIAL SPM 2023 🌟
🪐 BAHASA MELAYU
🪐 ENGLISH
🪐 SEJARAH (1) // SEJARAH (2)
🪐 PHYSICS
🪐 BIOLOGY // BIOLOGY (2)
🪐 CHEMISTRY
🪐 P.ISLAM
🪐 P.MORAL
🪐 PERTANIAN
Untuk mencipta jadual waktu belajar yang berkesan untuk persediaan SPM, anda perlu merancang dengan teliti dan mempertimbangkan keperluan serta matlamat pembelajaran anda. Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk membantu anda mencipta satu:
### 1. Kenalpasti mata pelajaran dan keutamaan:
- Senaraikan semua mata pelajaran yang perlu dipelajari untuk SPM.
- Beri keutamaan kepada mata pelajaran berdasarkan kekuatan dan kelemahan anda, atau berdasarkan tarikh peperiksaan yang akan datang.
### 2. Kumpulkan bahan pembelajaran:
- Pastikan anda mempunyai semua buku teks, nota, soalan tahun-tahun lepas, dan sumber-sumber lain untuk setiap mata pelajaran.
### 3. Tetapkan matlamat anda:
- Tentukan apa yang anda ingin capai dengan jadual waktu belajar anda (contohnya, lengkapkan semua bab, ulang kaji topik tertentu, latih soalan-soalan tahun lepas).
### 4. Agihkan masa belajar:
- Putuskan berapa jam yang boleh anda belajar setiap hari dengan realistik.
- Agihkan lebih banyak masa kepada mata pelajaran yang anda dapati sukar atau memerlukan lebih banyak latihan.
### 5. Cipta jadual mingguan:
- Gunakan perancang mingguan atau kalendar untuk merancang jadual waktu belajar anda.
- Bahagikan setiap hari kepada blok-blok waktu belajar berdasarkan slot masa yang ada (contohnya, pagi, tengah hari, petang).
### 6. Sertakan rehat dan keseimbangan:
- Jadualkan rehat pendek di antara sesi pembelajaran untuk berehat dan mengisi semula tenaga.
- Pastikan keseimbangan antara pelbagai mata pelajaran dan aktiviti untuk mengelakkan keletihan.
### 7. Jadikan tugas-tugas spesifik:
- Tetapkan tugas atau matlamat yang spesifik untuk setiap sesi pembelajaran (contohnya, ulang kaji Bab 3 Biologi, selesaikan soalan-soalan latihan Fizik).
### 8. Semak dan sesuaikan secara berkala:
- Semak jadual waktu anda setiap minggu untuk melihat sama ada anda mematuhi jadual tersebut dan membuat kemajuan.
- Sesuaikan jadual mengikut keperluan berdasarkan prestasi anda dan keutamaan yang berubah.
### 9. Gunakan teknik pembelajaran yang berkesan:
- Gabungkan teknik pembelajaran aktif seperti merangkum, menguji kendiri, dan mengajar orang lain.
- Gunakan alat bantu seperti kad hafalan atau peta minda untuk membantu pemahaman dan menghafal.
### 10. Kekal termotivasi dan bertanggungjawab:
- Pantau kemajuan anda dan sambut pencapaian kecil.
- Kekalkan motivasi dengan menetapkan ganjaran untuk mencapai matlamat pembelajaran atau dengan belajar bersama rakan dalam kumpulan sokongan.
### Tip:
- Konsistensi adalah kunci: Patuhi jadual waktu anda sebaik mungkin untuk membina rutin.
- Kebolehjadian: Terbuka untuk menyesuaikan jadual berdasarkan kemajuan dan keperluan yang berubah.
- Jaga diri anda: Pastikan anda tidur secukupnya, makan dengan baik, dan ambil rehat untuk kekal segar dan tumpu.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini dan menyesuaikan jadual waktu anda mengikut tabiat dan matlamat pembelajaran peribadi, anda dapat bersedia secara berkesan untuk peperiksaan SPM.
Cr: GET READY SPM with ME!!📚📑
ADDMATHS TRIAL TOPICAL 2022
https://drive.google.com/drive/mobile/folders/1Wx1D15eeSAnpkrSrQWG4arVkL1AMUyOf
🍎 ⋆ 🍉 🎀 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐅𝟒 𝐊𝐒𝐒𝐌 [𝐁𝐢𝐥𝐢𝐧𝐠𝐮𝐚𝐥] 🎀 🍉 ⋆ 🍎
➵𝘾𝙧𝙚𝙙𝙨 𝙜𝙤𝙚𝙨 𝙩𝙤 𝙩𝙝𝙚 𝙧𝙞𝙜𝙝𝙩𝙛𝙪𝙡 𝙤𝙬𝙣𝙚𝙧
#biology #form4 #paper1
since i got cemerlang for my ujian bertutur last year, so here you go:-
🦄 opening ujian bertutur berkumpulan
Andai patah saya rajawali,
Bertongkat jua saya kemari;
Bukan hendak mencari calon isteri/suami,
Tetapi untuk kita bersama memahami mauduk bicara pada hari ini.
Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Jadi, nama diberi tanpa dipinta (nama). Sudah kenal nama saya? Ya, ini bermakna kita sudah bercinta.
🦄 if you are the next presenter
Gugur sekuntum bunga melati,
Berselerak kelopak celahan di dada;
Sudah lama saya menanti,
Izinkan saya mula bicara.
🦄 memulakan isi
1. Alexander Graham Bell pernah menitipkan pesan, jika satu tertutup, pintu lain masih terbuka luas. Sehubungan itu,...
2. Di samping itu, kajian berimpak tinggi telah membuktikan....
3. Setelah diteliti dan ditelusuri sehingga ke akar umbi,....
4. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata bahawa....
🦄 kawan rembat isi? don't worry i got you
korang just ubah sikit isi tapi guna peribahasa ni
Isi saya seterusnya pula ibarat yang ombak itu ombak jua, yang air itu air jua dengan isi calon sebelumnya, namun...
yang ombak itu ombak jua, yang air itu air jua
maksud: serupa benar
🦄 nak bagi nasihat?
enak lauk dikunyah-kunyah,
enak kata diulang-ulang
maksud: nasihat perlu diulang
🦄 harapan
rendah gunung, tinggi harapan
maksud: tinggi harapan seseorang
🦄 penghargaan
terdetik rasa untuk menanggung kasih
kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
maksud: untuk menghargai / berterima kasih
🦄 penutup
1. Sebagai menggulung segenap yang diperkatakan,...
2. Kita hendaklah menyemai kemas benih-benih kebersamaan dalam jiwa nurani supaya kejayaan sentiasa berada dalam genggaman.
3. Analoginya, semua pihak diibaratkan seperti rumah. Tanpa tiang, rebah sujud ke bumi. Tanpa atap, musnah ditampar badai. Tanpa dinding, penghuni diusik bala bencana. Sebuah rumah harus lengkap dan kukuh supaya terhindar daripada ancaman.
credits: zhiddin aziz, tiktok etc.
#malay #penandawacana #peribahasa #karangan #ungkapanmenarik #ujianbertutur #notes #teknikmenjawab
° 🦕༘ ♡ ·˚ ꒰ @studywdinoo ꒱
last minute revision for ujian bertutur (can use in karangan as well) ‼️
🐝 ungkapan menarik
alma mater - sekolah
modus operandi/prakarsa - cara
mapan - tidak berubah
rekayasa - penerapan unsur-unsur ilmu
hedonisme - keseronokan
iktisad - ekonomi
watan/nusa - tanah air
saban - setiap
kesenjangan - ketidakseinbangan
kompetensi - kebolehan
ghalib - biasa
horizon - batas
euforia - sangat gembira
pemangkin - faktor
dampak - kesan
swadaya - kedekatan
cangkaliwang - kacau bilau
takuk - peringkat
implementasi - guna
kemelut - masalah
reformasi - perubahan
sirna - hilang
darma/obligasi - kewajipan
polemik - perbahasan
sinergi - kerjasama
egosentrik - pentingkan diri
ningrat - bangsawan
fatamorgana - khayalan
aforisme - peribahasa
kutubkhanah - perpustakaan
bertiwikrama - berusaha
bercempera - berpecah belah
sofistikated - canggih
mujtamah - masyarakat
imlak - rencana
pancawarna - warna-warni
nirmala - suci
sementelahan - tambahan pula
wijaya - kemenangan
mauduk - tajuk
wasitah - ikatan
bobrok - rosak
memugari - memperbaiki
atma - jiwa
seantero - sinergi
🐝 peribahasa
asal ditugal adalah benihnya
maksud: kalau ada usaha adalah hasilnya
negeri berubah rasam, tahun berubah musim
maksud: tidak tetap kedudukan
minum terasa duri, makan terasa sekam
maksud: sedih / tiada selera
#malay #penandawacana #peribahasa #karangan #ungkapanmenarik #ujianbertutur #notes #teknikmenjawab
° 🦕༘ ♡ ·˚ ꒰ @studywdinoo ꒱
#BM #BAHASAMELAYU
Available now! Telegram Research 2025 — the year's key insights 
