SofeadanBuku
Open in Telegram
Assalamualaikum. Hye! Selamat Datang semua. Meracun anda dengan buku-buku menarik 😍😁 PS PBAKL 2026
Show more2 574
Subscribers
-224 hours
-117 days
-3330 days
Posts Archive
2 574
+1
PRE-ORDER BUKU IKP
🔹Tarikh: 27/4/2026-14/5/2026
🔹 Harga tidak termasuk postage
✅ Freegift PC
✅ Author sign
🤩 Diskaun RM5 bagi setiap pembelian Kombo
🤩 Kombo boleh pilih buku
Pembelian melalui WhatsApp sahaja.
WHATSAPP 📲👇
http://www.wasap.my/60177142931/IKP
2 574
Accidentally Yours
Irfan ada satu prinsip hidup: elak Aina sejauh mungkin!
Sejak kecil lagi, hidupnya tak pernah aman kalau gadis tomboi itu ada. Aina sungguh bukan gadis idaman Irfan. Jenis memekik dan bergaduh. Malah, pembuli di kampung mereka.
Jadi, bila dewasa, Irfan lega. Tiada lagi Aina. Tiada lagi huru-hara.
Malangnya, hidup tak pernah ikut plan.
Entah dari mana, Aina muncul balik dalam hidup dia. Kali ini lebih parah! Aina tiba-tiba mengejarnya macam manusia disampuk hantu.
Dalam satu siri kejadian yang terlalu memalukan untuk diceritakan, mereka tiba-tiba TERKAHWIN.
Ya, kahwin. Dengan orang yang Irfan paling cuba elakkan.
Sekarang, Irfan terperangkap dalam rumah yang sama dengan “musuh” zaman kecilnya.
Bila gaduh lebih banyak daripada romantik, bila memori lama mula kacau perasaan, dan bila hati perlahan-lahan jadi tak keruan ... Irfan buntu. Untuk diteruskan, dia rasa sesak. Untuk meninggalkan, dia rasa salah. Jadi, apa pengakhiran mereka?
2 574
Blurb TAM DAN TUN
Tun - gadis itu dulu penuh wawasan. Meskipun hidup dalam kongkongan keluarga, hidupnya ceria dan bahagia. Lalu hadirnya Tam. Hidupnya berubah.
Tam - hidupnya bebas. Pilihannya tak pernah demi kebahagiaan orang lain. Hidup dia, cara dia. Kemudian hadirnya Tun. Hidupnya pun berubah.
“Tak nak kahwin.” - Tun
“Awak kena jadi pengantin abang. Abang dah janji dengan ayah, abang akan kahwin dengan awak.” - Tam
“Macam mana Tya nak anggap perempuan macam tu kakak ipar Tya? Tya jijik tahu tak!” - Tya
Ada banyak halangan. Banyak juga yang tak setuju. Namun keadaan memaksa mereka hidup dalam sebuah pernikahan semu.
Tun tak ingin, namun Tam memaksa. Apa pun yang terjadi, Tun harus tetap di sisinya.
Mampukah Tam melindungi Tun? Dan Tun, apakah hatinya mampu menerima susuk lelaki seperti Tam?
Ini kisah mereka, TAM dan TUN.
2 574
Blurb Bukan Nikah Paksa
Tya sukakan Mikail? ✅
Mikail sukakan Tya? ❌
Namun entah mengapa bila dengar khabar Tya akan dinikahkan, Mikail gundah gulana. Kelam-kabut minta nenek pinangkan Tya untuknya.
Hairan. Tak suka, tapi masuk meminang. Kasihan pada Tya agaknya sebab malam itu Tya teresak-esak mengadu, tak mahu berkahwin dengan orang tua.
Lagaknya seperti superhero. Tapi mana mungkin Tya nak percaya. Sah-sah Mikail pernah beritahu, dia tak sukakan Tya. Yang jadi suami Tya lelaki malang seantero dunia.
Mikail sukakan Tya? Hurm, mustahil.
Ayah paksa Mikail menikahinya? Boleh jadi.
Bagaimana agaknya kisah Tya yang menyangka Mikail menikahinya kerana terpaksa? Mampukah Mikail membetulkan salah faham yang berlaku?
2 574
Haii, Assalamualaikum, Salam hujung minggu daripada Admin Ct🥰
Kepada readers kesayangan semua🥰 Admin Ct nak ingatkan supaya baca poster-poster yang Admin Ct buat ni tau, penat Admin Ct explain kat sini...
Baca dahulu sebelum membuat pembelian dengan Kak Fea ok😘
2 574
Hiii, Assalamualaikum, ada yang masih belum tidur?🫣
Admin Ct here!!! Admin Ct nk iklan jap hehe
HORROR'S READER WANTED!
Mencari peminat novel horror untuk BACAAN AWAL. Kriterianya ialah
- Peminat novel Horror
- Hanya komen tentang jalan penceritaan.
- Yang diperlukan hanya 2 orang.
- TIADA UPAH/BAYARAN YANG AKAN DAPAT.
- Rela hati & tiada paksaan.
DM TERUS ADMIN CT TAU
t.me/citiey_69
2 574
Ya Maktub – Elvroseth
Yang termaktub buat Adam, sentiasa Hawa.
TENGKU ADAM GHAZALI
Lelaki berkarisma yang sentiasa menjadi cahaya di mana sahaja dia berada. Seorang anak yang taat, adik yang pelindung dan insan yang meletakkan keluarga melebihi segalanya. Dibentuk untuk menjadi sehebat idolanya, abahnya sendiri, Adam membesar dengan senyuman, namun tanpa sedar, jiwanya kosong. Dalam kesempurnaan yang orang lihat, dia hanyalah cebisan jigsaw yang belum lengkap.
Sehinggalah dia bertemu NUR HAWA ORKID.
Gadis aneh yang ceria, selamba dan penuh kejutan. Comot tapi comel, pendiam dengan orang asing namun manja bila sudah selesa. Lajunya seperti pelesit, beraninya mengejar sehingga ke hujung dunia. Hawa bukan sekadar hadir dalam hidup Adam, dia mengusik, mencabar dan perlahan-lahan menyembuhkan sunyi yang Adam simpan sejak sekian lama.
Pertemuan mereka di Tanah Haramain menjadikan segalanya lebih bermakna. Penuh dialog nakal, tawa spontan dan perasaan yang tidak terduga.
Namun, ini bukan sekadar kisah cinta komedi.
Ini kisah tentang cinta yang lebih luas daripada dua hati.
Tentang maktub, doa, takdir dan Cinta paling agung, Cinta-Nya.
Sebuah hikayat yang menghangatkan jiwa dan mengingatkan bahawa setiap pertemuan, telah lama tertulis.
