en
Feedback
𝘾𝙃𝘼𝙉𝙉𝙀𝙇 𝙋𝙈𝙓 𝘼𝙄 𝙊𝙁𝙁𝙄𝘾𝙄𝘼𝙇 / PRO-PMX FANS

𝘾𝙃𝘼𝙉𝙉𝙀𝙇 𝙋𝙈𝙓 𝘼𝙄 𝙊𝙁𝙁𝙄𝘾𝙄𝘼𝙇 / PRO-PMX FANS

Open in Telegram

Channel Ini Bertujuan Memudahkan Ahli Group Mendapatkan Info Tentang PMX DSAI & Isu Semasa "KERJA DARI HATI, MEMBINA PERTIWI" Group Perbincangan : https://t.me/pmxaiofficial #MalaysiaMADANI #KerajaanYDPA #KerajaanPerpaduan #Reformasi #PMX

Show more
1 903
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
-1230 days

Data loading in progress...

Tags Cloud
No data
Any problems? Please refresh the page or contact our support manager.
Incoming and Outgoing Mentions
---
---
---
---
---
---
Attracting Subscribers
September '26
September '26
+6
in 0 channels
August '26
+17
in 0 channels
Get PRO
July '26
+12
in 0 channels
Get PRO
June '26
+6
in 0 channels
Get PRO
May '26
+4
in 0 channels
Get PRO
April '26
+15
in 0 channels
Get PRO
March '26
+8
in 0 channels
Get PRO
February '26
+7
in 0 channels
Get PRO
January '26
+10
in 0 channels
Get PRO
December '25
+4
in 0 channels
Get PRO
November '25
+15
in 0 channels
Get PRO
October '25
+16
in 0 channels
Get PRO
September '25
+9
in 0 channels
Get PRO
August '25
+18
in 0 channels
Get PRO
July '25
+10
in 0 channels
Get PRO
June '25
+18
in 0 channels
Get PRO
May '25
+19
in 0 channels
Get PRO
April '25
+10
in 0 channels
Get PRO
March '25
+17
in 0 channels
Get PRO
February '25
+17
in 0 channels
Get PRO
January '25
+19
in 0 channels
Get PRO
December '24
+51
in 0 channels
Get PRO
November '24
+101
in 0 channels
Get PRO
October '24
+94
in 1 channels
Get PRO
September '24
+46
in 1 channels
Get PRO
August '24
+42
in 1 channels
Get PRO
July '24
+68
in 0 channels
Get PRO
June '24
+58
in 0 channels
Get PRO
May '24
+86
in 1 channels
Get PRO
April '24
+46
in 0 channels
Get PRO
March '24
+87
in 0 channels
Get PRO
February '24
+86
in 0 channels
Get PRO
January '24
+134
in 0 channels
Get PRO
December '23
+88
in 0 channels
Get PRO
November '23
+58
in 1 channels
Get PRO
October '23
+90
in 0 channels
Get PRO
September '23
+149
in 0 channels
Get PRO
August '23
+118
in 0 channels
Get PRO
July '23
+82
in 0 channels
Get PRO
June '23
+90
in 0 channels
Get PRO
May '23
+47
in 0 channels
Get PRO
April '23
+31
in 0 channels
Get PRO
March '23
+22
in 0 channels
Get PRO
February '23
+34
in 0 channels
Get PRO
January '23
+2 376
in 0 channels
Date
Subscriber Growth
Mentions
Channels
08 September0
07 September+2
06 September0
05 September+3
04 September0
03 September0
02 September+1
01 September0
Channel Posts
Sembah tahniah kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas kejayaan dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Johor Super Crown Polo Tournament 2026, sekali gus memimpin Royal Johor menjulang kejuaraan berprestij ini. Prestasi luar biasa, kepimpinan serta semangat juang Tuanku menyerlahkan keunggulan seorang jaguh sukan yang menjadi kebanggaan bukan sahaja rakyat Johor, malah seluruh rakyat Malaysia. Kredit: Bernama

2
No text...
134
3
YANG DI-PERTUAN AGONG PERKENAN TAMATKAN DARURAT DI SELURUH BAHAGIAN SERIAN Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini telah memperkenan penamatan pengisytiharan darurat bagi seluruh Bahagian Serian, Sarawak yang diisytiharkan susulan keadaan jerebu. Perkenan tersebut dibuat setelah mengambil kira nasihat YAB Perdana Menteri dan pandangan YAB Premier Sarawak serta laporan agensi berkaitan yang menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Bahagian Serian tidak lagi berada di paras bahaya. Bagaimanapun, keadaan jerebu di Sarawak masih belum pulih sepenuhnya dan bacaan IPU di beberapa kawasan, khususnya Serian dan Samarahan, masih berada pada tahap amat tidak sihat. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak akan terus memantau keadaan dengan rapi dan penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa. PEJABAT PERDANA MENTERI 7 September 2026
185
4
No text...
161
5
Alhamdulillah pagi tadi bersama keluarga besar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta para pesawah, petani, peladang, nelayan dan pengusaha di MAHA 2026. Sambutan luar biasa terhadap MAHA membuktikan bahawa pertanian kekal sebagai tonggak penting negara. Tatkala dunia berbicara tentang kecerdasan buatan, transformasi digital dan peralihan tenaga, kita mesti berani menggapai di langit, namun tetap mengakar ke bumi. Peningkatan eksport nanas dan berkembangnya pengeluaran bawang tempatan membuktikan kejayaan penggunaan teknologi dalam memacu hasil pertanian negara. Justeru, Kerajaan MADANI akan terus memberi keutamaan kepada sektor pertanian, termasuk dalam Belanjawan Negara akan datang. Dengan potensi yang begitu besar, saya tidak teragak-agak untuk menyokong penambahan peruntukan yang memberi manfaat langsung kepada warga tani. Namun, setiap ringgit wang rakyat mesti diurus dengan cermat dan penuh amanah. Tatakelola tidak hanya melibatkan orang atasan. Apabila berlaku kebocoran, ketirisan atau salah guna kuasa, yang akhirnya terdera dan menanggung derita adalah petani, pesawah dan nelayan. Kerana itu saya tekad untuk meneruskan usaha membersihkan negara daripada segala kecurangan. FELDA misalnya menjadi peringatan yang jelas. Institusi yang kita banggakan sebagai antara perusahaan perladangan terbesar dunia kini memerlukan hampir RM1 bilion setahun daripada Kerajaan untuk menanggung hutang akibat kelemahan pengurusan dan penyelewengan terdahulu. Saya tidak sanggup membebankan hutang ini di atas bahu para peneroka yang telah meredah belantara dan membanting tulang, sedangkan mereka bukan punca kerugian tersebut. Amanah dan pertanggungjawaban inilah yang mesti diteruskan selepas MAHA 2026 melabuhkan tirai. Setiap pelaburan, urus niaga dan kesepakatan yang dicapai harus disusuli dengan tindakan agar manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat. Terima kasih kepada semua yang menjayakan edisi membanggakan dalam sejarah penganjuran MAHA ini. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
238
6
No text...
190
7
Saya juga sempat menghubungi bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore, dan bertukar pandangan mengenai cabaran perubahan iklim dunia, khususnya tatkala Malaysia berdepan jerebu susulan kebakaran hutan di Indonesia. Perbincangan menyentuh komitmen serta langkah yang sedang digerakkan Malaysia dalam melaksanakan peralihan tenaga, daripada kebergantungan kepada bahan api fosil kepada sumber tenaga yang lebih bersih dan mampan. Ikhtiar ini selaras dengan iltizam Kerajaan MADANI untuk membina sebuah negara yang bukan sahaja progresif dan berdaya tahan dari segi ekonomi, tetapi turut bertanggungjawab dalam memelihara kelestarian alam demi kesejahteraan generasi mendatang. Saya turut menyampaikan undangan kepada Al Gore untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat bagi meneruskan perbincangan serta meneroka ruang kerjasama yang lebih bermakna dalam mendepani cabaran perubahan iklim dan mempercepat agenda peralihan tenaga negara. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
188
8
No text...
154
9
Pagi ini sebelum ke MAHA 2026, saya sempat hubungi sahabat lama yang juga Mantan Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo yang kini berada di Pulau Pinang bagi menghadiri Penang Peace Dialogue. Saya zahirkan permohonan maaf kerana tidak dapat menyantuni Pak Jokowi secara langsung di sana berikutan rencana bersama golongan petani, penternak, peladang dan komuniti agro di MAHA 2026 yang telah dijadualkan lebih awal. Kami bertukar khabar dalam suasana penuh mesra, selain saya menzahirkan solidariti kepada saudara-saudara kita di Indonesia susulan bencana gunung berapi serta cabaran jerebu yang sedang dihadapi. Malaysia dan Indonesia bukan sekadar negara jiran, tetapi dua bangsa serumpun yang diikat sejarah, budaya dan persaudaraan yang akrab. Amanah dan kedudukan boleh silih berganti, namun persahabatan dan rasa hormat akan terus kekal. Insya-Allah, ikatan ini akan terus dipelihara demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara serta keamanan dan kemakmuran rantau. 🇲🇾🇮🇩 #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #DiplomasiMADANI
166
10
No text...
145
11
🇲🇾 Perpaduan negara bermula dengan rasa hormat terhadap Negaraku, Jalur Gemilang dan 5 Prinsip Rukun Negara. 🤝 Amalan ini
🇲🇾 Perpaduan negara bermula dengan rasa hormat terhadap Negaraku, Jalur Gemilang dan 5 Prinsip Rukun Negara. 🤝 Amalan ini menjadi asas semangat cintakan negara dan mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia. ✨ #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #JabatanPenerangan
208
12
Di celah kesibukan menggalas amanah negara, ada waktunya kita perlu berhenti sejenak mendengar denyut nadi rakyat, mengimarahkan rumah Allah dan menimba hikmah daripada mereka yang mengabdikan seluruh kehidupan kepada ilmu. Semoga langkah yang mendatang sentiasa dalam pimpinan dan rahmat-Nya, serta setiap ikhtiar yang dilaksana dikurniakan keberkatan. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
200
13
No text...
189
14
Alhamdulillah, petang ini saya berkesempatan menziarahi Al-‘Allāmah Syeikh ‘Abd al-‘Aziz bin Ahmad al-Shihawi al-Husaini al-Asy‘ari al-Syafi‘i di Nasyrul Quran, Putrajaya. Beliau merupakan alim kelahiran al-Mahallah al-Kubra, al-Gharbiyyah, Mesir, dan antara ulama besar Syafi‘iyyah di al-Azhar, selain menjadi Syeikh bagi Mashaikh Mazhab Imam al-Syafie serta Syeikh bagi Tariqah Shahawiyyah Burhamiyyah. Syeikh merupakan ahli fiqh dan pengajar ilmu qiraat di al-Jāmi‘ al-Azhar yang tekun dengan tradisi talaqqi kitab turath. Kekuatan hafazan beliau juga luar biasa, termasuk menghafaz dalam pelbagai cabang ilmu agama, hadith dan qiraat al-Quran. Pesanan Syeikh antara lain mengingatkan tanggungjawab kita memelihara turath sebagai khazanah yang menghubungkan kita dengan tradisi keilmuan yang panjang. Keistimewaan al-Azhar, katanya, antara lain terletak pada kekuatan isnad dan kesinambungan tradisi ilmu yang dipelihara turun-temurun. Dalam masa yang sama, teknologi baharu tidak harus ditolak, sebaliknya dimanfaatkan untuk mendokumentasi dan melestarikan khazanah tersebut. Imam al-Syafie Rahimahullah pernah mengingatkan: “Barang siapa tidak merasakan kepayahan belajar walau sesaat, akan meneguk pahitnya kejahilan sepanjang hayat.” Moga Allah SWT memelihara Syeikh, mengurniakan kesihatan dan afiat, memanjangkan usia beliau dalam keberkatan, serta menjadikan ilmu yang dicurahkan sebagai amal jariah yang terus mengalir. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
249
15
No text...
182
16
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka enam kertas siasatan baharu berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna+2
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka enam kertas siasatan baharu berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta anak syarikatnya, FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC). 📂🚨 #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #TaatSetia #JabatanPenerangan
213
17
Menerima kunjungan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Macau (SAR), Sam Hou Fai, dalam lawatan sulung beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Disember 2024. Pertemuan ini memberi ruang untuk memperkukuh hubungan Malaysia dan Macau, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kewangan, sains dan teknologi, pendidikan serta industri konvensyen dan pameran. Saya juga menyambut baik pemeteraian beberapa perjanjian perniagaan antara syarikat Malaysia dan Macau semalam, dan berharap kesepakatan ini akan menjadi pemacu kepada kerjasama ekonomi yang lebih erat dan luas antara kedua-dua pihak. Saya percaya kedudukan strategik Macau dan Hengqin yang terhubung dengan Greater Bay Area dapat dimanfaatkan untuk membuka lebih banyak peluang kepada syarikat Malaysia, sekali gus memperkukuh peranan negara sebagai gerbang kepada perniagaan Macau untuk meneroka pasaran ASEAN. Di samping itu, kami menyentuh usaha memperluas hubungan rakyat menerusi pendidikan dan pelancongan, termasuk potensi kerjasama dalam sektor pelancongan halal dan mesra Muslim bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Malaysia bersedia menterjemahkan hubungan yang semakin erat ini kepada kerjasama yang praktikal, bermakna dan saling menguntungkan, selaras dengan semangat Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China. 🇲🇾🇲🇴 #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #DiplomasiMADANI
171
18
No text...
144
19
YANG DI-PERTUAN AGONG PERKENAN ISYTIHAR DARURAT DI SELURUH BAHAGIAN SERIAN, SARAWAK Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, telah memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang telah mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira nasihat YAB Perdana Menteri dan YAB Premier Sarawak serta agensi-agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan berkenaan. Langkah-langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas. Kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksana dengan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai. PEJABAT PERDANA MENTERI 4 September 2026
174
20
No text...
156