JPP PSIS
Open in Telegram
Tujuan Channel ini ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar untuk pelajar mengambil cakna setiap program atau hebahan-hebahan penting di Politeknik Sultan Idris Shah. Website : https://linkbio.co/Mpppsis
Show more983
Subscribers
No data24 hours
-47 days
+130 days
Posts Archive
983
[SALAM AWAL MUHARRAM 1448H]
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mengucapkan Salam Awal Muharram 1448H kepada seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah dan semua umat Islam.
Kehadiran tahun baharu Hijrah ini merupakan peluang terbaik untuk kita memperbaharui niat, meningkatkan azam, dan bermuhasabah diri ke arah kebaikan.
Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kedamaian, serta kecemerlangan yang berterusan buat kita semua.
#PemimpinIntegritiPemacuAspirasi
#DesigningYourFuture
#JPPPSIS
#TheGREATPSIS
#GengPOLYCC
983
[SYABAS DI ATAS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR ASASI SESI II 2025/2026]
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mengucapkan tahniah di atas keputusan peperiksaan akhir kepada semua pelajar Program Asasi Politeknik Sultan Idris Shah.
Segala usaha, pencapaian, dan kecemerlangan yang telah diperoleh sepanjang semester ini amat dibanggakan.
Semoga pencapaian ini dapat menjadi inspirasi dan pemangkin semangat kepada para pelajar Asasi PSIS untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya ke peringkat Sarjana Muda pada masa hadapan.
Selamat Maju Jaya !
#PemimpinIntegritiPemacuAspirasi
#DesigningYourFuture
#JPPPSIS
#TheGREATPSIS
#GengPOLYCC
983
[KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SESI II 2025/2026]
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar Politeknik Sultan Idris Shah atas keputusan peperiksaan akhir Sesi II 2025/2026.
Syabas diucapkan atas pencapaian dan kecemerlangan yang telah diperoleh.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang pada semester akan datang.
#PemimpinIntegritiPemacuAspirasi
#DesigningYourFuture
#JPPPSIS
#TheGREATPSIS
#GengPOLYCC
983
MAKLUMAN PELANJUTAN TARIKH PENYERTAAN PROGRAM POLYCC STUDENTS TRADEPRENEUR CHALLENGE (PolySTraC) 2026
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), JPPKK dengan kerjasama Asri Ahmad Academy dan Bursa Malaysia akan menganjurkan_POLYCC Students TradePreneur Challenge 2026_(PolySTraC 2026).
Program ini adalah berkonsepkan simulasi dagangan saham secara maya yang menggabungkan elemen perdagangan (trading) dan keusahawanan (entrepreneurship).
Tarikh tutup penyertaan program tersebut telah dilanjutkan daripada 15 Mei 2026 kepada *10 Jun 2026* Tarikh pengesahan pendaftaran yang baharu adalah pada *24 Jun 2026* (Rabu).
Penyertaan PolySTraC 2026 adalah terbuka kepada semua pelajar dari Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia (Peringkat Kebangsaan).
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Cik Siti Nasuha binti Mohbin (013-7647936)
Cik Farah Nadia binti Mohd Hasnu (012-4990209)
THE GREAT PSIS!!!
Facebook | Instagram | Youtube | Tiktok: Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis
#PSISdesigningYourFuture
#TheGREATPSIS
#MYPremierDigitalTech
#GengPOLYCC
#TVETForAll
#MalaysiaMadani
983
📢 HEBAHAN TABUNG PRIHATIN SISWA (PSIS)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Tabung Prihatin Siswa merupakan inisiatif daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dengan kerjasama Koperasi Politeknik Sabak Bernam, bertujuan untuk membantu pelajar yang ditimpa musibah atau berada dalam keadaan kecemasan.
Bantuan ini disediakan bagi meringankan beban pelajar yang menghadapi situasi seperti kemalangan, sakit, bencana alam, kebakaran, kematian ahli keluarga dan lain-lain kes kebajikan yang memerlukan.
📌 Pelajar yang memerlukan bantuan, diminta untuk membuat permohonan melalui pautan berikut:
🔗 https://sites.google.com/psis.edu.my/jhepme
Semoga inisiatif ini dapat meringankan sedikit beban dan dapat memberi manfaat kepada pelajar yang memerlukan.
983
📢 HEBAHAN LINK ADUAN PELAJAR PSIS (E-SuPER)
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI 🇲🇾✋,
Salam THE GREAT PSIS,
Salam POLYCCTVETSTAR.
Dimaklumkan kepada seluruh pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bahawa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah menyediakan platform E-SuPER bagi tujuan mengumpulkan:
✅ Cadangan
✅ Maklum Balas
✅ Aduan
✅ Penghargaan
Inisiatif ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar menyuarakan sebarang perkara yang ingin disampaikan secara lebih teratur dan efektif.
📌 Untuk makluman, segala *maklumat peribadi pelajar adalah SULIT dan DIRAHSIAKAN.
🔗 Pautan e-SuPER:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfIBifL4lRicz6i5jhbUyyQkQshWM3IhovkcxexhnBIyLJ3Rg/viewform
Kerjasama dan maklum balas anda amat dihargai demi kesejahteraan bersama.
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Sultan Idris Shah
983
*SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH*
Kepada
*ENCIK ASRI BIN SABRI*
atas segala komitmen, dedikasi, bimbingan serta jasa yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah sebagai Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Sultan Idris Shah bagi sesi 2025/2026.
Segala usaha, sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan telah banyak membantu dalam memperkasakan kepimpinan pelajar serta memastikan kelancaran pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti JPP.
Semoga segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi amal kebaikan yang berpanjangan serta diberikan keberkatan dan kejayaan yang berterusan dalam setiap urusan.
Terima kasih atas segala khidmat bakti dan komitmen yang telah diberikan.
Ikhlas daripada,
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
SESI 2026/2027
#PemimpinIntegritiPemacuAspirasi
#DesigningYourFuture
#JPPPSIS
#TheGREATPSIS
#GengPOLYCC
983
[SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN & HARI GAWAI]
Selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada masyarakat Kadazandusun dan Hari Gawai kepada masyarakat Dayak, khususnya buat warga Politeknik Sultan Idris Shah.
Sambutan ini merupakan simbolik kesyukuran atas hasil tuaian dan rezeki yang diperolehi. Raikanlah momen berharga ini dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta serta rakan-rakan.
Semoga perayaan ini terus mengekalkan keharmonian dan memperkukuh semangat perpaduan sesama kita, di samping membawa kemakmuran, kebahagiaan, serta kesihatan yang berpanjangan buat semua.
#PemimpinintegritiPemacuAspirasi
#Designing YourFuture
#JPPPSIS
#TheGREATPSIS
#GengPOLYCC
983
[DIRGAHAYU TUANKU]
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar serta seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah.
#PemimpinintegritiPemacuAspirasi
#DesigningYourFuture
#JPPPSIS
#TheGREATPSIS
#GengPOLYCC
983
[SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK]
Selamat menyambut Hari Wesak diucapkan kepada seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah.
Hari kebesaran ini menekankan kepentingan nilai kedamaian, keharmonian, dan toleransi. Raikanlah sambutan ini dengan penuh kesejahteraan bersama keluarga serta rakan-rakan.
Semoga perayaan ini terus mengekalkan keharmonian dan memperkukuh semangat perpaduan sesama kita dan membawa kesejahteraan buat semua.
#PemimpinIntegritiPemacuAspirasi
#DesigningYourFuture
#JPPPSIS
#TheGREATPSIS
#GengPOLYCC
983
📢 LAST OPEN ORDER JERSEY POLITEKNIK MALAYSIA 📢
Perhatian kepada semua warga Politeknik Malaysia‼️
Berbaki 2 hari saje lagi untuk pembelian baju🔥
⏳ TEMPAHAN DIBUKA SEHINGGA 31/5 SAHAJA ⏳
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan jersey dengan pilihan design menarik dan material berkualiti 😍
📏 Spesifikasi:
• Material: RJ
• Ketebalan: 180 GSM
• Saiz: XS hingga 8XL
📲 Cara Tempahan:
Imbas kod QR pada poster atau klik pautan berikut:
https://forms.gle/htmpGHuUpHkUPXBD6
📞 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
• 017-897 6917 (Azim)
• 013-283 9610 (Hanis)
⚡ 30/5 adalah TARIKH AKHIR TEMPAHAN!
💜 Stok adalah TERHAD 💜
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
Exco Keusahawanan
Politeknik Sultan Idris Shah
983
[JPPPK TOLAK PANDANGAN NEGATIF TERHADAP MAHASISWA DAN GRADUAN TVET POLITEKNIK MALAYSIA]
Kenyataan rasmi ini dikeluarkan bagi menegaskan bahawa JPPPK memandang serius serta mengecam sebarang bentuk penghinaan, stereotaip dan pandangan negatif terhadap institusi Politeknik Malaysia, mahasiswa TVET serta para graduannya.
JPPPK turut menegaskan bahawa pendidikan TVET dan Politeknik memainkan peranan besar dalam melahirkan tenaga kerja mahir, profesional dan berkualiti tinggi yang menjadi tulang belakang pembangunan industri serta ekonomi negara.
Graduan Politeknik telah membuktikan kemampuan mereka melalui kadar kebolehpasaran yang tinggi serta sumbangan besar dalam pelbagai sektor profesional di Malaysia.
JPPPK akan terus komited mempertahankan maruah, imej dan kebajikan mahasiswa Politeknik Malaysia secara matang, profesional dan bertanggungjawab demi memastikan suara mahasiswa terus dihormati.
“Prestasi, kemahiran dan kejayaan graduan Politeknik akan terus menjadi bukti kemampuan sebenar pendidikan TVET Malaysia.”
#JPPPK
#PoliteknikMalaysia
#TVETMalaysia
#TVETSTAR
#NadiPOLYCC
983
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI🇲🇾✋🏻,
Salam THE GREAT PSIS,
Salam POLYCCTVETSTAR.
📢 PEMAKLUMAN: KUTIPAN SUMBANGAN KILAT UNTUK KELUARGA AHMAD FAIZ BIN ZANARUL ISHAM
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Sultan Idris Shah dengan sukacitanya memaklumkan bahawa kutipan sumbangan kini dibuka bagi membantu keluarga Ahmad Faiz Bin Zanarul Isham, 17DIT24F2087, yang baru sahaja kembali ke rahmatullah.
Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban *keluarga Ahmad Faiz Bin Zanarul Isham dalam menghadapi saat yang sukar ini.*
📌 Cara Menyumbang:
✅ Sumbangan boleh disalurkan melalui [Maklumat Akaun Bank / QR Code]
✅ Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
📞 Puvi: 016-605 5244
📞 Mira: 013-5889 167
Kami amat menghargai kesudian anda untuk membantu dan menyokong usaha ini. Semoga segala sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.
Tulus Ikhlas,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Sultan Idris Shah
983
[SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1445H 🕋🐑✨]
Pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah dan umat Islam.
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban merupakan detik untuk kita menghayati erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang sejati. Marilah kita bersama-sama memperkukuh tali persaudaraan, saling membantu serta menghidupkan syiar ibadah korban dengan penuh rasa syukur.
Semoga segala amalan dan pengorbanan kita diberkati serta diterima oleh Allah SWT. Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin!
Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah
#PemimpinIntegritiPemacuAspirasi
#DesigningYourFuture
#JPPPSIS
#TheGREATPSIS
#GengPOLYCC
983
Syabas diucapkan kepada pasukan e-sukan PSIS x T1 (Politeknik Sultan Idris Shah) atas kejayaan meraih Tempat Ke-3 dalam acara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Kejohanan Polytechnic Malaysia Esports Championship (PMEC) 2026 yang berlangsung dari 18-21 Mei lalu.
Kejohanan secara atas talian yang melibatkan 29 buah politeknik seluruh Malaysia ini menyaksikan barisan pemain PSIS iaitu VerrMEOW (Jungler), Arisu (Midlaner), Ackermal (Roamer), Ryan. (Goldlaner), dan KORI NAVA (Explaner).
Terima kasih atas komitmen dan semangat juang tinggi yang telah mengharumkan nama PSIS di peringkat kebangsaan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus gemilang di masa hadapan.
#PemimpinIntegritiPemacuAspirasi
#DesigningYourFuture
#JPPPSIS
#TheGREATPSIS
#GengPOLYCC
983
[SELAMAT MENYAMBUT HARI ARAFAH 1445H 🕋✨]
Salam Hari Arafah (9 Zulhijah 1445H) diucapkan kepada seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah dan umat Islam.
Hari Arafah merupakan hari yang penuh dengan kemuliaan di mana para jemaah haji berwukuf di Padang Arafah. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa, zikir, dan amalan sunat terutamanya berpuasa sunat Arafah demi merebut ganjaran keampunan yang dijanjikan.
Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah
#PemimpinIntegritiPemacuAspirasi
#DesigningYourFuture
#JPPPSIS
#TheGREATPSIS
#GengPOLYCC
