en
Feedback
Badan Ugama Sekolah Alam Shah Infoboard

Badan Ugama Sekolah Alam Shah Infoboard

Open in Telegram

presenting the latest enlightenment on school religious affairs for the erudite aficionados of information in SAS managed by : Ketua Lujnah Multimedia BUSAS, Huzair Zikry (@huzairzikry)

Show more
853
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-130 days
Posts Archive
1 HARI 1 JUZUK 19 RAMADAN : JUZUK 19 Dalam ayat ini, Nabi Lut menegur kaumnya kerana lelaki mendatangi lelaki kerana nafsu, sehingga mereka meninggalkan fitrah yang Allah tetapkan. Ayat ini mengingatkan bahawa seorang lelaki perlu menjaga fitrah dan maruah dirinya. Jangan biarkan nafsu membawa kita kepada perkara yang melampaui batas. Seorang lelaki yang beriman ialah lelaki yang menjaga kehormatan dirinya dan menghormati batas yang Allah tetapkan. Liwat merupakan dosa besar yang dilaknat Allah. Zina antara lelaki dan lelaki adalah salah satu tanda kebodohan dan kejahilan yang perlu ditinggalkan. Kekuatan sebenar seorang lelaki ialah apabila dia mampu mengawal nafsu dan menjaga akhlaknya. [Surah An-Naml 19:55] #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 18 RAMADAN : JUZUK 18 (Surah An-Nur 18 : 22) Allah mengajar kita supaya memaafkan dan berlapang dada walaupun orang lain pernah menyakiti kita. Jangan biarkan kemarahan membuat kita berhenti berbuat baik. Allah bertanya: *Tidakkah kamu suka jika Allah mengampunkan kamu?" Ayat ini mengingatkan bahawa setiap manusia pasti melakukan kesilapan. Jika kita berharap Allah mengampuni dosa kita, maka kita juga perlu belajar memaafkan kesalahan orang lain. Kadang-kadang memaafkan itu berat, tetapi di situlah #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 17 RAMADAN : JUZUK 17 (Surah al-Haj, 17 : 78) AGAMA INI ALLAH TURUNKAN BUKANLAH UNTUK MEMBEBANKAN KITA, TETAPI UNTUK MEMUDAHKAN KITA. ITULAH TUJUAN SYARIAT. UNTUK MEMBERI KITA KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT. CONTOHNYA, MENUTUP AURAT, IA BUKANLAH SATU BEBAN TETAPI RAHMAT. BERKAT MENUTUP AURAT, MARUAH DAN HARGA DIRI KITA LEBIH TERJAGA. SOLAT BUKANLAH BEBAN, TETAPI DENGAN SOLATLAH SEGALA MASALAH KITA DIMUDAHKAN DAN DIBERI KEKUATAN. JAUHI ZINA BUKANLAH BEBAN, BAHKAN DENGAN MENJAUHI ZINA, KETURUNAN AKAN TERJAGA, AIB AKAN TERPELIHARA, DAN MASYARAKAT AKAN PULIH. BEGITULAH SETERUSNYA. AGAMA INI HAKIKATNYA DITURUNKAN BUKANLAH UNTUK MENGONGKONG KEBEBASAN KITA. TETAPI UNTUK MEMULIAKAN KITA DAN MENYELAMATKAN KITA DARI KEBINASAAN, KERANA HAKIKATNYA, ALLAH TAK MAHU MENYUSAHKAN KITA. #BUSAS #1hari1juzuk

Mari kita sama2 grind quran lesgo

Salam Nuzul Quran ✨📖 Hari yang penuh makna ini mengingatkan kita tentang peristiwa turunnya Al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh umat manusia. Marilah kita mengambil peluang ini untuk lebih mendekatkan diri dengan Al-Quran. Bukan sekadar membacanya, tetapi juga memahami serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian. Semoga Al-Quran sentiasa menjadi cahaya yang membimbing langkah kita, menenangkan hati, dan membawa kita menuju keredaan Allah. - Ikhlas dari BUSAS 2026

1 HARI 1 JUZUK 16 RAMADAN : JUZUK 16 [Surah Al-Kahfi 16:109] JANGANLAH SOMBONG DENGAN ILMU YANG ALLAH BERI PADA KITA. SEBENARNYA, ILMU KITA SANGAT SEDIKIT BERBANDING ILMU ALLAH ALLAH GAMBARKAN, KALAU SELURUH LAUT DIJADIKAN DAKWAT UNTUK MENULIS ILMU-NYA, PASTI LAUT ITU AKAN KERING SEBELUM HABIS DITULIS. WALAUPUN DITAMBAH LAGI LAUT YANG LAIN, TETAP TIDAK AKAN CUKUP. ITULAH TANDA BETAPA LUASNYA ILMU ALLAH, DAN BETAPA KECILNYA KITA. JADI JANGAN RASA DIRI LEBIH HEBAT DARIPADA ORANG LAIN. SEMAKIN BANYAK ILMU, SEPATUTNYA SEMAKIN RENDAH HATI. #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 15 RAMADAN : JUZUK 15 [Surah Al-Isra’ 15:23] Allah letakkan perintah berbuat baik kepada ibu bapa selepas perintah mentauhidkan-Nya - menunjukkan betapa besarnya hak mereka. Sehinggakan perkataan kecil seperti "ah" pun ditegah. Bukan kerana suara itu kuat, tetapi kerana hati mereka mudah terluka. Di sebalik usia yang makin tua, ada doa yang tak pernah putus untuk kita. Jika ada silap mereka, letakkan uzur dan maafkanlah. Kerana merekalah yang paling banyak memaafkan kita sejak kecil. Jangan jadi anak yang derhaka ketika mereka masih ada. #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 14 RAMADAN : JUZUK 14 [Surah An-Nahl 14:18] Hitunglah segala nikmat yang Allah beri pada kita. Antara cara nak terbitkan rasa syukur dalam hati lalah dengan kita menghitung segala nikmat yang Allah bagi pada kita. Bila kita sedar hakikat betapa banyaknya nikmat yang Allah bagi pada kita, nescaya kita akan malu untuk bermaksiat, dan akan berusaha untuk menghargai nikmat dengan cara menjadi hamba Allah yang bersyukur lalu mentaati-Nya. Hakikatnya, nikmat Allah terlalu banyak dan tak terhitung. Kita sahaja terkadang lupa, lalai dan leka, lalu menyombongkan diri. Tapi, Allah tetap pujuk kita agar kembali bertaubat, kerana Allah Maha Pengampun. #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 11 RAMADAN : JUZUK 11 [Surah At-taubah 11:111] Korbankanlah diri dan harta ke jalan Allah jika inginkan syurga. Allah tawar untuk membeli diri dan harta kita dengan bayaran syurga! SubhanAllah. Orang yang beriman, mereka akan sambut tawaran syurga Allah ini dengan cara berjihad, berjuang dan berdakwah di jalan Allah, mengorbankan diri, masa, dan harta mereka untuk agama. Kerana syurga itu bukan percuma. Syurga itu mahal harganya dan syurga itu dibayar dengan pengorbanan untuk agama. #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 13 RAMADAN : JUZUK 13 [Surah Ar-Ra’d 13:11] Ubahlah diri kita sendiri jika kita nak Allah ubah hidup kita. Allah takkan ubah nasib kita jika kita tiada usaha untuk mengubah diri kita sendiri ke arah kebaikan. Kerana itu, kita bukan kena tunggu hidayah, tetapi kita sendiri yang perlu usaha mencari dan menjemput hidayah. Kita perlu menuntut ilmu, mendengar nasihat, membaca al-Quran, melaksanakan solat, berusaha mencari rezeki yang halal dan sebagainya. Semakin tinggi pengorbanan kita, semakin banyak hidayah dan petunjuk yang Allah bagi, dan lebih berkatlah kehidupan kita. #BUSAS #1hari1juzuk