JPP PSIS
Open in Telegram
Tujuan Channel ini ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar untuk pelajar mengambil cakna setiap program atau hebahan-hebahan penting di Politeknik Sultan Idris Shah. Website : https://linkbio.co/Mpppsis
Show more983
Subscribers
No data24 hours
-47 days
+130 days
Posts Archive
983
*📢 HEBAHAN LINK ADUAN PELAJAR PSIS (E-SuPER)*
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI 🇲🇾✋,
Salam THE GREAT PSIS,
Salam POLYCCTVETSTAR.
Dimaklumkan kepada seluruh pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bahawa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah *menyediakan platform E-SuPER* bagi tujuan mengumpulkan:
✅ Cadangan
✅ Maklum Balas
✅ Aduan
✅ Penghargaan
Inisiatif ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar *menyuarakan sebarang perkara* yang ingin disampaikan secara *lebih teratur dan efektif.*
📌 Untuk makluman, segala *maklumat peribadi pelajar adalah SULIT dan DIRAHSIAKAN.*
*🔗 Pautan e-SuPER:*
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfIBifL4lRicz6i5jhbUyyQkQshWM3IhovkcxexhnBIyLJ3Rg/viewform
Kerjasama dan maklum balas anda amat dihargai demi kesejahteraan bersama.
Sekian, terima kasih.
*Jawatankuasa Perwakilan Pelajar*
*Politeknik Sultan Idris Shah*
983
📢 HEBAHAN TABUNG PRIHATIN SISWA (PSIS)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Tabung Prihatin Siswa merupakan inisiatif daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dengan kerjasama Koperasi Politeknik Sabak Bernam, bertujuan untuk membantu pelajar yang ditimpa musibah atau berada dalam keadaan kecemasan.
Bantuan ini disediakan bagi meringankan beban pelajar yang menghadapi situasi seperti kemalangan, sakit, bencana alam, kebakaran, kematian ahli keluarga dan lain-lain kes kebajikan yang memerlukan.
📌 Pelajar yang memerlukan bantuan, diminta untuk membuat permohonan melalui pautan berikut:
🔗 https://sites.google.com/psis.edu.my/jhepme
Semoga inisiatif ini dapat meringankan sedikit beban dan dapat memberi manfaat kepada pelajar yang memerlukan.
983
📢 HEBAHAN TAKLIMAT PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perhatian kepada *semua pelajar Diploma Semester Akhir,* anda diwajibkan hadir ke Taklimat *Pengenalan Latihan Industri Sesi 2 2026/2027* seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 23 Julai 2026 (Khamis)
🕙 Masa: 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Tempat: Dewan Seri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah
⚠️ *Kehadiran adalah WAJIB* kepada semua pelajar Diploma Semester Akhir. Taklimat ini akan memberikan penerangan berkaitan pelaksanaan latihan industri, prosedur permohonan, penempatan serta perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatian sebelum menjalani latihan industri.
Kerjasama dan kehadiran semua amatlah dihargai. Terima kasih.
983
*[ Tinjauan Minat Pelajar Siswi PSIS Terhadap Pemilihan Sukan Bola Tampar dan Bola Beracun (Dodgeball) ]*
Untuk makluman semua, berikut merupakan tinjauan oleh Exco Sukan dan Kebudayaan *Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)* bagi *mengenal pasti minat* dan pilihan *pelajar siswi* terhadap *aktiviti sukan bola tampar dan bola beracun* (dodgeball).
Tinjauan ini dijalankan bagi mendapatkan maklum balas pelajar siswi serta *menentukan sukan* yang *lebih mendapat sambutan untuk dianjurkan* pada masa akan datang. Diharapkan para pelajar dapat memberikan kerjasama dengan meluangkan sedikit masa untuk mengisi tinjauan ini.
🔗 SILA ISI BORANG MELALUI PAUTAN BERIKUT:
[https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfASymphQ__kNGbZZEu3awJr0NQ9PRzgCOnQzDT78pMug9_uQ/viewform?usp=dialog]
Ikhlas daripada:
Exco Sukan dan Kebudayaan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Sultan Idris Shah
#PemimpinIntegritiPemacuAspirasi
#DesigningYourFuture
#JPPPSIS
#TheGreatPSIS
#GengPOLYCC
#TVETForAll
983
📢 HEBAHAN JUALAN SUSHI 🍣
Jom nikmati JUALAN SUSHI dengan pelbagai pilihan menarik 😋
🗓 Khamis
⏰ 5.00 petang – 9.00 malam
📍 Cafe K8, KAMSIS PSIS
🔥 Pelbagai pilihan tersedia:
• Ketam Cheese 🧀
• Ketam Pedas 🌶️
• Sotong Pedas 🦑🔥
• Ayam Cheese 🍗🧀
• Salmon 🍣
• Telur Ikan 🥚✨
• Cheese Bakar 🔥🧀
• Sotong Cheese 🦑🧀
• Lobster 🦞
💸 Hanya RM2.00/pcs
📌PRE-ORDER ATAU WALK IN DIALU-ALUKAN
Jangan lepaskan peluang! Dapatkan sushi fresh sebelum habis 🔥🍣
📞 Tempahan / pertanyaan:
📱 017-897 6917 (Azim)
📱 013-283 9610 (Hanis)
#JPP
#EXCOKEUSAHAWANANDANEKONOMI
#THEGREATPSIS
#JPPBITES
983
📢 HEBAHAN TAKLIMAT PENYELARASAN DAN PENERANGAN INISIATIF PELAJAR KEDIAMAN LUAR & JPP POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Taklimat Penyelarasan dan Penerangan Inisiatif Pelajar Kediaman Luar & JPP Politeknik Sultan Idris Shah akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 16 Julai 2026 (Khamis)
🕙 Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Dewan Seri Lang
Penglibatan: Semua Pelajar Kediaman Luar adalah DIWAJIBKAN HADIR ke program ini.
🚨 Merit khas akan diberikan kepada pelajar yang hadir.
🍱 Makanan disediakan terhad kepada 300 pax sahaja.
Memo pengecualian kuliah akan diedarkan pada hari esok. Sehubungan itu, semua pelajar yang terlibat diminta memberikan kerjasama dengan hadir tepat pada masanya.
Sekian, terima kasih.
“Pemimpin Integriti, Pemacu Aspirasi”
983
📢 HEBAHAN LINK ADUAN PELAJAR PSIS (E-SuPER)
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI 🇲🇾✋,
Salam THE GREAT PSIS,
Salam POLYCCTVETSTAR.
Dimaklumkan kepada seluruh pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bahawa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah menyediakan platform E-SuPER bagi tujuan mengumpulkan:
✅ Cadangan
✅ Maklum Balas
✅ Aduan
✅ Penghargaan
Inisiatif ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar menyuarakan sebarang perkara yang ingin disampaikan secara lebih teratur dan efektif.
📌 Untuk makluman, segala maklumat peribadi pelajar adalah SULIT dan DIRAHSIAKAN.
🔗 Pautan e-SuPER:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfIBifL4lRicz6i5jhbUyyQkQshWM3IhovkcxexhnBIyLJ3Rg/viewform
Kerjasama dan maklum balas anda amat dihargai demi kesejahteraan bersama.
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Sultan Idris Shah
983
📢 HEBAHAN TABUNG PRIHATIN SISWA (PSIS)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Tabung Prihatin Siswa merupakan inisiatif daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dengan kerjasama Koperasi Politeknik Sabak Bernam, bertujuan untuk membantu pelajar yang ditimpa musibah atau berada dalam keadaan kecemasan.
Bantuan ini disediakan bagi meringankan beban pelajar yang menghadapi situasi seperti kemalangan, sakit, bencana alam, kebakaran, kematian ahli keluarga dan lain-lain kes kebajikan yang memerlukan.
📌 Pelajar yang memerlukan bantuan, diminta untuk membuat permohonan melalui pautan berikut:
🔗 https://sites.google.com/psis.edu.my/jhepme
Semoga inisiatif ini dapat meringankan sedikit beban dan dapat memberi manfaat kepada pelajar yang memerlukan.
983
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam The Great PSIS.
📢 HEBAHAN PENGAMBILAN EXCO GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS) PSIS SESI 2026
Dengan segala hormatnya, Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) mempelawa seluruh pelajar Semester 1 & 2 yang berminat dan bersemangat untuk menyertai barisan kepimpinan EXCO GPS PSIS.
Peluang ini terbuka kepada pelajar yang ingin mengembangkan potensi diri, meningkatkan kemahiran kepimpinan, komunikasi, pengurusan program serta bekerjasama dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada warga kampus dan masyarakat.
📅 Tarikh: Sabtu, 18 Julai 2026
🕑 Masa: 2.00 Petang – 4.30 Petang
📍 Tempat: Bilik Gelap JPKK
📲 Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas Kod QR yang disediakan pada poster.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Gerakan Pengguna Siswa (GPS) PSIS. Bersama-sama kita melahirkan pemimpin mahasiswa yan
983
🌟 JOM SERTAI UJI BAKAT NYANYIAN KELAB GEMA MUSTIKA! 🌟
Ada bakat menyanyi? Inilah peluang anda untuk menyerlahkan suara dan menjadi sebahagian daripada keluarga Kelab Gema Mustika PSIS. 🎤🎶
Tunjukkan kebolehan anda di pentas seni dan bersama-sama memartabatkan warisan budaya melalui muzik dan nyanyian.
📍 Pusat Sukan, JSKK
📅 14 – 15 Julai
⏰ 5.00 – 7.00 petang (Sesi I)
⏰ 8.30 – 10.30 malam (Sesi II)
📢 Terbuka kepada semua pelajar asasi dan Diploma Semester 1 hingga Semester 5.
✨ Ekspresi Bakat, Warisan Budaya.
Jangan lepaskan peluang ini. Kami menantikan penyertaan anda! ❤️
#GemaTerusBersinar #GemaMustikaPSIS #TheGreatPSIS
983
Kepada pelajar yang nama nya tidak tersenarai, diminta untuk turun jugak ke Pusat Islam untuk pembahagian group usrah
983
*PENGUMUMAN PENTING*
Kepada nama yang tiada dalam Senarai Nama yang telah diedarkan boleh hubungi mengikut jantina ya :-
Iman - 01123412839 (Siswa)
Umi - 01140141332 (Siswi)
_TerimaKasih_
983
*[AKTIVITI KEROHANIAN & MORAL PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN SESI I 2026/2027]*
📌Aktiviti kerohanian dan Moral akan bermula pada *13/7/3026* mengikut jadual yang telah ditetapkan.
📌Semua penghuni asrama adalah *diwajibkan* hadir.
📌Sepanjang tempoh penggiliran ke pusat Islam, *semua aktiviti kelab hendaklah bermula selepas jam 9.00 malam* bagi memberi ruang kepada pelajar menunaikan ibadah.
📌Masa pendaftaran:-
⏰Pelajar Muslim (aktivti kerohanian)
*Check in:* 7:00 pm sehingga sebelum azan maghrib.
*Check out:* selepas selesai bacaan surah al Mulk.
⏰Pelajar moral (aktiviti moral)
*Check in:* 5:30 pm sehingga 6:00 pm
*Check out:* 7:00 pm sehingga 7:30 pm
Pelaksanaan aktiviti ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, akhlak serta nilai kerohanian dalam kalangan pelajar di kolej kediaman.
Semua pelajar diingatkan agar mematuhi masa, peraturan dan tatatertib yang telah ditetapkan sepanjang aktiviti dijalankan.
Pelajar juga digalakkan untuk hadir tepat pada waktunya dan memberikan kerjasama sepenuhnya
983
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
*[AKTIVITI USRAH DI PUSAT ISLAM SESI I 2026/2027]*
Dimaklumkan kepada semua pelajar Semester 1 bahawa berikut merupakan senarai nama pelajar usrah yang telah ditetapkan bagi sesi ini.
Pelajar yang tersenarai diminta untuk mengambil maklum dan hadir mengikut kumpulan usrah masing-masing seperti yang ditetapkan. Sebarang makluman lanjut berkaitan pelaksanaan usrah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
📌Aktiviti usrah dilaksanakan selepas solat maghrib sehingga Isyak di *Pusat Islam*.
📌Semua pelajar *semester 1* diwajibkan hadir.
📌Perlajar perlu membawa kad matriks untuk scan sebelum azan Maghrib
📌Pelajar mesti mengikut kumpulan usrah yang telah ditetapkan.
Kerjasama dan komitmen daripada semua pelajar amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
