en
Feedback
JPP PSIS

JPP PSIS

Open in Telegram

Tujuan Channel ini ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar untuk pelajar mengambil cakna setiap program atau hebahan-hebahan penting di Politeknik Sultan Idris Shah. Website : https://linkbio.co/Mpppsis

Show more
984
Subscribers
No data24 hours
-37 days
+230 days
Posts Archive
photo content
+1

PELAWAAN SEMAKAN SECARA WALK-IN DAN RAYUAN KEMASUKAN KE KOLEJ KEDIAMAN (SISWI SAHAJA) Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan Kolej Kediaman mempelawa semua pelajar SISWI yang tidak berjaya atau masih dalam status menunggu permohonan kemasukan ke kolej kediaman untuk hadir membuat semakan secara walk-in serta mengemukakan rayuan. Maklumat semakan adalah seperti berikut: 📍 Tempat : Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman 📅 Tempoh : 05 Januari 2026 hingga 11 Februari 2026 ⏰ Masa : Waktu pejabat Pelajar diminta hadir sendiri ke pejabat dan membawa dokumen berkaitan (jika ada) bagi melancarkan proses semakan dan pertimbangan rayuan. Segala pertimbangan adalah tertakluk kepada kekosongan yang ada. Kerjasama dan kehadiran pelajar amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. Unit Pengurusan Kolej Kediaman

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam The GREAT PSIS, Salam Pemimpin Integriti Pemacu Aspirasi. [ ME
+2
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam The GREAT PSIS, Salam Pemimpin Integriti Pemacu Aspirasi. [ MEMO KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS ] Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kampus Politeknik Sultan Idris Shah telah diumumkan dan disahkan oleh pihak Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus. Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan warga kampus. "Pemimpin Integriti, Pemacu Aspirasi." #PemimpinIntegritiPemacuAspirasi #DesigningYourFuture #JPPPSIS #TheGREATPSIS #GengPOLYCC

https://vt.tiktok.com/ZS91cVFW5RS9G-omFPk/ 🔴LIVE TIKTOK PRK 🔴 Masa yang ditunggu telah tiba! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Live TikTok Pengumuman Pilihan Raya Kampus (PRK) PSIS. Ayuh bersama-sama ambil tahu maklumat penting berkaitan PRK dan sama-sama menyokong proses demokrasi kampus. Jumpa anda secara LIVE! 🔥✨

📢 *PENGUMUMAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) 2026* 📢 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Dimaklumkan bahawa Pengumuma
📢 *PENGUMUMAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) 2026* 📢 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Dimaklumkan bahawa Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Kampus (PRK) 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut: 🗓 Tarikh: *04 Februari 2026 (Rabu)* ⏰ Masa: *4.15 petang* 📍 Tempat: *Dewan Seri Sabak* Sehubungan itu, Dr./Ts./Tuan/Puan semua adalah dijemput hadir bagi menyaksikan pengumuman rasmi keputusan PRK 2026. Kerjasama dan kehadiran anda amat dihargai. Sekian, terima kasih. — *Jawatankuasa* *Pilihan Raya Kampus (PRK) 2026*

photo content

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI, Salam The Great PSIS. *💙🎖️WATIKAH PELANTIKAN PEMBIMBING RAKA
Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI, Salam The Great PSIS. *💙🎖️WATIKAH PELANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SISWA & _SOFT SKILLS_ “MASA TERANCANG, MINDA CEMERLANG” SESI II : 2025/2026🎖️💙* Program ini akan berlansung mengikut ketetapan berikut 👇🏻 *📌Tarikh : 6 Februari 2026* *📌Hari : Jumaat* *📌Masa : 8:00 p.m - 11:00 p.m* *📌Tempat : Dewan Seri Sabak, PSIS* *📌Pakaian : Sopan dan menutup aurat* 🔗*LINK PENDAFTARAN* https://forms.gle/24Nv86wHXhecXS8D8 JUMPA ANDA DI SANA 🤩 *💜PRS PSIS💜* #PRSPSIS #BINADIRIBANTURAKAN #CONNECTWITHCARE 📍Instagram: *@prs.psis* 📍Tiktok: *prs.psis*

photo content
+1

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam The GREAT PSIS, Salam Pemimpin Integriti Pemacu Aspirasi. [ 🪔 SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM 🪔 ] Perayaan Thaipusam merupakan satu perayaan keagamaan yang diraikan dengan penuh keimanan, kesyukuran serta pengorbanan oleh penganut agama Hindu. Sambutan ini melambangkan ketabahan jiwa, kekuatan spiritual serta keikhlasan dalam menunaikan tanggungjawab keagamaan. Semoga sambutan Hari Thaipusam kali ini membawa kesejahteraan, kedamaian serta mempereratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat ✨ "Pemimpin Integriti, Pemacu Aspirasi." #PemimpinIntegritiPemacuAspirasi #DesigningYourFuture #JPPPSIS #TheGREATPSIS #GengPOLYCC

photo content

Assalamualaikum WBT & Salam Malaysia Madani 🇲🇾🖐🏼, Setelah diperhalusi dan diteliti, adalah dengan ini diumumkan calon yan
+1
Assalamualaikum WBT & Salam Malaysia Madani 🇲🇾🖐🏼, Setelah diperhalusi dan diteliti, adalah dengan ini diumumkan calon yang *layak bertanding* bagi *Pilihanraya Kampus 2026*. Tahniah diucapkan kepada semua calon 🥳 Berikut adalah *tindakan segera* yang perlu dilakukan oleh semua calon: 1. Masuk ke dalam _Whatsapp Group_ Calon PRK 2026 👇🏼https://chat.whatsapp.com/D117cNwAXAIBpTSakitVGy 2. Hadir ke Sesi Fotografi Gambar Calon di Studio UIDM bermula *26 & 28 JAN 2026 (Isnin & Rabu), 9.00 pagi - 12.30 thari, 2.00 ptg - 4.30 ptg.* Untuk makluman juga, *Sudut Orator* sempena Kempen PRK 2026 akan diaktifkan bermula *27 JAN 2026 (Selasa)* bertempat di *Kafe Pentadbiran (9.00 - 4.30 petang)* dan *Kafe Kamsis (8.00 malam - 10.30 malam)* ⏰ Segala pemakluman berkaitan akan dimaklumkan di dalam _whatsapp group_ calon dari masa ke semasa. Sekian, harap maklum. 👥 *JK PRK 2026*

*[HEBAHAN ETIKA PEMAKAIAN KE KAFE KOLEJ KEDIAMAN]* Pelajar yang dihormati, Sukacita dimaklumkan bahawa pematuhan etika pemaka
*[HEBAHAN ETIKA PEMAKAIAN KE KAFE KOLEJ KEDIAMAN]* Pelajar yang dihormati, Sukacita dimaklumkan bahawa pematuhan etika pemakaian adalah diwajibkan semasa berada di kafe kampus. Pastikan pemakaian anda mematuhi garis panduan berikut bagi menjaga keselesaan dan keharmonian bersama: ✅ DIBENARKAN: ✔️ Berpakaian sopan dan kemas. ✔️ Menutup aurat bagi pelajar Muslim. ✔️ Memakai pakaian yang tidak menjolok mata. ✔️ Elakkan pakaian yang terlalu ketat dan singkat. ❌ DILARANG: ❌ Memakai pakaian tidur (termasuk lelaki dan perempuan). ❌ Memakai pakaian yang berunsurkan politik. ❌ Memakai telekung atau kain pelikat ke kafe. ❌ Memakai seluar pendek atau pakaian tidak sesuai. “Berpakaian sopan mencerminkan keperibadian unggul.” Semua pelajar diwajibkan untuk mematuhinya. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin. Sekian, Terima Kasih. “KEBERSAMAAN, PEMANGKIN KESEJAHTERAAN” Kami yang menjalankan amanah, Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman Sesi 1 2025/26, PSIS #sayangikolejkediaman #JPKK

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI, Salam The Great PSIS. 📢 *MAKLUMAN PENGASINGAN TEMPAT DUDUK DI
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI, Salam The Great PSIS. 📢 *MAKLUMAN PENGASINGAN TEMPAT DUDUK DI KAFETERIA KAMSIS* Dimaklumkan bahawa *pengasingan tempat duduk meja makan di Kafeteria KAMSIS PSIS* telah mula dikuatkuasakan pada Sesi 1 2025/2026. Sehubungan itu, *semua mahasiswa DIWAJIBKAN mematuhi ketetapan berikut*: • Setiap meja telah dilabel mengikut jantina. Sila semak tag meja sebelum duduk. • Pelajar lelaki dan pelajar perempuan DILARANG duduk di meja yang berlainan jantina. • Sebarang perbincangan atau *aktiviti berkumpulan bercampur jantina TIDAK DIBENARKAN di kawasan meja makan dan hanya boleh dilakukan di ruang perbincangan khas yang disediakan.* Kerjasama dan pematuhan semua mahasiswa amatlah dihargai demi keselesaan dan keharmonian bersama. Sekian, terima kasih. “PRIHATIN BERSAMA, SEJAHTERA SELAMANYA” #SayangiKolejKediaman #JPKK

*🕌✨ HEBAHAN PERTANDINGAN VIDEO DAKWAH KREATIF ✨🕌* ✨ Dakwah itu seni, kreativiti itu wasilah. ✨ 🎬 Ayuh sampaikan mesej Isla
*🕌✨ HEBAHAN PERTANDINGAN VIDEO DAKWAH KREATIF ✨🕌* ✨ Dakwah itu seni, kreativiti itu wasilah. ✨ 🎬 Ayuh sampaikan mesej Islam dengan gaya kreatif, berfakta dan menyentuh hati melalui video dakwah. 🎯 Terbuka kepada: ✅ Pelajar Semester 1 ✅ Beragama Islam 🎉 PENYERTAAN PERCUMA 📍 Anjuran: Rakan Pusat Islam & Pusat Islam Politeknik Sultan Idris Shah *🗓 Hari: Isnin – Rabu (Sebelum Asar)* *📆 Tarikh: 26 Januari – 28 Januari 2026* ⏱ Durasi Video: 2 – 3 minit 🎁 Hadiah menarik menanti pemenang! 📌 Digalakkan kepada pelajar semester 1 📥 Pendaftaran: 📎 Imbas QR Code pada poster atau klik link pendaftaran yang disediakan https://forms.gle/nBVTVDUsaZbgdow59 📢 Jangan lepaskan peluang untuk berdakwah secara kreatif dan bermakna! *_MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI_* #rpipsis #rakanpusatislam #videodakwahkreatif #psisbukanbiasabiasa

*🕌✨ HEBAHAN PERTANDINGAN VIDEO DAKWAH KREATIF ✨🕌* ✨ Dakwah itu seni, kreativiti itu wasilah. ✨ 🎬 Ayuh sampaikan mesej Isla
*🕌✨ HEBAHAN PERTANDINGAN VIDEO DAKWAH KREATIF ✨🕌* ✨ Dakwah itu seni, kreativiti itu wasilah. ✨ 🎬 Ayuh sampaikan mesej Islam dengan gaya kreatif, berfakta dan menyentuh hati melalui video dakwah. 🎯 Terbuka kepada: ✅ Pelajar Semester 1 ✅ Beragama Islam 🎉 PENYERTAAN PERCUMA 📍 Anjuran: Rakan Pusat Islam & Pusat Islam Politeknik Sultan Idris Shah *🗓 Hari: Isnin – Rabu (Sebelum Asar)* *📆 Tarikh: 26 Januari – 28 Januari 2026* ⏱ Durasi Video: 2 – 3 minit 🎁 Hadiah menarik menanti pemenang! 📌 Digalakkan kepada pelajar semester 1 📥 Pendaftaran: 📎 Imbas QR Code pada poster atau klik link pendaftaran yang disediakan https://forms.gle/nBVTVDUsaZbgdow59 📢 Jangan lepaskan peluang untuk berdakwah secara kreatif dan bermakna! *_MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI_* #rpipsis #rakanpusatislam #videodakwahkreatif #psisbukanbiasabiasa

🪄*_FAMILY GATHERING_ : _EXPLORE YOUR CREATIVITY_*🪄 Kami dari *Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) PSIS* dengan sukacitanya m
🪄*_FAMILY GATHERING_ : _EXPLORE YOUR CREATIVITY_*🪄 Kami dari *Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) PSIS* dengan sukacitanya menjemput anda ke program ini pada: 📅 *Tarikh*: 24 Januari 2026 (Sabtu) ⏰ *Masa*: 8.00 Pagi – 12.30 Tengahari 📍 *Tempat*: Kafe Pentadbiran 👔 *Pakaian*: Baju sukan & menutup aurat 👨‍👩‍👧‍👦 *Peserta*: Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah 📜 E-sijil disediakan ⏰ Datang awal & menepati masa 🍽️ Sila sarapan dahulu sebelum hadir Link Pendaftaran 🔗: https://forms.gle/gVqJ3QHmL74inLvQA JUMPA ANDA DI SANA ! 🤩 💜 *PRS PSIS* 💜 #BINADIRIBANTURAKAN #PRSPSIS #CONNECTWITHCARE 📍 _IG & Twitter:_ *@prs.psis* 📍 _YouTube_: *PRS PSIS OFFICIAL* 📍 _TikTok_: *prs.psis*

🕌✨ HEBAHAN PERTANDINGAN AZAN SEMPENA ISRA' DAN MIKRAJ ✨🕌 ✨ Satu laungan, sejuta makna.✨ 🎤 Ayuh serlahkan keindahan azan ya
🕌✨ HEBAHAN PERTANDINGAN AZAN SEMPENA ISRA' DAN MIKRAJ ✨🕌 ✨ Satu laungan, sejuta makna.✨ 🎤 Ayuh serlahkan keindahan azan yang menggetarkan jiwa dan menyatukan ummah. 🎯 Terbuka kepada: ✅ Pelajar Lelaki ✅ Beragama Islam 👥 Terhad kepada 15 orang terawal sahaja ! 🎉 *PENYERTAAN PERCUMA* 📍 Pusat Islam Politeknik Sultan Idris Shah 🗓 Tempoh pertandingan: 26 & 27 Januari 2026 Maklumat pendaftaran: 🔗 https://forms.gle/sbmEQbZghkpXcdzw8 Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 📲 https://www.wasap.my/+60137687087 (Adam) 📲 https://www.wasap.my/+60164740881 (Ibnu) *_MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI_* #rpipsis #rujukanpilihanikutan #rakanpusatislam #rpibukanbiasabiasa

🌙🕌 JOM SERTAI !! 🕌🌙 Sambutan Israk & Mikraj 2026 | 1447H Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Ayuh seluruh warga PSIS! Mar
🌙🕌 JOM SERTAI !! 🕌🌙 Sambutan Israk & Mikraj 2026 | 1447H Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Ayuh seluruh warga PSIS! Mari kita hayati peristiwa agung Israk & Mikraj bersama-sama melalui pelbagai pengisian dan pertandingan menarik seperti: ✨ Video Dakwah Kreatif ✨ Pertandingan Azan (Muslimin) ✨ Kuiz Israk & Mikraj ✨ Poster Dakwah Kreatif (Muslimat) 🎤 Turut diadakan: Kuliah Maghrib Khas Oleh Ustaz Mohamad Faizal bin Ahmat (Ikon Inovasi Mikraj Eduboard) Jangan lepaskan peluang untuk menyertai dan memeriahkan sambutan ini! Jumpa anda di Sambutan Israk & Mikraj PSIS 2026! 🌟 Anjuran: Pusat Islam PSIS & Jabatan Pengajian Am PSIS Dengan Kerjasama: Rakan Pusat Islam PSIS *_MAHABBAH INSANI, UKHWAH ISLAMI_* #rpipsis #rujukanpilihanikutan #rakanpusatislam #rpibukanbiasabiasa

Assalamualaikum w.b.t Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam The Great PSIS. [HEBAHAN] Pendaftaran pelajar dibuka dari
Assalamualaikum w.b.t Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam The Great PSIS. [HEBAHAN] Pendaftaran pelajar dibuka dari jam 7.40 malam hingga 8.05 malam sahaja. Pelajar diminta hadir dalam tempoh tersebut bagi tujuan pendaftaran. Sekian, terima kasih. #sayangikolejkediaman #JPKK

Assalamualaikum w.b.t Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam The Great PSIS. [TAKLIMAT PERATURAN AM KOLEJ KEDIAMAN] Ad
Assalamualaikum w.b.t Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam The Great PSIS. [TAKLIMAT PERATURAN AM KOLEJ KEDIAMAN] Adalah dimaklumkan bahawa Taklimat Peraturan Am Kolej Kediaman akan berlangsung pada ketetapan berikut: Tarikh: 21 Januari 2026 (Rabu) Masa: 8.00 malam – 11.00 malam Pendaftaran: 7.40 malam – 8.05 malam (TEPAT) Tempat: Dewan Seri Lang Pakaian: Semi Formal Sehubungan itu, para pelajar boleh mula bergerak ke Dewan Seri Lang bermula jam 7.40 malam. Kaunter pendaftaran dibuka dari jam 7.40 malam dan akan DITUTUP TEPAT pada jam 8.05 malam. Sebarang kelewatan selepas waktu tersebut tidak akan dilayan. Semua penghuni kolej kediaman pelajar adalah DIWAJIBKAN menghadiri taklimat ini dan merit kehadiran akan direkodkan. Sekian, terima kasih. “PRIHATIN BERSAMA, SEJAHTERA SELAMANYA” #sayangikolejkediaman #JPKK