en
Feedback
Badan Ugama Sekolah Alam Shah Infoboard

Badan Ugama Sekolah Alam Shah Infoboard

Open in Telegram

presenting the latest enlightenment on school religious affairs for the erudite aficionados of information in SAS managed by : Ketua Lujnah Multimedia BUSAS, Huzair Zikry (@huzairzikry)

Show more
853
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-130 days
Posts Archive
1 HARI 1 JUZUK 12 RAMADAN : JUZUK 12 Lazimilah istighfar setiap hari, agar rezeki dan hidupmu diberkati. Antara fadilat istighfar adalah Allah akan limpahkan keberkatan rezeki yang mencurah-curah kepada kita. Ramai orang sangka, dengan buat maksiat, rezeki akan datang. Oleh sebab itu ramai yang sanggup melakukan hal-hal yang haram untuk dapatkan duit. Ambil hutang riba, sertai forex haram, main judi, menipu dalam perniagaan, dan yang sewaktu dengannya. Ya, mungkin dapat banyak duit, tetapi rezeki yang haram tidak akan beri bahagia kerana hilangnya keberkatan. Tapi hakikatnya, keberkatan rezeki itu datang apabila kita meminta ampun pada- Nya dan meninggalkan maksiat. #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 11 RAMADAN : JUZUK 11 [Surah At-taubah 11:111] Korbankanlah diri dan harta ke jalan Allah jika inginkan syurga. Allah tawar untuk membeli diri dan harta kita dengan bayaran syurga! SubhanAllah. Orang yang beriman, mereka akan sambut tawaran syurga Allah ini dengan cara berjihad, berjuang dan berdakwah di jalan Allah, mengorbankan diri, masa, dan harta mereka untuk agama. Kerana syurga itu bukan percuma. Syurga itu mahal harganya dan syurga itu dibayar dengan pengorbanan untuk agama. #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 11 RAMADAN : JUZUK 11 [Surah At-taubah 11:111] Korbankanlah diri dan harta ke jalan Allah jika inginkan syurga. Allah tawar untuk membeli diri dan harta kita dengan bayaran syurga! SubhanAllah. Orang yang beriman, mereka akan sambut tawaran syurga Allah ini dengan cara berjihad, berjuang dan berdakwah di jalan Allah, mengorbankan diri, masa, dan harta mereka untuk agama. Kerana syurga itu bukan percuma. Syurga itu mahal harganya dan syurga itu dibayar dengan pengorbanan untuk agama. #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 10 RAMADAN : JUZUK 10 [Surah At-taubah 10:41] berjihadlah walau terasa berat dalam jihad, jangan ikut mood. jangan layankan kemalasan. malas atau tidak berjuanglah. bila sebut jihad, jangan fikir perang semata-mata. menuntut ilmu juga jihad, keluar bekerja mencari rezeki yang halal untuk keluarga juga jihad, berdakwah amar makruf nahi mungkar juga jihad, melawan nafsu juga jihad, menginfakkan harta ke jalan allah juga jihad. dalam apa jua keadaan, di saat terasa berat atau malas, berusahalah untuk berjihad. #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 9 RAMADAN : JUZUK 9 (Surah Al-A’raf, 9 : 96) Jadilah rakyat yang bertaqwa kerana antara janji Allah kepada rakyat yang bertaqwa ialah Allah akan limpahkan keberkatan, rezeki, kenikmatan dan kebahagiaan buat negara mereka. Kerana itu sebagai pemimpin dan rakyat, jadikan taqwa sebagai visi misi utama dalam kepimpinan dan hidup bermasyarakat. Itulah cara terbaik untuk menjana ekonomi dan kesejahteraan negara. Ada pemimpin dan rakyat yang lebih memilih maksiat, contohnya menganjurkan konsert, dengan alasan kononnya ia akan menjana keuntungan ekonomi buat negara. Sedangkan mereka lupa, maksiat seperti itulah kunci keruntuhan bangsa, negara dan agama. #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 8 RAMADAN : JUZUK 8 [Surah Al-A'raf 8 : 23] Amalkanlah doa taubat Nabi Adam ini. Bila Nabi Adam pertama kali melakukan dosa ketika digoda oleh Iblis, Nabi Adam tak tahu nak buat apa. Sebab ini pertama kali dia terjatuh dalam tipu daya iblis. Lalu, Allah sendiri ajarkan pada Nabi Adam doa taubat ini. "Ya Allah, kami telah menzalimi diri kami sendiri, sekiranya Engkau tidak mengampuni dan merahmati kami, nescaya kami akan termasuk dikalangan orang yang rugi.* Doa ini diajarkan sendiri oleh Allah pada Nabi Adam, lalu apabila Nabi Adam membaca doa ini, Allah ampunkan semua dosa Nabi Adam. Kerana itulah, kita sebagai pendosa perlu mengamalkan doa taubat Nabi Adam ini kerana doa ini cukup bermakna, cukup istimewa kerana la diajarkan oleh Allah sendiri. #BUSAS #1hari1juzuk

photo content

Mohon busas lajnah Musolla utk kawal selia fail rekod tersebut

Fail2 tersebut murid2 dikehendaki isi maklumat bg siapa yg laksanakan amal Soleh tersebut.ini utk rekod sistem rumah kediaman

Assalamualaikum.makluman hr ni Ustzh bg fail rekod Ihya' Ramadan murid solat duha,tahajud n khatam Al-Quran kpd ketua batch F1 Aisy utk di bawa ke surau dan perlu letakkan di blk Imam apabila telah selesai rehat men rendah

Makanan yang halal itu adalah makanan yang kita beli bukan yang kita curi #janganambilhakoranglain

1 HARI 1 JUZUK 7 RAMADAN : JUZUK 7 [Surah Al-Ma’idah 7:88] makanlah makanan halal dan baik yang telah allah rezekikan untuk kita. hakikatnya, benda-benda halal jauh lebih banyak, lazat, sedap dan nikmat. tetapi, masih ada lagi manusia yang mencari makanan yang telah allah haramkan. contohnya, punyalah banyak minuman yang sedap, pelbagai air buah yang manis, pelbagai rasa dan perisa, tetapi ada manusia yang pilih untuk minum arak. punyalah banyak makanan yang sedap-sedap, ada juga yang pilih makan babi. ingatlah, apa yang kita makan akan memberi kesan kepada jiwa dan amal kita. jika yang masuk itu halal, maka hati akan mudah tunduk kepada allah. tetapi jika yang masuk itu haram, bagaimana mungkin ibadah terasa ringan dan doa mudah dimakbulkan? #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 6 RAMADHAN : JUZUK 6 (Surah al-Ma’idah, 5 : 2) JADILAH ORANG YANG SALING MEMBANTU KEARAH KEBAIKAN DAN JANGAN MEMBANTU KEARAH KEBURUKAN DAN DOSA. BILA NAMPAK ORANG BUAT BAIK, BANTU DAN DORONG MEREKA. BILA NAMPAK ORANG BUAT DOSA, CEGAH, TEGUR, DAN NASIHAT MEREKA. ITULAH CIRI-CIRI ORANG YANG BERTAQWA. JANGANLAH JADI ORANG YANG MENYOKONG MAKSIAT, DAN MEMPERLEKEHKAN KEBAIKAN. ITU CIRI-CIRI KEMUNAFIKAN. #BUSAS #1hari1juzuk