Kluster #AlaynaRose
Open in Telegram
Assalamualaikum & Salam Sayang kepada pembaca semua. Group ni khas untuk Kluster Alayna Rose.
Show more2 183
Subscribers
No data24 hours
-37 days
-2030 days
Posts Archive
2 183
Dah open order. đđ
Untuk pembelian, boleh wasap Admin. FAST RESPOND.
www.wasap.my/601161162093/FHA
2 183
Agak-agak apa rahsia itu? Sama-sama kita nantikan kesudahan kisah Bariz-Iftinan di dalam nukilan berbentuk digital ini.
#IsteriPensyarahBeku
2 183
Bismillahirrahmanirrahim.. cover kedua COMBO LECTURER & MAFIA. InsyaAllah, dalam masa terdekat akan buka tempahan harga promo. Jemput baca sinopsis. đđ
[SINOPSIS]
Selepas pemergian kedua-dua orang tuanya, Iftinan buat keputusan untuk tinggal bersama Tok Halimah di kampung. Urusan syarikat peninggalan Datuk Izhar pula diserahkan pada orang kepercayaan keluarga mereka iaitu Khadeen. Siapa sangka, di kampung dia jatuh cinta pandang pertama pada lelaki bernama Bariz Jauhar. Lelaki yang sama pernah menjadi penyelamatâ dia sewaktu di sebuah pusat membeli-belah. Dan lelaki itu adalah jiran di sebelah rumah Tok Halimah.
âBoleh ke saya nak mintak tolong awak?â - Eliya Iftinan
âWhat kind of help?â - Dr. Bariz Jauhar
âTolong belikan Kotex. Saya bagi awak duit. Dekat Watsons pun ada jual, saya selalu juga beli dekat situ.â - Eliya Iftinan
Kerana âcrushâ pada Bariz, Iftinan mula mencari jalan untuk selalu dekat dengan lelaki itu. Sehinggalah Iftinan mengambil keputusan untuk sambung belajar di tempat Bariz mengajar.
âOrang datang sini untuk belajar dan cari ilmu. Bukan menggatal dan cari boyfriend.â - Dr. Bariz Jauhar
Bariz cuba mengelak daripada Iftinan. Namun Saskia pula cuba dekatkan mereka berdua. Tambahan pula Saskia dan Bariz perlukan âseseorangâ supaya rancangan untuk kahwinkan mereka berdua tak berjaya.
âEliya tu student saya. Dia sukakan awak, Bariz. Saya rasa dia boleh tolong selesaikan masalah kita berdua. Awak kahwin dengan dia, supaya rancangan mak su dan mak long untuk nikahkan kita tak berjaya. Lebih baiklah awak kahwin dengan Eliya, daripada awak menikah dengan saya. Andai kata rumahtangga kita gagal, awak nak ke mak su dan mak long bermasam muka?â - Saskia Basyirah
Kalau sebelum ni Bariz yang menolak Iftinan, kali ni Bariz yang datang merisik dan meminang Iftinan. Tanpa Iftinan tahu, tiada keikhlasan dalam keputusan Bariz. Bariz lakukan semua itu kerana terpaksa.
âSesiapa saja dekat kolej tu tak boleh tahu kau dah jadi isteri aku. Letâs act like we donât know each other when weâre out in public.â - Dr. Bariz Jauhar
Iftinan akur permintaan Bariz. Tapi bila kantoi ada lelaki hantar âsurat cintaâ pada dia, Bariz juga yang mengamuk. Bukan ke senang kalau Bariz mengaku saja dia tu isteri Bariz? Jadi tak adalah sesiapa berani-berani nak mengurat dia lagi.
âWaktu saya mengajar, fokus dan beri perhatian. Bukan sibuk nak bercinta dan berbalas surat cinta. Kalau rasa tak nak belajar dalam kelas saya, please drop my class for your own good.â - Dr. Bariz Jauhar
Bariz dan sikap bekunya. Kadang-kala Iftinan pernah merasa terpinggir. Sehinggalah satu kebenaran âterbukaâ di depan mata, saat itu hati Iftinan terasa retak berderai.
âAwak kahwin dengan dia, memang untuk pastikan rancangan mak su dan mak long nak nikahkan kita tak berjaya. Tapi itu tak bermakna awak kena sia-siakan Eliya. Budak tu student saya, Bariz. Saya tahu dan nampak dia terlalu cintakan awak. Jadi tolong jangan lukakan dia.â - Saskia Basyirah
âSaya ni nampak mudah diperbodohkan ke, Dr. Bariz Jauhar?â - Eliya Iftinan
Satu-persatu ujian datang melanda. Iftinan pula terpaksa kembali ke Kuala Lumpur atas urusan penting. Sepanjang itu, Bariz kekal dengan sikap ego dan tak peduli. Sehinggalah suatu hari, kerinduan dah tak tertanggung di dalam hati. Bariz mula menjejaki si isteri. Malangnya, saat itu ada lelaki lain di sisi Iftinan.
âIfti, saya lapar.â
âIfti, dekat mana boxer warna merah saya?â
Nak dapatkan perhatian Iftinan punya pasal, Bariz tak habis-habis merepek di hadapan Khadeen. Nak tunjuk kuasa, Iftinan itu hak dia.
âEl kahwin dengan lelaki umur 31 tahun kan? Khad tanya sebab Khad pelik. Selalunya budak-budak aje tak jumpa kalau cari barang sendiri. Nak juga mak yang carikan. Ini boxer dia pun dia tanya El. Atau dia sebenarnya nak buktikan dekat Khad yang El tu isteri dia?â - Khadeen Warith
Agak-agak Iftinan nak ambil kisah ke dengan Bariz selepas apa yang Bariz dah buat pada dia? Mampu ke hubungan yang dah kian renggang ini membaik? Tambahan pula ketika itu Bariz dapat tahu satu rahsia besar mengenai si isteri.
2 183
Bismillahirrahmanirrahim.. cover pertama Combo Lecturer-Mafia. Ni salah seorang admin HE. Dah dua orang admin berjaya jadi penulis, TAHNIAH. Genre Comedy Mafia. Editor puji manuskrip ni. Jemput baca sinopsis. đđ
[SINOPSIS]
Haider Maleeq. Cold. Emotionless. Untouchable.
Dia adalah lelaki yang mempunyai segala-galanya. Harta, kuasa, pangkat dan nama yang besar di seluruh negara. Semua berada di hujung jarinya. Wajah tanpa riak, aura penuh ancaman. Diamnya menyimpan seribu satu rahsia dan tiada siapa mampu meneka apa yang dia fikirkan.
Pertemuan pertama tidak memberi sebarang kesan. Pertemuan kedua mungkin sekadar kebetulan. Tapi bila tiga kali bertemu tanpa dirancang, Haider Maleeq mula percaya pada takdir. Dia yakin Rania Aurora adalah jodohnya walaupun wanita itu langsung tak mengenalinya!
âNot someoneâs man. But, hopefully I will be yours.â â Haider Maleeq.
Berkali-kali, Rania Aurora tolak. Malangnya perkataan putus asa tak pernah wujud dalam kamus hidup Haider Maleeq. Dia adalah seorang lelaki yang berkeyakinan tinggi, berlesung pipit dan paling penting, tak tahu maksud âmaluâ.
âMarry me, Rania Aurora.â â Haider Maleeq.
âJawapan untuk soalan you masih sama, Mr. Haider. Iâm not someone that you can easily get with your ways. If you really want me, earn me.â â Rania Aurora.
Hidup Rania Aurora mula jadi huru-hara apabila dipaksa menjadi doktor peribadinya. Lagi ditolak, lagi dia kejar. Sweet talker? Confirm. Gatal? Mungkin. Tapi ikhlas? Itu yang Rania Aurora sendiri tak pasti. Tak sempat nak tahu warna kegemaran pun, dah nak jadi suami! Rania Aurora anggap itu gila.
âYou ni faham tak maksud âNOâ?â â Rania Aurora.
âFaham. But whatever you say, darling... I tetap nak kahwin dengan you.â â Haider Maleeq.
Namun, Haider Maleeq sedar betapa bahayanya hidup dia bila terlibat dalam dunia gelap. Ramai musuh yang memerhati. Semua menunggu masa untuk lenyapkan dia.
âI akan jaga you macam mana I jaga nyawa I sendiri, Aurora. I janji.â â Haider Maleeq.
âDonât love me too much, Haider. Iâm not who you think I am.â â Rania Aurora.
Apabila bahagia mula terasa, satu per satu rahsia mula terbongkar. Rahsia yang mengejutkan semua. Mampukah cinta mereka bertahan? Adakah Haider Maleeq benar-benar mahu berubah atau hanya menggunakan cinta sebagai alasan untuk menutup sisi gelapnya?
#ForeverHisAurora
2 183
Stay tuned. COMBO LECTURER & MAFIA. Kita nak bagi harga mur mur 5 hari sahaja. Jemput baca sinopsis dulu tau. đ
2 183
[SINOPSIS]
Kalau dulu, dia sibuk terkejar-kejarkan Kapten Fateh. Sekarang dia rasa dia dah mula jatuh cinta pada Leftenan Wira Aditya. Qiana masih sama, masih obses pada lelaki yang bekerja sebagai tentera.
âQiana nak nombor telefon dia, boleh?â - Qiana Delia
âNombor siapa?â - Kapten Fateh.
âTuuu..â - Qiana Delia
Pada Qiana tak salah perempuan mulakan langkah dulu untuk mengurat selagi dia masih mampu menjaga batas.
âSudi tak awak jadi âwiraâ di hati saya?â - Qiana Delia
Lurus, tak ada bertapis-tapis. Sampai tersemburlah air yang baru disedut Wira. Sejujurnya Wira tercuit dengan perangai comel Qiana, namun entah kenapa dia rasa dia tak layak dengan Qiana memandangkan âbackgroundâ gadis itu bukan biasa-biasa.
âSaya ni kerja askar aje, Qia. Awak tu anak orang kaya. Apa yang awak pandang pada saya?â - Leftenan Wira Aditya
âTuu.. urat-urat dekat lengan tu. Tengok urat-urat tu pun saya yakin awak mampu jaga saya dengan baik.â - Qiana Delia
Tak pernah dibuat orang, urat pada lengan dijadikan syarat utama untuk bergelar seorang suami. Tapi kalau dah Qiana namanya, memang yang aneh-aneh saja. Dan selepas kahwin, macam-macam lagi karenah Qiana yang kadang-kala bikin jantung Wira bekerja lebih masa. Bukan main lagi Qiana beria-ia nak masakkan untuk tetamu sempena kenduri kesyukuran di rumah mereka, sekali..
âIni apa?â - Leftenan Wira Aditya
âNasi minyak tak menjadi, makanya saya namakan nasi ni dengan nama baru. Err.. nasi orang minyak.â -Qiana Delia
âAwak pandai masak tak sebenarnya?â - Leftenan Wira Aditya
âPandai sikit, tak pandai banyak.â - Qiana Delia
Banyak kekurangan Qiana. Qiana sendiri rasa tak sempurna. Namun untuk melepaskan Wira, Qiana tak mampu kerana dia sudah terlalu cintakan lelaki itu. Sehinggalah ada satu insiden mengubah pendirian Qiana.
âAwak nak pulangkan saya pada orang tua saya semula tak, Wira?â - Qiana Delia
Agak-agak apa yang menyebabkan Qiana membuat permintaan sebegitu? Kekalkah perkahwinan yang dibina atau akhirnya kecundang di tengah jalan? Sama-sama kita nantikan kesudahan kisah mereka berdua di dalam nukilan berbentuk digital ini nanti.
#LeftenanWiraAditya
2 183
#Teaser4
âNayra!â
Nayra tersentak. Dia terkebil-kebil memandang Enrique yang sudah berkerut dahi memandangnya. Apa?
âApa yang kau khayalkan Nayra Irdina, sampai tak dengar apa yang aku cakap?â tanya Enrique. Dia menggeleng kecil apabila Nayra kelihatan terpinga-pinga memandangnya.
Aih, nampak sangat yang gadis itu berkhayal seorang diri tadi, sampaikan apa yang dia cakap pun Nayra tak dengar.
âMaaf, awak cakap apa tadi?â Soalan dibalas soalan. Nayra garu belakang kepalanya yang tak gatal. Haih, itulah Nayra... Berangan lagi tentang anak teruna orang.
âAku cakap, mulai hari ni kau akan tinggal dengan aku dekat dalam rumah ni. Aku akan jaga kau sampai kau sembuh. Aku akan tanggung segala rawatan kau, makan pakai kau dan sebagai balasannya, aku hanya mahu kau dengar cakap aku. Jangan melawan, faham?â
Dahi Nayra berkerut seketika. Dia faham yang Enrique akan menjaganya dari hujung rambut hingga hujung kaki, tapi dia masih tak faham tentang apa yang harus dia âdengarâ dari Enrique.
Jangan minta bukan-bukan sudah! Walaupun ingatan dia tak ada, maruah diri masih ada tau!
âAwak nak saya dengar cakap awak tentang apa?â
Enrique betulkan kedudukannya. Dari duduk bersilang kaki, dia letak kaki ke lantai. Fail di tangan diletakkan ke meja yang berada di samping sofa. Siku menahan pada paha dan tangan dirapatkan antara satu sama lain, lalu didekatkan pada dagu. Memandang Nayra tanpa mengalihkan sedikit pun pandangan ke arah lain.
âMudah saja. Kau tak dibenarkan keluar dari rumah ni sesuka hati kau. Kau tak dibenarkan untuk buat sesuatu tanpa keizinan aku. Nak pergi mana-mana mesti beritahu aku dan kalau ada apa-apa yang kau perlukan, beritahu aku.â
âKenapa?â Dahi Nayra berkerut seribu. Arahan macam dia ni hak lelaki itu pula. Mereka berdua sudah kahwin ke?
âSebab, itu arahan aku sebagai balasan aku jaga kau,â balas Enrique buat Nayra terdiam.
âSampai bila?â
âSampai aku tak nak jaga kau,â ringkas Enrique membalas buat Nayra kemam bibir. Mudah sangat jawapan yang lelaki itu berikan pada dia, tapi Nayra tahu yang dia tak ada pilihan sebab dia tak ada sesiapa yang dia kenal selain Enrique.
#EnriqueHaqeemTheForgottenScar
2 183
#Teaser3
âCik Nayra hilang ingatan.â
Enrique tercengang mendengar kata-kata doktor itu. Hilang ingatan? Dia tak salah dengar, kan?
âSetelah pemeriksaan dijalankan, dia menghidap amnesia disebabkan kemalangan ngeri tu. Dia tidak ingat dengan apa yang berlaku, dia tidak ingat sekarang tahun apa dan dia juga tidak kenal diri dia sendiri,â terang doktor itu lagi. Dia tahu hal begini bukan mudah untuk diterima. Tapi andai sudah itu takdirnya, mereka tidak mampu buat apa-apa.
Kesan hentakan yang berlaku sewaktu kemalangan itu berlaku sememangnya memberi kesan. Jangan main-main dengan sistem utama badan manusia hidup. Terluka sikit bahagian penting itu mampu buat manusia kaku di katil hospital.
âBerapa lama kesan ni akan berlanjutan? Dia tak akan dapat ingatan dia semula? Dia akan lupa selama-lamanya?â tanya Enrique inginkan kepastian.
Dia tidak menyangka yang semua ini akan berlaku. Kenapa takdir seolah-olah mempermainkan hidup dia sekarang ni? Macam mana dia nak teruskan apa yang dia rancang pada Nayra selama ini?
Enrique ketap bibir. Tangannya mengepal kuat. Ada rasa sakit di hatinya. Perlukah dia bersabar lagi hanya kerana gadis itu sakit? Ugh! Enrique benci perasaan yang ada dalam dirinya sekarang ni!
âBergantung. Ada pesakit yang akan ingat semula bila berada di tempat yang mereka pernah pergi dulu. Ada pesakit yang sembuh dalam masa beberapa bulan dan beberapa tahun. Tapi, ada juga pesakit yang tak akan ingat sampai bila-bila, bergantung pada individu dan kekuasaan Allah,â terang doktor lelaki itu lagi.
Enrique jeda seketika. Pandangannya dihala pada Nayra yang sedang termenung di katil. Entah apa yang gadis itu fikirkan pun dia tak tahulah. Saat mata mereka bertembung, Nayra pantas melarikan pandangan darinya.
âAda apa-apa masalah lain lagi?â
Doktor itu pandang kertas di tangannya sebelum menggeleng.
âCik Nayra kena banyakkan berehat dan saya akan beri tarikh temujanji untuk dia buat rawatan secara berkala. Kami akan pantau dia sehingga dia benar-benar sembuh.â
âBila dia boleh keluar?â tanya Enrique pula. Dia tak mahu Nayra terus berkurung di sini andai gadis itu sudah sembuh.
âKita tengok dalam minggu ni. Kalau Cik Nayra menunjukkan perkembangan kesihatan yang bagus, dia boleh keluar dan Tuan Enrique bolehlah bantu dia untuk dapatkan ingatan dia balik. Saya yakin yang dia akan ingat kekasih dia semula.â Doktor lelaki itu tersenyum.
Beruntung Nayra mendapat lelaki yang baik seperti Enrique. Sejak enam bulan yang lalu, setiap hari lelaki itu datang melawat Nayra. Berbual dengan gadis itu walaupun tiada balasan dan menjaga gadis itu sebaiknya. Malah, rawatan Nayra yang sudah mencecah ribuan ringgit di hospital swasta ini juga dibayar oleh Enrique.
Enrique hanya tarik senyum kecil. Tidak mengiakan dan tidak juga menafikan. Fikirannya sarat dengan apa yang dia perlu lakukan selepas ini.
âKalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu,â pinta doktor itu sebelum berlalu bila ada seorang jururawat memanggilnya. Ada pesakit lain yang perlukan dia juga.
Kaki Enrique melangkah mendekati Nayra hingga dia betul-betul duduk di hadapan gadis itu, membuatkan Nayra memandang hairan pada lelaki yang ada di hadapannya.
Ini lelaki sama yang ada sewaktu dia bangun tadi. Wajah kacak itu memang sedap untuk dipandang, tapi lelaki ni siapa? Dia kenal ke? Dari tadi lagi dia perhatikan lelaki ini sedang berbual dengan doktor yang merawat dia tentang gadis bernama Nayra. Dia tak pasti siapa Nayra, tapi kata doktor, itu adalah nama dia sendiri.
#EnriqueHaqeemTheForgottenScar
2 183
#Teaser2
âKau patut bangun dan hadapi kenyataan yang pahit, dunia yang aku dah sediakan untuk kau, Nayra. Tak adil kalau kau pergi tanpa rasa apa yang pernah aku rasakan,â kata Enrique lagi.
Nayra hanya diam. Masih tak ada balasan apa-apa dari gadis itu. Helaan nafas berat Enrique dilepaskan. Dia sendiri tak tahu apa yang harus dia rasakan sekarang ni.
Sepanjang enam bulan ini, langsung dia tidak mendengar suara gadis itu. Ada rasa rindu dan ada juga rasa benci bila melihat Nayra tidak membalas kata-katanya, seolah-olah gadis itu sengaja melarikan diri agar tidak perlu menghadapi kebenciannya.
âTuan Enrique.â
Enrique tersentak. Dia segera menjarakkan diri daripada Nayra dan berpaling ke arah belakang dengan wajah yang serius. Ada seorang lelaki yang berpakaian serba hitam mendekatinya. Wajah lelaki itu juga mendatar, tidak berperasaan tika ini.
âAku dah âbersihâkan semuanya seperti yang tuan arahkan. Tak ada bukti tentang kemalangan itu lagi. Mereka sudah keluarkan kenyataan yang kemalangan tu berlaku kerana salah seorang pemandu mabuk,â kata lelaki itu, menyampaikan apa yang perlu dia sampaikan.
Ah, kerja mudah. Kebetulan memang ada pemandu mabuk yang turut terkorban dalam nahas kemalangan ngeri enam bulan yang lepas. Enrique hanya mengubah fakta bahawa kemalangan itu bukanlah dirancang, tapi hanya kebetulan yang terjadi.
Enrique mengangguk kecil. Ianya sesuai dengan apa yang dia rancangkan. Tiada sesiapa pun perlu tahu sebab sebenar kemalangan enam bulan yang lepas berlaku. Andai pihak polis masuk campur urusan ini, ianya akan merumitkan lagi keadaan.
âGood.â
âMacam mana dengan mangsa? Pihak polis ada tanya tentang keadaan mangsa. Tuan nak simpan dia ke?â tanya lelaki itu pula bila Enrique hanya diam menatap Nayra di katil.
Rasanya itulah rutin harian tuannya sejak enam bulan yang lalu, saat gadis malang itu disahkan koma. Semuanya diuruskan oleh Enrique sendiri hanya untuk memastikan Nayra kembali pulih.
Enrique jeda seketika, tapi otaknya ligat memikirkan apa yang harus dia lakukan. Dia sudah ada rancangan yang perlu dia laksanakan demi mendapatkan apa yang dia mahu.
âLuke, mulai hari ni Nayra Irdina di bawah jagaan aku. Aku akan jaga dia sampai dia sedar. Aku tak boleh lepaskan dia semudah tu pada pihak polis. Kau uruskan apa yang patut tentang Nayra. Apa yang aku nak tahu adalah pihak polis tak ada apa-apa kaitan lagi dengan Nayra,â arahnya.
Lelaki yang dipanggil Luke itu mengangguk. Kerja mudah. Perkara seperti ini memang sudah dalam bidang kuasa dia.
âBaik, tuan.â
Enrique mengisyaratkan agar Luke keluar. Dia masih ingin berdua-duaan dengan gadis itu lagi. Dia masih ingin menatap wajah yang tenang dalam lena gadis ini.
âNayra...â panggil Enrique perlahan sebaik saja Luke keluar meninggalkan bilik rawatan.
Enrique sedikit kaget apabila kelopak mata Nayra tiba-tiba saja bergerak dan perlahan-lahan kelopak mata gadis itu terbuka. Mereka saling bertatapan seketika sebelum Enrique menekan butang, memanggil doktor untuk masuk.
âNayra?â Enrique memanggil bila gadis itu tampak hanya memandang kosong padanya. Benarkah gadis itu sudah sedar atau ianya hanya khayalan dia semata-mata?
Gadis itu hanya diam. Bibirnya bergerak-gerak, tapi tiada suara yang keluar. Baru saja Enrique ingin mendekati gadis itu, seorang doktor dan dua orang jururawat masuk meminta ruang untuk dia memeriksa keadaan pesakit.
#EnriqueHaqeemTheForgottenScar
2 183
#Teaser1
Kemalangan tragis ragut 25 nyawa penumpang bas dan 15 orang awam cedera parah.
Enrique baca berulang kali tajuk yang terpapar di skrin iPhone miliknya tu. Akhbar yang memaparkan tentang kemalangan ngeri yang berlaku kira-kira enam bulan yang lalu. Sangat tragis hingga negara digemparkan dengan berita itu.
Skrin telefon berubah gelap. Sengaja dia matikan dan simpan ke dalam kocek seluar. Matanya dialihkan, memandang gadis yang sedang lena di katil hospital. Wajah pucat gadis itu terus-menerus diperhatikan.
âNayra Irdina... sampai bila kau nak tidur? Dah hampir enam bulan kau koma. Kau tak rindu dengan dunia luar?â suara lelaki itu kedengaran perlahan. Mata tak lepas memandang ke arah wajah pucat gadis itu.
Salah seorang yang terlibat dalam kemalangan ngeri tersebut adalah gadis ini. Dia adalah antara mangsa yang cedera parah dan hanya bergantung dengan mesin pernafasan. Boleh dikatakan ajaib bila gadis itu masih boleh bertahan dalam kemalangan tragis yang melibatkan bas, lori dan kereta yang gadis itu naiki.
Jari telunjuk mengusap perlahan pipi Nayra. Wajah lelaki itu sukar untuk digambarkan. Entah sedih, entah kecewa dan entah benci kerana terkadang riak wajah lelaki itu berubah kesal seolah-olah gadis di hadapannya sekarang ini pernah melakukan satu kesalahan padanya, tapi dipendam rapi di dalam dirinya.
âKau patut bangun dan hadapi kenyataan yang pahit, dunia yang aku dah sediakan untuk kau, Nayra. Tak adil kalau kau pergi tanpa rasa apa yang pernah aku rasakan,â kata Enrique lagi.
Nayra hanya diam. Masih tak ada balasan apa-apa dari gadis itu. Helaan nafas berat Enrique dilepaskan. Dia sendiri tak tahu apa yang harus dia rasakan sekarang ni.
Sepanjang enam bulan ini, langsung dia tidak mendengar suara gadis itu. Ada rasa rindu dan ada juga rasa benci bila melihat Nayra tidak membalas kata-katanya, seolah-olah gadis itu sengaja melarikan diri agar tidak perlu menghadapi kebenciannya.
#EnriqueHaqeemTheForgottenScar
2 183
[SINOPSIS]
Bangun saja dari lena yang panjang, orang pertama yang dia lihat adalah lelaki yang berada di sisinya tapi sayang, tiada satu pun ingatannya tentang lelaki itu.
"Kita sangat mengenali hingga sukar untuk aku percaya yang kau hilang ingatan.- Enrique Haqeem.
Kerana peristiwa yang pernah berlaku dulu, Enrique galas tanggungjawab yang bukan miliknya. Tapi benarkah kerana tanggungjawab semata-mata atau kerana luka yang pernah ditinggalkan gadis itu?
"Kenapa awak takut sangat saya keluar dari sini? Apa sebenarnya yang awak sembunyikan dari saya?"- Nayra Irdina.
Nayra Irdina yakin yang Enrique Haqeem ada menyembunyikan sesuatu darinya apatah lagi bila satu per satu ingatannya mulai pulih.
"There's no remedy for memories, Nayra. Kau beruntung sebab kau lupa apa yang sepatutnya kau ingat sampai kau mati tapi aku terseksa sebab aku perlu ingat apa yang kau buat sampai hari ni."- Enrique Haqeem.
Nayra Irdina buntu. Ingatan apa yang sebenarnya dah hilang dari dia? Apa yang sebenarnya berlaku sebelum dia hilang ingatan? Andai Enrique bencikan dia, kenapa lelaki itu melindungi dia?
#EnriqueHaqeemTheForgottenScar
2 183
#Teaser2
Rimas. Setiap kali dia pulang ke kampung, itulah perasaan yang menular dalam jiwa Fahd. Semua mata-mata yang memandang buat Fahd rasa seolah-olah dia ni satu makhluk pelik yang muncul di situ.
Ya, Fahd faham mereka kagum.
Fahd tahu ramai orang kampung yang nak bermenantukan dia.
Tapi tak boleh ke kalau niat mereka itu ikhlas tanpa memandang siapa dia?
Mejar Fahd Ghazi.
Pemuda kebanggaan di kampung itu memandangkan dia antara pelajar cemerlang yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Fahd tak âkosongâ. Dia adalah lepasan Master di UPNM.
âFahd, baru balik ke?â Teruja nada suara Pak Hamid, selaku tuan punya warung.
Fahd gariskan senyuman.
âDah dua hari, Pak Hamid. Awal-awal sampai kampung penat sangat, tu yang berkurung dekat rumah aje.â
âOhh.. dah dua hari. Fahamlah tugas kamu tu macam mana. Nak cuti pun bukan senang kan? Eh, Fahd pergi duduk dulu. Kejap lagi Pak Hamid suruh pekerja Pak Hamid ambil pesanan.â Pak Hamid berbicara dalam senyuman lebar.
Akur, kaki diatur ke sebuah meja yang berada sedikit jauh daripada orang lain. Tunduk, bermain dengan gajet. Sedar-sedar ada suara halus menyapa telinga.
âAbang nak order apa?â Lembut suara Lanura, ada senyuman ikhlas di bibirnya.
Zap!
Jantung Fahd macam nak terhenti. Automatik wajah Fahd berubah merah padam. Bengang.
âKau ikut aku sampai ke sini ke?â
âTak.â Laju Lanura membalas, siap menggeleng beberapa kali.
âHabis tu, macam mana kau tahu aku ada dekat sini??â Makin keras intonasi Fahd.
âNura kerja dekat warung ni buat sementara waktu.â Jawapan Lanura, tetap buat Fahd tak puas hati. Mendengus, Fahd langsung bangun. Meluru dia melangkah keluar dari warung.
Lanura tercengang. Sempat sambar beberapa bungkus makanan di atas meja berdekatan dan plastik jernih yang tersangkut, Lanura terus berlari anak mendapatkan lelaki itu.
âAbang, tunggu!â laung Lanura termengah-mengah.
Fahd baru nak tutup pintu. Tersekat bila jemari halus itu laju menghadang.
âIsh, kau nak apa lagi??â bentak Fahd, tak jadi nak tutup pintu. Mujur jugalah tak kemik jemari Lanura kena hempas dengan pintu kereta dia tadi.
âNah.. mee hoon goreng dan nasi lemak. Karipap pun ada. Abang makan dengan mak ya?â
âTak payah. Warung ni pun bukan warung kau. Memandai aje kau nak bagi aku makan percuma.â Sedas Fahd menyelar.
Lanura tetap tersenyum manis.
âNura bayarlah dekat Pak Hamid nanti..â
âAku cakap, tak payah kan?â
âTak baik tolak rezeki. Nura ikhlas nak belanja abang dan mak. Lagipun Nura tahu abang mesti terus balik rumah lepas ni kan? Abang bad mood lepas nampak Nura dekat sini. Jadi daripada abang berlapar, abang ambillah makanan ni. Makan dengan mak tau?â Lanura masih berdegil.
Tak tunggu balasan lelaki itu, Lanura sangkut plastik makanan itu berhampiran dengan stereng kereta milik Fahd. Sejurus, Lanura terus beransur pergi dari situ.
#MejarFahdGhaziPujaanHatiSaya
2 183
#Teaser1
âMak boleh tak halau perempuan tu balik? Fahd ni nak dapat cuti dahlah payah. Asal nampak muka dia aje, ketenteraman Fahd rasa terganggu.â Kasar bicara Fahd buat senyuman Lanura langsung pudar.
âAbang ni apasal benci sangat dengan Nura?â
âAku tak benci.â Fahd bertegas.
âHabis tu yang abang suruh Aunty Fat halau Nura tu kenapa?â Lirih sedikit nada suara Lanura.
âAku memang tak benci, tapi aku rimas.â
âSebab abang tahu Nura sukakan abang?â teka Lanura buat Fahd mula menghembus nafas kencang.
Tengok lelaki itu berdiam diri, Lanura segera angkat punggung. Dah orang tak suka, dia balik ajelah.
âOkey, Nura balik. Abang pun penat baru habis misi kan? Nura ni jenis memahami. Cuma lain kali abang boleh aje cakap elok-elok dengan Nura.â Lanura terus hampiri Aunty Fatima. Dikucup tangan Aunty Fatima sebelum dia berlalu ke muka pintu. Di pertengahan jalan, Lanura kembali menoleh ke belakang.
âAbang..â
Fahd sekadar menjeling.
âNura bagi abang rehat hari ni aje. Esok, Nura akan datang lagi.â Selamba ayat Lanura, sebelum kelibat itu terus menghilang di balik pintu yang dah tertutup.
âDasar tak faham bahasa..â omel Fahd geram. Aunty Fatima yang memerhati dari tadi terus buka mulut.
#MejarFahdGhaziPujaanHatiSaya
2 183
[SINOPSIS]
Dia, Mejar Fahd Ghazi. Lelaki yang sibuk mengejar cita-cita dan selesa dengan gelaran bujang terlajak yang disandang. Trauma dan tak ada hati hendak menikah bila dia tengok pengalaman pahit salah seorang temannya yang gagal di dalam rumahtangga. Dalam dia bertegas dengan pendiriannya, tetap muncul seorang wanita yang begitu sibuk mahu masuk ke dalam hidupnya.
âMak boleh tak halau perempuan tu balik? Fahd ni nak dapat cuti dahlah payah. Asal nampak muka dia aje, ketenteraman Fahd rasa terganggu.â - Mejar Fahd Ghazi
Seringkali dibenci, Anggerik Lanura sendiri buntu di mana salah dan silapnya.
âAbang ni apasal benci sangat dengan Nura?â - Anggerik Lanura
âAku tak benci.â - Mejar Fahd Ghazi.
âHabis tu yang abang suruh Aunty Fat halau Nura tu kenapa?â - Anggerik Lanura
âAku memang tak benci, tapi aku rimas.â - Mejar Fahd Ghazi
âSebab abang tahu Nura sukakan abang?â - Anggerik Lanura
Pantang bersua, pasti akan bertekak. Namun takdir tetap satukan mereka berdua. Fahd kata Fahd bencikan Lanura, tapi Lanura kata Fahd tetap pujaan hati dia.
âAku tak balik 2-3 bulan. Ada misi. Aku dah cakap tak ada untungnya kahwin dengan tentera macam aku. Asyik kena tinggal adalah. Kau tu yang sibuk sangat terkejar-kejarkan aku. Sekarang, menyesal tak?â - Mejar Fahd Ghazi
âNura tak pernah menyesal jadi isteri abang. Nura hormat kerjaya abang sebagai tentera.â - Anggerik Lanura
Lanura tetap mencintai, walaupun hati Fahd sekeras kerikil. Berbagai teknik dia cuba untuk melembutkan hati seorang suami.
âKalau ditakdirkan kita ada anak, Nura nak empat orang. Dua lelaki, dua perempuan. Abang pula nak berapa orang?â - Anggerik Lanura
âAnak tu takkan wujud selagi kita belum buat proses persenyawaan. Berhenti berangan, boleh?â - Mejar Fahd Ghazi
Punyalah tak mahu sebumbung, kerap kali Fahd cari jalan untuk mengelak bertembung dengan Lanura. Lanura ditipu hidup-hidup kononnya lelaki itu tidak pulang lama ke rumah kerana bertugas. Lanura pula seperti pungguk rindukan bulan. Setia menunggu sang suami pulang ke sisi. Sehinggalah segala penipuan Fahd terbongkar.
âBenci sangat abang dekat Nura sampai sanggup menipu. Meluat sangat nak pandang muka Nura, sampaikan abang biarkan Nura macam tunggul dekat dalam rumah ni. Abang tak nak tengok muka Nura kan? Nura balik kampung. Abang tak payahlah jadi pelarian sedangkan ni rumah abang. Nura cuma menumpang.â - Anggerik Lanura
Bawa diri. Rawat hati. Dan ketika ketiadaan Lanura, entah kenapa buat hati Fahd mula terasa kosong.
âKau nak ikut aku balik tak? Aku datang nak jemput kau balik ke rumah kita ni.â - Mejar Fahd Ghazi
Semudah itu ke Lanura hendak menuruti? Sedangkan hati masih merajuk. Agak-agak ke mana hala tuju perkahwinan mereka berdua? Berpisah atau masih bersama? Sama-sama kita nantikan pengakhiran kisah mereka berdua di dalam nukilan berbentuk digital ini.
#MejarFahdGhaziPujaanHatiSaya
