en
Feedback
Badan Ugama Sekolah Alam Shah Infoboard

Badan Ugama Sekolah Alam Shah Infoboard

Open in Telegram

presenting the latest enlightenment on school religious affairs for the erudite aficionados of information in SAS managed by : Ketua Lujnah Multimedia BUSAS, Huzair Zikry (@huzairzikry)

Show more
853
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-130 days
Posts Archive
1 HARI 1 JUZUK 29 RAMADAN : JUZUK 29 (Surah Nuh, 29 : 11) Ramai orang ingat istighfar hanya untuk mereka yang buat dosa besar sahaja. Tapi sebenarnya, istighfar adalah kunci kepada banyak kebaikan dalam hidup. Nabi Nuh mengajarkan bahawa dengan memperbanyak istighfar, Allah akan turunkan hujan yang mencurah-curah, memberi rezeki yang luas, dan mengurniakan keturunan yang baik. Kadang-kadang kita rasa hidup susah, rezeki sempit, doa lambat dimakbulkan. Cuba periksa, adakah kita kurang beristighfar? Sebab itu, jadikan istighfar sebagai amalan harian. Ucapkan dengan hati yang ikhlas, dan lihat bagaimana Allah mula membuka pintu-pintu kebaikan dalam hidup kita. #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 28 RAMADAN : JUZUK 28 (Surah al-Jumuah, 28 : 9) Ketika solat Jumaat, tinggalkan segala jual beli. Ramai orang hari ini terlalu sibuk dengan kerja, sehingga lupa kewajipan solat Jumaat. Ada yang masih berniaga, masih di pejabat, masih di kedai kopi - sedangkan azan sudah berkumandang. Allah memerintahkan kita untuk tinggalkan semua urusan dunia dan bersegera menuju solat Jumaat, kerana itu lebih baik bagi kita. Dunia ini takkan ke mana. Rezeki tetap Allah yang beri. Tapi jika kita abaikan perintah Allah kerana dunia, apa jaminan kita akan mendapat keberkatan dalam rezeki itu? #BUSAS #1hari1juzuk

pejam celik pejam celik nak raya dah 🗣️🗣️

1 HARI 1 JUZUK 27 RAMADAN : JUZUK 27 (Surah Al Hadid, 27 : 18) BERSEDEKAH AKAN MENGGANDAKAN HARTA DAN PAHALA. RAMAI ORANG TAKUT BERSEDEKAH KERANA BIMBANG HARTA BERKURANG. TAPI ALLAH JANJI, SEDEKAH TAKKAN PERNAH MENGURANGKAN HARTA. MALAH, IA AKAN MENGGANDAKAN LAGI REZEKI, BAIK DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT. SEDEKAH BUKAN HANYA PADA WANG RINGGIT. SENYUM ITU SEDEKAH. MENOLONG ORANG LAIN ITU SEDEKAH. BAHKAN MEMBERI SESUATU YANG KECIL DENGAN HATI YANG IKHLAS JUGA ADALAH SEDEKAH. JANGAN TAKUT UNTUK MEMBERI, KERANA SETIAP APA YANG KITA INFAKKAN KERANA ALLAH, PASTI AKAN DIGANTI DENGAN SESUATU YANG LEBIH BAIK. #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 25 RAMADAN : JUZUK 25 (Surah As-Syura, 25 : 20) Ramai orang hari ini terlalu sibuk mengejar dunia. Mereka beke
1 HARI 1 JUZUK 25 RAMADAN : JUZUK 25 (Surah As-Syura, 25 : 20) Ramai orang hari ini terlalu sibuk mengejar dunia. Mereka bekerja siang malam, kumpul duit, bina empayar, dan mahu hidup mewah. Tapi, akhirnya mereka keletihan, hati tetap kosong, jiwa tak tenang. Sebab apa? Sebab matlamatnya hanya dunia. Sedangkan Allah dah janji, siapa yang beramal kerana akhirat, Allah akan tambah rezekinya dan permudahkan urusannya. Tapi siapa yang hanya fikir dunia, dia hanya akan dapat apa yang telah ditetapkan, tanpa bahagian di akhirat. Jadi, jangan biarkan dunia menipu kita. Kejarlah redha Allah, kerana itu yang lebih kekal. #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 24 RAMADAN : JUZUK 24 (Surah al-Ghafir, 24 : 19) Allah mengetahui khianatnya pandangan mata dan apa yang tersembunyi di dalam hati. Kadang-kadang manusia merasakan tiada siapa yang melihat perbuatannya. Namun Allah mengetahui setiap pandangan, walaupun sekilas mata. Ayat ini mengajar kita supaya sentiasa menjaga diri, walaupun ketika bersendirian. Kerana di mana pun kita berada, Allah tetap melihat dan mengetahui apa yang kita lakukan. #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 23 RAMADAN : JUZUK 23 (Surah Yaasin, 23 : 55-58 ) Jadikan syurga motivasi dan harapan kita untuk istiqamah dalam ketaatan. Di syurga, apa yang kita inginkan dan apa yang kita minta, Allah akan beri. Penghuni syurga semuanya sedang sibuk menikmati segala nikmat yang Allah berikan pada mereka. Mintalah apa sahaja, semuanya Allah akan beri. Ini semua janji Allah buat mereka yang beriman. #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 16 RAMADAN : JUZUK 16 [Surah Al-Kahfi 16:109] JANGANLAH SOMBONG DENGAN ILMU YANG ALLAH BERI PADA KITA. SEBENARNYA, ILMU KITA SANGAT SEDIKIT BERBANDING ILMU ALLAH ALLAH GAMBARKAN, KALAU SELURUH LAUT DIJADIKAN DAKWAT UNTUK MENULIS ILMU-NYA, PASTI LAUT ITU AKAN KERING SEBELUM HABIS DITULIS. WALAUPUN DITAMBAH LAGI LAUT YANG LAIN, TETAP TIDAK AKAN CUKUP. ITULAH TANDA BETAPA LUASNYA ILMU ALLAH, DAN BETAPA KECILNYA KITA. JADI JANGAN RASA DIRI LEBIH HEBAT DARIPADA ORANG LAIN. SEMAKIN BANYAK ILMU, SEPATUTNYA SEMAKIN RENDAH HATI. #BUSAS #1hari1juzuk

1 HARI 1 JUZUK 21 RAMADAN : JUZUK 21 (Surah al-Alkabut, 21 : 69) Hidayah itu perlu dicari bukan ditunggu. Ada orang sering menggunakan alasan "hidayah tak sampai lagi" untuk pertahankan dosa dan kejahilannya. Sedangkan, hidayah itu perlu dicari dan perlu berkorban. Lagi tinggi pengorbanan kita untuk mendapat hidayah, maka lagi banyaklah hidayah yang Allah akan beri pada kita. Teruskan berkorban dan berjuang jadi baik, insyaAllah pasti Allah akan lorongkan kita ke arah pelbagai kebaikan. demi kebaikan. #BUSAS #1hari1juzuk

10 HARI LAGI RAYA 🌙✨

1 HARI 1 JUZUK 20 RAMADAN : JUZUK 20 (Surah al-Qasas, 20 : 77) KEJARLAH AKHIRAT, TETAPI JANGAN LUPAKAN BAHAGIAN KITA DI DUNIA. ISLAM TIDAK MENGAJAR KITA MENINGGALKAN DUNIA SEPENUHNYA. ADA ORANG TERLALU FOKUS BERIBADAH HINGGA MENGABAIKAN TANGGUNGJAWABN YA SEBAGAI ANAK, PELAJAR ATAU PEKERJA. SEDANGKAN MENUNAIKANAMANAH DAN TANGGUNGJAWAB JUGA ADALAH IBADAH DI SISI ALLAH. DALAM MASA YANG SAMA, JANGAN PULA TERLALU SIBUK MENGEJAR DUNIA HINGGA MELUPAKAN SOLAT DAN HUBUNGAN DENGAN ALLAH. AYAT INI MENGAJAR KITA SUPAYA HIDUP SEIMBANG - DUNIA DI TANGAN, TETAPIAKHIRAT TETAP DIHATI. #BUSAS #1hari1juzuk