en
Feedback
Tinta Mell Clubz

Tinta Mell Clubz

Open in Telegram

Hai, sini tempat Mell Mariann share teaser karya-karya dan update masa ke semasa. Have fun reading!

Show more
2 126
Subscribers
-424 hours
-207 days
+1 29230 days

Data loading in progress...

Tags Cloud
No data
Any problems? Please refresh the page or contact our support manager.
Incoming and Outgoing Mentions
---
---
---
---
---
---
Attracting Subscribers
September '26
September '26
+11
in 0 channels
August '26
+1 327
in 0 channels
Get PRO
July '26
+36
in 0 channels
Get PRO
June '26
+12
in 0 channels
Get PRO
May '26
+24
in 0 channels
Get PRO
April '26
+11
in 0 channels
Get PRO
March '26
+362
in 0 channels
Get PRO
February '260
in 0 channels
Get PRO
January '260
in 0 channels
Get PRO
December '250
in 0 channels
Get PRO
November '250
in 0 channels
Get PRO
October '250
in 0 channels
Get PRO
September '250
in 0 channels
Get PRO
August '250
in 1 channels
Get PRO
July '250
in 0 channels
Get PRO
June '250
in 0 channels
Get PRO
May '250
in 0 channels
Get PRO
April '250
in 0 channels
Get PRO
March '250
in 0 channels
Get PRO
February '250
in 0 channels
Get PRO
January '250
in 0 channels
Get PRO
December '24
+8
in 0 channels
Get PRO
November '24
+21
in 0 channels
Get PRO
October '24
+23
in 0 channels
Get PRO
September '24
+388
in 1 channels
Date
Subscriber Growth
Mentions
Channels
09 September0
08 September0
07 September+2
06 September+1
05 September+1
04 September0
03 September+3
02 September+2
01 September+2
Channel Posts
Sebab ada yg keliru ingat ada dua cerita dalam satu tajuk. hanya sebab gambar separuh2 tu. 😅 Tak, inilah puncanya. 😌 Sara mengalih pandangan ke arah jalan di seberang. Dan saat itu juga, pintu kaca restoran mewah di seberang jalan terbuka. Beberapa orang lelaki bersut hitam dan berkacamata gelap keluar terlebih dahulu, membentuk barisan kawalan ketat. Wow! Sebiji macam dalam drama. Orang penting agaknya.  Kemudian, muncul seorang lelaki tinggi lampai berpakaian sut kelabu gelap. Lelaki itu sedang membetulkan jam tangan di pergelangan tangannya sambil mendengar sesuatu yang diucapkan oleh pengawal di sebelah. Berubah riak Sara. Jantung terasa berhenti berdegup. Wajah itu... garis rahang itu... dan cara lelaki itu berjalan. Walaupun gaya rambutnya berbeza dan riak wajahnya kelihatan begitu asing dan keras, Sara tidak mungkin tersilap. Mereka terlalu serupa. "Kyle..." bisik Sara, suaranya tersekat di kerongkong. Lelaki itu mula melangkah menuju ke arah sebuah Bentley bertinted gelap yang sedia menunggu di tepi jalan. "Kyle!" Sara menjerit sekuat hati. Dia tidak peduli lagi dengan hujan yang mula menitis deras, tidak peduli dengan lopak air yang membasahi kasutnya. Tidak peduli Matteo dan Zayn yang masih terpinga di belakang.  Sara terus berlari melintas jalan, menerobos kesesakan pejalan kaki yang lalu-lalang. "Kyle! Berhenti!" Pengawal peribadi yang berada di pintu kereta mewah itu perasan akan kehadiran Sara yang meluru secara tiba-tiba. Dengan pantas, dua orang pengawal berbadan tegap melangkah ke hadapan, menghalang laluan Sara daripada mendekati lelaki itu. "Sila ke tepi, cik!" gertak salah seorang pengawal dalam bahasa Itali, menolak dada Sara kasar sehingga wanita itu hampir tersungkur. "Kyle! Ini Sara! Pandang saya,Kyle!" Sara menjerit penuh terdesak, mencari wajah lelaki tadi di balik benteng pengawal di hadapannya. Andre, yang baru sahaja sebelah kakinya masuk ke dalam perut kereta, terhenti bergerak. Halwa telinganya menangkap sebaris nama yang amat asing, tetapi entah kenapa nada suara wanita itu menyentakkan rasa aneh di dada. Perlahan Andre menoleh ke arah pemilik suara itu. Anak mata helang Andre bertembung tepat dengan mata wanita yang sudah bergenang dengan air mata itu. Untuk beberapa saat, masa seolah-olah terhenti di antara mereka di tengah-tengah kerancakan kota Florence. Tubuh Sara menggigil hebat. "Kyle... ini saya. Awak dah lupa saya ke? Ini Sara.. Kyle. Isteri awak… Your wife.” Andre tersentak. Lima tahun ini dia belajar pelbagai bahasa. Termasuk bahasa yang sedang digunakan wanita itu, bahasa Melayu. Iris mata Andre menatap wanita bernuasa asia di hadapannya itu dengan pandangan dingin, se sejuk ais dan penuh dengan rasa curiga. Bukan seorang, sudah ramai yang datang mengaku begini di hadapannya. Bagi Andre, wanita-wanita begini hanya ingin mengambil kesempatan atas statusnya sebagai Andre Valenti. #thelostmafiaheir

2
Sara tersenyum dalam tidurnya. Entah kenapa mimpi itu terasa begitu nyata. Suara gelak adik-adiknya. Wajah ayah yang jarang-jarang menunjukkan senyuman. Dan lelaki bodoh yang sanggup memanjat pokok petai semata-mata mahu mendapatkan restu keluarganya. Kyle Andra. Nama itu terasa hangat di dada. Sara membuka mata perlahan-lahan. Serta merta siling putih menyambut pandangannya. Senyuman di bibirnya perlahan-lahan memudar. Sunyi. Tiada lagi suara Kyle. Tiada lagi usikan Kyle. Tiada lagi lelaki yang akan mengomel itu ini di setiap hari bahagia mereka. Sara berpaling ke sebelah. Kosong. Tangannya meraba tempat yang sudah lama tidak berpenghuni. Dada Sara kembali terasa sesak dan sakit. Sakit yang tidak pernah hilang sejak hari itu. Lima tahun sudah berlalu. Sara masih terkapai-kapai dalam kenangan yang enggan mati, memegang janji manis yang bertukar menjadi igauan ngeri. Perlahan tangan naik menggenggam kemas selimut di dada. Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya mengalir hangat meniti pipi. Saya rindukan awak, Kyle... #thelostmafiaheir
298
3
Coming soon next year. 😂 PROLOG BUNYI tapak kaki dari ruang atas rumah menyapa ke halwa telinga Sara. Tangan masih mengacau teh panas yang sedang dibancuhnya itu. “Bersungguh betul Kyle nak kan kakak.” Suara mak kedengaran dari anak tangga. Sara mengangkat muka mencari wajah emak. Terlepas tawa kecil dari bibir Sara. Boleh kata tiap-tiap minggu Kyle ajak dia balik kampung. Demi nak mengambil hati bapanya. “Ayah suruh dia buat apa pula kali ni mak?” Sara menyusun cawan ke atas dulang sebelum menuang air teh panas yang dibancuhnya tadi ke dalam cawan. “Ayah kamu suruh dia panjat pokok petai belakang rumah tu. Sanggup dia nak panjat. Sebab tu mak kata bersungguh betul dia nak kakak.” Norma tergelak kecil. Nak marah suami sendiri sebab menyusahkan bakal menantu mereka itu, dia tak berani. Siapa saja tak kenal Inspektor Hasyum, si polis pencen yang garang itu. Dalam banyak-banyak lelaki yang cuba mendekati anak sulung mereka itu, Kyle sahaja lelaki yang berani nak ambil hati suaminya. Membulat anak mata Sara. Nyaris nak terlepas teko teh dari tangannya. “Panjat pokok petai?” Gelabah Sara jadinya. Langsung dia meletak teko tadi dan berlari anak ke pintu dapur. Kalut dia menyarung selipar dan menapak laju ke arah pokok petai yang disebut emaknya itu. Aduh! Ayah ni! Tinggi kut pokok tu! Sampai saja di kawasan pokok petai itu. Kyle sudah mula memanjat. Suara adik-adiknya sudah riuh bersorak untuk Kyle. “Petik yang tua-tua. Bawa turun.” Kyle menghela nafas perlahan. Suara bakal bapa mentuanya itu tegas memberi arahan. Di dalam hati, dia menyumpah dirinya sendiri kerana terlalu beria-ia mahu mengambil hati bakal si polis pencen itu. Kalau setakat makan malam dengan keluarga Sara, dia boleh tahan. Kalau kena duduk berjam-jam dengar cerita zaman polis pencen ini pun dia boleh tahan. Tapi panjat pokok petai? Ini sudah masuk kategori penderaan terhadap bakal menantu. Tapi mengenangkan yang dia bekas gengster. Mana boleh dia mengalah. Dia kena buktikan yang dia lelaki terbaik untuk Sara Ameena! “Abang Kyle, jangan jatuh!” Suara adik Sara dari bawah membuatkan Kyle menjenguk. “Kalau abang jatuh, kami tak nak angkat!” “Kyle! Awak buat apa ni?” Tempik Sara kuat. Nyaris nak terlepas pelukan Kyle pada batang pokok apabila mendengar tempikan Sara. Cepat dia memeluk batang pokok itu semula. Kus semangat! “Ayahhh!” Sara menoleh ke arah ayahnya yang duduk santai di atas pangkin di bawah pokok mangga itu. “Apa? Pakwe kamu yang beria nak panjat pokok tu.” Selamba Hasyim membalas. Sara mendengus nipis. Ayah memang sengaja! “It’s okay baby! I’m okay.” Kyle meneruskan panjatannya sebelum dia terasa ada benda asing yang masuk ke celah seluar jeansnya. “Baby! Pokok ni ada kerengga ke?” Soalnya mula cuak. “Ya Allah! Memanglah pokok tu banyak kerengga! Cepat turun!” Laung Sara kuat. Tapi belum sempat Kyle membalas, lelaki itu sudah hilang imbangan. Sara terpejam mata apabila tubuh Kyle sudah jatuh ke tanah. Macam nangka busuk! Mujurlah tak tinggi sangat Kyle panjat tadi. Pecah tawa adik-adik Sara. “Apa ni Abang Kyle! Kata hero!” Baru Sara nak meluru ke arah Kyle. Sara nampak ayahnya sudah menghulurkan tangan kepada Kyle. Terpinga-pinga Kyle jadinya sebelum bangkit berdiri. Bahunya ditepuk dua kali oleh bapa kepada kekasih hatinya itu. “Dah, jom masuk minum. Esok panjat lagi.” Bersahaja lelaki dalam usia 50 an itu berlalu pergi. Membuntang mata Kyle. Panjat lagi? Cepat dia mencari wajah Sara. Sara tergelak kecil sebelum merapati Kyle. “You did good job. Saya rasa ayah dah mula sukakan awak,” bisik Sara perlahan. Melebar senyum Kyle. “Untuk kau, jangankan panjat pokok, panjat gunung pun aku sanggup, baby.” Redup dia menatap wajah gadis berambut pendek itu. Gadis tomboy yang diam-diam mencuri hatinya sejak lama dulu. Sara membalas semula tatapan lelaki itu, lelaki yang awalnya cuma abang kepada kawan baiknya sendiri. Siapa sangka, hatinya terpaut pada bekas gengster ini. Kan tak pasal-pasal kena yakinkan bapanya, si inspektor pencen itu tentang hubungan mereka ini.
283
4
Hat ni, sila menabung dari sekarang. Sebulan 3-4 hengget ke.. Jadi semangat pulak bila tengok poster. 🤣
Hat ni, sila menabung dari sekarang. Sebulan 3-4 hengget ke.. Jadi semangat pulak bila tengok poster. 🤣
411
5
Yang suka vibe2 hero merentan. Ini salah satunya. 😂 Ready ebook ye. BLURB MR GRUMPY MILIK AZALEA Persahabatan di antara Tan Sri Izhar dan Dato' Akhbar membuat hubungan anak-anak mereka turut akrab. Nur Azalea puteri Dato' Akhbar yang dipanggil Lea itu sejak kecil lagi mengagumi Irmal si anak sulung Tan Sri Izhar. Meningkat dewasa cinta Lea semakin bercambah buat Irmal. Tapi sayang Irmal sudah mempunyai buah hati sendiri, Cassandra si gadis bermata biru yang dikenalinya ketika belajar di luar negara. Sehinggalah Cassandra menarik diri beberapa hari sebelum tarikh perkahwinannya dan Irmal. Dalam kekecohan itu, Lea menawar diri untuk menjadi pengantin ganti. Irmal naik angin, mana mungkin dia menikahi Nur Azalea! Tetapi atas kehendak keluarga dan kedegilan Lea, akhirnya menyatukan juga mereka berdua sebagai suami isteri. "Lea akan buat abang cintakan Lea," - Azalea "Abang akan buatkan Lea bencikan abang." - Irmal Selepas bergelar suaminya, sikap Irmal langsung berubah. Tiada lagi Irmal yang begitu penyayang dan prihatin kepadanya seperti waktu dulu. Irmal yang dulunya membuat dia jatuh cinta berkali-kali. Kini yang ada cuma Tuan Irmal, si Mr Grumpy. Silap sikit marah, salah sikit membentak. Irmal pula sedaya upaya membuat Lea membencinya. Tapi apakan daya, dia memerlukan Lea. Lea juga pembantu peribadinya di pejabat. Sementara Lea pula pantang menyerah. Hati Irmal perlu ditakluki. Bak kata daddy, kawal sampai ke syurga. Tetapi yang Lea tidak tahu, ada sebab mengapa Irmal begitu beria menolaknya lagi dan lagi. Sampai satu waktu, jiwa Lea sudah merasa lelah. Mungkin dia patut mengalah. Mungkin benar cinta itu tidak seharusnya memiliki. Apakah hubungan suami isteri ini akan berhasil? Atau mereka akhirnya membawa haluan sendiri?
426
6
Sementara tu, tunggu hat ni dulu. 😆 Coming soon MY SWEET NONCHALANT HUSBAND Puteri Kirana. Gadis yang mengenakan busana warna jambu lembut itu sedang duduk di sebelah Inara. Dan uniknya, sementara Inara sibuk merayu dan gelisah, Kirana pula terang-terangan sedang menatap wajahnya. Bukan Wira tak sedar. Jadi, dia sengaja pura-pura membelek telefon pintarnya. Sengaja menayang muka paling nonchalant. Langsung buat tak peduli renungan gadis itu. Seolah-olah tatapan gadis itu tidak memberi apa-apa impak kepada ketenangannya. Orang lain tengah kecoh tentang hal yang sedang berlaku. Gadis itu boleh pula terang-terang curi pandang dia! Ada apa yang tak kena ke dengan penampilan dia sekarang? "Ana!" desis Inara sambil menyenggol pinggang Kirana, mengejutkan gadis itu daripada lamunan. Wira melirik sekilas dari sudut matanya. Langsung Kirana tersentak. Cepat dia menggigit bibir bawahnya rapat-rapat. Aduh! Tak tahulah kenapa dengan mata dia ni. Macam kena sumpah pula dengan si Wira Ishqan itu. Dia asyik nak pandang lelaki itu dari tadi. Kacaknya Wira bila tengok depan-depan macam ni! Rasa nak terkam doh! "Itulah, aku rasa inilah jalan terbaik..." Papa dan daddy Wira sudah berborak santai. Nampaknya semua sudah sepakat dengan apa yang dipersetujui. Wira mematikan skrin telefonnya lalu memasukkannya ke dalam poket seluar. Dia membetulkan duduknya lalu menyandarkan siku ke lengan sofa. Anak matanya yang tajam akhirnya dipasakkan tepat ke arah Kirana selama beberapa saat. Satu tatapan yang cukup mendalam untuk memberitahu gadis itu bahawa Wira sedar sepenuhnya tentang permainan renungan mata yang dimulakan oleh Kirana sejak tadi. Kirana terkedu. Wira pandang dia ke?
520
7
Korang boleh cari buku Bodyguard hati Anne Dalisa tu kat shopee. kisah adik Kyle. Dalam novel tu ada backstory Kyle dan Anne.
Korang boleh cari buku Bodyguard hati Anne Dalisa tu kat shopee. kisah adik Kyle. Dalam novel tu ada backstory Kyle dan Anne. Untuk next novel boleh je tak baca novel ni. Sebab plot lain dah....
457
8
IRIS mata Haqi melirik ke arah pintu. Tajam dia menilik si gadis bertudung krim, berbaju kemeja hitam dengan apron kafe yang terletak kemas itu serta berseluar jeans baggy itu. Betul ke ini Yumna? Yumna, kanak-kanak perempuan yang bergaya boyish dulu? Haqi berdeham kecil apabila pandangan mereka bertautan seketika. Cepat dia menunduk. Berpura-pura kembali fokus dengan kerjanya. Yumna menarik nafas sebelum dihembus nipis. Tengoklah muka si mamat arrogant tu. “Kopi Tuan.” Pendek Yumna bersuara seraya meletak cawan kertas berisi kopi yang dipesan Haqi itu. Dah suam dah pun. Sempat juga Yumna melirik pada baju kemeja Haqi. Sudah bertukar baru. Lupa kan? Orang kaya mestilah semudah itu aje cari baju ganti. Melihat Haqi sibuk dengan kerja, Yumna langsung pusingkan badan mahu berlalu pergi. “Tak tahu pula bila dah besar, you dah tak ada adab,” suara Haqi menerjah sinis. Yumna berhenti melangkah. Spontan dia mengalih badan menghadap Haqi semula. “Maksud tuan?” Yumna menyoal tidak puas hati. “Lama tak jumpa you, Yum. How are you?” Haqi menyandar tenang ke kerusi. Iris mata menatap Yumna yang berdiri terpacak di depan mejanya itu. Dahi Yumna berkerut seribu. “Bukan kita baru jumpa ke tadi? Tuan yang suruh saya datang sini kan?” Pelik Yumna jadinya. Haqi mendecit nipis. Gadis ini naif ke bendul? “Maksud I… Lama kita tak jumpa Nur Yumna binti Khairudin. You dah lupa I? Your Abang Qi?” Haqi kembali tegakkan badan dan menyandarkan lengan ke atas meja. Dia mencari riak Yumna. Takkan Yumna langsung tak ingat dia? “Abang Qi?” Eeiww… gelinya! Meremang rasa leher Yumna. Walaupun dada terasa penuh dengan debar. Haqi… ingat dia. “You really don’t remember me?” Riak wajah Haqi sudah berubah. “Sumpah, tak ingat!” Yumna menjawab laju. Mengecil anak mata Haqi menatap wajah Yumna. Iris matanya turun ke jemari Yumna yang sedang mencengkam apron. Hujung bibir terjongket nipis. Cukup untuk dia tahu yang Yumna sedang berpura-pura tidak kenal dia. “Jangan main dengan sumpah.. Yumna…” tegurnya kembali menyandar. Yumna menelan liur diam-diam. Apa dia nak jawab ni? #mysweetarroganthusband
520
9
No text...
443
10
Sebenarnya nak buat spin of lepas novel ni tapi moodnya hilang terus. 🥹 Kalau sambung kan. Rasa nak jadikan sebagai novel. R
Sebenarnya nak buat spin of lepas novel ni tapi moodnya hilang terus. 🥹 Kalau sambung kan. Rasa nak jadikan sebagai novel. Rasa2 korang support tak kalau jadi novel?
563
11
bukti dia wujud dah lama. Since 2022. Hahah. Dia abang FL kat novel Bodyguard Hati Anne Dalisa.
bukti dia wujud dah lama. Since 2022. Hahah. Dia abang FL kat novel Bodyguard Hati Anne Dalisa.
538
12
No text...
498
13
TEASER 3 Yumna menarik nafas, langkah di atur ke arah kaunter penyambut tetamu. “Hai!” Yumna menegur segan-segan. “Ya, cik. Ada apa yang boleh saya bantu?” Penyambut tetamu itu menyambut mesra. “Saya nak hantar kopi. Untuk Encik Megat Haqi. COO syarikat ni.” Yumna tunjuk cup kopi di tangan. “Maksud cik, Tuan Haqi?” Terangkat kening penyambut tetamu itu. Oh, Tuan Haqi… “Ya, ya. Tuan Haqi. Boleh cik bagi kat dia kopi ni?” Yumna cari jalan selamat. Dia tak payah jumpa Haqi. Biar pekerja Haqi yang hantarkan. “Err… maaf cik. Tuan Haqi dah pesan suruh cik hantar sampai opis dia. Cik boleh naik ke tingkat 25. Terus ke meja PA Tuan Haqi.” Yumna rasa nak tercekik. Rupanya Haqi siap tinggal pesan ya? Macam tahu aje Yumna nak mengelak. Bibir Yumna melebar senyum geram diam-diam. “Terima kasih… saya naik ya?” Penyambut tetamu itu cuma menayang senyum dan mengangguk seraya mendepang tangan menunjuk jalan dengan sopan. Yumna menghembus nafas perlahan. Terpaksa dia naik ke tingkat 25. Semata-mata nak hantar kopi buat Tuan COO yang mengada-ngada. Masuk dalam perut lif, sekali lagi dunia Yumna rasa mengecil apabila terpaksa bersesak dengan para pekerja yang lain. Dah jadi tabiat Yumna, baca gerak bibir orang di sekelilinginya walau alat pendengarannya berfungsi macam biasa. “Eh, you guys dengar cerita tak? Tuan Haqi dah putus dengan Arsila.” Terpacak terus telinga Yumna.  Lekas dia betulkan alat pendengarannya. “Katanya, Arsila curang dengan Tuan Rizq. Our Ex CFO tu. Now Tuan Rizq dah jadi CEO di Ridz Holdings kan?” “Uishh…So, Tuan Rizq bukan aje rampas girlfriend Tuan Haqi, but he also naik pangkat di kompeni lawan Megat Holdings? Merindingnya I… tak sangka kan Arsila sanggup buat Tuan Haqi macam tu?” Sebelah tangan Yumna mencengkam apron. Arsila curang? “But… kalau I jadi Arsila pun, I pilih Tuan Rizq. He’s so perfect. Handsome, baik, peramah, bijak… Bukan macam Tuan Haqi. Arrogant, garang. Sikit-sikit nak marah staf. Rindulah I dengan Tuan Rizq.”   “Gatal eh you ni? Tapi… Tuan Haqi lagi handsome dari Tuan Rizq tau.” “Syyy…” Pintu lif terbuka luas. Yumna ikut keluar di tingkat 25 itu bersama dengan para pekerja yang lain. Fikirannya masih melayang dengan kisah cinta tiga segi Arsila dan juga Haqi. Haqi tak tahu ke yang Arsila kakak Yumna? Tapi tak mustahil juga yang Haqi tak tahu. Mak dan Arsila kan selalu menidakkan kewujudan ayah dan juga dia. Arsila itu artis wanita ternama. Mana mungkin dia akui orang kampung seperti Yumna dan ayah sebagai keluarga... Sedar-sedar langkah Yumna sudah pun terhenti di depan meja pembantu peribadi Haqi. “Kopi dari Hati kita ya?” suara wanita cantik bertudung itu menyentak Yumna. “Hah? Hati kita?” terpinga-pinga Yumna tanpa sedar. Wanita itu tertawa kecil. “Tu, kat apron ada tulis Hati Kita books and café,” bibir wanita itu terjuih ke arah Yumna. Yumna rasa nak tepuk dahi. Terang-terang dia memang datang dari Hati Kita. “Ya, saya. Ini double expresso tanpa gula Tuan Haqi pesan.” “Masuklah. Tuan Haqi tunggu. “ Tak sempat Yumna nak serahkan cup yang dibawanya. Si pembantu peribadi itu sudah bangkit dan membuka pintu buat Yumna. "Tuan, kopi tuan dah sampai.” “Baik. Suruh dia masuk.” Kedengaran suara Haqi dari dalam. Entah kenapa, suara itu tetap buat jantung Yumna berdebar tak tentu arah. Yumna menelan liur. Ya Allah… memang dia tak boleh lari daripada Megat Haqi ke?
590
14
No text...
485
15
teaser 2 “Damn it! Kalau tak pandai buat kerja, jangan kerja. Menyusahkan orang! Buta agaknya!” bebel Haqi geram. Yumna membaca gerak bibir Haqi. Di tambah dengan suara dingin Haqi itu buat hatinya rasa disiat-siat. Panas pula hati Yumna. “Saya dah minta maaf kan encik? Encik yang jalan tak tengok depan. Sibuk dengan handphone encik tu.” Yumna membela diri. Terhenti pergerakan tangan Haqi. Spontan dia memandang gadis barista di depannya itu. Ini kali pertama ada perempuan yang berani melawan dia depan-depan. Selain adik beradiknya. “Pardon? Now you nak salahkan pelanggan you?” Haqi mencampak tisu kotor tadi ke atas meja. Badannya sudah tegak menyilang tangan ke dada. Nuri sudah mula gelabah. Yumna pun, mengalah ajelah. Encik Haqi ni pelanggan tetap mereka kut! COO syarikat besar depan sana itu! “Yumna…” Nuri tarik hujung lengan baju Yumna. Memberi isyarat agar Yumna tidak memanjangkan hal itu. Yumna menarik nafas. Jangan bergaduh Yumna… jangan bergaduh. Bukan senang kau nak dapat kerja ni. Yumna menarik senyum manis. “Tak, saya tak salahkan encik. Semua salah saya. Saya minta maaf, nanti saya ganti kos dry clean baju encik ya..” balas Yumna dengan kerdipan mata. Konon-konon dialah yang terpaling bersalah dalam hal itu. Entah manalah dia nak cari duit bayar kos dry clean itu pulak! Malang betullah nasib kau Yumna! Haqi mengecilkan mata. Kenapa dia tak rasa pun keikhlasan gadis itu. Rasa macam kena sindir pula. "Haqi?" Baru Haqi nak membalas, ada satu suara menegurnya dari belakang. Haqi tersentak. Spontan dia menoleh ke belakang. "Pak Yoi?" Yumna pula yang tergamam. "Ayah?" Pandangan Haqi beralih daripada lelaki di usia 50-an itu kepada gadis barista itu. Ayah? Lama dia menatap wajah gadis itu sebelum memori lama terhinggap di kepalanya. “Yum?” "Ya, Haqi. Ni Yumna, kamu ingat dia? Sekejap! Kenapa dengan baju Haqi tu? Ya Allah, Yum... apa kamu dah buat ni?" Pak Yoi mula panik melihat kemeja anak bekas majikannya yang kotor itu. “No, no. It’s okay. Saya okay je Pak Yoi…” Cepat Haqi menghalang lelaki itu dari menyapu kesan kotoran di kemejanya itu. Yumna pula sudah terkelip-kelip memandang wajah Haqi. Wow! Mana dia mamat arrogant tadi? Tahu bersopan rupanya. “Allah…lamanya Pak Yoi tak jumpa kamu. Kamu sihat? Mama papa kamu sihat?” “Alhamdulillah, semua sihat Pak Yoi.” Haqi mencarik senyum. Dia masih kenal Pak Yoi, bekas pemandu keluarganya itu. Pak Yoi tak banyak berubah kecuali sudah tua dan sedikit beruban. Satu masa dulu, dia pernah rapat dengan lelaki itu dan juga… Haqi menjeling sekilas ke arah gadis barista itu. Hujung bibirnya terjongket nipis. Kecil betul dunia ini. Haqi menarik nafas, iris mata mengerling jam di tangan. Dia dah lambat. “Err… Pak Yoi.  tak boleh lama. Ada meeting. Ambil nombor saya ni. Pak Yoi boleh cari saya bila-bila masa.” Haqi keluarkan kad namanya lalu diserahkan kepada bapa Yumna itu. “Expresso Encik Haqi?” Nuri mencelah. Maklumlah, setiap hari lelaki itu akan oder Double Shot Espresso untuk mulakan harinya. Haqi menoleh ke arah Nuri sebelum beralih kepada Yumna. “Suruh Yumna hantar ke opis saya nanti.” Yumna terkedu. Apahal pulak? Kenapa dia nak kena hantar sampai ke opis lelaki itu? #mysweetarroganthusbandmegathaqi
692
16
No text...
645
17
No text...
764
18
Order kat link ni Follow this link to view our item on WhatsApp: https://wa.me/p/27108988665408850/60173255126
776
19
berminat ws
berminat ws
763
20
teaser 1 BIASANYA bunyi mesin pengisar kopi yang membingitkan di Hati Kita Books and Café itu menenangkan bagi Yumna. Tapi entah kenapa, fokus Yumna rasa macam terganggu aje. Berulang kali Yumna betulkan alat kedudukan alat bantuan pendengaran di telinga kirinya yang terasa longgar. Aduh! Takkan rosak kut. Mana nak cekau duit nak ganti yang baru. “Yumna! Meja empat, Iced Americano satu, Caramel Macchiato kurang manis satu!” Kepala Yumna terangkat memandang pantulan cermin di belakang kafe. Dia mengangguk laju sebaik saja nampak gerak bibir Kak Nuri, pengurus kafe tempat dia bekerja itu. Lincah tangan Yumna mencapai cawan. Sudah beberapa minggu dia bekerja di situ. Sebelum ini, punyalah susah Yumna nak dapat kerja dengan kekurangannya itu. Mujurlah Kak Nuri sangat baik hati dan sudi membantu dia. Dan dia bersyukur Puan Malisa dan Puan Yura yang juga pemilik kafe itu sudi ambil dia bekerja di situ. "Siap dah, Kak Nuri!" sahut Yumna ceria. “Tolong hantar kat meja, Yumna! Kita tak cukup orang.” Nuri melaung lagi. “Okey!” Yumna melangkah keluar dari belakang kaunter dengan dulang di tangan dengan berhati-hati. Iris mata sibuk melilau mencari meja. Dia masih belum biasa dengan kedudukan meja di situ. Sambil itu, fikirannya sempat melayang teringatkan ayahnya yang berjanji mahu singgah ke kafe setelah janji temu di hospital. Dari jauh, Yumna nampak kelibat ayahnya melalui dinding kaca kafe. Cerah terus mata Yumna.  Belum sempat Yumna melambai, pintu utama kafe ditolak dari luar. Seorang lelaki melangkah masuk sambil mata tertancap pada telefon pintar di tangan. Bulat mata Yumna. Tapi belum sempat Yumna memberi amaran… “Encik–” Gedebush! Tubuh mereka berlaga. Separuh Iced Americano dalam cawan terus terpercik tepat ke dada kemeja hitam lelaki itu. Suasana kafe yang tadinya bising dengan perbualan pelanggan tiba-tiba sunyi sepi. Sudah seperti dilanggar garuda jadinya. Yumna terkedu. “What’s wrong with you! Buat kerja memang tak tengok jalan ke hah?” Ledakan suara lelaki itu nyaring berdesing di telinga Yumna. Berkerenyut muka Yumna jadinya. “Allahu! Yumna!” Nuri berlari anak mendapatkan Yumna. Barulah Yumna tersedar kopi yang dibawanya tadi sudah terkena baju kemeja lelaki itu. “Ma.. maafkan saya encik! Sa.. saya tak sengaja!” Kalut Yumna letakkan dulang di atas meja berdekatan dan segera mencapai tisu yang berada di atas meja itu. Gemuruh Yumna cuba menyapu kesan kopi pada kemeja lelaki itu. Tapi cepat saja lelaki itu mengelak dari disentuhnya. “Don’t touch me!” Yumna segera mendongak. Pandangannya bertembung dengan sepasang iris mata tajam yang memandangnya seperti nak telan dia hidup-hidup. Lelaki itu tinggi, dengan rahang yang kemas dan wajah yang... sangat kacak, tapi garang nak mampus! Dan Yumna… kenal lelaki itu. Megat Haqi bin Megat Indra. COO di syarikat berdekatan dengan kafe mereka itu. Pelanggan tetap di Hati Kita Books and Café. Double Shot Espresso. Tanpa gula. Setiap pagi.
840