en
Feedback
Info NUTP Perak

Info NUTP Perak

Open in Telegram

Saluran penyampaian maklumat NUTP Cawangan Perak

Show more
1 888
Subscribers
No data24 hours
-37 days
+630 days
Posts Archive
TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN AMANAH Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh barisan Pegawai-Pegawai Utama Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Sesi 2026–2029 yang telah dipilih semasa Persidangan Perwakilan Tritahunan NUTP Kali Ke-24. Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, komitmen, integriti dan keikhlasan demi memperjuangkan kepentingan serta kebajikan seluruh ahli NUTP. Barisan Pegawai-Pegawai Tertinggi NUTP Sesi 2026–2029 1. Presiden Sdr. Aminuddin bin Awang 2. Timbalan Presiden Sdr. Mohd Zaidi bin Said 3. Naib Presiden • Sdr. Mohamad Shahren bin Abdullah — Naib Presiden Bahasa Melayu • Sdri. Ng Ai Lin — Naib Presiden Bahasa Cina • Sdri. Norzah binti Muhamad — Naib Presiden Bahasa Inggeris • Sdr. Eswaran a/l Selvadurai — Naib Presiden Bahasa Tamil • Sdri. Norazeli binti Ali @ Yusoff — Naib Presiden Wanita 4. Setiausaha Agung Sdr. Fouzi bin Singon 5. Timbalan Setiausaha Agung 1 Sdr. Mohd Fadzil bin Mat Tahar 6. Timbalan Setiausaha Agung 2 Sdr. Mohd Koiry bin Abdullah 7. Bendahari Agung Sdr. Azmi bin Ahmad Sapian 8. Penolong Bendahari Agung Sdr. Ahmad Azizan bin Samsudin Semoga kepimpinan baharu ini sentiasa meletakkan kepentingan ahli dan organisasi sebagai keutamaan, serta melaksanakan setiap amanah dengan penuh kebijaksanaan, integriti dan keikhlasan. Selamat menjalankan amanah dan selamat bekerja kepada seluruh barisan kepimpinan baharu NUTP. Semoga bersama-sama kita terus memperkukuh perjuangan demi masa depan warga pendidik dan organisasi yang lebih gemilang.

photo content
+1

photo content
+9

photo content

📢 KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa komited untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Sehubungan itu, orang ramai dijemput untuk menyertai Kajian Kepuasan Pelanggan KPM serta mengemukakan pandangan dan maklum balas sebagai input dalam usaha penambahbaikan kualiti perkhidmatan. 🗓️ Tempoh Pelaksanaan: 1 September hingga 1 Oktober 2026 📲 Imbas kod QR pada poster atau layari pautan berikut untuk menyertai kajian: https://forms.gle/U3rhXYuz4GU2YAxg8 Maklum balas anda amat dihargai dan penting dalam membantu KPM terus mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.

𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗪𝗔𝗞𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗥𝗜𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗨𝗥𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 (𝗡𝗨𝗧𝗣) 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘-𝟮𝟰 📍 Tempat: Renai Hotel Kota Bharu, Kelantan 📅 Tarikh: 3 September 2026 YBhg. Dato' Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) telah membacakan teks ucapan perasmian YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersempena Perasmian Persidangan Perwakilan Tritahunan Kesatuan Perkhidmatan Pengurusan Kebangsaan (NUTP) kali ke - 24 bertempat di Kota Bharu, Kelantan. Anugerah yang telah disampaikan semasa majlis : 1) Anugerah Tokoh Kepimpinan Inspirasi NUTP 2026: YBhg. Dato’ Haji Adzman Bin Talib, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) 2) Anugerah Pemimpin Muda Harapan 2026: Sdr. Othman Bin Mohd Shafawi, Bendahari NUTP Cawangan Perak 3) Anugerah Pengurusan Akaun Kewangan Cawangan Terbaik NUTP: NUTP Cawangan Kedah 4) Anugerah Media Sosial Prolifik : Sdr. Mohd Koiry Bin Abdullah, Setiausaha NUTP Cawangan Selangor 5) Anugerah Emas NUTP Cawangan : NUTP Cawangan Selangor 6) Anugerah Perak NUTP Cawangan : NUTP Cawangan Melaka 7) Anugerah Gangsa NUTP Cawangan : NUTP Cawangan Kelantan Tahniah kepada penerima Anugerah.

photo content
+1

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN INSPIRASI NUTP TAHUN 2026 - YBhg. Dato’ Haji Adzman bin Talib, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Sempena Persidangan Perwakilan Tritahunan Kali ke-24 (2 hingga 4 September 2026) di Kota Bharu, NUTP telah memberikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Inspirasi NUTP Tahun 2026 kepada YBhg. Dato’ Haji Adzman bin Talib, Pengerusi SPP. Anugerah ini adalah sebagai penghargaan istimewa kepada seorang tokoh yang telah memperlihatkan kepimpinan berwibawa, ketokohan yang disegani serta sumbangan yang signifikan terhadap pembangunan pendidikan negara. Paling penting bagi pihak NUTP ialah penerima anugerah ini merupakan bekas seorang pemimpin Kementerian Pendidikan yang sangat terbuka menerima pandangan dan sentiasa melakukan libat urus dan perbincangan dengan NUTP dalam setiap keputusan yang bakal dilaksanakan semasa perkhidmatan beliau di sana. Penerima anugerah ini iaitu YBhg. Dato’ Hj. Adzman bin Talib merupakan seorang tokoh yang sangat dihormati dalam dunia pendidikan, dengan pengalaman luas dalam kepimpinan, pengurusan pendidikan, pembangunan kompetensi, pentaksiran serta pengoperasian sekolah. Sepanjang perjalanan kerjayanya, beliau telah diberikan kepercayaan untuk menggalas pelbagai amanah penting di Kementerian Pendidikan Malaysia. Antaranya, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha di Bahagian Penilaian dan Pembangunan Kompetensi, Kementerian Pendidikan Malaysia, dengan memainkan peranan dalam memperkukuh pembangunan serta kompetensi warga pendidikan. Ketokohan dan pengalaman beliau kemudiannya terus terserlah apabila diberikan amanah menerajui Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Pengarah Peperiksaan. Dalam kedudukan tersebut, beliau merupakan antara individu penting yang menyumbang kepada pengurusan dan pelaksanaan sistem pentaksiran serta peperiksaan pendidikan negara. Kewibawaan kepimpinan beliau seterusnya membawa kepada amanah yang lebih besar apabila dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Operasi Sekolah. Jawatan ini meletakkan beliau pada kedudukan strategik dalam memastikan pengoperasian sekolah, pelaksanaan dasar serta pengurusan pendidikan dapat dilaksanakan secara berkesan di seluruh negara. Pengalaman yang begitu luas, kebijaksanaan dalam memimpin serta komitmen yang tidak pernah mengenal lelah terhadap dunia pendidikan menjadikan beliau seorang pemimpin yang disegani oleh warga pendidikan. Biarpun telah melalui perjalanan kerjaya yang panjang dalam Kementerian Pendidikan Malaysia, khidmat dan kepakaran beliau terus diperlukan. Beliau kemudiannya diberikan kepercayaan untuk berkhidmat dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan kini menggalas amanah sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia. Bagi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia – NUTP, ketokohan beliau bukan sahaja terletak pada jawatan yang pernah disandang, tetapi pada nilai kepimpinan, integriti, kebijaksanaan dan kesediaan untuk mendengar suara warga pendidikan. Beliau merupakan seorang pemimpin yang memahami denyut nadi pendidikan dan sentiasa meletakkan kepentingan perkhidmatan pendidikan serta kebajikan warga pendidik sebagai suatu amanah yang perlu dipelihara. Sesungguhnya, perjalanan panjang beliau dalam dunia pendidikan menjadi bukti bahawa kepimpinan bukan sekadar tentang kedudukan, tetapi tentang amanah, khidmat, keteladanan dan legasi yang ditinggalkan. NUTP berpandangan, beliau merupakan antara pemimpin pendidikan terbaik yang pernah dilahirkan oleh Kementerian Pendidikan.

photo content

🇲🇾 Persidangan Perwakilan Tritahunan NUTP Kali Ke-24 📍 Tempat: Renai Hotel Kota Bharu, Kelantan 📅 Tarikh: 2 Hingga 4 September 2026 🎤 Perasmian: Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Mohd Shaiful Ibrahim. NUTP Perak telah mengambil bahagian dalam persidangan ini melibatkan: a) 1 Speaker b) 1 Pegawai Tertinggi c) 5 Ahli Majlis Eksekutif d) 10 Perwakilan e) 5 Pemerhati 🎯 Kepentingan persidangan Persidangan Tritahunan merupakan platform penting NUTP untuk membincangkan isu perguruan, kebajikan dan perkhidmatan guru, hala tuju kesatuan serta resolusi yang berkaitan dengan kepentingan warga pendidik. 🔹 Fokus utama persidangan 1) Kompetensi guru dalam AI, digital dan inovasi NUTP digesa memperkukuh kompetensi guru dalam kecerdasan buatan (AI), kemahiran digital dan inovasi bagi menghadapi perubahan pendidikan dan teknologi. Kebajikan dan kesejahteraan guru Aspek kebajikan dan kesejahteraan warga pendidik turut ditekankan bersama usaha meningkatkan kompetensi dan prestasi guru. 2) Bantuan guaman kepada ahli NUTP NUTP memperuntukkan RM1.5 juta setahun untuk membantu ahli yang menghadapi tindakan undang-undang berkaitan tugas sebagai guru. Bantuan meliputi saman sivil dan pendakwaan jenayah. 3)Kes guaman yang telah dibantu Sehingga Ogos 2026, NUTP dilaporkan telah memberikan bantuan guaman kepada 16 kes, termasuk tiga kes yang sedang dibicarakan di Kelantan. 4)Kerjasama NUTP, JPA dan KPM Kerjasama antara ketiga-tiga pihak dilihat penting bagi memperkukuh kompetensi guru serta menjaga kebajikan dan kesejahteraan warga pendidik.

photo content
+1

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sdr. Othman Bin Mohd Shafawi (Bendahari NUTP Perak) Atas Penerimaan ANUGERAH PEMIMPI
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sdr. Othman Bin Mohd Shafawi (Bendahari NUTP Perak) Atas Penerimaan ANUGERAH PEMIMPIN HARAPAN 2026 Dalam MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERWAKILAN TRITAHUNAN NUTP KE 24. Ikhlas daripada: NUTP Perak

NUTP TEGAS MEMBANTAH AKU JANJI POLISI PERLINDUNGAN MURID KOTA BHARU, 4 September 2026 — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyatakan pendirian tegas membantah pelaksanaan Aku Janji Polisi Perlindungan Murid dalam Persidangan Perwakilan Tritahunan NUTP Kali Ke-24 yang berlangsung di Renai Hotel, Kota Bharu, Kelantan. Pendirian ini dizahirkan oleh para perwakilan sebagai suara bersama warga pendidik yang menuntut supaya setiap dasar dan polisi berkaitan sekolah mengambil kira realiti tugas, tanggungjawab serta cabaran yang dihadapi oleh guru. NUTP sentiasa menyokong segala usaha untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan perlindungan murid terus menjadi keutamaan. Namun, pelaksanaannya hendaklah adil, jelas, praktikal serta tidak meletakkan beban dan risiko yang tidak munasabah kepada guru. Sebarang polisi yang melibatkan tanggungjawab guru perlu melalui proses libat urus yang menyeluruh bersama pihak berkepentingan, khususnya organisasi yang mewakili suara guru. Guru perlu diberikan perlindungan, garis panduan yang jelas serta ruang untuk melaksanakan tanggungjawab profesional tanpa berada dalam keadaan tertekan atau terdedah kepada implikasi yang tidak sewajarnya. NUTP akan terus memperjuangkan hak dan kebajikan guru serta memastikan suara warga pendidik didengari dalam setiap dasar yang memberi kesan kepada profesion keguruan. NUTP, PELINDUNG DAN PEMBELA GURU DULU, KINI DAN SELAMANYA 📍 Renai Hotel, Kota Bharu, Kelantan 📅 4 September 2026 #NUTP #PPTNUTP24 #SuaraGuru #PelindungDanPembelaGuru

photo content

NUTP peruntukkan RM 1.5 juta setahun untuk biayai kos guaman mana-mana ahli yang disaman

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memperuntukkan RM1.5 juta setahun bagi menanggung kos guaman ahlinya yang berdepan tindakan undang-undang berkaitan tugas sebagai guru. Berita lanjut klik link atau di story: https://www.kosmo.com.my/2026/09/04/saman-terhadap-guru-makin-banyak-nutp-peruntuk-rm1-5-juta-setahun/

MAKLUMAT PERMOHONAN SUKARELAWAN PENGAWAS PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2026 Permohonan boleh dibuat melalu
MAKLUMAT PERMOHONAN SUKARELAWAN PENGAWAS PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2026 Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih e-Lembaga Peperiksaan (e-LP) atau pautan: https://elp.moe.gov.my bermula pada 30 Ogos 2026 sehingga 28 September 2026.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾 Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, marilah kita bersama-sama menyem
🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾 Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat cintakan Agama, Bangsa dan Negara serta menghargai segala pengorbanan para pejuang terdahulu dalam membina sebuah negara yang aman dan berdaulat. Semoga Malaysia terus kekal aman, maju, bersatu dan diberkati, di bawah naungan Raja Berperlembagaan dan dalam semangat perpaduan rakyat berbilang kaum. “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya.” 🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 📅 31 OGOS 2026 Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾 Ikhlas daripada: NUTP Perak

photo content
+2