en
Feedback
PM Anwar Berhujah️...

PM Anwar Berhujah️...

Open in Telegram

Bagi memudahkan rakyat Malaysia dan pengguna Telegram membaca di satu tempat - tulisan, ucapan atau pos dari PMX akan dipos di sini. Saluran ini dilink ke grup untuk dibahas. Langgani di: https://t.me/PMAnwarMenulis 1 Ramadhan 1445

Show more
327
Subscribers
No data24 hours
+27 days
+330 days
Posts Archive
YANG DI-PERTUAN AGONG PERKENAN TAMATKAN DARURAT DI SELURUH BAHAGIAN SERIAN Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Y
YANG DI-PERTUAN AGONG PERKENAN TAMATKAN DARURAT DI SELURUH BAHAGIAN SERIAN Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini telah memperkenan penamatan pengisytiharan darurat bagi seluruh Bahagian Serian, Sarawak yang diisytiharkan susulan keadaan jerebu. Perkenan tersebut dibuat setelah mengambil kira nasihat YAB Perdana Menteri dan pandangan YAB Premier Sarawak serta laporan agensi berkaitan yang menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Bahagian Serian tidak lagi berada di paras bahaya. Bagaimanapun, keadaan jerebu di Sarawak masih belum pulih sepenuhnya dan bacaan IPU di beberapa kawasan, khususnya Serian dan Samarahan, masih berada pada tahap amat tidak sihat. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak akan terus memantau keadaan dengan rapi dan penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa. PEJABAT PERDANA MENTERI 7 September 2026

Alhamdulillah pagi tadi bersama keluarga besar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta para pesawah, petani, pel
+3
Alhamdulillah pagi tadi bersama keluarga besar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta para pesawah, petani, peladang, nelayan dan pengusaha di MAHA 2026. Sambutan luar biasa terhadap MAHA membuktikan bahawa pertanian kekal sebagai tonggak penting negara. Tatkala dunia berbicara tentang kecerdasan buatan, transformasi digital dan peralihan tenaga, kita mesti berani menggapai di langit, namun tetap mengakar ke bumi. Peningkatan eksport nanas dan berkembangnya pengeluaran bawang tempatan membuktikan kejayaan penggunaan teknologi dalam memacu hasil pertanian negara. Justeru, Kerajaan MADANI akan terus memberi keutamaan kepada sektor pertanian, termasuk dalam Belanjawan Negara akan datang. Dengan potensi yang begitu besar, saya tidak teragak-agak untuk menyokong penambahan peruntukan yang memberi manfaat langsung kepada warga tani. Namun, setiap ringgit wang rakyat mesti diurus dengan cermat dan penuh amanah. Tatakelola tidak hanya melibatkan orang atasan. Apabila berlaku kebocoran, ketirisan atau salah guna kuasa, yang akhirnya terdera dan menanggung derita adalah petani, pesawah dan nelayan. Kerana itu saya tekad untuk meneruskan usaha membersihkan negara daripada segala kecurangan. FELDA misalnya menjadi peringatan yang jelas. Institusi yang kita banggakan sebagai antara perusahaan perladangan terbesar dunia kini memerlukan hampir RM1 bilion setahun daripada Kerajaan untuk menanggung hutang akibat kelemahan pengurusan dan penyelewengan terdahulu. Saya tidak sanggup membebankan hutang ini di atas bahu para peneroka yang telah meredah belantara dan membanting tulang, sedangkan mereka bukan punca kerugian tersebut. Amanah dan pertanggungjawaban inilah yang mesti diteruskan selepas MAHA 2026 melabuhkan tirai. Setiap pelaburan, urus niaga dan kesepakatan yang dicapai harus disusuli dengan tindakan agar manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat. Terima kasih kepada semua yang menjayakan edisi membanggakan dalam sejarah penganjuran MAHA ini. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Saya juga sempat menghubungi bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore, dan bertukar pandangan mengenai cabaran perubahan
Saya juga sempat menghubungi bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore, dan bertukar pandangan mengenai cabaran perubahan iklim dunia, khususnya tatkala Malaysia berdepan jerebu susulan kebakaran hutan di Indonesia. Perbincangan menyentuh komitmen serta langkah yang sedang digerakkan Malaysia dalam melaksanakan peralihan tenaga, daripada kebergantungan kepada bahan api fosil kepada sumber tenaga yang lebih bersih dan mampan. Ikhtiar ini selaras dengan iltizam Kerajaan MADANI untuk membina sebuah negara yang bukan sahaja progresif dan berdaya tahan dari segi ekonomi, tetapi turut bertanggungjawab dalam memelihara kelestarian alam demi kesejahteraan generasi mendatang. Saya turut menyampaikan undangan kepada Al Gore untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat bagi meneruskan perbincangan serta meneroka ruang kerjasama yang lebih bermakna dalam mendepani cabaran perubahan iklim dan mempercepat agenda peralihan tenaga negara. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Alhamdulillah, petang ini saya berkesempatan menziarahi Al-‘Allāmah Syeikh ‘Abd al-‘Aziz bin Ahmad al-Shihawi al-Husaini al-A
+3
Alhamdulillah, petang ini saya berkesempatan menziarahi Al-‘Allāmah Syeikh ‘Abd al-‘Aziz bin Ahmad al-Shihawi al-Husaini al-Asy‘ari al-Syafi‘i di Nasyrul Quran, Putrajaya. Beliau merupakan alim kelahiran al-Mahallah al-Kubra, al-Gharbiyyah, Mesir, dan antara ulama besar Syafi‘iyyah di al-Azhar, selain menjadi Syeikh bagi Mashaikh Mazhab Imam al-Syafie serta Syeikh bagi Tariqah Shahawiyyah Burhamiyyah. Syeikh merupakan ahli fiqh dan pengajar ilmu qiraat di al-Jāmi‘ al-Azhar yang tekun dengan tradisi talaqqi kitab turath. Kekuatan hafazan beliau juga luar biasa, termasuk menghafaz dalam pelbagai cabang ilmu agama, hadith dan qiraat al-Quran. Pesanan Syeikh antara lain mengingatkan tanggungjawab kita memelihara turath sebagai khazanah yang menghubungkan kita dengan tradisi keilmuan yang panjang. Keistimewaan al-Azhar, katanya, antara lain terletak pada kekuatan isnad dan kesinambungan tradisi ilmu yang dipelihara turun-temurun. Dalam masa yang sama, teknologi baharu tidak harus ditolak, sebaliknya dimanfaatkan untuk mendokumentasi dan melestarikan khazanah tersebut. Imam al-Syafie Rahimahullah pernah mengingatkan: “Barang siapa tidak merasakan kepayahan belajar walau sesaat, akan meneguk pahitnya kejahilan sepanjang hayat.” Moga Allah SWT memelihara Syeikh, mengurniakan kesihatan dan afiat, memanjangkan usia beliau dalam keberkatan, serta menjadikan ilmu yang dicurahkan sebagai amal jariah yang terus mengalir. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Menerima kunjungan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Macau (SAR), Sam Hou Fai, dalam lawatan sulung beliau ke Malaysia
+3
Menerima kunjungan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Macau (SAR), Sam Hou Fai, dalam lawatan sulung beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Disember 2024. Pertemuan ini memberi ruang untuk memperkukuh hubungan Malaysia dan Macau, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kewangan, sains dan teknologi, pendidikan serta industri konvensyen dan pameran. Saya juga menyambut baik pemeteraian beberapa perjanjian perniagaan antara syarikat Malaysia dan Macau semalam, dan berharap kesepakatan ini akan menjadi pemacu kepada kerjasama ekonomi yang lebih erat dan luas antara kedua-dua pihak. Saya percaya kedudukan strategik Macau dan Hengqin yang terhubung dengan Greater Bay Area dapat dimanfaatkan untuk membuka lebih banyak peluang kepada syarikat Malaysia, sekali gus memperkukuh peranan negara sebagai gerbang kepada perniagaan Macau untuk meneroka pasaran ASEAN. Di samping itu, kami menyentuh usaha memperluas hubungan rakyat menerusi pendidikan dan pelancongan, termasuk potensi kerjasama dalam sektor pelancongan halal dan mesra Muslim bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Malaysia bersedia menterjemahkan hubungan yang semakin erat ini kepada kerjasama yang praktikal, bermakna dan saling menguntungkan, selaras dengan semangat Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China. 🇲🇾🇲🇴 #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #DiplomasiMADANI

YANG DI-PERTUAN AGONG PERKENAN ISYTIHAR DARURAT DI SELURUH BAHAGIAN SERIAN, SARAWAK Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
YANG DI-PERTUAN AGONG PERKENAN ISYTIHAR DARURAT DI SELURUH BAHAGIAN SERIAN, SARAWAK Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, telah memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang telah mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira nasihat YAB Perdana Menteri dan YAB Premier Sarawak serta agensi-agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan berkenaan. Langkah-langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas. Kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksana dengan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai. PEJABAT PERDANA MENTERI 4 September 2026

Rutin makan tengah hari dan solat Jumaat bersama masyarakat diteruskan seperti biasa dan kali ini saya singgah menyantuni war
+3
Rutin makan tengah hari dan solat Jumaat bersama masyarakat diteruskan seperti biasa dan kali ini saya singgah menyantuni warga sekitar di Medan Selera Bukit Indah, Ampang. Sambil menjamah juadah tengah hari, sempat juga saya bertegur sapa, bertanyakan khabar dan mendengar sendiri beberapa isu yang dibangkitkan sebelum mendengar khutbah serta menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah Masjid Bukit Indah. Usai solat, saya menyertai para jemaah untuk solat jenazah dan kemudiannya bertegur sapa serta bersalaman dengan hadirin sebelum pulang ke pejabat untuk tugasan rasmi seterusnya. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Meneruskan siri libat urus bersama pimpinan masyarakat India bagi meneliti kemajuan pelaksanaan agenda Kerajaan MADANI, di sa
+3
Meneruskan siri libat urus bersama pimpinan masyarakat India bagi meneliti kemajuan pelaksanaan agenda Kerajaan MADANI, di samping mendengar pandangan serta keresahan yang masih membelenggu komuniti ini. Pelbagai ikhtiar telah digerakkan dalam bidang pendidikan, keusahawanan, pembiayaan mikro, kebajikan dan bantuan tunai bagi meringankan beban keluarga serta meningkatkan taraf hidup. Saya tegaskan bahawa masyarakat India tidak akan sesekali dipinggirkan dan Kerajaan MADANI akan terus memperluas akses pembiayaan kepada usahawan, memperkukuh MITRA, memperkasa latihan keusahawanan dan TVET serta membuka lebih banyak ruang pembangunan belia melalui program mentor-mentee. Dalam masa yang sama, segala kelompongan yang masih wujud, termasuk berkaitan kemiskinan, kewarganegaraan dan akses kepada bantuan, mesti ditangani dengan segera dan berkesan. Kementerian dan agensi berkaitan perlu memperkukuh sinergi dan memperkemas penyampaian supaya setiap peruntukan serta dasar yang digerakkan benar-benar sampai kepada sasaran dan membawa perubahan yang nyata dalam kehidupan rakyat. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Anak-anak ini adalah wajah masa depan sebuah negara MADANI. Setiap senyuman, impian dan harapan mereka menjadi amanah untuk terus kita santuni dan pelihara. Insya-Allah, kita akan terus berikhtiar membina Malaysia yang lebih sempurna, agar mereka dapat membesar dalam suasana yang aman, sejahtera dan penuh peluang. #YakinMADANI #MADANIbekerja

STATEMENT ON THE US-IRAN ESCALATION I am gravely concerned by the renewed escalation between the United States and Iran. The
STATEMENT ON THE US-IRAN ESCALATION I am gravely concerned by the renewed escalation between the United States and Iran. The latest exchange of strikes, extending beyond the immediate parties and into other states in the region, threatens to draw the wider Middle East into an even more destructive conflict. The party with the greatest capacity to shape events bears a particular responsibility to exercise restraint and prevent further escalation. The sovereignty of other states cannot be cast aside. No military objective justifies exposing civilians to an expanding conflict. Economic measures that inflict hardship on civilians and impede diplomatic engagement risk exacerbating rather than resolving this crisis. I urge the United States and Iran to halt further escalation and return immediately to diplomacy and the understandings reached in June. This conflict can ultimately be resolved only through political and diplomatic means. The world must not be made to pay the price for a wider regional war. ANWAR IBRAHIM Photo: AFP

Malam tadi ke Kuala Lumpur dan sempat singgah sebentar di KL Night Street, Sri Rampai untuk bertemu penduduk setempat serta p
+3
Malam tadi ke Kuala Lumpur dan sempat singgah sebentar di KL Night Street, Sri Rampai untuk bertemu penduduk setempat serta para peniaga sebelum pulang ke rumah. Alhamdulillah, dapat santuni orang ramai, anak-anak kecil dan anak muda yang berada di sini. Saya juga mendengar sendiri pandangan serta aduan daripada para peniaga. Insya-Allah saya ambil maklum dan akan teliti apa yang boleh dilakukan untuk menambah baik kemudahan serta keadaan mereka berniaga. Terima kasih juga kepada penggiat muzik jalanan atau busker yang menghiburkan saya dengan dendangan merdu lagu Azizah. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya berbangga kerana kita diberi kesempatan meraikan pengorbanan dan kebebasan, di samping terus merangkul seluruh kekuatan rakyat yang rencam kaum dan agama di bawah panji Jalur Gemilang. Merdeka! 🇲🇾 #YakinMADANI #Merdeka69

Kerajaan MADANI mendengar keluhan para peniaga kecil yang berhempas pulas mencari rezeki sambil mengurus dan menyara keluarga. Justeru tatkala menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan, saya umumkan Geran Sejahtera MADANI berjumlah RM200 juta bagi mendukung penjaja, peniaga kecil, peniaga pasar malam serta ibu-ibu yang berniaga dari rumah. Saya turut umumkan tambahan kemudahan pembiayaan mikro, menjadikan jumlah keseluruhannya RM6 bilion, agar lebih ramai peniaga kecil mendapat modal dan ruang untuk mengembangkan usaha serta meningkatkan pendapatan keluarga. #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #YakinMADANI

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi kemalangan di Temerloh yang meragut nyawa,
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi kemalangan di Temerloh yang meragut nyawa, termasuk sebuah keluarga yang sedang dalam perjalanan pulang selepas menyambut Hari Kebangsaan. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan mengurniakan kekuatan serta ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan. Saya telah meminta pihak berwajib menjalankan siasatan dengan teliti bagi mengenal pasti punca kejadian. Kepada semua pengguna jalan raya, berhati-hatilah, patuhi peraturan dan utamakan keselamatan diri serta keluarga setiap kali berada di jalan raya.

Santai usai Sambutan Hari Kebangsaan.
Santai usai Sambutan Hari Kebangsaan.

Salut saya kepada seluruh petugas yang telah mencurahkan tenaga, masa dan keringat bagi menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan t
+7
Salut saya kepada seluruh petugas yang telah mencurahkan tenaga, masa dan keringat bagi menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Daripada anggota keselamatan, penjawat awam, pasukan teknikal dan perubatan, petugas kebersihan, para kontinjen, penggiat seni, warga media hinggalah anak-anak dan para sukarelawan, setiap daripada kalian telah memainkan peranan bermakna dalam memastikan sambutan ini berlangsung dengan tertib, meriah dan penuh jiwa merdeka. Terima kasih juga kepada seluruh rakyat yang sanggup berkampung di Putrajaya sejak malam tadi demi bersama-sama memeriahkan sambutan ini. Inilah semangat kebersamaan yang kita dambakan, berhimpun dalam satu tekad, meraikan kemerdekaan dan memperkukuh perpaduan. Semangat, disiplin dan kebersamaan yang ditampilkan mencerminkan wajah sebenar Malaysia, sebuah negara yang teguh kerana rakyatnya bersatu dan saling melengkapi. Merdeka! 🇲🇾 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #YakinMADANI #Merdeka69

Awal pagi tadi saya bersama ribuan rakyat menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 dalam suasana yang membanggakan serta
+3
Awal pagi tadi saya bersama ribuan rakyat menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 dalam suasana yang membanggakan serta rasa kasih dan cinta kepada tanah air. Perbarisan yang menghimpunkan anggota keselamatan, penjawat awam, anak-anak muda serta pelbagai lapisan masyarakat mencerminkan wajah sebenar Malaysia yang rencam kaum dan budaya, namun berpadu teguh di bawah satu Jalur Gemilang. Kemerdekaan yang direbut dan diwariskan para pejuang dan leluhur bangsa tidak semata untuk diingati dan dikenang, tetapi mesti terus diisi dan dismpurnakan dengan keberanian membina negara yang lebih adil, sejahtera dan saksama untuk semua. Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Merdeka! 🇲🇾 #YakinMADANI #Merdeka69

Segala ikhtiar untuk mempercepatkan akses kepada rawatan dan mengurangkan tempoh menunggu mesti terus diperkasa. Inilah makna pembangunan yang sebenar apabila kemajuan yang dicapai negara diterjemahkan Kerajaan MADANI kepada perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan benar-benar dirasai rakyat. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Alhamdulillah, Kerajaan MADANI mengembalikan kelayakan BUDI95 kepada 300 liter sebulan buat rakyat serta BUDI Diesel kepada 400 liter, selepas pelarasan sementara sebelum ini susulan ketidaktentuan pasaran minyak global dan konflik di Asia Barat. Ikhtiar ini dimungkinkan hasil usaha Kerajaan MADANI yang tidak pernah putus mencari jalan untuk membantu rakyat, termasuk memperkukuh kerjasama tenaga strategik dengan negara sahabat seperti Turkmenistan, Rusia dan Jepun demi menjamin keterjaminan bekalan serta memastikan ekonomi negara terus berada di landasan yang kukuh. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Kemerdekaan bukan sekadar untuk diraikan, tetapi amanah untuk kita pelihara dan sempurnakan demi anak cucu. Jiwa merdeka ialah jiwa yang menolak kebencian dan perpecahan, memilih perpaduan, keadilan dan ihsan. Dengan semangat Malaysia MADANI, marilah kita terus membina Malaysia yang aman, bermaruah dan lebih baik untuk semua. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI