SofeadanBuku
Open in Telegram
Assalamualaikum. Hye! Selamat Datang semua. Meracun anda dengan buku-buku menarik 😍😁 PS PBAKL 2026
Show more2 675
Subscribers
-224 hours
-107 days
-1530 days
Posts Archive
2 674
Hai! Sedikit pengumuman penting.
Sis nak mohon maaf untuk korang kerana kami tak dapat nak open lagi order kerana ada kecemasan yang tak dapat dielak.
Insyaallah, jika diizinkan esok kami akan buka🥹
Terima kasih kerana sudi tunggu🫶
Sis akan up poster edisi hardcover dulu tau🥰
📌Harga tidak termasuk postage
2 674
Assalamualaikum, Selamat Tahun Baru semua!!! 🥳🎊
Pra-Tempahan bagi buku Hardcover akan dibuka pada jam 9.30 malam harini bagi pembeli Semenanjung dan Sabah Sarawak.
Pra-Tempahan Jersey Thariq bagi pembeli Singapura akan dibuka pada 10.00 malam harini.
Poster akan diberi kemudian...
2 674
Hai! Assalamualaikum! Selamat petang!
Hari ini hari terakhir untuk promosi YES tau😭
Dah ready untuk poster official edisi hardcover? Dah sediakan duit ke belum?🙈
2 674
Hai, Assalamualaikum!
Selamat tengahari!
Esok last promosi YES tau! Selepas itu harga akan kembali kepada asal😭
Baik dapatkan sekarang! Stok dah berkurang😱
2 674
Hi! Assalamualaikum!
MARK DOWN PRICE SELAMA 2 HARI SAHAJA‼️
Promosi ini bermula 8 malam ini 29 Disember sehingga 8 malam 31 Disember sahaja.
Disini saya lampirkan senarai novel dan harga promosi yang BAHARU!
Selamat membeli-belah 🛍
2 674
Istimewa untuk warga Singapura🤩
Fea akan open order Jersey Thariq Ridzuwan pada 1/1/2024 - 8/1/2024.
Btw, korang nak ke Fea open order bagi buku Hardcover?
2 674
Assalamualaikum, Hi🤗
Pra-Tempahan bagi buku Hardcover akan dibuka pada 1/1/2024 - 14/1/2024.
Harga: RM65 exc Postage
Postage: RM10 SM/ RM 18 SS
ETA Postage: bulan 2
Freegift: akan diberitahu kemudian.
Cara Pembayaran:
- Online Banking
- TnG
- QR code
Buku akan di wrap dan dibungkus di dalam kotak.
Fea akan buat QnA kemudian ye kerana Fea ada urusan keluarga dua hari ni. Sekiranya ada soalan, boleh tanya di ruangan komen😊
2 674
TEASER 1: MR HEARTLESS
Takut. Semenjak kaki memijak tanah di negara ini, hatinya dah mulai keresahan.
Takut sekiranya dia bertemu dengan seseorang yang sangat mahu dilupakan. Berada di sini umpama dia menyerah diri sendiri. Negara ini menyimpan kenangan yang manis dan pahit dalam hidupnya.
Tangan yang kesejukan tiba-tiba terasa hangat saat satu jemari kasar menggenggam erat jemarinya. Menyalurkan rasa haba.
"Akak takut ke?"
Anis berpaling memandang Haiyan yang sejak awal lagi tidak setuju dengan rancangan ini. Haiyan risau hatinya kembali terluka.
Anis senyum lembut. Menyakinkan adiknya yang dia baik-baik sahaja.
"Kenapa nak takut? Akak datang untuk tunaikan impian Noah."
Haiyan paut bahu kakaknya seeratnya.
"Mama! Uncle Edar beyikan tiket untuk tite!" Suara kecil Noah kedengaran ceria.
Anis dan Haiyan berpaling ke belakang. Melihat Noah dan Haidar berlari anak ke arah mereka.
Berkerut dahi Anis melihat kad yang berada di tangan anak kecil itu. Kad VVIP! Bukan tiket biasa.
Terus kejung badan dia. Dadanya berdebar hebat menanti penjelasan Haidar.
"Paddock pass kad?" VVIP kad itu dia kenal benar! Hanya orang terdekat dengan pihak penganjur sahaja dapat akses kad itu untuk duduk di dalam bilik VVIP. Melihat dengan lebih dekat di kawasan paddock tempat pelumba dan team berkumpul.
Dulu, dia sentiasa berada di situ. Menemani Fateh setiap kali lelaki itu ada perlumbaan.
Haidar sengih serba salah.
"Haidar!" Haiyan mengeram sebal. Adik dia ni kan!
"Bukan Abang Fateh, tapi Fahim yang bagi."
"Akak tak nak!" Marah Anis.
Haidar tunduk merenung Noah yang terkebil tak faham. Kenapa mama nak marah?
"Tak boyeh ke Nowah tengok?" Polos Noah bertanya membuatkan orang dewasa itu terdiam.
Anis tarik nafas dalam. Demi Noah. Demi Noah, Anis.
2 674
Hai! Assalamualaikum!
Ada orang tak ni?🫣
Nak bagitahu jeee ada lagi 7 HARI PROMOSI YES TAU!!!
Selamat berbelanja!🛍
2 674
YEAR END SALE 3 RM100!🤩🎊
🔴 Tarikh: 21/12/2024 - 31/12/2024
🔴 Stok buku adalah TERHAD. Boleh rujuk pada kuantiti buku di Fail PDF.
🔴 Sila rujuk lampiran Fail PDF bagi tajuk buku yang ada di dalam Y.E.S untuk pembelian.
🔴 Harga tidak termasuk postage.
Pembelian melalui Whatssap
WHATSAPP 📲👇
http://www.wasap.my/60177142931/YES3RM1000
2 674
TEASER MR HEARTLESS
"Aku ni mak kau! Disebabkan kau, aku meringkuk dalam penjara! Anak macam apa kau ni hah yang sumbat mak dia sendiri dalam penjara!" Kepala Anis ditunjal keras.
Anis keraskan tubuh. Tubuh dia menggigil setiap kali berdepan dengan wanita ini.
Kenapa? Kenapa dia boleh berjumpa semula dengan wanita ini?
"Mentang-mentang hidup senang. Kau buang aku! Anak derhaka!"
"Ibu..." Kalah... dia kalah dengan status anak derhaka itu. Dia benci Hayati. Dia takut dan malu.
Kenapa? Kenapa banyak manusia di dunia ini, kenapa mesti Hayati menjadi ibunya? Kenapa mesti dia dilahirkan dari rahim wanita itu?
Kenapa bukan Hanim sahaja ibunya? Baru dia mahu bahagia, pasti ada saja orang yang datang memberi luka.
"Adik kau kata Mila nak kahwin dengan Fateh anak kawan papa kau tu?"
Lemah Anis mengangguk. Sesekali air mata yang menitis di pipi dikesat dengan belakang tangan.
"Kenapa bukan kau yang kahwin dengan Fateh? Raf cerita lelaki tu kaya raya. Mila tu bukan siapa-siapa pun! Kalau bukan sebab kau ni baik sangat selalu bawa dia ke rumah, dia takkan kenal Fateh! Tu la bodoh lagi!"
Kepala Anis sekali lagi tertolak ke tepi. Air mata juga makin deras mengalir.
Tapi Hayati langsung tak peduli.
"Kau cuba bayangkan kalau dia kahwin dengan kau. Aku boleh tumpang senang! Kau kena ingat jasa aku lahirkan kau tau. Kalau tak... kau tak hidup senang macam ni! Ni semua jasa aku."
"Ibu.. dah la."
"Dah la?" Hayati tertawa sinis. Terketap bibir merenung anaknya yang lemah! Asyik menangis sahaja seperti orang bodoh.
"Kau tak duduk di tempat aku, Anis! Gara-gara mengandungkan kau aku dibuang keluarga! Aku hidup merempat! Aku menyesal kenal hanafi. Aku menyesal! Aku rindu keluarga aku. Aku miskin tanpa diorang. Aku menderita. Ayah kau lelaki paling tak guna pernah aku jumpa! Kalau tahu macam ni, aku gugurkan kau awal-awal lagi!"
2 674
Design hardcover dan softcover sama.
Ms dalam 450-500 ms.
Tebal macam danz. Saiz pun macam Danz Rio hardcover.
Available now! Telegram Research 2025 — the year's key insights 
