BBM Ustazah Mariah
Open in Telegram
Perkongsian BBM dan bahan sekolah khusus untuk subjek Pendidikan Islam dan khasnya untuk Sekolah Menengah... www.wasap.my/601172717967
Show more7 916
Subscribers
-124 hours
No data7 days
+6830 days
Posts Archive
7 918
+1
Lembaran kerja untuk Tingkatan 3, Pelajaran 8: Proses Kejadian manusia dan Fasa Kehidupan Manusia.. Silakan guna jika nak guna.. Semoga bermanfaat.
7 918
Repost from Astro AWANI
Hari ini 1,394 tahun yang lalu, wafatnya Nabi Muhammad SAW.
Setelah Baginda berhijrah ke Madinah pada 622M, Mekah akhirnya menjadi milik Islam sekitar 630M. Ketika itu, keliling Kaabah ada 360 buah berhala. Baginda bertindak menghancurkannya termasuklah berhala di dalam Kaabah selain para sahabat memusnahkan yang lain di kawasan berhampiran.
Apabila Mekah telah dibersihkan, Baginda berangkat lagi ke kota suci itu buat kali terakhir sekitar 631/632M untuk menunaikan ibadah haji yang menjadi satu-satunya haji yang dilaksanakan Baginda semasa hayatnya.
Pada 9 Zulhijjah (6 Mac), Rasulullah SAW menyampaikan Khutbah Terakhir di Arafah di mana Baginda menyeru umatnya supaya tidak kembali ke cara hidup lama yang jahil dan berpegang kepada Al-Quran dan sunnah sebagai cara hidup terbaik.
Ketika Baginda menyebut agama Islam telahpun disempurnakan, para sahabatnya tidak dapat menahan rasa hiba kerana merasakan hayat Baginda sudah menghampiri penghujung.
Sebelum pulang ke Madinah, Baginda menziarahi makam isteri tercinta, Saidatina Khadijah RA, insan pertama yang mempercayai penerimaan wahyu pertama Allah SWT kepada Baginda dan yang pertama memeluk Islam, buat kali terakhir.
Selepas dua bulan sekembalinya ke Madinah, Baginda mengalami demam dan sakit kepala. Untuk beberapa hari Baginda masih boleh mengimamkan solat sehingga sakitnya semakin teruk dan meminta Abu Bakar RA untuk menggantikannya.
Pada 8 Jun 632M, bersamaan 12 Rabiulawal 11H, Rasulullah SAW menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan isterinya, Aishah RA. Baginda dimakamkan di lokasi wafatnya di dalam bilik Aishah RA (kini di dalam Masjid Nabawi, Madinah).
Sumber: Biography, The Life of the Prophet Muhammad (Ibn Kathir), muftiwp.gov.my
#PeristiwaHariIni
7 918
SELAMAT BERCUTI SEMUA GURU DI MALAYSIA...
REHAT MINDA SEKEJAP... TAKE REST WITH FAMILY...
YANG BALIK KAMPUNG, BERHATI-HATI DAN SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN.. AMEEN...
7 918
Selamat Hari Guru buat semua guru Malaysia..
Guru pertama kita ialah ibu bapa kita
Guru terbaik kita ialah pengalaman hidup kita...
Moga semua guru diberkati Allah... Ameen...
7 918
Ajak anak² murid dan anak² kita join channel ni.. Untuk pembelajaran kendiri bersama senior² SPM cemerlang PAI... Banyak bahan² PAI dikongsikan .. Antaranya poster komik PAI diatas👆... Ni bukan channel saya... Cuma kongsikan.. Untuk manfaat bersama...
https://t.me/c/2403533388/5573
7 918
Buat rakan² yang ada dapatkan Modul Teka Silangkata ni, mohon WhatsApp saya jika saya tak send kat email ya.. Kadang tak dapat notification.. Tu terlepas pandang.
