en
Feedback
qyn’s novellas ఌ︎.

qyn’s novellas ఌ︎.

Open in Telegram
434
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-930 days
Posts Archive
KOMBO SHADOW— RM 35 📌 sah sehingga 15 hb sahaja ° Jat— RM 20 ° Jat: Shadow 2.0— RM 18 purchase your ebook here ⤵️ http://www
KOMBO SHADOW— RM 35 📌 sah sehingga 15 hb sahaja ° Jat— RM 20 ° Jat: Shadow 2.0— RM 18 purchase your ebook here ⤵️ http://www.wasap.my/601127343729/KomboShadow

BLURB JAT (SPIN-OFF : KERANA DIA, SERI & BLACK RAVEN) (569 muka surat) Tempoh 10 tahun mengajar dia pelbagai perkara dan erti kekesalan. Dibebaskan awal dari tempoh hukuman, namun di luar sana ada perkara lain yang sedang menanti. Permintaan, kepuasan hati, nikmat dunia dan juga pembalasan dendam. Dia sendirian tanpa sesiapa. Tanpa rakan, tanpa keluarga dan ada hanya diri dia seorang. Hadirnya Tuan Ehsan sedikit mewarnai hidupnya yang sedang belajar erti. "Apa yang kau dapat belajar dari kali kedua?" - TUAN EHSAN "Sunyi tanda hati tenang. Bingit, sesak kepala... sakit jiwa!" - JAT "Sebab itulah kau tak segila dulu lagi, kan? Kau sedar dan belajar sesuatu semasa kali kedua dipenjarakan." - TUAN EHSAN Tanpa dia tahu, Tuan Ehsan mempunyai perancangan lain. Ditemukan dengan Hessa, membuatkan hatinya jadi kacau-bilau buat pertama kalinya. Kemudian, menjadi huru-hara apabila Tuan Ehsan mahu menjodohkan mereka pula. "Aku tak nak orang mengata buruk pada Hessa hanya disebabkan diri aku. Kau sepatutnya lebih tahu tentang tu. Aku tak kesah orang bercakap buruk pada aku sendiri. Tapi aku tak nak perkara tu berlaku pada Hessa. Kau faham tak?" - JAT "Kau tetap akan jadi keluarga aku sampai mati. Anak angkat dan menantu aku. Cucu menantu pada mak dan ayah aku. Dan suami kepada Hessa. Keputusan aku mutamad!" - TUAN EHSAN "Aku tahu kau ada rancangan lain di sebalik rancangan gila kau ni." - JAT "Kalau abang tak ikhlas kenapa abang setuju juga?" - HESSA "Aku tak tahu nak jelaskan macam mana tentang perasaan ikhlas yang kau nak. Tapi, aku terhutang budi dengan ayah kau. Kalau tak kerana dia, aku masih meringkuk dalam penjara." - JAT "Abang setuju hanya sebab ayah?" - HESSA Hessa. Dia gadis yang sederhana. Saat pertama kali melihat Jat, hatinya sudah berkenan dan memilih. Biar pun lelaki itu punya kisah silam yang sadis dan mengerikan. Sungguh, dia ikhlas menerima seadanya. Janji dipegang erat untuk terus bersama Jat selamanya. Jat, walaupun tak rela tapi hati tetap kena reda. Dia belajar untuk menerima Hessa dan keadaan mereka. Perangai dia yang dingin dan keras hati perlu diubah. Kini dia miliki keluarga untuk diberi perhatian. Shadow. Mimpi buruk pada sekumpulan manusia yang lupa pada intergriti serta tanggungjawab. Lebih memilih untuk tunduk kepada kuasa duit. Apabila sedar yang mereka menjadi sasaran, Shadow dijadikan buruan. High profile case yang perlu diutamakan. Tuan Ehsan menjadi umpan. Shadow yang diharapkan, tapi orang lain yang muncul. Seorang demi seorang diburu, hanya tubuh kaku ditinggalkan. Menjadikan keadaan kian tak terkawal, dan Jat sukar dijejak! "Kau rasa dengan arahan buatkan dia patuh? Absolutely not! We're talking about Jat! Dia diam tak bermakna dia menurut, tapi dia memerhati. Sampai masa, dia akan bertindak. Dan, takkan ada sesiapa pun boleh menghalang dan cari dia." - AL Seketika dahulu dialah penjahat dan penjenayah. Bukan duit yang dikejar tapi kepuasan hati. Kini, dia dah berubah demi diri sendiri dan keluarga yang menerima dia. Tapi, apabila mereka 'dikerjakan' dia sanggup bergadai nyawa untuk menuntut 'hutang darah' yang telah ditumpahkan. "Tak kesahlah sesiapa pun aku! Shadow atau apa-apa pun... tapi, aku tetap akan jadi mimpi ngeri untuk kau."

COMBO MANTAP— RM 25 only 📌 RM 16 per ebook ° Nadeem Uqasyah ° Tuan Suka Saya? purchase your ebook here ⤵️ http://www.wasap.m
+1
COMBO MANTAP— RM 25 only 📌 RM 16 per ebook ° Nadeem Uqasyah ° Tuan Suka Saya? purchase your ebook here ⤵️ http://www.wasap.my/601127343729/ComboMantap

BLURB TUAN SUKA SAYA? Pesanan ibunya sebelum menghembuskan nafas terakhir, membuatkan Hana cuba untuk mencari rahsia di Villa Ixora. Jawatan kosong yang ditawarkan di villa itu menjadi batu loncatan untuk dia masuk ke dalam villa tersebut. Namun, dia sama sekali tidak menduga yang dia akan bertemu dengan Azad, lelaki yang meninggalkan dia pada malam pernikahan mereka setahun yang lalu. Kehadiran Hana yang tiba-tiba itu membuatkan Azad tidak senang. Lantas dia segera menggertak Hana supaya meninggalkan villa itu. Azad tidak mahu rahsia hubungan antara dia dengan Hana diketahui oleh keluarganya dan juga tunangnya, Abby. “Saya bekerja di sini. Saya memang tak tahu tuan tinggal di sini.” - Hana “Kenapa perlu bekerja? Tak cukup lagikah duit yang aku bagi setiap bulan?” - Azad Walau mereka berusaha untuk menjauh tetapi takdir tetap mahu mereka dekat. Sementara menunggu pengganti Hana, mereka terpaksa duduk sebumbung di dalam villa itu. Sikap ramah Hana dengan Azim membuatkan Azad tidak senang. Apatah lagi, apabila melihat rakannya, Razif menyukai Hana. “Selagi mana kau isteri aku, selagi itu kau kena jaga maruah diri kau.” - Azad “Kalau macam tu, tuan lepaskanlah saya.” - Hana Semuanya menjadi semakin kucar kacir apabila hati Azad sudah terpikat. Namun, janji harus ditunaikan. Janji dia untuk melepaskan Hana dan janji dia untuk menikahi Abby. Dan dalam dilema itu, dia perlu melepaskan rasa yang mula bertapak dalam hati. “Maaf, kerana tak mampu menjadi seorang suami yang baik untuk perempuan sebaik kau.” - Azad Mampukah Azad membiarkan Hana pergi? Relakah Hana melepaskan suaminya dengan perempuan lain? Adakah kisah yang bermula dengan luka tidak layak untuk bahagia? purchase your ebook here ⤵️ http://www.wasap.my/601127343729/TuanSukaSaya

BLURB NADEEM UQASYAH NADEEM Uqasyah dan Suci Lateefa. Takdir kembali menyatukan mereka usai tragedi hitam beberapa tahun lalu. Qasyah yang sememangnya mengimpikan pertemuan ini nekad untuk tebus dosa yang terlakar sebelum ini. Sedangkan Suci sudah mengharamkan figura itu daripada muncul depan matanya! “Encik Nadeem Uqasyah. Saya nak awak tarik balik hajat suci awak tu serta-merta. Buat la macam mana pun saya dan keluarga tak akan terima awak dalam keluarga Johan Bin Razali!” - Suci. Mana mungkin jiwa yang lumat dihenyak penuh hebat, sudi menerima lelaki sekejam ini sebagai peneman hidup. Qasyah tidak akan undur langkah. Dosanya harus ditebus! “Saya minta maaf. Apa lagi yang awak nak saya buat untuk awak lupa semua tu Suci?” - Qasyah. “Lepaskan saya dan jauhkan diri dari saya!” - Suci. “Tak mungkin saya akan buat semua tu. Suci, selama mana lagi awak nak dera saya macam ni?” - Qasyah. “Dalam hidup saya, ruang untuk awak dah tertutup! Apatah lagi dalam hati!’ -Suci. Ternyata luka yang terlakar meninggalkan dendam utuh di dinding hati Suci. Qasyah korbankan kasihnya terhadap Keisha Hanim demi Suci Lateefa. Namun usahanya dipandang hina oleh Suci. Nizam, lelaki yang simpan rasa yang sama terhadap Suci menjadi tempat untuk Suci sakiti perasaan Qasyah. Nizam diutamakan melebih Qasyah. “Kalau Suci terima pinangan keluarga Abang Ijam, Suci takkan derita macam ni.” -Nizam. “Suci terikat dengan kata restu!” - Suci. “Jadi, Suci pilih untuk tak bahagia macam ni?” - Nizam. Nizam hadir sebagai api dalam hubungan Suci Qasyah. Dalam diam, dendamnya pada Qasyah bukan kerana Suci semata-mata. Tapi kerana Keisha juga! Suci dan Nizam langsung tidak selindung perlakuan mereka dari mata Qasyah. Malahan dilayar penuh bangga. “Saya tak mintak awak terima diri saya sepenuh hati kalau tak mampu. Cukuplah awak jaga maruah dan hormat saya sebagai seorang suami. Selebihnya, saya akan tunaikan apa je yang awak nak. Walaupun hati saya sedih, menangis. Saya langsung tak kisah! Sebab sayang dan cinta saya terlalu mendalam pada awak, Suci Lateefa! Tapi bukan dengan cara ni. Awak dah jadikan saya lelaki dayus kat mata orang luar. Terima kasih, Suci. Maafkan saya, sebab tak mampu bebaskan awak… bahagiakan awak macam mana yang awak nak.” - Qasyah. Bahagia yang diharapkan kian kabur dan menjauh. Secebis rasa hormat pun tidak terwujud dalam hati suci. Mampukah Qasyah bertahan dengan ujian ini? Apakah Suci akan kekal menjadi miliknya atau dilepaskan penuh redha kepada Nizam? Dan mungkinkah Qasyah akan kembali ke pangkuan Keisha? Sebaik-baik gadis yang tulus, ikhlas dan penuh setia… yang dihadirkan ke dalam hidupnya sebelum dibuang kerana wanita lain? purchase your ebook here ⤵️ http://www.wasap.my/601127343729/NadeemUqasyah

RANDOM TEASER: RIYAZ AERIS “Kenapa? Kau tak puas lagi tengok aku terseksa? Kau nak aku mati baru kau puas hati?” Pada akhir ayat, Dahlia merjerkah Tengku Riyaz dan merentap kasar tangannya daripada terus digenggam oleh sang suami. Mata merenung tajam wajah kemerahan Tengku Riyaz. Diam, sepi Tengku Riyaz pada waktu itu namun bebola matanya meliar memerhati wajah Dahlia. “Suami mana je yang sanggup tengok isteri dia macam ni? Kenapa kau nak hukum aku atas apa yang jadi?” “Disebabkan aku kahwin dengan kau, aku kena macam ni!” Kuat suara Dahlia membidas Tengku Riyaz pada waktu itu. Tubuhnya menggigil kecil dan kepalanya terus berpaling memandang ke arah lain tidak mahu melihat wajah Tengku Riyaz. purchase your ebook here ⤵️ http://www.wasap.my/601127343729/RiyazAeris

FLASH SALE EBOOK TERBARU 📌 RM 13 untuk setiap satu ebook 📌 sah sehingga 11 Jan sahaja purchase your ebook here ⤵️ http://ww
FLASH SALE EBOOK TERBARU 📌 RM 13 untuk setiap satu ebook 📌 sah sehingga 11 Jan sahaja purchase your ebook here ⤵️ http://www.wasap.my/601127343729/SaleEbookTerbaru

GOOD NEWS!! semua ebook HASH AULIA jatuh harga kaw kaw 😱. RM 5 sahaja untuk satu ebook! jangan lepaskan peluang tauu. promo
GOOD NEWS!! semua ebook HASH AULIA jatuh harga kaw kaw 😱. RM 5 sahaja untuk satu ebook! jangan lepaskan peluang tauu. promo ni berjalan selama sehari sahaja! harga promo tamat pada 12 malam esok. purchase your ebook here ⤵️ http://www.wasap.my/601127343729/RM5HashAulia

dilanjutkan sampai akhir bulan DEC ’24.

berbaki lagi 2 hari je tau, sebelum YES by hazen tamat. rugi tau kalau tak grab sekarang, sementara tengah murah 🫣.

COMBO HEROES— RM 28 📌 RM 16 untuk satu ebook ° Kapten Shad Zawir 🔥 ° Sleeping Baiti 📌 sah sehingga 31 Dec. purchase your e
COMBO HEROES— RM 28 📌 RM 16 untuk satu ebook ° Kapten Shad Zawir 🔥 ° Sleeping Baiti 📌 sah sehingga 31 Dec. purchase your ebook here ⤵️ http://www.wasap.my/601127343729/ComboHeroes

KOMBO AKHIR TAHUN— RM 20 📌 RM 18 untuk satu ebook ° Dendam Ratna ° Hud Elainies purchase your ebook here ⤵️ http://www.wasap
KOMBO AKHIR TAHUN— RM 20 📌 RM 18 untuk satu ebook ° Dendam Ratna ° Hud Elainies purchase your ebook here ⤵️ http://www.wasap.my/601127343729/KomboAkhirTahun

YEAR END SALE by DHIYANA! ° ebook yang ada dalam poster je ada harga promosi ° sah sehingga 31 Dec purchase your ebook here ⤵
YEAR END SALE by DHIYANA! ° ebook yang ada dalam poster je ada harga promosi ° sah sehingga 31 Dec purchase your ebook here ⤵️ http://www.wasap.my/601127343729/PromoDhiyana

BLURB DENDAM RATNA Mengisahkah seorang perempuan kaum orang asli bernama Ratna Kesuma telah bertemu dengan Nazim Ahmad Bin Abdul Latif ketika menyelamatkannya semasa keretanya terbabas dalam kemalangan di kawasan perkampungan Ratna Kesuma. Dari pertemuan itu barulah Kesuma tahu Nazim Ahmad adalah anak Dato Latif bekas kekasih ibunya. Dari situ terputik perasaan cinta antara mereka. Di sebalik kisah cinta itu rupanya ada dendam lama yang dibangkitkan semula. Beberapa perkara mistik telah terjadi disebalik perasaan cinta dan dendam. Banyak kisah lama yang sepatutnya tersimpan rapi mula terbongkar satu-persatu. Dari kisah dendam itu jugalah ada hati yang terluka. Ada nyawa yang harus jadi taruhan. “Aku cintakan kau Latif.”- Ratna Melati “Antara cinta dan kekayaan aku memilih kekayaan.”- Latif “Kau anggap sahaja kejahatan dibalas dengan kejahatan. Belum ada satu pun perbuatan yang jahat dibalas dengan kebaikan sekali pun ada pilihan.”- Ratna Kesuma “Awak perempuan yang saya sayang tapi awak yang hancurkan hati saya. Sayang dan cinta saya pada awak selama ini dah berakhir. Pergilah sebelum saya ubah fikiran. Sebelum saya bertindak lebih kejam dari awak.”- Nazim Ahmad Bagaimana kesudahan kisah mereka. Adalah kisah mereka akan berakhir dengan perpisahan setelah semuanya terbongkar. Masihkan ada kemaafan dari setiap salah dan khilaf yang terjadi.

BLURB HUD ELAINES Semuanya tiba-tiba. Menerima seorang lelaki yang sebelum ini dia kenal sebagai tunang orang, mahu tak pelik untuk Elainies hadam? Cuma dia berpegang pada ayat, jika lelaki itu yang uminya pilih, bermakna lelaki itu layak menjadi suami. Dan mereka memang berjodoh saat lafaz ijab diungkapkan. Cuma bukan biasa-biasa dugaan yang harus Elainies tempuhi untuk belajar mencintai suami sendiri dalam waktu yang tiba-tiba itu. “Abang nak anak, sebab tu abang kahwin. Sebab abang nak anak, mama nak cucu.” “Maknanya abang putus tunang sebelum ni sebab tunang abang tu masih belum nak kahwin?” – Elainies. Siapa yang tak nak anak selepas kahwin? Elainies pun sama. Cuma dia rasa suaminya agak memaksa dan tergesa-gesa. “Abang memang nak kita ada anak secepat mungkin. Masa... mungkin takkan tunggu kita, sayang. Abang akan usahakan untuk kita tak terpisah. Tapi kalau berlaku jugak, kita tak boleh nak halang, kan?” – Hud Haydar. Elainies bingung untuk menurut. Lebih hebat juga dugaan yang dia perlu hadap bila bekas tunang suaminya muncul di depan mata. “Tiga tahun kami bertunang, Nies rasa logik ke akak putuskan pertunangan kami?” “Akak ada jumpa lelaki yang lebih kaya daripada Hud?” “Akak tak sanggup hilang Hud. Akak cintakan dia sangat-sangat. Bukan sekejap masa kami bercinta.” – Fariza. “Dah tu sekarang akak nak bagitahu saya yang akak menyesal lepaskan Hud? Akak nak dia balik? Akak nak mintak dia daripada saya?” Elainies tak mungkin melepaskan lelaki yang dah menjadi miliknya. Berkongsi pun dia tak sanggup. Tapi apa yang patut dia buat bila Hud sendiri memilih jalan itu. “Nies belum pernah jumpa Kak Faz, kan? Abang kenalkan ini Fariza, tunang abang.” Apa lagi yang Elainies mampu lakukan jika Hud sendiri benar melupakan dia? Apa sebenarnya yang menimpa? Kenapa semudah itu Hud putus tunang sebelum mereka kahwin tergesa-gesa jika sekarang hubungan yang terputus itu mahu dijalin kembali? Kenapa juga dia yang harus menjadi mangsa? “Kenapa Nies yang abang pilih?” – Elainies. “Sebab abang tahu Nies kuat.” – Hud Haydar. “Sekarang akak dah get-back dengan Hud. Kami akan kahwin.” - Fariza “Over my dead body! Hud tu suami saya!” – Elainies. Mampukah Elainies memiliki suaminya kembali dan mempertahankan perhubungan mereka? Atau dia akan tetap kehilangan Hud Haydar? Betullah dia pilihan kedua Hud, tapi dia yang terlebih dahulu bergelar isteri.