en
Feedback
♦️ANANTA TINTA ♦️

♦️ANANTA TINTA ♦️

Open in Telegram

Ananta Tinta [Sinonim: Dakwat Abadi] Ini merupakan saluran peribadi milik pengasas Inkfinity : Komuniti Penulis Wattpad Malaysia. Membincangkan tentang penulisan lebih dalam & intim, dari sudut pandang seorang penulis yang masih bertatih menukang cerita.

Show more
283
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-1230 days
Posts Archive
WATAK-WATAK YANG BERBOHONG _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 🖊️ Bila bercakap tentang pembentukan watak, ada satu tips penulisan yang agak konsisten saya jumpa. "Watak kena percaya satu kebohongan tentang diri mereka." Maksudnya, mereka percaya sesuatu yang salah tentang diri mereka, sehingga mempengaruhi tindakan dan pemikiran mereka. Inilah yang membentuk kekurangan atau 'flaw' watak. Ingat, watak kena ada kekurangan supaya jadi lebih manusiawi. Watak yang yang sempurna serba-serbi itu membosankan. Antara contoh kebohongan yang boleh dimiliki oleh watak ialah... A: "Aku tidak layak disayang atau hidup bahagia." B: "Aku tak ada bakat, tak istimewa atau berguna, jadi aku perlu mengutamakan orang lain" C: "Aku perlu bertindak kasar dan kejam supaya orang tidak merebut apa yang aku miliki." Dan, banyak lagi! Sebenarnya dari mana 'kebohongan' ini datang? Biasanya, kepercayaan palsu ini datang dari pengalaman semasa membesar. Seterusnya, kepercayaan palsu Inlah yang mempengaruhi cara berfikir, bercakap, bertindak atau gaya pembawakan watak. Saya suka tips ni, sebab setiap kali kena buat watak baru untuk berita baru, perkara pertama yang saya kena faham ialah apa kemahuan watak dan apa kepercayaan palsu/kebohongan yang mereka percaya. Bila sudah tahu, saya pun dapatlah mereka cerita latar atau mengagak tindakan mereka di masa depan! Cubalah! Semoga bermanfaat! Niemza [ANANTA TINTA] 6 Januari 2026

MAYBE I'M MURDERING MYSELF _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 🖊️ Bukan deklarasi menamatkan nyawa sendiri, jangan risau. Cuma risau dengan diri sendiri, sedikit. Isunya, saya bekerja dari 7 pagi to 7 petang. Konon, baki masa 8 malam sampai 12 malam itu diperuntukkan masa untuk jadi penulis. Menulis manuskrip atau maintaining my online presence as a writer. Masalahnya, tahun-tahun lepas membuktikan yang kudrat ini tak sekuat mana. Seperti tiga hari lepas, pada mulanya cuma berhajat nak berehat, menghilangkan lenguh bekerja seharian. Tahu-tahu, terjaga dalam gelap, jam 2 pagi. Jadual menulis dah lari, Inkfinity terabai dan badan masih menuntut rehat secukupnya sebelum beberapa jam lagi sambung mencari rezeki. I can't keep living in limbo like this. Manuskrip tak bergerak, matlamat tak tercapai, diri sendiri yang ditimpa rasa bersalah. Macamana kalau terikat komitmen dengan orang lain? Atau, ada deadline yang perlu dipatuhi dengan penerbit? "Mungkin mindset yang perlu berubah?" ❤️‍🩹 Kalau penat waktu malam, mungkin elok terus tidur saja? Dalam keadaan penat, kreativiti juga mungkin kering-kontang. Yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran. ❤️‍🩹 Kalaulah terjaga jam 2, maka menulislah dari jam 2 sampai subuh? Mungkin akan jadi mengantuk di tempat kerja, tapi apa salahnya mencuba? ❤️‍🩹 Kalau ada waktu lenggang ketika bekerja, mungkin sempat juga curi waktu menaip di telefon? Dulu semasa masih aktif Wattpad, boleh pun begini. Apa yang berubah? Kebiasaan. Dilema ini saya pasti bukan saya seorang yang mengalami. Kalau ada petua untuk selesaikan dilema, jemputlah berkongsi.🙈 Niemza [ANANTA TINTA] 6 Januari 2026

KENAL KONSEP DULU, BARU PREMIS *⋆*❀❁❀*⋆*❀❁❀*⋆*❀❁❀*⋆* Teknik merancang plot yang saya jumpa dulu namanya 'Snowflakes Method'. Seperti butiran salji, ia bermula dari satu titik dan bercabang-cabang. Titik awal itulah premis. (Ada yang panggil premis, ada yang panggil log line.) Ia merupakan ringkasan satu ayat yang dapat menjadi tulang belakang cerita. Untuk beberapa tahun terdahulu, saya menekuni teknik ini dan cuba mengongsikannya dengan rakan-rakan Inkfinity. Tapi, saya sendiri kerap terkeliru sebab lain sumber, lain pendapat tentang templat menulis premis. Apa yang pasti, premis mesti ada protagonis, kemahuan, tindakan dan halangan.  Saya selalu ingat tulis premis ialah langkah pertama selepas dapat idea. Silap. Sebenarnya, ada satu langkah yang saya terlepas pandang atau tidak dinyatakan dalam langkah demi langkah 'Snowflakes Method' iaitu jelaskan ✨KONSEP✨. Konsep ni umpama biji benih idea. Random. Just vibes. Keywords. Selalunya menjawab ini cerita yang macamana? Contoh konsep cerita saya: 1. Cinta dua darjat yang terlarang. Ratu dan Satria. Zaman Pertengahan. Yearning! 😭 2. 'How to Train Your Dragon' + 'Kungfu Panda' + 'Avatar: The Legends of Aang' 3. Naruto, but instead of ninjas, they are silat warriors! 4. Dark Academia + Forbidden section of the Library + Banned authors + Underground crime 5. Boss mafia, tapi Zaman Kesultanan Melayu! 😂 Faham tak? Fikirkan konsep cerita dulu. Kumpulkan apa yang buatkan kita rasa teruja, membayangkan saja pun boleh tersengih-sengih dan tergedik-gedik sendiri. Syok sendiri tak apa, sebab orang lain tak perlu faham dulu apa yang ada dalam bayangan kita. Dah jelas apa yang dimahukan dalam cerita seterusnya, barulah kita akan merangkai premis! (TMI: Oh ya, petang tadi saya dah buat emel baru khas untuk penulisan saya tahun ni. Dah buat bank idea juga.  Konsep inilah saya buat malam ni. Today is my birthday too! ) Semoga bermanfaat! Niemza [ANANTA TINTA] 2 Januari 2026

TAHUN BARU, IDEA BARU? Malam tahun baru 2026, terjaga dalam jam 2 pagi. Tak dapat nak tidur semula, bukalah telefon. Sempat singgah sekejap ke Thread dan tulis azam untuk tahun baru ni. Semalam sebenarnya dah tanya rakan-rakan Inkfinity, apa azam tahun baru? Sebelum tidur jawapan lain. Tapi, di hening pagi tahun baru tu, jawapan dah jadi lain bila tulis di Thread. Ada satu matlamat baru yang boleh dicapai dalam tempoh masa 7 hari dan sebulan. Macam manifesto, kenalah ada struktur, kan? Ini janji pada diri sendiri! BUAT BANK IDEA Katanya nak simpan untuk rancangan 4 tahun ke hadapan. Minimum 10 idea/draft. Simpan dengan tersusun di dalam Google Drive. (Mungkin kena buat emel rasmi yang memang pakai untuk urusan penulisan ni.) Tapi, dari mana nak cekau idea cerita banyak-banyak? Tak tahulah orang lain macamana, tapi ada banyak cara untuk dapatkan idea cerita. 1. Tanya diri sendiri, paling baca cerita yang macamana? Menulis tu perjuangan panjang. Motivasi kenalah kuat, datang dari dalam diri. 2. Sebab tu kena rujuk balik apa-apa cerita yang jadi kegemaran. Bukan untuk meniru atau menciplak, tapi ambil inspirasi. Tambah tolak, gaul rata dan tambah perasa secukup citarasa. Jadilah tu. 3. Paling senang, gunakan prompt penulisan. Dalam Inkfinity ada, Wattpad ada, Pinterest, Google dan Reddit r/WritingPrompts berlambak. Tinggal pilih mana yang mencetuskan inspirasi. 4. Kerap bertanya 'What ifs'. Tanyalah soalan yang paling tak logik dan tak masuk akal. Bagaimana jika suatu hari nanti, matahari mulai malap? Bagaimana jika seseorang dapat melihat umur kematian seseorang? Ponder about it and write story around it. 5. Pilih lagu dan buat cerita berdasarkan liriknya. Jangan masukkan lirik bulat-bulat tau. Dulu pernah buat dengan lagu 'Taylor Swift - One Last Time'. Kononnya, watak perempuan (bukan artisnya, tapi watak dalam cerita yang direka) tu puteri alien, menyanyikan lagu tu untuk seorang pemuda dari bumi yang diculik untuk menyelamatkan planetnya dari pergolakan. Akibatnya, pemuda itu cedera, jadi dia harus dikembalikan ke Bumi. Tapi, puteri alien antara rasa bersalah dan tak rela kerana sudah terlanjur jatuh sayang. 6. Buat berdasarkan tema atau mesej yang hendak disampaikan. Cerita yang berisi mestilah mengusung pesan dan nasihat, kan? Fikirkan pengajaran atau pengalaman hidup yang nak dikongsi. Barulah cipta watak dan plot berkisarkan tema tu. Rasanya agak songsang sebab terbiasa plot dan watak dulu, barulah pengajaran tercetus di akhir cerita. Ada pelbagai cara ilham tu datang, tapi lima cara ini antara yang paling senang. Sebenarnya, menjana idea senang. Tapi, cabaran sebenar tu untuk memberikan rangka, tulang dan isi kepada idea tu sampai idea layak diperjuangkan dan dilaburkan upaya agar jadi manuskrip. Nanti saya kongsikan perkembangan Bank Idea cerita saya tu. Wassalam. Niemza [Ananta Tinta] 1 Januari 2026

Bismillahirahmannirrahim.

Ingin menulis dengan IMAN? Bercita-cita ingin menjadi penulis prolifik dan bestseller yang seterusnya? Jika anda pernah menerbitkan karya anda walau sekali, RUMAA Books, sebuah imprint novel IMAN ingin mengajak anda membina nama sebagai penulis prolifik dengan menyertai Sayembara Novel IMAN 2026! Kami percaya jika anda mahu menjadi penulis terkenal yang seterusnya, IMAN adalah pilihan yang terbaik untuk anda hantarkan karya anda. IMAN Publication & RUMAA Books kini sedang bergiat aktif mencari calon penulis untuk terbit bersama kami. Manuskrip yang terpilih akan dimasukkan dalam perancangan penerbitan IMAN & RUMAA Books pada tahun 2027. Pemenang utama pula akan menerima advanced royalty sebanyak RM2000. Segala hebahan, info, dan tips penulisan terutama bagi yang ingin sertai sayembara akan dikongsikan melalui Telegram channel kami. Boleh sertai channel ini agar tidak terlepas dengan apa-apa hebahan: https://t.me/HantarManuskripNovelRUMAA Tarikh akhir bagi penyertaan Sayembara Novel IMAN adalah pada: 1 Februari 2026 Hantarkan manuskrip anda di pautan ini: https://tinyurl.com/SayembaraIMAN2026 Selamat menulis dan sertai IMAN sebagai penulis!

photo content

Assalamualaikum dan hai! Niemza di sini~ ✨ Nak tanya, masa mula-mula masuk channel ni, korang expect apa ya? Maksud saya, apa benda yang saya dah janjikan yang buatkan korang setuju untuk tekan link dan join? Boleh bagi komen? Sebab saya nak tengok hala-tuju channel ni.

✨📚 INKFINITY NOVELLA CHALLENGE 2025 DENGAN RASMINYA BERMULA! 📚✨ Penulis, waktunya untuk buat renggangan jari kerana hari ini menandakan permulaan Cabaran Novella Inkfinity atau Inkfinity Novella Challenge 2025! Cabaran kami, Tulis novella dengan 17,000 patah perkataan dalam masa 36 hari! 🔥 🗓️ Durasi: 1 September – 6 Oktober 🎯 Misi: ±500 patah perkataan setiap hari selama 36 hari! 🔥 Cabaran tambahan: Tahun ini, anda mesti menjalinkan satu (1) daripada 20 prompt penulisan yang disediakan sama ada sebagai plot utama, plot sampingan, atau bahkan sebagai plot twist! 📌 Bagaimana nak sertai? Rujuk Buku Program INC di Wattpad 🍊untuk maklumat lanjut: https://www.wattpad.com/story/397065514 Isi borang penyertaan (hanya dibuka 1-10 September!) 🍒: https://forms.gle/xP15u1fwu5R8iVhu5 Sertai grup Telegram Inkfinity untuk berkongsi idea, perkembangan karya anda dan saling memotivasikan antara satu sama lain! 🍀 https://t.me/lnkfinity Cerita hebat berhak dikongsi dan diraikan. Zahirkan draf pertama anda. Mula menulis hari ini! #INC2025 #CabaranMenulisNovella #Inkfinity #ZahirkanDrafPertamamu

"Dari Wattpad ke Novel" Kisah Inspirasi Seorang Penulis Best Seller! 📚 Jom sertai "Chit Chat Bersama Penulis Bestseller" anj
"Dari Wattpad ke Novel" Kisah Inspirasi Seorang Penulis Best Seller! 📚 Jom sertai "Chit Chat Bersama Penulis Bestseller" anjuran kolaborasi antara Bookhero dan Inkfinity: Komuniti Penulis Wattpad. Ini sebuah sesi santai penuh cerita, tip, dan rahsia di sebalik perjalanan kreatif dari dunia digital Wattpad hingga menjadi sebuah novel yang memikat hati pembaca. 📅 Tarikh: 3 September 2025 🕣 Masa: 8.30 – 9.30 malam 💻 Platform: Zoom 💰 Bayaran: RM19 🔥 Tempat terhad! Daftar sekarang dan mula bina langkah anda sebagai penulis! 📩 Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan di bawah: https://forms.gle/8D4zjLMu7aiGmaYT7

INC2025 - 7 HARI LAGI! Semalam, Inkfinity telah selesai menganjurkan 3 SESI KELAS PRA-INC yang membincangkan IDEA💡, WATAK👤
INC2025 - 7 HARI LAGI! Semalam, Inkfinity telah selesai menganjurkan 3 SESI KELAS PRA-INC yang membincangkan IDEA💡, WATAK👤 & PLOT📈. Inilah masanya untuk anda mempraktikkan segalanya! Bersedialah untuk menajamkan pena, mencabar minda kreatif dan zahirkan draf pertama anda ke dunia nyata! Anda bersedia pecut menulis dengan kami? 🏁🏁🏁

Test - attempt to unlink broadcast channel

Mencari Manuskrip Fiksyen | penerbitan@gerakbudaya.com Kami mencari manuskrip fiksyen yang melawan arus dengan tema sosiopoli
Mencari Manuskrip Fiksyen | penerbitan@gerakbudaya.com Kami mencari manuskrip fiksyen yang melawan arus dengan tema sosiopolitik dan budaya Malaysia. Adakah anda penulis yang kami cari? Ayuh, hantarkan kepada editor kami — Natalie & Suba.

Hello, Loafie dan penulis-penulis semua.👋🏻 PENCARIAN MANUSKRIP KINI DIBUKA Terbuka kepada semua penulis yang berminat dan i
+2
Hello, Loafie dan penulis-penulis semua.👋🏻 PENCARIAN MANUSKRIP KINI DIBUKA Terbuka kepada semua penulis yang berminat dan ingin menghantar karya anda kepada Ink Loaf, boleh semak syarat-syarat yang tertera. Kami menanti kehadiran manuskrip anda! 💌🥰 #HantarManuskrip #PeluangPenerbitan

PENCARIAN MANUSKRIP E-BOOK ✨ #hantarmanuskrip #peluangpenerbitan Annyeong rakan-rakan penulis dan Luvery semua! Pihak Lucyana
PENCARIAN MANUSKRIP E-BOOK ✨ #hantarmanuskrip #peluangpenerbitan Annyeong rakan-rakan penulis dan Luvery semua! Pihak Lucyana sedang mencari manuskrip e-book untuk diterbitkan. Ada di kalangan Luvery nak terbit dengan Lucyana? Jom hantar karya ke alamat e-mel yang tertera. Tarikh tutup : 31 Ogos 2025 Lucyana menantikan naskah-naskah hebat daripada penulis semua. #lucyanaebook #lucyanamenulis #lucyanawattpad #lucyananovel #lucyanabook #lucyanapublication #novelkdramastyle #ebookkdramastyle #wattpadlucyana #wattpadmalaysia #bookstagrammalaysia #bookstagramlucyana #bookstagram

Anda berminat untuk bergelar penulis? ✍🏼 Berita baik! Pencarian Manuskrip Umum Bahasa Melayu kini dibuka untuk penghantaran
+6
Anda berminat untuk bergelar penulis? ✍🏼 Berita baik! Pencarian Manuskrip Umum Bahasa Melayu kini dibuka untuk penghantaran dan penilaian. Inilah peluang anda untuk menghantar manuskrip. Jangan risau, tiada tarikh tutup dan anda boleh hantarkan pada bila-bila masa! ⌛ Hantarkan manuskrip anda ke alamat e-mel yang tertera di poster. Jadikan karya anda sebahagian daripada koleksi terbaharu kami! 📚 #peluangpenerbitan #hantarmanuskrip

*Submissions Open for The Epigram Books Fiction Prize 2026!* We’re on the lookout for bold and compelling Southeast Asian sto
+2
*Submissions Open for The Epigram Books Fiction Prize 2026!* We’re on the lookout for bold and compelling Southeast Asian stories—and we want to read yours! If you have an unpublished novel waiting to be discovered, this is your chance to shine. *Submission Guidelines:* - Original full-length novel (at least 40,000 words, ideally 60,000+ words) - Written in English (translations welcome, with author and translator details) - Must be unpublished in any form (including self-published or online) Submissions must follow our style and formatting guidelines and be sent in the correct format—no exceptions! 📧 Epigram Books will acknowledge all entries via email. By submitting, you agree to our terms and conditions, so be sure to review them carefully before sending in your manuscript. Ready to be part of the next wave of Southeast Asian fiction? Submit now! #EBFP2026 #EpigramBooksFictionPrize #SingLit #SoutheastAsianStories #WriteYourStory

"Setiap orang ada cerita. Cara kita bercerita lebih penting." Setiap penulis hebat bermula dari kosong—bukan sekadar bakat, t
"Setiap orang ada cerita. Cara kita bercerita lebih penting." Setiap penulis hebat bermula dari kosong—bukan sekadar bakat, tetapi juga bimbingan, ilmu dan pengalaman. Dalam Bengkel “Menulis Sampai Jadi”, kami bawakan mentor berpengalaman—Encik Norden Mohamed. Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Karangkraf & Pengurus Besar Alaf 21, individu di sebalik era awal novel-novel rintis Alaf 21. Kolumnis “Maaf Cakap” di Sinar Harian ini bukan sekadar pemerhati, tetapi pencetus pemikiran. Bengkel ini bukan tentang mencipta “bestseller dalam semalam”, tetapi membina disiplin menulis dan melahirkan karya yang bermakna. Jika anda serius mahu menulis novel, inilah peluangnya. Daftar hari ini dan mulakan langkah pertama dengan bimbingan yang betul.

Pernah baca novel dan terdetik di hati, “Aku rasa aku boleh tulis cerita yang lagi best dari ni!"🤔💭 Ok. Sekarang masanya untuk kalian buktikan! Jangan sekadar jadi pengkritik novel, jadilah PENULIS NOVEL! ✍️✨ ✅ Ada idea yang menarik? Tulis! ✅ Pernah alami kisah pelik? Jadikan cerita! ✅ Tak ada idea? Cuba je dulu, mana tahu ilham datang di tengah jalan! Tak perlu risau kalau naskah pertama tunggang-langgang—J.K. Rowling pun tak terus jadi legenda. Yang penting, mula menulis dulu. Naskah boleh diedit, tapi halaman kosong tak boleh diedit! Jom tulis novel sekarang! Siapa tahu 10 tahun lagi, orang berebut nak tandatangan kalian. Atau sekurang-kurangnya, kawan-kawan kalian akan berhenti tanya, “Bila novel tu nak siap?"😆 Untung untung dapat hadiah wang tunai tau! Ya wang tunai, bukan dalam bentuk pendahuluan royalti ya! Royalti tetap kami berikan setelah buku diterbitkan nanti. Ini realiti, bukan fantasi! Kami buka kepada semua peringkat umur, asalkan karya kalian menarik mengikut vibes terkini. Jangan lupa juga, pemenang bagi Sayembara Novel 1 telahpun kami umumkan dan novel pemenang bakal diterbitkan dalam masa terdekat. Alhamdulillah! Tarikh penyertaan untuk Sayembara Novel 2 bermula HARI INI sehingga 10 JULAI 2025. Karya terbaik yang terpilih akan diterbitkan sebagai buku. Maklumat lanjut boleh rujuk di poster. . #mymustread #tulisnovel #sayembaranovel