en
Feedback
Badan Ugama Sekolah Alam Shah Infoboard

Badan Ugama Sekolah Alam Shah Infoboard

Open in Telegram

presenting the latest enlightenment on school religious affairs for the erudite aficionados of information in SAS managed by : Ketua Lujnah Multimedia BUSAS, Huzair Zikry (@huzairzikry)

Show more
853
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-130 days
Posts Archive
1 HARI 1 JUZUK 5 RAMADHAN : JUZUK 5 (AN-NISA, 5 : 34) Jadilah suami yang bertanggungjawab kepada isteri, dan jadilah isteri yang taat pada Allah dan suami. Suami yang baik ialah suami yang bijak mengurus isteri dan anak-anaknya. Lelaki yang kuat, berani dan penuhi segala tanggungjawabn menafkahi keluarga. Manakala, isteri yang solehah itu ialah yang taat Allah dan suami, serta menjaga dirinya disaat suaminya sedang keluar. Sekiranya isteri nusyuz terhadap suami, maka suami dianjurkan untuk menasihati mereka. Jika masih nusyuz, maka dianjurkan untuk pisah tempat tidur dengan isteri. Jika mash nusyuz, maka dianjurkan pukul bagi tujuan mendidik, bukan untuk mencederakan isteri. #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 4 RAMADAN : JUZUK 4 [Surah Ali-Imran 4:185] Bersiap sedialah untuk menghadapi kematian. Kerana mati adalah sesuatu yang pasti. Kejayaan sebenar, bukanlah bila duit ada jutaan, ada pangkat yang tinggi, ada isteri yang ramai, popular dan disanjung manusia, atau apa-apa kejayaan duniawi yang lain. Tidak lain hanyalah kesenangan sementara bagi orang-orang yang terpedaya. Hakikat kejayaan yang sebenar adalah selepas mati, kita masuk syurga dan terselamat dari neraka. Kerana itu, kita wajib menyiapkan diri dengan memanfaatkan kehidupan dunia untuk memperbanyakkan amal soleh dan bertaubat kepada Allah. #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 3 RAMADAN : JUZUK 3 [Surah Al-Baqarah 3:279] Janganlah ambil riba walau apa keadaannya sekalipun. Orang yang ambil riba adalah seolah-olah dia sedang 'berperang' dengan Allah. Orang yang berperang' dengan Allah, hidupnya akan sengsara dunia dan akhirat. Janganlah hanya kerana ingin kelihatan mewah, mahukan kesenangan dan keselesaan dunia, kita sanggup berhutang dan mengambil riba. Ketahuilah, inilah antara punca kerosakan masyarakat pada hari ini. Hidup terikat dengan hutang riba sehingga akhir hayat. Hidup tiada keberkatan. #BUSAS #1hari1juzuk

Assalamualaikum warga muslimin muslimat SAS.Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak 2026/1447H. Jom jemput infaq Ihya' Ramadhan
Assalamualaikum warga muslimin muslimat SAS.Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak 2026/1447H. Jom jemput infaq Ihya' Ramadhan ke ac Surau Alam Shah setiap hari sepanjang Ramadan mengikut kemampuan msg2.Semoga Amal Soleh kita diterima oleh Allah SWT.Amiin🤲

Assalamualaikum and warm greetings, This Ramadhan, the NextGenz Community will be organising our Ihya’ Ramadhan Project to br
Assalamualaikum and warm greetings, This Ramadhan, the NextGenz Community will be organising our Ihya’ Ramadhan Project to bring joy and meaningful experiences to orphaned children in our community. Event Details: 📍 Venue: Masjid Munawarah, Shah Alam 📅 Date: 22 February 2026 👥 Total Volunteers: 50 people The program will provide: • Iftar Jamaie • Free health screenings • Rewang activity • Explorace activities We aim to benefit orphaned children, with a projected budget of RM 5000. We kindly invite you to contribute in any amount you are able. Every contribution, big or small, will help make this Ramadhan more meaningful for these children. Banking Details: Bank: Maybank Account Name: MySpaceVentures Account Number: 5627 8609 6048 Reference: IRP26 Thank you for your support. From the NextGenz Community

Assalamualaikum and warm greetings, This Ramadhan, the NextGenz Community will be organising our Ihya’ Ramadhan Project to bring joy and meaningful experiences to orphaned children in our community. Event Details: 📍 Venue: Masjid Munawarah, Shah Alam 📅 Date: 22 February 2026 👥 Total Volunteers: 50 people The program will provide: • Iftar Jamaie • Free health screenings • Rewang activity • Explorace activities We aim to benefit orphaned children, with a projected budget of RM 5000. We kindly invite you to contribute in any amount you are able. Every contribution, big or small, will help make this Ramadhan more meaningful for these children. Banking Details: Bank: Maybank Account Name: MySpaceVentures Account Number: 5627 8609 6048 Reference: IRP26 Thank you for your support. From the NextGenz Community

Assalamualaikum WBT. Bulan Ramadan berseri cahaya, Datang membawa rahmat Ilahi, Ayuh bersama hulur derma, Agar pahala kekal diberkati. In this blessed month, let us join hands to spread kindness and earn ongoing rewards through acts of charity, in conjunction with our Ihya’ Ramadhan Project! 🌙

Assalamualaikum WBT , kami BUSAS lajnah tarbiah membuka peluang kepada murid SAS yang ingin memberikan kuliah tujuh minit sebelum berbuka puasa seperti puasa sebelum ini . Justeru itu , sesiapa yang ingin menyertainya sila beri nama kepada ketua lajnah tarbiah @supicap atau BUSAS lajnah tarbiah selewat-lewatnya khamis ini . Reward / saguhati akan diberikan kepada murid yang terlibat . - BUSAS , Lajnah Tarbiah

ustaz azam bin abdullah ke😂😂😂

12 Tips dalam dewan SPM‼️‼️ 1. Setiap kali sebelum masuk pasang niat untuk jawab sehabis baik dengan segala apa yang kita tahu. 2. Tanamkan iktiqad keyakinan bahawa dalam dewan semasa menjawab hanya ada kita dan Allah, lalu bergantunglah sepenuhnya kepada Allah untuk menguatkan ingatan, mendatangkan ilham, dan mengembalikan hafalan. 3. Percaya, yakin dan jangan ragu-ragu apa yang telah diajarkan oleh guru-guru mencukupi untuk kita. 4. Sebelum masuk dewan, salam cikgu mana yang ada depan dewan, tabarruk kepada mereka yang telah mencurahkan ilmu. 5. Masuk dengan langkah kanan, sepertimana Rasulullah sentiasa mendahulukan anggota kanan dalam segala urusan. 6. Sejurus melangkah masuk, bertenang dan berselawat keatas Baginda SAW kerana selawat ialah kunci kepada pintu-pintu yang tertutup. 7. Amalkan sentiasa baca surah al-insyirah bagi memberi keterangan, surah taha 1-5 bagi memberi pencerahan. 8. Bila blank, letak pen, bertenang, selawat seberapa banyak yang perlu. 9. Jangan lepaskan peluang untuk solat dhuha antara paper, kerana waktu dhuha ialah waktu melimpahnya rezeki. 10. Selawat sekurang-kurangnya 10 kali pada pagi dan 10 kali malam. 11. Jangan tergesa-gesa intai soalan atau buka kertas sebelum dibenarkan supaya adil kepada orang lain dan diri sendiri. 12. Jangan putus harap kepada bantuan Allah dan cara terus berjuang hingga saat akhir, sesungguhnya bantuan Allah datang dengan cara yang kita tidak ketahui. Sekian, admin.

Al-Fatihah dalam solat mengikut Mazhab Syafie

Sekadar nasihat dan renungan 😁

Persoalan Jemaah (episod 1) Apa hukum terus iqamah dan solat fardhu selepas azan dilaungkan? 1. Sunat untuk memisahkan -Disunatkan untuk memisahkan antara azan dan iqamah dengan tempoh waktu tertentu -memberi ruang kepada para jemaah menunaikan solat sunat qabliah sebelum solat fardhu -juga memberi ruang kepada jemaah untuk bersiap seperti mengambil wuduk dan sebaginya 2. Makruh -terus iqamah selepas azan tanpa beri sedikit masa kepada jemaah untuk besiap atau menunaikan ibadah solat sunat qabliah -hal ini bagi meraikan sunat Nabi Muhammad SAW yang mengalakkan solat sunat qabliah. Hadis: 1) وَاجْعَلْ بَيْنَ أَذَانِكَ وَإِقَامَتِكَ قَدْرَ مَا يَفْرُغُ الآكِلُ مِنْ أَكْلِهِ وَالشَّارِبُ مِنْ شُرْبِهِ وَالْمُعْتَصِرُ إِذَا دَخَلَ لِقَضَاءِ حَاجَتِهِ وَلاَ تَقُومُوا حَتَّى تَرَوْنِي Maksudnya: Dan jadikalah di antara azan dan iqamah kamu satu tempoh masa, supaya seseorang yang sedang makan dapat menyelesaikan makanannya, dan seorang yang sedang minum dapat menghabiskan minumannya, dan seseorang yang memerlukan masa untuk menunaikan hajatnya, dan janganlah kamu berdiri sehingga kamu melihat aku. Riwayat al-Tirmizi (195) 2) Imam Khatib al-Syirbini di dalam kitabnya menyebut: وَيُسَنُّ أَنْ يَفْصِلَ الْمُؤَذِّنُ وَالْإِمَامُ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالْإِقَامَةِ بِقَدْرِ اجْتِمَاعِ النَّاسِ فِي مَكَانِ الصَّلَاةِ وَبِقَدْرِ أَدَاءِ السُّنَّةِ الَّتِي قَبْلَ الْفَرِيضَةِ، وَيَفْصِلُ بَيْنَهُمَا فِي الْمَغْرِبِ بِنَحْوِ سَكْتَةٍ لَطِيفَةٍ كَقُعُودٍ لَطِيفٍ لِضِيقِ وَقْتِهَا، وَلِاجْتِمَاعِ النَّاسِ لَهَا قَبْلَ وَقْتِهَا عَادَةً، وَعَلَى مَا صَحَّحَهُ الْمُصَنِّفُ مِنْ أَنَّ لِلْمَغْرِبِ سُنَّةً قَبْلَهَا يَفْصِلُ بِقَدْرِ أَدَائِهَا أَيْضًا Maksudnya: Dan disunatkan Muazzin dan Imam untuk memisahkan di antara waktu azan dan iqamah dengan kadar kesempatan waktu untuk manusia berhimpun di tempat melakukan solat dan dengan kadar menunaikan solat sunat yang dilakukan sebelum menunaikan solat fardhu. Dan memisahkan di antara keduanya (azan dan iqamah) pada waktu solat Maghrib dengan berhenti sebentar seperti duduk sebentar kerana tempoh waktunya yang singkat, dan bertujuan untuk menghimpunkan orang ramai sebelum mengerjakan solat Maghrib mengikut tempoh secara adat, dan mengikut apa yang tepat disisi pengarang sesungguhnya pada waktu solat Maghrib terdapat solat sunat sebelumnya maka tempoh yang memisahkannya dengan sekadar menunaikan solat sunat itu juga. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/325) Sumber rujukan: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4640-al-kafi-1755-adakah-tempoh-waktu-yang-khusus-di-antara-azan-dan-iqamah