219
Subscribers
No data24 hours
-37 days
-530 days
Posts Archive
Back harga asal esok.. single 18 kombo 28 trio 42. Jualan sehingga akhir bulan sahaja. Lepas tu no more ebook ni dijual
āAbang minta maaf. Abang tau abang tak patut cakap macam tu dulu. Masa tu abang muda, abang bodoh.ā Rafa lepas nafas yang berat.
āSaya maafkan. Tak ada apa-apa lagi, kan? Saya nak keluar.ā Masih tak ada perasaan. Rafa ingat hari raya ke nak minta-minta maaf?
Alin terus keluar. Air mata dia jatuh tapi cepat-cepat dilap.
Apakah yang menyebabkan Alin berjauh hati dari Rafa?
š„ SINOPSIS MY TREASURE MEJAR MAULEEQ š„
āDo you hear it? The silence creeping closer?
Thatās me. Iām not your savior, nor your punishment. I am the inevitable.ā - Mejar Mauleeq
Dia seorang lelaki kejam. Tiada belas, tiada empati. Dalam dunia Mejar Mauleeq, soal jawab tak wujud. Hanya peluru dan senyap. Namun, segalanya berubah pada satu malam. Ketakutan dan tangisan seorang gadis bernama Hawra telah mengetuk hati dinginnya, mengganggu jiwa gelap yang selama ini tak pernah terusik.
Demi gadis itu, Mauleeq sanggup melangkaui batas dirinya. Dari seorang mejar elit menjadi tukang kebun, hanya untuk melindungi dari jauh. Menyamar bukan kerana mudah, tapi kerana Hawra telah menjadi kelemahannya. Perempuan itu, telah mengetuk pintu hati lelaki yang selama ini tidak pernah terbuka.
Bagi Hawra?
Mustahil untuk percaya seorang tukang kebun mampu punya aura gelap yang menyeksa jiwa. Tough, penuh misteri, dan memikat tanpa usaha. Lima lelaki misteri muncul sebagai tukang kebunnya, namun hati Hawra tahu, ada sesuatu yang aneh.
āYou yakin you tukang kebun? Kenapa I rasa macam tak masuk akal? Aura korang lain macam, tak logik langsung tukang kebun badan tough macam ni.ā ā Hawra
āIām your future husband. Itu ke jawapan yang kau nak dengar? Jangan berdelusi sangat, Cik Hawra. Tukang kebun takkan pernah jadi CEO,ā ā Mauleeq
Mulut Mauleeq sentiasa menyindir, tapi tindakannya membuktikan cinta. Setiap kali Hawra dilanda panic attack, lelaki itu adalah penyelamatnya.
āLook at me, Hawra. Setiap kali kau panik, fokus pada lima perkara. Mata aku, suara aku, apa saja. Sentuh sesuatu yang kau boleh sentuh untuk alih perhatian kau.ā - Mejar Mauleeq
Namun, ketika Hawra cuba menyentuh bahagian bawah dagunya, Mauleeq pantas menghalang.
āKau nak sentuh mana tu? Bukan bahagian bawahā¦ā - Mejar Mauleeq
āPerut! I nak sentuh perut you!ā - Hawra Hanania
Pantang bertemu, pasti bergaduh. Namun, dalam pertelingkahan itu, cinta perlahan bertapak. Walaupun darjat memisahkan mereka, hati Hawra terjatuh pada seorang ātukang kebunā yang selalu melindunginya.
Tetapi⦠adakah benar Mauleeq hanyalah tukang kebun? Atau siapakah dia sebenarnya?
Misteri. Cinta. Bahaya.
Antara kebenaran dan rahsia, adakah cinta mereka cukup kuat untuk bertahan?
š„ Sinopsis The Villain: Ungku Jiyad š„
Kapsyenā: Memilih dia bukan kerana dendam tapi kerana hati ini mahukan diaā¦
āUngku Jiyadā¦
āPernah khilaf dan tersasar jauh hanya disebabkan perasaan sayangnya kepada Nilam. Dan disebabkan kesalahan itu, dia menerima hukuman bertahun-tahun di sebalik tirai besi.
āHayatiā¦
āHanya disebabkan terlalu cintakan Jiyad, dia sanggup mengkhianati seseorang. Saat lelaki itu dihukum, hidup Yati dibebani rasa bersalah seumur hidup.
āSelepas beberapa tahun, takdir menemukan mereka berdua. Namun pertemuan kali ini hanya mengelirukan Jiyad.
āāKita pernah berjumpa ke dulu?ā- Jiyad
āāErrr⦠tak. Kita tak pernah berjumpa.ā- Yati
āāAre you sure?ā- Jiyad
āMana mungkin Yati berterus terang tentang masa lalu mereka. Biarlah perkara itu terus menjadi rahsia. Demi melupakan kisah cintanya tak kesampaian, Yati sanggup menerima lamaran orang asing. Namun saat rahsia Yati terbongkar, Jiyad bertambah bencikan gadis itu.
āāBertahun-tahun awak menipu saya. Saya tak sangka, perempuan seperti awak hanya bertopengkan wajah yang polos untuk menutup perbuatan kejam awak.ā- Jiyad
āāYa. Saya jahat. Puas hati awak.ā- Yati
āBagi Jiyad, Yati patut menerima hukuman dari dia. Dan caranya dengan mengikat wanita itu di sisinya seumur hidup.
āāPerempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Tapi kita berdua sebaliknya. Tak rasa kita ni sepadan.ā- Jiyad
āāKenapa awak kejam sangat?ā- Yati
āāSebab hanya awak yang layak jadi isteri saya.ā- Jiyad
āApakah yang berlaku sebaik saja kedua hati terikat? Dan benarkan Jiyad hanya mahu menghukum Yati untuk seumur hidup?
š„SINOPSIS R.I.Rš„
Hidup Alin yang tenang tiba-tiba bermasalah bila Drilling Superintendant yang baru, masuk ke pejabat. Lelaki dari masa silamnya terus menghantui hidupnya dari hari pertama bertemu selepas sembilan tahun.
SEMUA EBOOK HASH AULIA RM 5 SAHAJA āāāsampai tengah malam ni sahaja guysssā„ļøš«¶š»
Promo rm 10 sampai malam ni sahaja guyss boleh grab cepat cepatš¤ nanti harga jadi 18 balikšāš»
Hiii guyssss promo rm 10 tinggal 4 hari sahaja lagišāāš¤ yang berminat nak grab boleh chat kita ā„ļø
Cover pertama.. Tahniah Eyra Shazleyraā¦
BLURB HUD ELAINES
Semuanya tiba-tiba. Menerima seorang lelaki yang sebelum ini dia kenal sebagai tunang orang, mahu tak pelik untuk Elainies hadam? Cuma dia berpegang pada ayat, jika lelaki itu yang uminya pilih, bermakna lelaki itu layak menjadi suami. Dan mereka memang berjodoh saat lafaz ijab diungkapkan. Cuma bukan biasa-biasa dugaan yang harus Elainies tempuhi untuk belajar mencintai suami sendiri dalam waktu yang tiba-tiba itu.
āAbang nak anak, sebab tu abang kahwin. Sebab abang nak anak, mama nak cucu.ā
āMaknanya abang putus tunang sebelum ni sebab tunang abang tu masih belum nak kahwin?ā ā Elainies.
Siapa yang tak nak anak selepas kahwin? Elainies pun sama. Cuma dia rasa suaminya agak memaksa dan tergesa-gesa.
āAbang memang nak kita ada anak secepat mungkin. Masa... mungkin takkan tunggu kita, sayang. Abang akan usahakan untuk kita tak terpisah. Tapi kalau berlaku jugak, kita tak boleh nak halang, kan?ā ā Hud Haydar.
Elainies bingung untuk menurut. Lebih hebat juga dugaan yang dia perlu hadap bila bekas tunang suaminya muncul di depan mata.
āTiga tahun kami bertunang, Nies rasa logik ke akak putuskan pertunangan kami?ā
āAkak ada jumpa lelaki yang lebih kaya daripada Hud?ā
āAkak tak sanggup hilang Hud. Akak cintakan dia sangat-sangat. Bukan sekejap masa kami bercinta.ā ā Fariza.
āDah tu sekarang akak nak bagitahu saya yang akak menyesal lepaskan Hud? Akak nak dia balik? Akak nak mintak dia daripada saya?ā
Elainies tak mungkin melepaskan lelaki yang dah menjadi miliknya. Berkongsi pun dia tak sanggup. Tapi apa yang patut dia buat bila Hud sendiri memilih jalan itu.
āNies belum pernah jumpa Kak Faz, kan? Abang kenalkan ini Fariza, tunang abang.ā
Apa lagi yang Elainies mampu lakukan jika Hud sendiri benar melupakan dia? Apa sebenarnya yang menimpa? Kenapa semudah itu Hud putus tunang sebelum mereka kahwin tergesa-gesa jika sekarang hubungan yang terputus itu mahu dijalin kembali? Kenapa juga dia yang harus menjadi mangsa?
āKenapa Nies yang abang pilih?ā
āSebab abang tahu Nies kuat.ā ā Hud Haydar.
āSekarang akak dah get-back dengan Hud. Kami akan kahwin.ā - Fariza
āOver my dead body! Hud tu suami saya!ā ā Elainies.
Mampukah Elainies memiliki suaminya kembali dan mempertahankan perhubungan mereka? Atau dia akan tetap kehilangan Hud Haydar? Betullah dia pilihan kedua Hud, tapi dia yang terlebih dahulu bergelar isteri.
SINOPSIS
Mengisahkah seorang perempuan kaum orang asli bernama Ratna Kesuma telah bertemu dengan Nazim Ahmad Bin Abdul Latif ketika menyelamatkannya semasa keretanya terbabas dalam kemalangan di kawasan perkampungan Ratna Kesuma. Dari pertemuan itu barulah Kesuma tahu Nazim Ahmad adalah anak Dato Latif bekas kekasih ibunya. Dari situ terputik perasaan cinta antara mereka. Di sebalik kisah cinta itu rupanya ada dendam lama yang dibangkitkan semula.
Beberapa perkara mistik telah terjadi disebalik perasaan cinta dan dendam. Banyak kisah lama yang sepatutnya tersimpan rapi mula terbongkar satu-persatu. Dari kisah dendam itu jugalah ada hati yang terluka. Ada nyawa yang harus jadi taruhan.
āAku cintakan kau Latif.ā- Ratna Melati
āAntara cinta dan kekayaan aku memilih kekayaan.ā- Latif
āKau anggap sahaja kejahatan dibalas dengan kejahatan. Belum ada satu pun perbuatan yang jahat dibalas dengan kebaikan sekali pun ada pilihan.ā- Ratna Kesuma
āAwak perempuan yang saya sayang tapi awak yang hancurkan hati saya. Sayang dan cinta saya pada awak selama ini dah berakhir. Pergilah sebelum saya ubah fikiran. Sebelum saya bertindak lebih kejam dari awak.ā- Nazim Ahmad
Bagaimana kesudahan kisah mereka. Adalah kisah mereka akan berakhir dengan perpisahan setelah semuanya terbongkar. Masihkan ada kemaafan dari setiap salah dan khilaf yang terjadi. Semuanya terjawab dalam sebuah ebook romantik thriller bertajuk Dendam Ratna.
Tahniah kak Liza..
HUD ELAINIES
āAbang akan makan, tapi tunggu Nies suap.ā Hud memberi jawapan sengal. Pucuk hidung isterinya dipicit geram.
āMengada!ā Hanya itu yang Elainies mampu sebut. Tangan menampar dada berbalut baju T hitam itu sekali.
āBetul. Kalau Nies suap, apa jenis ubat pun abang akan telan. Sebab yang pahit tu akan jadi manis.ā Hud kerdipkan mata sekali.
āSweet talker!ā Giliran Elainies memicit pucuk hidung mancung Hud Haydar.
āMy lips too.ā Hud terus merapatkan muka.
āAbang!ā Elainies menegah cuak. Tangannya laju menolak dada Hud, menjarakkan tubuh mereka. āOrang nampak, tau.ā
Kening Hud naik sebelah. Terus dia pandang ke kiri dan kanan koridor bangunan yang lengang. Satu susuk tubuh manusia pun tak kelihatan.
āKat belakang lif ni ada bilik uncle yang jaga bangunan ni, tau. Dia takkan tidur selagi belum pukul 12:00.ā Elainies menuding ke belakang melalui bahu sendiri,
Hud panjangkan leher memandang ke sana. āTak ada pun.ā Mudah dia membalas.
āAda.ā Elainies tekan ayat.
āKenapa pukul 12:00? Tunggu Cinderella balik? Kalau lepas pukul 12:00?ā
āCinderella kena panjat tangga,ā sebut Elainies laju, bersambung dengan tawa. Hud juga yang dah pamer muka geram.
Tapi, apa yang Elainies sebut betul belaka. Tepat jam 12:00 tengah malam, Uncle Muthu yang menjaga bangunan ni akan tutup lif, tutup pagar depan juga. Bagi penghuni yang balik lewat, memang perlu panjat tangga naik ke rumah masing-masing.
āBelum pukul 11:00.ā Hud melihat jam yang melilit pergelangan tangan kirinya. Tangan kanan erat menggenggam jemari Elainies, memang tak terlepas.
āKan? Belum pukul 11:00. Kenapa abang datang awal? Nies tak sempat nak naik mandi lagi, tau.ā Elainies pusing ayat kenakan suaminya pula.
Melebar senyuman Hud, terkena dengan isteri sendiri.
āKan abang dah cakap, abang rindu.ā
Elainies kembali tersipu malu. Ketap bibir perlahan, mujur ruang agak gelap menyembunyikan mukanya yang terus merona. Hati melonjak kesukaan.
āNies pun rindu abang,ā akui Elainies perlahan. Tangan kanan Hud dalam genggamannya dikucup sekali lagi.
Tak putus senyuman yang merekah pada bibir Hud. Tangan kiri yang bebas naik menggosok kepala berlitup tudung isterinya.
āDah, Nies naik mandi. Abang tunggu dalam kereta.ā Tak mahu berlama di situ, dia rasa elok mereka balik sekarang. Berada di dalam ruang lingkup sendiri yang lebih privasi, lebih seronok nak bercinta melampiaskan rasa.
āNies naik mandi. Emm... lima belas minit, ya.ā Elainies gerakkan lima jemari tangan kanan. āEh! Dua puluh minit.ā Sempat dia tambah masa.
āOkay. Just take your time, sayang.ā Hud membalas mudah. Telunjuk kembali mencuit pucuk hidung isterinya. Kemudian tubuh Elainies diraih ke dakapan walaupun ada keengganan.
āTold you, you charge my power.ā Sempat Hud berbisik, mengundang tawa Elainies.
Pelukan mereka terlerai. Anak mata Hud memandang Elainies yang masuk ke ruang sana. Tegak dia berdiri di situ sehingga susuk tubuh isterinya menghilang ke dalam perut lif. Kemudian barulah dia buka langkah menuju ke bahu jalan.
Dongak kepala ke langit kelam, kali itu dia meminta untuk hidup lebih lama. Jika sebelum ini dia hanya reda dengan segala. Sekarang, dia mahu terus hidup untuk mengecapi nikmat bahagia itu.
Atau dia sudah berubah tamak sekarang setelah tahu manisnya rasa cinta?
HUD ELAINIES COMING SOONā¦
āMind to share?ā Sempat Hud bertanya padahal boleh saja dia terus sedut. Dia pun memang sengaja beli satu. Boleh kongsi-kongsi, menambah bahagia dalam perhubungan mereka.
āAnything.ā Elainies membalas sepatah untuk soalannya tadi. Cukup manis di telinga Hud. āBut not you.ā Bersambung ayat itu dengan nada amaran membuatkan Hud ketawa lepas.
āYou have to...ā
āWhat?ā Berkerut dahi Elainies mendengar balasan suaminya.
āKongsi abang.ā
Semakin berubah riak di wajah Elainies. Apatah lagi dia teringatkan tentang bekas tunang Hud dan spekulasi yang sempat dia buat.
āCoffee?ā Hud hulur bekas minuman. Namun, tak bersambut memaksa dia letak ke ruang yang tersedia. Tangan kiri kalut masukkan gear untuk menggerakkan kenderaan.
āNies.ā Sepatah dia memanggil. Wajah Elainies dipandang.
āNies kena kongsi abang ke? Dengan siapa?ā Ayat tadi telah mempengaruhi jiwa Elainies. Tak mahu merajuk tapi mukanya sudah bertukar cemberut.
āAnak-anak kita nanti.ā Hud memberi jawapan pasti. Senyum, hujung jemarinya dibawa menguis dagu Elainies. āJealous?ā Soalan disambung. Dia boleh nampak riak cemburu di mata isterinya itu.ļæ¼
Elainies tak menjawab kecuali menjatuhkan tangannya. Pandang ke luar tingkap, sebelum kembali kalih pada dia.
āKita nak pergi mana, abang?ā Berkerut dahi Elainies.
āOur sweet home. Abang dah masak untuk kita dinner.ā
Elainies diam. Tak tahu hendak marah atau gembira? Rasanya nak marah lebih banyak memandangkan jalan memang sesak sekarang. Jarak perjalanan balik ke rumah mereka pula dah setengah jam. Dia rehat selama 2 jam saja, sempat ke nak patah balik?
āSempat, sayang. Donāt worry.ā Macam tahu-tahu apa yang bermain dalam fikirannya, Hud bersuara tenang.
Elainies hela nafas panjang. Apa lagi yang dia nak kata?
āAbang masak apa?ā Soalan diaju demi mengembalikan ceria suasana.
āTom yam campur dengan telur dadar. Guna bahan yang Nies plan nak masak tengah hari tadi.ā
Elainies angguk. Capai bekas minuman, dia sambung sedut kopi kegemaran.
āCepat sentap isteri abang ni, ya.ā Hud mengusik, siap mencuit pipi isterinya.
āDepend pada situasi. So please jangan nak gurau-gurau biawak ya, abang. Nies tak suka!ā Elainies memberikan amaran dengan telunjuk yang bergerak-gerak. Berbalas tawa besar Hud Haydar.
āGurau biawak? Rare sangat.ā Hud sambung gelak. Berdekah bunyinya.
Elainies sekadar mencebik. Mata menilik wajah riang sang suami sambil dalam hati bertanya, apa akan berlaku kalau betul dia terpaksa berkongsi Hud Haydar dengan perempuan lain? Mampukah dia?
Tak. Sebetulnya, mampukah perempuan tu nak mencelah masuk dalam hidup mereka? Dia juga sejenis obsessive wife. Siapa tak sayang suami oii..?
Tepat 6:50 petang, mereka tiba ke rumah. Elainies terus masuk ke bilik air untuk mandi. Hanya itu peluang yang dia ada. Hud yang konon tak biasa makan selepas pukul 7:00 memang kena tukar jadual la. Siapa suruh memandai ubah plan?
Keluar dari bilik mandi, Elainies kaget kerana ruang bilik yang bergelap. Melihat susuk tubuh suaminya elok termangu di birai katil, spontan dia teguk liur.
āAbang...ā Tegur sepatah, langsung tak dapat balasan kecuali Hud datang mendekat.
Cuak Elainies mendongak sebelum sisi wajahnya ditarik sepasang tangan kekar. Ulas bibirnya dipagut dan tingkah manis selepas itu hanya menambah rasa cinta mereka. Membuatkan dia memang tak sanggup kehilangan. Bunyi azan maghrib yang kedengaran berkumandang memaksa Hud meleraikan rangkulan.
āJom mandi sekali.ā
āNo, abang!ā Laju Elainies membalas. Tapak tangannya sudah menampar dada Hud.
āAuch... why not?ā Hud sengaja mahu mengusik. Sempat dia mengelus rambut isterinya. Wajah merona Elainies dipandang dengan penuh rasa cinta.
āNot now, abang. Nies nak kena masuk kerja nanti. Dinner pun belum, Nies lapar tau.ā
Hud hanya meledakkan tawa. Kucup dahi isterinya sekali sebelum bergerak turun dari katil lalu masuk ke bilik air.
Ni showcase kita tau if you guys nak feedback novel tu best atau tak boleh bagitahu kitaš«£š¤
