📣Info PSP Sesi I 2023/2024
Open in Telegram
Saluran Rasmi Telegram Pelajar Baharu Politeknik Seberang Perai Sesi I 2023/2024
Show more950
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
📣 BELUM MENDAPAT TAWARAN IPT? BERMINAT PENGAJIAN DIPLOMA DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI?
👉 Dapatkan khidmat nasihat sekarang daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Seberang Perai melalui whatsapp https://bit.ly/3qul4Fh.
Tertakluk kepada syarat kemasukan dan kekosongan semasa.
Kod Promosi: PSPFTSII2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semua para pelajar dijemput ke Karnival Kerjaya Sukses 2.0 yang berlangsung di DSM pada 19 Sept - 20 Sept 2023. Pelbagai agensi sebanyak 60 pempamir membuat pameran pendidikan, antaranya adalah :
Unimap
USM
UiTM
IP MARA
Loan & Biasiswa MARA.
Jom kita mai buat qamai...👍👍
MEMO_KUTIPAN_DOKUMEN_PERJANJIAN_PTPTN_KELOMPOK_1_SESI_1_20232024.pdf4.77 KB
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tuan/Puan,
SESI KUTIPAN DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN KELOMPOK 1 SESI 1 2023/2024
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa satu Sesi Kutipan Dokumen Perjanjian PTPTN Kelompok 1 Sesi 1 2023/2024 bagi 288 orang pelajar Politeknik Seberang Perai akan diadakan pada tarikh dan masa berikut :
TARIKH : 21 SEPTEMBER 2023 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN KULIAH UTAMA (DKU)
MASA : 9.00 PAGI – 1.00 TENGAHARI (PELAJAR JP & JKM)
2.00 PETANG – 4.30 PETANG (PELAJAR JKE & JTMK)
3. Mohon bantuan Penasihat Akademik(PA) pelajar baru kemasukan Sesi 1 2023/2024 agar dapat memaklumkan perkara di atas kepada pelajar yang tersenarai. Setem hasil boleh dibeli di kaunter JHEP jika diperlukan.
4. Mohon juga kerjasama daripada pensyarah kursus untuk memberi pelepasan kepada pelajar bagi menghantar dokumen perjanjian.
5. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah di hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian
Unit Biasiswa
JHEP PSP
Assalamualaikum & salam sejahtera. Permohonan Zakat Negeri Kedah telah dibuka kepada para pelajar. Permohonan adalah secara atas talian. Tarikh tutup adalah pada 31 Disember 2023. Terima kasih
*Socmed Politeknik Seberang Perai*
Mohon kerjasama pelajar2 untuk like, follow & share ya😍
*Facebook*
https://www.facebook.com/Poliseberangperai/
*Instagram*
https://www.instagram.com/politeknikseberangperai/
*Twitter*
https://twitter.com/PoliSbrgPerai
*Tiktok*
https://www.tiktok.com/@poliseberangperai
*Website*
https://www.psp.edu.my
*Youtube*
https://www.youtube.com/@politeknikseberangperai9025
📣📣TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PELAJAR BAHARU SEMESTER 1 PSP📣📣
Untuk makluman pelajar baharu semester 1, Pihak JPPKK dan HEP masih memerlukan anda untuk menjawab Borang-borang maklumbalas yang pernah di kongsikan sebelum ini dengan KADAR SEGERA.
Terdapat 3 BORANG MAKLUMBALAS yang anda perlu isi segera, Borang2 ini boleh dilayari di :-
https://tr.ee/y6-mZmufGP
Borang-borang yang perlu anda isi adalah:
1 - KAJI SELIDIK PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
2 - SOAL SELIDIK KECENDERUNGAN PELAJAR KE POLITEKNIK
3 - BORANG MAKLUMBALAS PELAKSANAAN MSK
-----Sila pastikan anda telah mengisi ke tiga- tiga borang tersebut -----
JHEP, PSP
Repost from 📣Info PSP Sesi I 2023/2024
📣 Borang Maklumbalas Pelajar MINGGU SUAI KENAL (MSK) SESI 1 2023/2024 📣
Semua pelajar baharu semester satu diwajibkan mengisi Borang Maklumbalas Pelajar (Keberkesanan Minggu Suai Kenal) di pautan berikut:
https://forms.gle/C4AursCaE9Qzdh8H6
Tarikh tutup bagi mengisi borang maklumbalas ini adalah sehingga 28/8/2023. Diminta semua pelajar melaksanakan tanggungjawab anda dalam mengisi borang maklumbalas ini.
Borang maklumbalas ini juga boleh didapati di laman web : https://linktr.ee/heppsp di mana QR Code nya pernah di share semasa sesi bersama taklimat waris dan Majlis Perasmian Penutup MSK sebelum ini. Harap maklum.....
JHEP PSP
REMINDER! REMINDER! bagi pelajar semester 1 yang masih belum mengisi BORANG MAKLUMBALAS ini, sila isi secepat mungkin
📣 Borang Maklumbalas Pelajar MINGGU SUAI KENAL (MSK) SESI 1 2023/2024 📣
Semua pelajar baharu semester satu diwajibkan mengisi Borang Maklumbalas Pelajar (Keberkesanan Minggu Suai Kenal) di pautan berikut:
https://forms.gle/C4AursCaE9Qzdh8H6
Tarikh tutup bagi mengisi borang maklumbalas ini adalah sehingga 28/8/2023. Diminta semua pelajar melaksanakan tanggungjawab anda dalam mengisi borang maklumbalas ini.
Borang maklumbalas ini juga boleh didapati di laman web : https://linktr.ee/heppsp di mana QR Code nya pernah di share semasa sesi bersama taklimat waris dan Majlis Perasmian Penutup MSK sebelum ini. Harap maklum.....
JHEP PSP
⚠ [TINDAKAN SEGERA] KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI DI IHELP SPMP PSP
Selamat sejahtera,
Semua pelajar baharu PSP diwajibkan menyemak dan mengemaskini data peribadi sebenar di iHelp SPMP sebelum 3 petang esok (Jumaat, 25 Ogos 2023). Layari http://spmp.psp.edu.my
Kegagalan mengemaskini maklumat yang betul boleh menyebabkan keciciran daripada menerima manfaat bantuan kerajaan (sekiranya ada).
Hukuman berdasarkan Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976) boleh disabitkan jika kes pemberian maklumat palsu.
Disertakan contoh tangkap layar maklumat peribadi yang tidak lengkap.
Terima kasih kepada pelajar yang telah mengemaskini maklumat peribadi dengan lengkap.
JHEP PSP
Sila follow page tiktok politeknik seberang perai untuk segala maklumat dan info berkaitan politeknik, terutamanya info berkaitan minggu suai kenal 😎
👋 SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU KE POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Kami sangat mengalu-alukan kehadiran bakal pelajar baharu bersama waris sempena pendaftaran asrama esok (Ahad)!
Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, waris tidak digalakkan turun dari kenderaan ketika proses bakal pelajar baharu mengambil kunci asrama. Pemandu kenderaan juga tidak digalakkan menunggu lama di lokasi asrama sebaik sahaja menurunkan beg dan barang.
Bakal pelajar yang berjaya membuat pendaftaran online diminta mengeluarkan slip tersebut untuk melancarkan urusan pengambilan kunci.
Sila rujuk info grafik ini sebagai panduan.
😰 MASA DAH MAKIN SUNTUK TAPI MASIH GAGAL DAFTAR ONLINE?
- Isu teknikal bayaran koperasi RM300 belum selesai?
- Masalah teknikal pendaftaran online?
- Masalah tiada data bank?
✋Jangan risau, kami sedia maklum keresahan dan kebimbangan sebahagian daripada anda mengenai masalah berkaitan ini. Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan sehingga hari pendaftaran asrama nanti, anda terus hadirkan diri pada masa dan hari tersebut.
Bawa bersama resit asal kesemua bayaran yang telah dibuat setakat ini. Pihak urusetia akan bantu uruskan pendaftaran secara manual sekiranya tiada masalah lain yang timbul. Kunci bilik juga diberikan pada hari tersebut.
Jangan risau atau bimbang lagi ya. Apa² masalah yang timbul, kami sedia membantu sehingga anda berjaya mendaftar kelak.👍
Jumpa di Politeknik Seberang Perai nanti ya!😍
PEMBUKAAN AKAUN SSPN PRIME SECARA ONLINE(Untuk memohon pembiayaan PTPTN)
❤️SSPN PRIME❤️
🌸 Link buka akaun sspn prime :
https://www.ptptn.gov.my/esmas-open-acc-web/#/openAccount
Kod Eksekutif PTPTN : 000002900 (Mesti dimasukkan)
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan pembukaan akaun SSPN, boleh hubungi talian di bawah :
Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang
No. Tel : 04 – 383 1410
No. Faks : 04 – 383 1419
WhatsApp : 012-269 3086
Unit Biasiswa & Pinjaman
Jabatan Hal Ehwal Pelajar(JHEP)
Politeknik Seberang Perai
HEBAHAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR (iBITA) KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saudara/saudari,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan peruntukan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi(iBITA) berjumlah RM1000.00 bagi Universiti di semenanjung, RM1200.00 bagi Universiti Sabah dan Sarawak dan RM300.00 bagi Politeknik Malaysia.
3. Sistem permohonan bantuan akan dibuka pada 1 September 2023 hingga 30 September 2023.
4. Permohonan adalah secara online melalui laman sesawang https://ibita.penang.gov.my.
5. Syarat-syarat permohonan boleh dirujuk di lampiran.
Sekian, terima kasih.
Unit Biasiswa & Pinjaman
Jabatan Hal Ehwal Pelajar(JHEP)
Politeknik Seberang Perai
📣 PELUANG AKHIR KEMASUKAN KE POLITEKNIK SEBERANG PERAI SESI I 2023/2024
Makluman kepada semua bakal pelajar baharu, jika masih ada rakan² sekolah yang belum mendapat tawaran IPTA dan berminat belajar bidang kejuruteraan di Politeknik Seberang Perai (PSP), sila hantarkan mesej whatsapp kepada https://bit.ly/3qul4Fh
Keutamaan kepada calon yang belum mendapat mana-mana tawaran IPT sahaja, tertakluk kepada syarat kemasukan dan kekosongan semasa.
Sila tularkan mesej ini kepada kumpulan whatsapp/media sosial rakan kelas dan saudara mara masing-masing. Terima kasih.
💡 PENYATA MAKLUMAT AKAUN BANK
Berikut adalah contoh salinan Penyata Maklumat Akaun Bank yang lengkap (ada nama pemilik, no ic, nombor akaun dan nama bank yang jelas). Penyata ini boleh diperolehi di cawangan bank berhampiran. Sila buat salinan dan dapatkan cop pengesahan (daripada mana² pegawai yang layak) dan masukkan dalam sampul yang perlu diserahkan bersama dokumen lapor diri yang lain semasa hadir di politeknik nanti.
