Score A+ together
Open in Telegram
make sure if nak share something from this group , letak credit ! since february 2023 owner @hiddoublea
Show more8 395
Subscribers
-324 hours
-317 days
-33630 days
Posts Archive
8 398
LAST FOR TONIGHT;
1️⃣ Paper 1 (Objektif)
Buat banyak soalan objektif.
Kalau ada budget, beli buku yang banyak soalan obj dan practice sebanyak mungkin.
Teknik ni sangat membantu untuk paper 1.
2️⃣ Paper 2 (Struktur/Esei)
Sebelum buat latihan, tulis semua yang awak ingat dari chapter yang dipelajari.
Ini dipanggil active recall.
Search lebih lanjut tentang active recall, sangat berkesan untuk hafalan & pemahaman.
3️⃣ Cara Belajar Utama
Cara saya belajar ialah menulis.
Banyak buat nota untuk Sejarah, tapi nota conteng-conteng je.
Lepas tu hafal semua info tentang chapter tu melalui nota ni.
4️⃣ Teknik Nota / Mind Map
Jangan copy terus semua dari buku teks.
Buat mind map notes: keluarkan fakta, huraian & contoh.
Buat nota macam nak jawab soalan esei.
Bila exam, hanya ingat point-point utama & boleh terus jawab soalan esei.
5️⃣ Faham Jalan Cerita
Sejarah memang subjek menghafal.
Tapi kalau faham jalan cerita / kronologi topik, otak automatik akan hafal.
Faham dulu, hafal datang sendiri.
8 398
Subjek Menghafal: Moral / Pendidikan Islam / Chemistry / Biology / Sejarah
🪐 Banyakkan Ulangkaji
Jangan sekadar baca dalam hati. Sebut setiap perkataan satu per satu dengan kuat. Ulang berkali-kali buku teks Biologi / Sejarah. Lama-lama otak akan ingat dan mudah score.
🪐 Baca Macam Cerita
Baca setiap perkataan dalam buku teks atau buku rujukan tanpa tertinggal. Kemudian, ceritakan balik seolah-olah kepada orang lain. Cara ni buat hafalan jadi lebih kuat dan mudah recall.
🪐 Buat Banyak Latihan
Latihan bantu kuatkan hafalan. Bila uji diri sendiri dengan latihan, fakta yang dihafal akan lebih kukuh dalam otak.
🪐 Elakkan Blur Masa Cikgu Mengajar
Ada dua cara:
1. Belajar selepas cikgu ajar → boleh ulang balik dan kuatkan pemahaman.
2. Belajar sebelum cikgu ajar → senang dapat gambaran awal, lebih cepat faham semasa kelas.
🌹 Himpunan Video Tips Subjek Sejarah SPM 🌹
Cara aku dapat SPM Sejarah A+
https://youtu.be/5fn_jQTa2i8
How to score A+ in Sejarah
https://youtu.be/KEDyPD0PrLA
Dari E dapat A Sejarah
https://youtu.be/bYecs0XLOfg
Sejarah study tips and tricks A+
https://youtu.be/GaRSZAF5yDo
How I make my notes: Sejarah
https://youtu.be/Ri3zs04mWKU
My Sejarah A+ study techniques
https://youtu.be/ooqzxZjl85w
8 398
Cara Score Subjek Sejarah Walaupun Tak Minat (Part 2) 🔥
6. Ulangkaji Dengan Bijak ♻️
❌ Jangan hafal semula satu chapter penuh. Itu bukan ulangkaji, itu belajar balik—otak cepat letih.
✅ Cara betul ulangkaji:
Rujuk nota / buku rujukan
Faham semula mind map
Fokus pada fakta yang belum hafal
Buat latihan bab tersebut
Fahamkan kata kunci penting
7. Buat Q&A Dengan Diri Sendiri ❓
Tulis semua soalan berkaitan topik yang awak belajar. Lepas tu, jawab sendiri soalan tu macam Active Recall.
Boleh test sejauh mana awak ingat fakta
Bantu brain “trigger” jawapan semasa exam
8. Banyakkan Mendengar 👂
Dengar penjelasan topik dari YouTube atau audio buku teks.
Convert video jadi audio, boleh dengar masa malas baca
Otak lebih mudah simpan info bila fakta & cerita didengar berulang kali
9. 30 Minit Setiap Hari ⏱️
Hafal & faham cerita/fakta dalam buku teks 30 minit sebelum tidur.
Esok pagi, buka balik & ulang hafalan semalam
Cara ni power sebab otak kita lebih mudah ingat semasa tidur
10. Tahu Teknik Menjawab 🖊️
Pastikan jawapan ikut struktur betul:
Isi + Huraian + Contoh + Kesan
Teknik ni penting untuk score markah tinggi, terutama soalan KBAT / esei
8 398
Cara Score Subjek Sejarah Walaupun Tak Minat (Part 1) 🎯
1. Nota Bukan Wajib 🔹
Jangan stress kalau awak tak pandai buat nota. Buku teks & rujukan lebih penting daripada nota cantik tapi tak dibaca. Fokus baca & faham dulu, baru fikir nak buat nota.
2. Gunakan Mind Map 🗺️
Kalau buat nota, buat dalam bentuk mind map supaya belajar lebih aktif:
❌ Jangan tulis ayat panjang atau perenggan
✅ Tulis dalam bentuk point
✅ Susun kemas & jelas
Mind map membantu otak visual ingat fakta dengan lebih cepat.
3. Jadikan Sejarah Sebagai Cerita 📖
Fahami topik macam jalan cerita movie. Cerita balik peristiwa, watak, tempat & tarikh penting macam awak cerita dekat kawan. Cara ni bantu ingat fakta lebih lama.
4. Faham Cerita, Hafal Fakta 💡
🚫 Jangan keliru! Faham cerita tapi nama tokoh/tempat/tarikh wajib dihafal sebagai fakta. Contoh: Pendudukan Jepun di Tanah Melayu = cerita, tapi nama tokoh Jepun & Melayu = fakta penting.
5. Biasakan Diri Dengan Soalan KBAT 📝
Salah satu sebab ramai gagal KBAT sebab tak faham keyword. Contoh:
“Perlembagaan” → Faham apa maksudnya
“Nasionalisme” → Faham konsepnya
Kalau keyword jelas, awak lebih yakin jawab soalan KBAT.
Tips: ᝰ.ᐟa.althéa
8 398
8 Tips Study Sejarah Last-Minute Untuk SPM 🔥
Walaupun tinggal masa singkat, awak masih boleh cover topik penting. Fokus, baca betul-betul, dan follow langkah ni:
---
1. Skim Buku Teks Terlebih Dahulu 📖
Jangan terus hafal. Lihat keseluruhan bab dan tandakan subtopik penting yang selalu keluar dalam esei. Fokus pada bahagian yang potensi markah tinggi.
2. Rujuk Soalan Esei Lama ✍️
Lihat balik soalan esei yang pernah awak buat. Biasanya soalan ulang bentuk je, jawapan sama. Tak perlu risau, baca contoh jawapan dan faham konsep utama.
3. Nota Last-Minute (Optional tapi Power) 📝
Kalau sempat, buat nota ringkas. Menulis boleh bantu ingat lebih cepat. Waktu exam, bila tengok soalan, jawapan automatik teringat sebab otak dah ‘latih’ melalui penulisan.
4. Tukar Info Jadi Mind-Map 🌳
Buku teks dan rujukan bagus, tapi mind-map lebih mudah dihafal. Transform info panjang jadi gambar dan cabang-cabang supaya jalan cerita topik lebih jelas. Masa exam, boleh bayangkan mind-map tu dalam kepala.
5. Jangan Baca Dalam Hati ❌
Bacaan dalam hati kurang berkesan. Sebut kuat fakta dan jalan cerita topik tu. Active recall ni paling power. Ceritakan balik macam present depan diri sendiri.
6. Buat Kuiz atau Soalan Sendiri 🎯
Cari kuiz online atau cipta soalan sendiri berdasarkan topik. Contoh soalan:
Apakah definisi…?
Nyatakan contoh…
Siapakah tokoh yang…?
Baca soalan, jawab tanpa tengok nota. Active recall membantu ingat lebih lama.
7. Urus Masa Dengan Bijak ⏰
Plan study awak! Contohnya, 1 jam untuk 1 chapter. Kalau bab panjang, fokus pada subtopik berpotensi keluar exam. Pastikan tahu topik untuk Paper 1 & Paper 2 supaya tak buang masa.
8. Fokus Pada Info Yang Selalu Lupa 🔑
Tulis semua fakta yang selalu terlupa di kertas berasingan. Yang dah hafal, jangan sentuh banyak sangat. Goal utama last-minute: ingat benda yang susah diingat je.
TIPS: ᝰ.ᐟa.althéa
8 398
Tips sejarah:
Tips yang boleh saya bagi ialah TOLONG JANGAN TINGGALKAN SOALAN KBAT.. Kalau dia mintak 8m , awak bagi 10 k atas jwapan..
Contoh soalan kbat kat bahagian esei 8markah:
Kalau x hafal fakta, buat 5 fakta, 5 huraian dan buat 1 kesimpulan..
Buat kesimpulan : Kesimpulannya, kita hendaklah apa ? (Berkaitan dengan tema) agar apa? Negara aman/harmoni/jwpn sesuai
biar dapat markah lebih..
DENGAN TEKNIK NI , Alhamdulillah saya dpt melahirkan pelajar lain A+ sejarah dia..
Dengan SYARAT :
🤞🏻JANGAN TINGGAL SOALAN KBAT
🤞🏻 TOLONG SKOR KERTAS 1 DAN KERTAS 2
🤞🏻 TOLONG BAGI JAWALAN LEBIH, KALAU MINTAK 4 MARKAH, BAGI LAH 5 ATAU 6 JAWAPAN..
✊ TOLONG GENGGAM KBAT PASTIKAN DAPAT 40/40 MARKAH.. BLUM CAMPUR KERTAS 1 DAN KERTAS 2 SOALAN YG A & B, INSYAALLAH KELUAR DEWAN FULL SENYUM..PERCAYALAH🤲👏🤝
8 398
Tadi ade buat kertas ramalan SPM matematik n soalan ni mungkin tricky sikit. Cuba jawab berapa jawapannya? 🤓
8 398
Kita tutup malam kita dgn bahasa arab, mulakan hari esok dgn jawapannya 🫶🫶
Bittaufiq wannajah 🔥
8 398
Assalamualaikum semua sy Asha,bole panggil Ash, saya berharap sy dpt berkongsi ilmu yg dpt menolong awk dlm spm. Subjek sy A+ (99%) ialah Pai and sejarah so InshaAllah saya akan tlg dua subjek ni . Also utk subjek BM juga. InshaAllah kita sama sama berjaya utk mencapai kejayaan 😊👌
8 398
Hi everyone!👋My name is Rafael, and I’m excited to join as a new admin in this channel. I’ll be sharing tips, exercises, notes on Matematik Tambahan and English. I hope to do my best in sharing my knowledge in this channel and making it helpful for everyone.✨✨
8 398
Aslm semua, saya Nisah ☺️. Admin baru untuk subjek sejarah. Insyaallah saya akan berkongsi tentang nota dan latihan sejarah.
8 398
TIPS MENJAWAB KBAT PENDIDIKAN ISLAM: ᝰ.ᐟ
4 Elemen Penting Dalam Jawapan KBAT
1. Isi (I)
Perkara utama yang relevan dengan soalan. Ayat ringkas, 5–10 patah perkataan sudah memadai.
2. Huraian (H)
Terangkan isi dengan lebih jelas menggunakan kata hubung seperti KERANA / AGAR / SUPAYA / UNTUK / DISEBABKAN / SEPERTI. Huraian ini menunjukkan sebab atau tujuan di sebalik isi.
3. Huraian Lengkap (HL)
Lengkapkan huraian dengan Kesan – Sebab – Contoh atau Faktor – Akibat – Hukum. Pastikan huraian lengkap ini masih berkaitan rapat dengan isi dan huraian asas.
4. Kesimpulan (K)
Mulakan dengan KESIMPULAN / KONKLUSINYA. Masukkan ayat galakan seperti KITA MESTILAH / KITA HENDAKLAH / KITA PERLULAH dan sambungkan dengan kata hubung AGAR / SUPAYA. Kesimpulan menutup jawapan dengan jelas.
8 398
tiada kecacatan yang boleh mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan binatang qorban
8 398
umur binatang qorban mestilah tidak kurang 2 tahun bagi biri2, 2 tahun 6 bulan bagi lembu dan kambing serta 5 tahun untuk unta
Available now! Telegram Research 2025 — the year's key insights 
